1 Apakah tujuan firma membuat pilihan apabila mengeluarkan sesuatu keluaran? star A memaksimumkan kepuasan pengguna B mengurangkan masalah pembaziran C meminimunkan kos pengeluaran D memenuhi kehendak manusia T4 Bab 4.1 Konsep Pengeluaran, Kos, dan Hasil
2 Penerangan yang manakah yang betul? star A Buruh: Individu yang berperanan menghasilkan output yang maksimum B Usahawan: Input yang menyumbangkan tenaga dalam proses pengeluaran C Modal: Alat ciptaan manusia yang mempunyai mobiliti tinggi D Tanah: Sumber yang penawarannya tidak terhad T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi. > Bagi memenuhi permintaan pasaran, Syarikat Cahaya membekalkan beg tangan dengan menggunakan 20 orang pekerja tempatan. Antara yang berikut, masalah apakah yang telah diselesaikan? I Apa yang hendak dikeluarkan II Berapa yag hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
4 Rajah 1 menunjukkan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) sebuah firma. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan KKP di atas? I Titik F menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan seluar dan baju II Titik B ke C menunjukkan berlaku kos lepas terhadap seluar sebanyak 10 000 unit III Titik ABCD menunjukkan masalah pilihan di sepanjang KKP IV Titik E menunjukkan tingkat kecekapan pengeluaran. star A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
5 Pernyataan yang manakah menerangkan tentang sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh pihak pemerintah? I Kerajaan menentukan penggunaan sumber-sumber ekonomi II Rakyat dapat menikmati pelbagai barang dan perkhidmatan III Wujud persaingan yang saksama dalam pengeluaran IV Kebajikan rakyat diutamakan star A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
6 Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan suatu barang. Rajah 2 Pernyataan yang manakah betul menerangkan rajah di atas ? star A Pengguna akan meningkatkan kuantiti diminta apabila harga berubah daripada RM10 kepada RM15. B Pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta apabila harga berubah daripada RM15 kepada RM25. C Hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta adalah secara langsung. D Kuantiti yang diminta pada harga RM 10 ialah 30 unit. T4 Bab 2.1.1 Hukum Permintaan T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta
7 Rajah 3 menunjukkan perubahan kuantiti permintaan suatu barang. Rajah 3 Antara yang berikut, maklumat manakah yang betul. star A P ke Q: Kerajaan menurunkan kadar pelepasan cukai pendapatan B P ke R: Cita rasa pengguna merosot ke atas barang itu C S ke R: Pendapatan boleh guna pengguna meningkat D S ke Q: Jangkaan harga akan meningkat T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
8 Rajah 4 menunjukkan perubahan dalam kuantiti ditawar. Rajah 4 Apakah yang menyebabkan berlaku pergerakan dari Q0 ke Q1 ? star A Kenaikan harga barang itu sendiri B Penarikan subsidi oleh kerajaan C Berlaku peningkatan teknologi D Kenaikan harga barang lain T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan
9 Rajah 5 menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran kereta tempatan. Rajah 5 Tindakan kerajaan yang manakah menyebabkan perubahan tersebut ? star A Mengurangkan pelepasan cukai pendapatan B Melaksanakan kempen perkongsian kereta C Menaikkan kadar faedah pinjaman D Melonggarkan syarat sewa beli T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
10 Rajah 6 menunjukkan keluk permintaan suatu barang. Rajah 6 Berapakah nilai pekali keanjalan barang tersebut ? star A 0.44 B 0.86 C 1.17 D 2.25 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
11 Gambar 1 menunjukkan situasi yang berlaku di dalam negara. Gambar 1 Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan gambar di atas? star A Alat perantaraan pertukaran B Alat bayaran tertunda C Alat penyimpan nilai D Alat ukuran nilai T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
12 Maklumat berikut berkaitan dengan kemudahan pembayaran oleh institusi kewangan. > Puan Zahirah adalah seorang Pengurus Bahagian Sumber Manusia di Syarikat Suria Sdn.Bhd. Setiap bulan beliau akan membuat bayaran gaji kepada pekerja syarikat tersebut seramai 1000 orang. Perkhidmatan bank perdagangan manakah yang sesuai digunakan oleh Puan Zahirah? star A Perintah sedia ada B Pindahan kredit C Debit langsung D Draf bank T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
13 Padanan yang manakah betul? star A Upah: Ammar meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera di syarikat pembinaan untuk menjawat jawatan pegawai tadbir di Putrajaya. B Kelayakan akademik: Cik Zainab memilih kerja sebagai pramugari syarikat penerbangan walaupun memiliki Diploma Kewangan. C Waktu bekerja: Adibah seorang ibu tunggal kepada empat orang anak menjalankan perniagaan batik secara dalam talian. D Jaminan kerja: Aqil meletak jawatan sebagai kerani untuk menjalankan perniagaan. T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
14 Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan dan potongan wajib Puan Malisa bagi tempoh satu bulan. | Butiran | RM | |---|---| | Zakat | 150 | | Kwsp | 200 | | Insuran | 60 | | Sewa rumah | 400 | | Cukai pendapatan | 55 | Berapakah jumlah potongan wajib Puan Malisa? star A RM 405 B RM 410 C RM 455 D RM 465 T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
15 Antara yang berikut, yang manakah merupakan perbelanjaan penggunaan individu ? I Membayar premium insurans nyawa II Membeli mesin pengering baju III Menjelaskan zakat pendapatan IV Membuat caruman KWSP star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
16 Maklumat berikut berkaitan dengan pembelian secara kredit. > Encik Ahmad membeli kereta bernilai RM100 000 secara kredit. Beliau telah membayar bayaran pendahuluan sebanyak 20%. Bakinya di bayar secara ansuran selama 6 tahun. Kadar faedah yang dikenakan oleh bank perdagangan ialah 4% setahun. Berapakah bayaran ansuran yang perlu dibayar untuk sebulan. star A RM 1,377.78 B RM 1,583.33 C RM 1,516.66 D RM 1,722.22 T4 Bab 3.3.7 Fitur Ekonomi dalam Pembelian Kredit
17 Maklumat menunjukkan sebahagian langkah penyediaan belanjawan peribadi. > Mencatat semua perbelanjaan tetap, perbelanjaan harian dan perbelanjaan diluar jangka Apakah langkah R ? star A Memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan boleh guna B Mengenalpasti punca pendapatan dan potongan wajib C Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan D Menabung baki pendapatan boleh guna T4 Bab 3.3.9 Penyediaan Belanjawan Peribadi
18 Pernyataan yang manakah betul tentang pengeluaran ? star A Fungsi pengeluaran jangka pendek merujuk kepada hubungan input tetap dengan output dalam proses pengeluaran B Firma berupaya menyesuaikan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran dalam jangka masa pendek C Input berubah mempunyai hubunngan yang negatif dengan tingkat output D Input tetap boleh menjadi input berubah dalam jangka masa Panjang T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
19 Jadual 1 menunjukkan pengeluaran suatu barang. | Jumlah Keluaran ( unit ) | Kos purata ( RM ) | |---|---| | 5 | 20 | | 10 | 15 | Jadual 1 Jika kos tetap ialah RM70, berapakah kos berubah pada tingkat keluaran 10 unit? star A RM 200 B RM150 C RM80 D RM50 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
20 Syarikat Aman Jaya telah membeli sebidang tanah berhampiran sebuah kampung untuk menempatkan 20 buah lori. Apakah kos sosial yang terlibat? star A Kesesakan aliran lalu lintas di kampung tersebut B Kenaikan harga tanah di Kawasan sekitar C Pertambahan gaji pengawal keselamatan D Belanja operasi syarikat meningkat T4 Bab 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial
21 Bagaimanakah pelaksanaan cukai oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar? star A Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran. B Mengawal kualiti barang yang dikeluarkan. C Mengawal harga barang yang dijual. D Mengurangkan modal pengeluar. T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
22 Apakah konsep pengangguran? star A Tenaga buruh yang aktif mencari kerja dan sanggup bekerja tetapi gagal mendapat pekerjaan. B Tenaga buruh yang sanggup bekerja dan meningkatkan hasil eksport negara. C Tenaga buruh yang sanggup bekerja di syarikat swasta. D Tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan produktif. T5 Bab 1.2.4 Pengangguran
23 Peningkatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan membawa kepada I Peningkatan bilangan kakitangan awam. II Peningkatan taraf pendidikan penduduk. III Peningkatan kadar pengangguran. IV Peningkatan infrastruktur fizikal. star A I dan II B II dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.2.8 Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi
24 Antara yang berikut, yang manakah hasil bukan cukai? I Bayaran denda dan penalti II Royalti petroleum III Duti setem IV Tarif star A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
25 Pernyataan yang manakah betul tentang perbelanjaan mengurus kerajaan? star A Peningkatan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan sasaran. B Penjajaran semula Projek Laluan Rel pantai Timur (ECRL) ke laluan asal. C Cadangan pembinaan hospital baharu di daerah Kubang Pasu. D Kelulusan pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra. T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
26 Bagaimanakah nisbah rizab berkanun boleh membantu menyelesaikan masalah semasa inflasi? star A Menyimpan sedikit wang di Bank Pusat. B Memberi pinjaman kepada orang ramai. C Menurunkan nisbah rizab berkanun. D Menaikkan nisbah rizab berkanun. T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
27 Pasangan manakah yang betul tentang kesan pelaburan langsung asing kepada negara? star A Negatif: Jumlah kemasukan modal asing ke dalam negara bertambah. B Positif: Aliran untung ke luar negara bertambah. C Positif: Meningkatkan kemahiran modal insan. D Negatif: Daya saing firma asing meningkat. T5 Bab 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing
28 Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia. > Petronas menyewa kapal tangki Jepun untuk mengeksport petroleum ke Korea selatan Pasangan manakah yang betul ? star A Eksport barang nampak / Import barang tak nampak B Eksport barang tak nampak / Import barang nampak C Eksport barang nampak / Import barang nampak D Eksport barang tak nampak / Import barang tak nampak T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
29 Apakah cara yang paling berkesan untuk mengehadkan kuantiti barang diimport ? star A Kawalan pertukaran asing B Embargo C Kuota D Tarif T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
30 Antara berikut, yang manakah betul tentang imbangan pembayaran ? I Contoh pembayaran kewangan ialah firma China membuat pembayaran kepada firma Malaysia. II Merekod jumlah nilai penerimaan dan pembayaran kewangan negara dalam setahun. III Kemasukan pelancong asing boleh memperbaiki imbangan pembayaran negara. IV Penerimaan kewangan dari luar negara direkod sabagai butiran debit. star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.3.2 Imbangan Pembayaran
31 Jadual 2 menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD). | Mata wang | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---| | 1 USD | 3.9690 | 4.2860 | Jadual 2 Berapakah yang perlu dibayar oleh En. Nasir jika belian ingin membeli telefon pintar Iphone 12 Pro yang berharga USD 999 melalui sebuah portal atas talian? star A RM 4,281.71 B RM 3,965.03 C RM 251.70 D RM 233.08 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
32 Antara beriku, yang manakah menyebabkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia? I Syarikat perkapalan Malaysia (MISC) mendapat lebih banyak kontrak pengangkutan daripada firma asing. II Malaysia menjadi destinasi yang semakin diminati pelancong asing. III Malaysia meningkatkan import daging lembu dari Australia. IV Petronas Berhad meningkatkan pelaburan di negara China. star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
33 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran 1 Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM) pada bulan Jun 2021 berbanding Januari 2021. | Januari 2023 | Jun 2023 | |---|---| | RM 4.46 | RM 4.67 | Antara berikut, pasangan yang manakah betul? I Nilai RM menurun / Harga import lebih mahal II Nilai eksport meningkat / Imbangan dagangan positif III Nilai RM meningkat / Harga eksport lebih murah IV Nilai import menurun / Imbangan dagangan negatif star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
34 I Faktor pengeluaran boleh dipindahkan dengan mudah adalah anjal. II Faktor pengeluaran mudah diperolehi adalah tak anjal. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran
35 I Harga barang kehendak ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. II Harga barang keperluan biasanya dikawal oleh kerajaan. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
36 I FOREX tahap risiko tinggi dan mendapat pulangan dalam bentuk sewa. II Saham berisiko rendah dan mendapat pulangan dalam bentuk dividen. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
37 I Produktiviti akan meningkatkan nisbah output dengan input. II Produktiviti akan meningkatkan pendapatan negara. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 4.2.1 Konsep Produktiviti
38 I Tukang masak akan memproses bahan mentah kepada barang separuh siap dan barang siap. II Pekerjaan dalam sektor kedua ialah operator kren berteknologi tinggi. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
39 I Tenaga kerja yang mahir dan berkebolehan dapat meningkatkan produktiviti. II Proses membuat keputusan yang rumit boleh meningkatkan produktiviti. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
40 I Jika nilai RM dijangka meningkat, permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan bertambah pada masa sekarang. II Permintaan terhadap Ringgit Malaysia berlaku apabila Malaysia mengeksport barang ke negara lain. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing