arrow_back

Negeri Sembilan Trial 2024 Economics Kertas 1

1
Situasi yang manakah menggambarkan konsep kekurangan dalam ekonomi?
2
Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) dalam sebuah ekonomi. Apakah masalah yang dihadapi pada kombinasi pengeluaran di P?
3
Pernyataan yang manakah menerangkan sistem ekonomi yang dikawal oleh badan perancangan pusat? I Kebajikan rakyat diutamakan II Persaingan saksama dalam pengeluaran III Pengguna menikmati pelbagai barangan IV Kerajaan menentukan penggunaan sumber
4
Masalah apa yang hendak dikeluarkan dan berapa yang hendak dikeluarkan dalam sistem ekonomi pasaran bebas diselesaikan melalui kuasa
5
Jadual berikut berkaitan dengan permintaan suatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | |---|---| | | Amir | Anas | | 5 | 60 | 40 | | 10 | 30 | 30 | Rajah yang manakah betul menggambarkan keluk permintaan pasaran?
6
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu penentu penawaran. > Kerajaan mengumumkan penamatan subsidi kepada pengeluar ayam berkuat kuasa 1 November 2023. Sumber: Sinar Harian Online, 30 Oktober 2023 Pernyataan yang manakah betul menerangkan kesan situasi tersebut?
7
Rajah berikut berkaitan dengan pasaran Barang R. Pernyataan yang manakah menerangkan perubahan dalam rajah tersebut?
8
Gambar berikut berkaitan dengan keanjalan harga penawaran bagi suatu barang. Pernyataan yang manakah betul?
9
Rajah berikut berkaitan dengan pekali keanjalan permintaan. Berapakah nilai X jika pekali keanjalan harga permintaan ialah 2?
10
Antara berikut yang manakah menerangkan peranan bank pusat dalam mengurus hutang negara? I Menerbitkan sijil pelaburan II Menjual surat jaminan kerajaan III Memberi pendahuluan sementara IV Menjadi penasihat pelaburan kerajaan
11
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi bank perdagangan. > Encik Jaya telah membeli sebuah rumah berharga RM300 000 melalui pinjaman bank dan perlu menjelaskan bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM1 700 pada setiap 28 haribulan. Apakah bentuk kemudahan tersebut? | Jenis Pembiayaan | Kemudahan Pembayaran | |---|---| | A Pinjaman peribadi | Pindahan kredit | | B Pinjaman bercagar | Perintah sedia ada | | C Pinjaman sewa beli | Debit langsung | | D Pinjaman overdraft | Draft bank |
12
Rajah berikut berkaitan dengan pelaburan individu. Antara berikut yang manakah betul tentang Y? I Tahap risiko rendah II Pulangan yang tinggi III Tahap kecairan yang sederhana IV Pendapatan berbentuk keuntungan modal
13
Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran jangka pendek sebuah firma. > Pengeluaran meningkat sebanyak 50 unit setiap bulan. Antara berikut yang manakah betul? I Peningkatan kos tetap II Peningkatan kos purata III Peningkatan jumlah kos IV Peningkatan kos berubah
14
Antara berikut faktor yang manakah meningkatkan produktiviti firma? I Pengurusan berwibawa II Menggunakan buruh mahir III Mengimport bahan mentah IV Peralatan digunakan berterusan
15
Jadual berikut menunjukkan fungsi pengeluaran jangka pendek sebuah firma. | Input berubah (unit) | Jumlah keluaran (unit) | Keluaran purata (unit) | Keluaran marginal (unit) | |---|---|---|---| | 0 | 0 | 0 | - | | 1 | 6 | 6 | 6 | | 2 | 14 | 7 | 8 | | 3 | 24 | 8 | 10 | | 4 | 32 | 8 | 8 | | 5 | 37 | 7.4 | 5 | | 6 | 41 | 6.8 | 4 | | 7 | 44 | 6.3 | 3 | | 8 | 46 | 5.8 | 2 | | 9 | 46 | 5.1 | 0 | Tahap pengeluaran yang manakah paling cekap?
16
Maklumat berikut berkaitan dengan kos purata, jumlah keluaran dan harga seunit bagi Perniagaan Ilmi. | Kuantiti output | 1 000 unit | |---|---| | Harga seunit | RM3.00 | | Kos berubah purata | RM2.50 | | Kos tetap | RM2 000 | Perniagaan akan mengalami
17
Mengapakah kerajaan ingin mencapai objektif guna tenaga penuh?
18
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis pengangguran dalam ekonomi. Punca pengangguran: - Kemerosotan dalam industri - Pekerja kekurangan kelayakan dan kemahiran Apakah punca lain yang menyumbang kepada situasi tersebut?
19
Antara berikut yang manakah mempengaruhi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia? I Syarikat BioNTech SE dari Jerman membuka cawangannya di Singapura II Marrybrown Malaysia membuka cawangan restoran di Shah Alam, Selangor III Syarikat Tesla (EV) dari Amerika Syarikat membuka cawangan baharu di Damansara IV Penerbangan Batik Malaysia yang beroperasi di Indonesia menghantar balik keuntungan ke Malaysia
20
Apakah yang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos?
21
Manakah yang betul tentang kesan inflasi terhadap eksport Malaysia?
22
Antara berikut tindakan kerajaan yang manakah betul dalam melaksanakan dasar fiskal mengembang? I Menurunkan cukai II Mengurangkan kadar faedah III Membeli surat jaminan kerajaan IV Menambah perbelanjaan kerajaan
23
Jadual berikut menunjukkan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan bagi tempoh satu tahun. | Sumber hasil | RM (Juta) | |---|---| | Cukai pendapatan individu | 33 630 | | Duti eksport | 1 450 | | Cukai pendapatan koperasi | 2 565 | | Duti eksais | 11 970 | | Lesen dan permit | 13 788 | | Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) | 32 060 | (Sumber: diubah suai daripada https://ekonomirakyat.com.my/bajet-2023) Berapakah jumlah hasil cukai tak langsung?
24
Gambar berikut menunjukkan suatu perbelanjaan pembangunan. Apakah sektor perbelanjaan yang terlibat?
25
Maklumat berikut menunjukkan kesan daripada tindakan Bank Negara Malaysia. - Penciptaan kredit menurun - Bekalan wang berkurang Apakah tindakan tersebut?
26
Pernyataan yang manakah menerangkan globalisasi?
27
Pernyataan yang manakah betul tentang bentuk pelaburan langsung asing?
28
Bentuk sekatan yang manakah dapat meningkatkan daya saing barang eksport Malaysia?
29
Gambar berikut menunjukkan suatu perjanjian perdagangan antarabangsa. Antara berikut yang manakah kesan positif perjanjian tersebut?
30
Pilih pasangan yang betul bagi komposisi import barang nampak. | Komposisi | Contoh barang | |---|---| | I Barang Modal | Jentera dan mesin | | II Barang Pengguna | Kenderaan dan perabot | | III Barang Pengantara | Peralatan dan kelengkapan | | IV Barang Pembuatan | Bahan api dan pelincir |
31
Pernyataan yang manakah direkodkan dalam akaun barangan?
32
Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing. > Cik Annur telah membeli baju dan barang kemas dari Jepun dengan harga 45 000 Yen. Kadar pertukaran asing antara Yen (¥) dengan Ringgit Malaysia (RM) adalah seperti berikut: | Unit | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---| | 100 | 3.0063 | 3.1376 | Berapakah yang perlu dibayar oleh Cik Annur dalam Ringgit Malaysia?
33
Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran antara Dolar Singapura (SGD) dengan Ringgit Malaysia (RM). | Mei 2023 | Mei 2024 | |---|---| | 1 SGD = RM3.3921 | 1 SGD = RM3.4680 | Pernyataan yang manakah betul?
34
I Usahawan ialah individu yang menyelaraskan input dalam proses menyediakan perkhidmatan. II Usahawan mendapat ganjaran kerana sanggup menanggung risiko perniagaan.
35
I Beban cukai pembeli lebih besar daripada pengeluar bagi permintaan yang anjal. II Permintaan yang anjal mempunyai pekali keanjalan lebih daripada satu.
36
I Pelepasan cukai yang tinggi mengurangkan pendapatan boleh guna. II Pendapatan boleh guna ialah baki pendapatan setelah ditolak perbelanjaan penggunaan.
37
I Kos marginal ialah perubahan jumlah kos akibat pertambahan seunit input berubah. II Kos marginal sama dengan kos purata pada kos purata maksimum.
38
I Dasar harga minimum menetapkan harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan pasaran. II Dasar harga minimum bertujuan untuk meningkatkan kebajikan pengguna.
39
I Kos upah yang murah didorong oleh perkembangan syarikat multinasional. II Syarikat multinasional mempunyai cawangan di negara berbeza.
40
I Pengurangan permintaan barang import menyebabkan akaun semasa defisit. II Akaun semasa defisit diatasi dengan mengetatkan visa pelancong.
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.