1 Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh isi rumah pada masa kini? star A Kekurangan sumber ekonomi dalam pengeluaran B Perubahan teknologi yang pesat C Sumber alam yang semakin berkurangan D Kehendak yang sentiasa berubah-ubah T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Maklumat berikut berkaitan satu sumber ekonomi. > Berperanan menyelaraskan faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan. Sumber di atas ialah star A memiliki kemahiran profesional B mempunyai mobiliti kegunaan C menerima faedah yang tinggi D mampu menghadapi risiko T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Pemilik modal menerima ganjaran faedah kerana star A menggabungkan faktor pengeluaran B menyumbang tenaga fizikal dan mental C membenarkan orang lain menggunakan aset D menangguhkan perbelanjaan semasa ke masa depan T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
4 Rajah 1 merupakan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi dua jenis barang. Rajah 1 Pernyataan yang manakah betul? - I Masalah ketidakupayaan berlaku pada kombinasi R - II Masalah ketidakcekapan ditunjukkan oleh kombinasi S - III Masalah pilihan berlaku pada setiap titik di atas keluk M A Q - IV Kos lepas mengeluarkan 2 tan metrik makanan ialah 4 ribu helai pakaian star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
5 Apakah barang yang hendak dikeluarkan dalam sistem ekonomi kapitalis diselesaikan melalui star A pemilihan pengeluaran paling cekap B permintaan pengguna C kuasa beli pengguna D penawaran firma T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
6 Pernyataan manakah merupakan kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat? star A Pilihan masyarakat terhad B Agihan pendapatan tidak sekata C Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi D Mewujudkan kuasa monopoli korporat besar T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
7 Hukum permintaan menyatakan bahawa... star A semakin rendah harga, semakin kurang kuantiti yang diminta B semakin tinggi harga, semakin kurang kuantiti yang diminta C semakin tinggi harga, semakin banyak kuantiti yang ditawarkan D semakin rendah harga, semakin kurang kuantiti yang ditawarkan T4 Bab 2.1.1 Hukum Permintaan
8 Apakah yang menyebabkan berlakunya pergerakan di sepanjang keluk permintaan? star A Perubahan cita rasa pengguna B Perubahan harga barang pengganti C Perubahan harga barang itu sendiri D Perubahan harga barang penggenap T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta
9 Antara yang berikut, manakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri? - I Penurunan kadar subsidi - II Penurunan kos bahan mentah - III Peningkatan pelepasan cukai syarikat - IV Matlamat pengeluar memaksimumkan keuntungan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
10 Rajah 2 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang. Rajah 2 Apakah yang berlaku dalam pasaran pada tingkat harga RM 25? - I Lebihan permintaan sebanyak 10 unit - II Lebihan penawaran sebanyak 10 unit - III Keseimbangan pasaran dicapai - IV Harga cenderung naik star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
11 Rajah 3 menunjukkan keluk perubahan keseimbangan pasaran telefon pintar. Rajah 3 Jika E0 ialah titik keseimbangan asal, manakah kesan peningkatan pendapatan isi rumah kepada keseimbangan pasaran telefon pintar? star A Keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D2D2 B Kuantiti keseimbangan pasaran yang baharu ialah Q2 C Kuantiti keseimbangan pasaran akan meningkat dari Q0 ke Q1 D Kuantiti keseimbangan pasaran akan meningkat dari Q_2 ke Q_1 T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
12 Harga barang Z turun sebanyak 40% menyebabkan kuantiti diminta barang bertambah daripada 80 unit kepada 120 unit. Berapakah nilai pekali keanjalan harga permintaan untuk barang Z? star A 0.80 B 0.83 C 1.20 D 1.25 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
13 Penawaran sesuatu barang cenderung menjadi tidak anjal jika star A inventori adalah terhad B bilangan firma yang banyak C mobiliti faktor pengeluaran yang tinggi D pertambahan kos pengeluaran yang kecil T4 Bab 2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran
14 Pernyataan yang manakah betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai? star A Pembelian komputer riba baru dengan harga mahal B Penetapan harga perabot jati yang diimport dari Indonesia C Proses menjelaskan bayaran ansuran kereta dalam tempoh 9 tahun D Mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
15 Maklumat berikut berkaitan dengan satu kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan. > Setiap bulan Syarikat Reffa Berhad membayar gaji pekerja dengan memasukkan ke dalam akaun setiap pekerjanya. Apakah kemudahan tersebut? star A Overdraf B Debit langsung C Pindahan kredit D Perintah sedia ada T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
16 Jenis pekerjaan yang manakah tergolong dalam sektor ketiga? - I Pengurus kilang - II Kaunselor sekolah - III Tukang masak hotel - IV Pekerja ladang tebu star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
17 Puan Intan menyimpan sebanyak RM 4 500 dalam akaun simpanan di sebuah bank perdagangan pada 1 April 2023 dengan kadar faedah 2.5% setahun. Berapakah faedah yang diperolehi oleh Puan Intan pada 31 Disember 2023? star A RM 28.13 B RM 84.38 C RM 93.75 D RM 112.50 T4 Bab 3.3.11 Strategi Simpanan
18 Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? - I Mengelakkan inflasi - II Meningkatkan pendapatan - III Membolehkan individu membeli barang mewah - IV Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
19 Jadual 1 menunjukkan output dan jumlah kos bagi sesuatu barang. | Output (unit) | Jumlah kos (RM ) | |---|---| | 0 | 20 | | 5 | 42 | | 7 | 60 | Jadual 1 Berapakah kos marginal pada output ke 7? star A RM 9 B RM 15 C RM 18 D RM 22 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
20 Jadual 2 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma. | Keluaran (unit) | Jumlah Kos (RM ) | |---|---| | 0 | 120 | | 4 | 320 | | 10 | 800 | Jadual 2 Hitung kos purata untuk unit output ke-12, jika kos berubah firma ialah RM 780. star A RM 55 B RM 65 C RM 75 D RM 85 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
21 Jadual 3 menunjukkan hubungan antara input dengan jumlah keluaran suatu barang. | Input tetap (unit) | Input berubah (unit) | Jumlah keluaran (unit) | |---|---|---| | 2 | 2 | 6 | | 2 | 4 | 24 | | 2 | 6 | 46 | | 2 | 9 | 70 | Jadual 3 Penyataan manakah betul tentang jadual di atas star A Keluaran marginal semakin meningkat B Firma beroperasi dalam jangka panjang C Keluaran marginal menurun selepas input berubah yang ke -6 D Keluaran marginal adalah sebanyak 24 unit pada input berubah ke - 9 T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
22 Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma. | Output | : | 1,000 unit | | Harga jualan seunit | : | RM 15.00 | | Kos purata | : | RM 10.00 | Berapakah untung firma tersebut? star A RM 5000 B RM 10000 C RM 15000 D RM 25000 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
23 Antara yang berikut, faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti sebuah organisasi? - I Prosedur kerja yang fleksibel dan ringkas - II Proses membuat keputusan yang rumit - III Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya - IV Tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
24 Antara berikut, yang manakah merujuk kepada kos sosial? star A Kos peribadi tambah kos luaran. B Kos peribadi tolak faedah peribadi. C Faedah luaran tolak faedah peribadi D Faedah peribadi tambah faedah luaran T4 Bab 4.2.5 Contoh Kos Sosial (Eksternaliti Negatif) dan Faedah Sosial (Eksternaliti Positif)
25 Maklumat berikut berkaitan dengan objektif kerajaan. > "Kerajaan perlu memastikan kadar inflasi yang rendah dalam negara ." Apakah objektif makroekonomi tersebut? star A Kestabilan harga B Guna tenaga penuh C Pertumbuhan ekonomi D Kestabilan imbangan pembayaran T5 Bab 1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara
26 Antara yang berikut, kombinasi manakah yang betul mengenai hubung kait antara peranan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat. star A Peranan Kerajaan: Menyediakan barang awam; Fungsi: Menyediakan perkhidmatan yang tidak boleh disediakan oleh pihak swasta B Peranan Kerajaan: Mengawal harga barang; Fungsi: Menetapkan harga maksimum dan minimum C Peranan Kerajaan: Mengagihkan pendapatan; Fungsi: Mengenakan cukai progresif dan memberi subsidi D Peranan Kerajaan: Mengawal pencemaran; Fungsi: Mengenakan denda kepada pencemar T5 Bab 1.1.4 Matlamat Kerajaan untuk Menjaga Kebajikan Masyarakat dan Meningkatkan Kemakmuran Negara
27 Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis pengangguran. > Syarikat Bunga Keladi Sdn Bhd telah memberhentikan ramai pekerjanya kerana ingin mengurangkan kos operasi syarikat. Apakah jenis pengangguran yang dialami oleh pekerja syarikat tersebut? star A Pengangguran kitaran B Pengangguran struktur C Pengangguran geseran D Pengangguran bermusim T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
28 Apakah kesan belanjawan defisit terhadap ekonomi negara? star A Kuasa beli pengguna dan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam pasaran akan menurun B Memperlahankan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menyebabkan tingkat harga umum menurun C Mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menambahkan pendapatan individu D Inflasi dapat dikawal dan kos sara hidup masyarakat telah menurun T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
29 Pilih pasangan yang betul berkaitan Alat dasar kewangan yang digunakan semasa inflasi. | Alat dasar kewangan | Kesan | |---|---| | A Menaikkan nisbah rizab berkanun | Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman meningkat | | B Menaikkan kadar faedah | Jumlah pinjaman yang dibuat oleh masyarakat berkurang | | C Menjual surat jaminan kerajaan | Penawaran wang dalam pasaran meningkat | | D Melonggarkan syarat sewa beli | Tempoh pinjaman bayaran balik dipendekkan | star A A B B C C D D T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
30 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan cukai langsung? star A Syarikat Pama Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan B Koperasi Sejahtera membayar cukai atas keuntungan yang diperolehi C Cik Azie membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia D Encik Sayuti membayar cukai kepada agensi pekerja asing T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
31 Apakah kesan positif pelaburan langsung asing? star A Wujud kelestarian ekonomi B Meningkatkan kualiti barang C Mencapai keseimbangan barang D Produktiviti dan keupayaan pekerja meningkat T5 Bab 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing
32 Apakah kebaikan pembentukan blok ekonomi? - I Kos pengeluaran meningkat dan daya pengeluaran rendah. - II Pemindahan teknologi yang canggih dan penambahan tenaga pakar - III Memudahkan pergerakan barang, perkhidmatan dan sumber - IV Wujud kuasa monopoli star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
33 Antara yang berikut manakah merupakan tujuan kerajaan mengenakan sekatan terhadap barang import? - I Meningkatkan pendapatan negara - II Memperbaiki imbangan pembayaran - III Mengurangkan eksport ke luar negara - IV Menggalakkan penawaran barang import star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
34 I Kehendak adalah sesuatu yang dipenuhi terlebih dahulu. II Contoh kehendak ialah pakej pelancongan. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
35 I Apabila pasaran mencapai keseimbangan, penurunan harga akan menyebabkan berlakunya lebihan permintaan. II Lebihan permintaan akan menyebabkan harga cenderung jatuh untuk mencapai titik keseimbangan. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
36 I Semakin rendah harga purata barang, semakin tinggi upah benar. II Semakin tinggi upah benar, semakin banyak kuantiti barang dan perkhidmatan yang boleh diperolehi. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
37 I Tabungan ialah pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan oleh individu. II Individu yang menabung di bank akan menerima pulangan dalam bentuk untung. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu T4 Bab 3.3.12 Konsep Risiko dan Pulangan dalam Pelaburan
38 I Tujuan kerajaan membuat projek pembangunan adalah untuk memaksimumkan keuntungan. II Contoh projek pembangunan ialah Mass Rapid Transit (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang, Selangor. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
39 I Tarif ad valerom ialah cukai import yang dihitung berdasarkan jumlah nilai barang import. II Contoh tarif ad valerom ialah sebanyak 20% dikenakan ke atas jumlah nilai tayar import. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
40 I Ringgit Malaysia mengalami kejatuhan nilai apabila wujudnya lebihan penawaran Dolar Amerika Syarikat di pasaran pertukaran asing. II Ringgit Malaysia mengalami kenaikan nilai apabila wujudnya lebihan permintaan Dolar Amerika Syarikat di pasaran pertukaran asing. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.4.4 Analisis Penentuan dan Perubahan Kadar Pertukaran Asing