1 Apakah kos lepas yang di hadapi oleh kerajaan? star A Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan B Keluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan C Pengeluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan D Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
2 Gambar 1 berkaitan dengan faktor pengeluaran. Gambar 1 Apakah ganjaran yang diperolehi oleh faktor di atas? star A Upah B Sewa C Faedah D Untung T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
3 Jadual 1 berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) | Barang X | Barang Y | |---|---| | 11 | 4 | | 5 | 9 | Jadual 1 Berapakah kos lepas bagi menambah pengeluaran barang Y daripada 4 unit kepada 9 unit? star A 4 unit barang Y B 5 unit barang Y C 5 unit barang X D 6 unit barang X T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Ciri utama sistem ekonomi pasaran bebas ialah star A pengeluaran diuruskan oleh kerajaan B sumber dimiliki sepenuhnya oleh individu C pemerintah mengawal semua aspek ekonomi D harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
5 Gambar 2 berkaitan dengan permintaan motosikal tempatan. Gambar 2 Apakah faktor yang menyebabkan perubahan permintaan motosikal? star A Peningkatan dalam teknologi pengeluaran B Tambang bas turun dari RM3.00 kepada RM2.00 C Pendapatan pengguna bertambah sebanyak 10% D Kerajaan mengurangkan subsidi kepada pengeluar T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
6 Rajah 1 berkaitan dengan perubahan permintaan satu barang. Rajah 1 Apakah yang menyebabkan perubahan keluk permintaan di atas? star A Harga barang itu berkurangan B Citarasa terhadap barang itu meningkat C Kerajaan mengenakan cukai barangan D Jangkaan harga pada masa depan jatuh T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
7 Hukum penawaran merujuk kepada hubungan antara harga dengan star A kuantiti ditawarkan B kuantiti penawaran C kepuasan pengguna D keuntungan pengeluar T4 Bab 2.1.6 Hukum Penawaran
8 Bagaimanakah penggunaan teknologi dalam proses pengeluaran dapat mempengaruhi penawaran sesuatu barang? star A Meningkatkan penawaran B Mengurangkan pengeluaran C Mempengaruhi harga barang D Mewujudkan peluang pekerjaan T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
9 Keluk permintaan pasaran barang akan beralih ke kiri apabila star A tiba musim perayaan B cukai pendapatan dinaikkan C isi rumah mendapat bonus tahunan D Jangkaan harga sesuatu barang akan meningkat T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
10 Jadual 2 berkaitan dengan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | |---|---| | 2.00 | 10 | | 3.00 | X | Jadual 2 Jika nilai keanjalan harga permintaan ialah 0.4. Berapakah nilai X? star A 4 unit B 6 unit C 8 unit D 12 unit T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
11 Pernyataan manakah yang betul tentang penentu keanjalan harga permintaan? star A Kopi permintaannya adalah anjal B Barang mewah adalah lebih anjal C Susu permintaannya adalah anjal D Tepung atta membuat capati adalah anjal T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
12 Maklumat berikut berkaitan dengan penawaran kerepek pisang. > Penawaran kerepek pisang bertambah dari 160 unit ke 260 unit apabila harga kerepek pisang itu meningkat dari RM4.00 ke RM5.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran barang tersebut? star A 0.40 B 0.60 C 1.25 D 2.50 T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran
13 Gambar 3 berkaitan dengan fungsi wang. Gambar 3 Fungsi wang di atas adalah sebagai alat star A ukuran nilai B simpanan nilai C bayaran tertunda D perantaraan pertukaran T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
14 Maklumat berikut berkaitan dengan satu perkhidmatan yang disediakan oleh bank perdagangan. - Tidak memerlukan cagaran - Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai Apakah perkhidmatan tersebut? star A Overdraf B Draf bank C Pindahan kredit D Pinjaman persendirian T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
15 Antara yang berikut, yang manakah faedah sampingan dalam faktor pemilihan pekerjaan? I Elaun Perumahan II Faedah persaraan III Prospek pekerjaan IV Suasana tempat kerja star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
16 Encik Farid bekerja sebagai Penolong Akauntan di Pejabat Tanah dan Galian. Beliau menyimpan sebanyak RM300 setiap bulan di Lembaga Tabung Haji sebagai langkah persediaan untuk kecemasan dan menunaikan haji. Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Farid. star A Upah dan faedah B Upah dan dividen C Untung dan faedah D Untung dan dividen T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
17 Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan membayar secara kredit? I Mendapat diskaun harga II Menikmati harga yang murah III Meringankan beban kewangan IV Mempunyai perkhidmatan lepas jualan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
18 Jadual 3 berkaitan dengan fungsi pengeluaran sebuah firma. | Input Berubah (unit) | Jumlah keluaran (unit) | |---|---| | 2 | 6 | | 4 | 15 | | 7 | 40 | | 9 | X | Jadual 3 Berapakah keluaran marginal firma bagi input berubah ke- 9, jika keluaran X betambah 35%? star A 4.5 B 6.0 C 7.0 D 8.33 T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
19 Jadual 4 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma. | Jumlah Keluaran (unit) | Kos Berubah (RM) | |---|---| | 2 | 21 | | 3 | 25 | | 4 | 30 | Jadual 4 Berapakah jumlah kos pada keluaran ke-4 unit, jika kos tetap firma ialah RM30. star A 15 B 30 C 55 D 60 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
20 Maklumat berikut menunjukkan hasil dan kos bagi Firma EZZY Sdn. Berhad. | Harga jualan seunit | = RM19.90 | | Jumlah kos | = RM21 000 | Berapakah untung yang diperoleh sekiranya firma berjaya menjual 3 500 helai baju? star A RM17 500 B RM24 500 C RM48 650 D RM69 650 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
21 Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor mempengaruhi produktiviti sebuah organisasi? I Tenaga manusia II Persekitaran kerja III Kepuasan pengguna IV Tingkat agihan pendapatan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
22 Setiap hari Hakimi, 30 tahun akan berbasikal ke tempat kerja. Tepat pada pukul 6 pagi, dia akan mengayuh sejauh 7 kilometer dari rumahnya di Sentul ke pejabatnya di ibu kota. Apakah faedah sosial yang terlibat? star A Kemusnahan alam flora B Perbelanjaan harian menurun C Kadar kesesakan lalu lintas tinggi D Kos pengangkutan yang meningkat T4 Bab 4.2.5 Contoh Kos Sosial (Eksternaliti Negatif) dan Faedah Sosial (Eksternaliti Positif)
23 Pernyataan yang manakah merujuk kepada faedah sampingan yang kerajaan tawarkan kepada penjawat awam? star A Caruman insurans nyawa B Percutian yang menarik setiap hujung tahun C Elaun perumahan dan elaun sara hidup (COLA) D Peluang mendapat kenaikan pangkat yang lebih tinggi T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
24 Gambar 4 berkaitan dengan satu situasi ekonomi dalam negara. Gambar 4 Apakah kesan yang akan berlaku akibat situasi tersebut? star A Tabungan meningkat B Kos pinjaman menurun C Kadar faedah meningkat D Kos sara hidup menurun T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
25 Pengangguran geseran berlaku disebabkan oleh star A keadaan ekonomi yang lembab B perubahan struktur ekonomi negara C kekurangan maklumat tentang pekerjaan D mobiliti dari segi kelayakan dan kemahiran terhad T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
26 Pernyataan yang manakah betul berkaitan dengan dasar fiskal untuk mengatasi inflasi? star A Dasar fiskal mengembang akan digunakan B Kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan C Alat yang digunakan ialah menurunkan kadar cukai D Bertujuan untuk meningkatkan permintaan agregat dalam negara. T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
27 Gambar 5 berkaitan dengan satu sumber hasil kerajaan. Gambar 5 Pernyataan yang manakah betul ? star A Jenis cukai ialah cukai langsung B Beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain C Cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di pasaran D Menyumbangkan peratusan yang terbesar kepada kerajaan persekutuan T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
28 Maklumat dibawah berkaitan dengan satu masalah ekonomi dalam negara. > KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Februari 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.1 berbanding 129.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Apakah alat dasar kewangan yang sesuai dilaksanakan oleh kerajaan ? star A Menurunkan nisbah rizab tunai B Melonggarkan syarat sewa beli C Membeli surat jaminan kerajaan D Menaikkan kadar faedah pinjaman T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
29 Antara yang berikut, yang manakah betul berkaitan dengan kepentingan perdagangan antarabangsa? I Menggalakkan mobiliti tenaga buruh II Mengggalakkan persaingan antara firma III Meningkatkan kecekapan pengeluaran IV Meningkatkan harga produk tempatan star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
30 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekatan perdagangan antarabangsa? I Tarif menyebabkan secara relatifnya harga barang import lebih mahal II Subsidi bertujuan firma tempatan lebih berdaya saing di pasaran global III Sekatan bukan ekonomi yang dilaksanakan akan meningkatkan hasil negara IV Embago yang dilaksanakan akan meningkatkan hubungan baik antara negara star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
31 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa? I Pengagihan pendapatan yang tidak adil II Ketidakcekapan dalam industri tempatan III Mengurangkan pengangguran dalam negara IV Mengurangkan pilihan barang import dalam negara star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan
32 Lebihan dalam akaun semasa sesebuah negara berlaku kerana star A Permintaan yang tinggi terhadap eksport B Permintaan yang tinggi terhadap import C Penurunan dalam produktiviti sesebuah negara D Penurunan penerimaan pendapatan primer dan sekunder T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa
33 Gambar 6 berkaitan dengan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Singapura (S$) DOLAR SINGAPURA (S$) Gambar 6 Berapakah nilai sesuatu barang dalam Ringgit Malaysia (RM) jika harganya ialah S$9 650.00 star A RM3 711.54 B RM6 031.25 C RM25 090.00 D RM34 740.00 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
34 Kenaikan nilai Ringgit Malaysia (RM) akan menyebabkan star A harga barang eksport menjadi murah B harga barang import menjadi mahal C jumlah eksport akan meningkat D jumlah import akan bertambah T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
35 I Tujuan firma membuat projek pelaburan adalah untuk memaksimumkan keuntungan. II Syarikat Teguh akan memilih projek yang dapat memaksimukan untung dan kebajikan orang ramai. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
36 I Hukum permintaan menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah positif. II Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.1.1 Hukum Permintaan T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
37 I Pendapatan boleh guna dapat membiayai perbelanjaan penggunaan. II Contoh perbelanjaan penggunaan ialah pembelian barang tahan lama. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
38 I Kos tetap wujud dalam jangka masa pengeluaran pendek dan panjang. II Kos tetap tidak berubah pada setiap tingkat output. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
39 I Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang pada setiap tahun. II Contoh perbelanjaan mengurus ialah membina sekolah. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
40 I Kemudahan infrastruktur pengangkutan yang baik menggalakkan globalisasi. II Aktiviti perniagaan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan adanya penerbangan kos rendah. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi