1 Ilmu ekonomi ialah bidang yang mengkaji cara manusia... star A Merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin. B Menggunakan tabungan untuk meningkatkan pendapatan pada masa depan. C Menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara optimum. D Menyeimbangkan pelbagai kehendak manusia dengan sumber ekonomi yang terhad. T4 Bab 1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi
2 Gambar 1 menunjukkan sejenis sumber ekonomi. Gambar 1 Pernyataan manakah yang menggambarkan sumber ekonomi tersebut? star A Menyelaraskan dan menggabungkan faktor pengeluaran B Sumber semulajadi yang mempunyai penawaran terhad C Menggunakan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran D Input pengeluaran dicipta oleh manusia untuk membantu proses pengeluaran T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran Firma Bernama. Rajah 1 Apakah yang berlaku pada titik A, B dan C ? star A Wujud masalah kos lepas B Tingkat teknologi berubah-ubah C Sumber ekonomi adalah tidak terhad D Ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri satu sistem ekonomi. > Pihak swasta dan kerajaan memiliki sumber ekonomi yang penting dalam pembangunan ekonomi negara Apakah sistem ekonomi tersebut? star A Sistem ekonomi sosialis B Sistem ekonomi campuran C Sistem ekonomi pasaran bebas D Sistem ekonomi perancangan pusat T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
5 Jadual 1 menunjukkan penawaran Farah dan Farisya terhadap sesuatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti ditawarkan (Unit) | | | Farah | Farisya | | 3 | 2 | 6 | | 6 | 6 | 9 | | 9 | 15 | 13 | Jadual 1 Berapakah penawaran pasaran pada tingkat harga RM 9? star A 8 unit B 15 unit C 23 unit D 28 unit T4 Bab 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
6 Rajah 2 menunjukkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan. Rajah 2 Apakah yang menyebabkan berlaku pergerakan dari Q0 ke Q1? star A Kenaikan harga barang lain B Berlaku peningkatan teknologi C Kenaikan harga barang itu sendiri D Penarikan subsidi oleh kerajaan T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan
7 Jadual 2 menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga. | Harga (RM) | Permintaan (Unit) | Penawaran (Unit) | |---|---|---| | 25 | 100 | 30 | | 50 | 80 | 60 | | 75 | 60 | 90 | | 100 | 40 | 120 | Jadual 2 Apakah yang akan berlaku dalam pasaran pada tingkat harga RM 100? star A Lebihan penawaran B Lebihan permintaan C Keseimbangan pasaran D Kekurangan permintaan T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
8 Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan tudung Saloma. Rajah 3 Berapakah kuantiti X jika nilai keanjalan harga permintaan ialah 2.5? star A 60 Unit B 65 Unit C 70 Unit D 75 Unit T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
9 Jadual 3 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta bagi barang X Y. | Peratus Perubahan Harga | Peratus Perubahan Kuantiti Diminta | |---|---| | 10 | 20 | Jadual 3 Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pengeluar untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang X Y? star A Pengeluar meningkatkan harga barang X Y. B Pengeluar menurunkan harga barang X Y. C Pengeluar meningkatkan permintaan barang X Y. D Pengeluar menunggu kerajaan memberikan subsidi. T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
10 Seorang nelayan menjual hasil tangkapan kepada pemborang ikan di pasar. Dengan pendapatan yang diperolehi, nelayan tersebut membeli 2 kg gula dan 10 kg beras untuk keperluan hariannya. Apakah fungsi wang tersebut? star A Alat ukuran nilai B Alat bayaran tertunda C Alat perantaraan pertukaran D Alat simpanan nilai T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
11 Bagaimanakah cara bank pusat menstabilkan nilai Ringgit Malaysia? I Mengawal kestabilan ekonomi II Mengeluarkan mata wang negara III Membeli Ringgit Malaysia apabila nilai Ringgit Malaysia rendah IV Menggunakan alat dasar kewangan untuk memastikan kadar inflasi terkawal star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
12 Penyataan manakah yang menerangkan prinsip Takjiri dalam Perbankan Islam? star A En Fadli boleh mengambil alih harta disewa B Puan Aminah membeli rumah dengan pembayaran tertangguh C Pihak bank sebagai pemegang amanah sijil saham milik Puan Puteri D Cik Nely menyimpan wang sebanyak RM 2000 untuk tempoh setahun T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
13 Maklumat berikut berkaitan dengan keluarga Pak Idris. Pak Idris bekerja sebagai seorang petani. Isterinya, Mak Andak menjalankan perusahaan kerepek pisang secara kecil-kecilan. Mereka mempunyai dua orang anak yang bernama Farid yang bekerja sebagai guru dan anak bongsunya Hanum baru bergelar graduan bidang kejuruteraan mekanikal. Siapakah yang terlibat di dalam pekerjaan sektor kedua? star A Farid B Hanum C Pak Idris D Mak Andak T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
14 Jadual 4 berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Fakrul pada tahun 2023. | Pendapatan dan potongan | RM | |---|---| | Gaji | 40 000 | | Elaun | 500 | | KWSP | 3360 | | Insurans nyawa | 400 | | Cukai pendapatan | 150 | | Zakat | 180 | | Bil air | 130 | Jadual 4 Berapakah jumlah potongan wajib Encik Fakrul pada tahun tersebut?. star A RM 3,510 B RM 3,690 C RM 4,090 D RM 4,220 T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
15 Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? I Mengelakkan inflasi II Meningkatkan pendapatan III membolehkan individu membeli barang mewah IV Membantu individu membuat tabungan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
16 Apakah jenis pelaburan yang memberikan pulangan dan tahap kecairan yang tinggi? star A Unit Amanah B Saham syarikat C Sekuriti pinjaman D Urus niaga pertukaran asing T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
17 Pernyataan manakah yang betul tentang fungsi pengeluaran? star A input tetap bermula pada pengeluaran sifar B gabungan output yang cekap untuk mengeluarkan input C Kombinasi input tetap dan input berubah dalam jangka panjang D penambahan input tetap akan meningkatkan pengeluaran jangka pendek T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
18 Pilih pasangan kos tetap dan kos berubah yang tepat bagi sebuah Syarikat Peneraju Perumahan. | Kos Berubah | Kos Tetap | |---|---| | A | Susut nilai kereta | Pembelian simen | | B | Gaji penyelia projek | Minyak petrol lori | | C | Upah buruh kasar | Sewa Pejabat | | D | Faedah pinjaman bank | Bil Elektrik | star A Susut nilai kereta | Pembelian simen B Gaji penyelia projek | Minyak petrol lori C Upah buruh kasar | Sewa Pejabat D Faedah pinjaman bank | Bil Elektrik T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
19 Jadual 5 menunjukkan keluaran, kos berubah dan jumlah kos bagi sebuah firma. | Keluaran (unit) | Kos berubah (RM ) | Jumlah Kos (RM ) | |---|---|---| | 0 | 0 | 100 | | 1 | 50 | 150 | | 2 | 100 | 200 | Jadual 5 Berapakah kos tetap firma tersebut? star A RM 50 B RM 100 C RM 150 D RM 200 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
20 Jadual 6 berkaitan dengan kos pengeluaran barang X. | Output (unit) | Kos Berubah (RM ) | Kos Tetap (RM ) | |---|---|---| | 1 | 12 | 15 | | 2 | 20 | 15 | | 3 | 35 | 15 | | 4 | 52 | 15 | Jadual 6 Pada tingkat output berapakah kos purata paling minimum? star A 1 unit B 2 unit C 3 unit D 4 unit T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran T4 Bab 4.1.5 Hubungan antara Perubahan Output dengan Jumlah Kos, Kos Purata, Kos Marginal, dan Kos Berubah Purata
21 Berikut merupakan kos pengeluaran Firma Bahulu Bella. Puan Bella telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai syarikat insurans yang diberikan gaji RM 5000 sebulan. Beliau memulakan perniagaan Kedai bakeri dengan wang simpanan di bank RM 20 000 dengan kadar faedah 3% setahun. Pada bulan pertama perniagaan, beliau telah melakukan pembayaran bahan mentah RM 3000 dan gaji pekerja RM 1000 Berdasarkan kenyataan di atas berapakah kos Implisit? star A RM 5,050 B RM 5,600 C RM 6,600 D RM 9,000 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
22 Faktor manakah yang mempengaruhi produktiviti? I Struktur organisasi II Kepuasan pengguna III Sistem dan prosedur IV Tingkat agihan star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
23 Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah siap dilaksanakan dan dibuka untuk kegunaan masyarakat? star A Penebangan hutan meningkat B Nilai hartanah setempat meningkat C Kos pengangkutan akan lebih tinggi D Kadar pencemaran bunyi yang tinggi T4 Bab 4.2.5 Contoh Kos Sosial (Eksternaliti Negatif) dan Faedah Sosial (Eksternaliti Positif)
24 Penyataan manakah yang menunjukkan peranan kerajaan sebagai pengeluar? star A Kewujudan Bandar Baru Chuping melibatkan usahasama antara pihak swasta dan kerajaan. B Kementerian Pendidikan menawarkan pengambilan guru One-Off C Pembukaan Hospital Besar Padang Besar dijangka dapat meningkatkan kemudahan kesihatan penduduk sekitar. D Perlaksanaan dasar upah minimum dijangka dapat meningkatkan produktiviti buruh tempatan. T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
25 Penyataan manakah yang betul tentang ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi star A Lebih daripada seorang pengeluar B Berkuasa untuk menentukan harga C Persaingan bukan harga amat penting D Berlaku kebebasan keluar masuk pasaran T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
26 Penyataan yang manakah merupakan tindakan kerajaan untuk mengawal kesan eksternaliti negatif? star A Memberi subsidi kepada pengeluar barang elektrik di Malaysia B Mengenakan cukai yang tinggi untuk pengguna kereta elektrik C Mengurangkan cukai penggunaan untuk pengguna diesel D Memberi insentif subsidi kepada pengeluar yang menggunakan teknologi hijau T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
27 Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran? star A Firma menutup operasi kilang kerana firma mengecilkan operasi B Kekurangan kemahiran menyebabkan orang ramai berhenti kerja C Pekerja kurang mendapat maklumat tentang pekerjaan D Penganggur lebih suka membuat kerja tidak formal T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
28 Penyataan berikut berkaitan dengan perbelanjaan kerajaan. > Menyediakan prasarana untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia Perbelanjaan pembangunan sektor manakah yang berkaitan dengan maklumat di atas? star A Sektor Keselamatan B Sektor Perkhidmatan Sosial C Sektor Perkhidmatan Ekonomi D Sektor Pentadbiran Am T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
29 Situasi berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi. > "Pada tahun 2020 sehingga Julai 2021, sebanyak 5,095 majikan memberhentikan seramai 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia". Sumber: Malaysiakini.com, 23 September 2022 Apakah alat dasar kewangan yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah di atas? star A Menaikkan kadar faedah B Mengetatkan syarat sewa beli C Menjual surat jaminan kerajaan D Menurunkan nisbah rizab tunai T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
30 Rajah 4 berikut merupakan satu maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa? Rajah 4 X ialah star A Syarikt Jore menjual barang kepada syarikat Nasika B Syarikat Ratika memproses barangan daripada syarikat Dasuki C Syarikat Helen membeli barang yang dihasilkan oleh Syarikat Irena D Syarikat Jore membeli barangan daripada syarikat Nasika dan menjualnya kepada Syarikat Ratika T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
31 Apakah kesan kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan mengenakan tarif ke atas barang import? star A Kuantiti barang import meningkat B Kuantiti barang tempatan menurun C Harga barang tempatan relatif murah D Harga barang import menjadi lebih murah T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
32 Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. > Puan Asma dan Encik Amran bercuti ke Bali Indonesia dan membeli koleksi cenderamata untuk keluarganya di Malaysia Apakah komposisi pedagangan berdasarkan maklumat di atas? I Import barang Nampak II Eksport barang Nampak III Import barang tak Nampak IV Eksport barang tak Nampak star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
33 Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya permintaan terhadap Ringgit Malaysia? star A Ringgit Malaysia diramal meningkat B Pelaburan syarikat Malaysia di Thailand C Pelajar melanjutkan pelajaran di New Zealand D Syarikat QC membeli mesin pengadun daripada Negara Jepun T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
34 Jadual 7 menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dan Pound Sterling £1 = RM 6.00 Jadual 7 Jika seorang pengimport England telah mengimport barang dari Malaysia yang bernilai 2,375 GBP, berapakah nilai yang perlu dibayar oleh pengimport England tersebut star A RM 395.83 B RM 2137.50 C RM 3958.33 D RM 14,250.00 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 I Keluk kemungkinan yang cembung menunjukkan kos lepas semakin meningkat II Analisis keluk kemungkinan pengeluaran menyatakan teknologi adalah tetap. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Salah | Salah D Betul | Betul T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
36 I Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan meningkat. II Hukum permintaan digambarkan oleh keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan star A Betul | Salah B Salah | Betul C Salah | Salah D Betul | Betul T4 Bab 2.1.1 Hukum Permintaan T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
37 I Risiko pelaburan ialah kemungkinan menghadapi sesuatu yang tidak pasti pada masa akan datang. II Pelaburan dalam saham syarikat mempunyai risiko yang rendah tetapi mempunyai pulangan tinggi. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Salah | Salah D Betul | Betul T4 Bab 3.3.12 Konsep Risiko dan Pulangan dalam Pelaburan T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
38 I Kemahiran dan tahap motivasi tenaga manusia akan mempengaruhi produktiviti pekerja. II Produktiviti pekerja dapat ditingkatkan dengan pemberian ganjaran secara kewangan atau bukan kewangan. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Salah | Salah D Betul | Betul T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
39 I Dasar harga maksimum adalah penetapan harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan. II Dasar harga minimum adalah dasar penetapan harga lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Salah | Salah D Betul | Betul T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
40 I Imbangan dagangan berkaitan dengan beza antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak. II Kenaikan nilai Ringgit Malaysia berbanding mata wang asing boleh menyebabkan imbangan dagangan menjadi semakin positif. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Salah | Salah D Betul | Betul T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import