arrow_back

Perak Trial 2024 Economics Kertas 1

1
Pernyataan yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi?
2
Penyataan manakah yang benar tentang sumber ekonomi?
3
Rajah 1 berkaitan dengan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP). Rajah 1 Penyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas? I Titik R menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap II Titik M N O P Q menunjukkan masalah pilihan di sepanjang KKP III Titik P menunjukkan berlaku kos lepas terhadap Barang A sebanyak 8 unit IV Titik S menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan Barang A dan Barang B
4
Apakah ciri sistem ekonomi perancangan pusat?
5
Penyataan manakah yang betul tentang ekonomi Islam?
6
Pernyataan manakah betul tentang keluk permintaan?
7
Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan bagi kereta tempatan. Rajah 2 Apakah yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1?
8
Rajah 3 berkaitan dengan keseimbangan pasaran sarung tangan getah. Rajah 3 Situasi yang manakah menyebabkan perubahan di atas?
9
Jadual 1 menunjukkan nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi gelang emas dan beras. | Gelang emas | Beras | |---|---| | 2.2 | 0.7 | Jadual 1 Pernyataan yang manakah betul tentang jadual tersebut.
10
Apakah yang berlaku jika harga turun sebanyak 25% bagi permintaan barang yang tidak anjal?
11
Penawaran roti bertambah daripada 160 unit kepada 260 unit apabila harga roti meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran roti tersebut?
12
Jadual 2 menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan. | Harga (RM) | Kuantiti Penawaran (unit) | |---|---| | 2 | 8 | | 4 | Q | Jadual 2 Jika harga meningkat dari RM2 ke RM4, berapakah nilai Q jika keanjalan harga penawaran barang tersebut ialah 0.5?
13
Antara yang berikut, kaedah manakah yang dilakukan oleh bank pusat untuk menstabilkan nilai mata wang? I Mewujudkan sandaran minimum dengan memperuntukkan 80.59% dalam bentuk emas II Menjual Ringgit Malaysia dan membeli Dolar Amerika ketika nilai Ringgit Malaysia rendah III Membuat pelaburan di dalam dan luar negara bagi meningkatkan pendapatan kepada negara IV Menggunakan alat dasar kewangan bagi memastikan kadar inflasi berada pada paras terkawal
14
Encik Amin membeli sebuah kereta Proton Persona dengan bayaran ansuran sebanyak RM600 sebulan. Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang memudahkan Encik Amin untuk membuat pembayaran ansuran kereta tersebut?
15
Manakah yang menunjukkan pekerjaan dalam sektor ketiga?
16
Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pendapatan individu. | Pendapatan individu = Upah + Sewa + Faedah + Dividen + X + Bayaran pindahan | Situasi manakah yang menerangkan X?
17
Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga?
18
Pernyataan manakah yang betul tentang belanjawan peribadi?
19
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang firma? I Berbeza dari segi saiz dan modal II Terdapat firma swasta dan firma awam III Firma membekalkan faktor pengeluaran IV Firma awam mementingkan keuntungan yang maksimum
20
Puan Suri memerlukan tepung, mesin penguli, dan pekerja untuk membuat roti. Apakah input berubah yang terlibat dalam proses tersebut?
21
Jadual 3 menunjukkan hubungan antara jumlah output dengan kos. | Jumlah output (unit) | Kos tetap (RM) | Kos berubah (RM) | |---|---|---| | 1 | 200 | 30 | | 2 | 200 | 60 | | 3 | 200 | 90 | Jadual 3 Berapakah kos purata pada output ke-2?
22
Jadual 2 menunjukkan output, kos purata dan kos tetap sebuah firma. | Output (unit) | Kos purata (RM) | |---|---| | 100 | 50 | | 300 | 30 | Jadual 4 Jika kos tetap ialah RM1 000, berapakah kos berubah pada output ke 300.
23
Pernyataan yang manakah betul tentang untung?
24
Bagaimanakah struktur organisasi dapat meningkatkan produktiviti?
25
Pernyataan yang manakah menunjukkan kos sosial?
26
Rajah 4 berkaitan dengan jenis inflasi. Rajah 4 Pernyataan yang manakah menyebabkan inflasi X berlaku?
27
Pasangan yang manakah betul? | | Dasar kewangan | Keterangan | |---|----------------|----------------------------------------------------| | A | Mengembang | Bertujuan untuk mengurangkan permintaan agregat | | B | Mengembang | Bertindak dengan menurunkan kadar cukai pendapatan | | C | Menguncup | Berupaya untuk mengurangkan jumlah penciptaan kredit | | D | Menguncup | Berlaku apabila kerajaan menambah perbelanjaan pembangunan |
28
Maklumat berikut berkaitan dengan satu alat dasar kewangan. | Tahun | Kadar Dasar Semalaman (OPR) | |---|---| | 2020 | 2.5% | | 2022 | 3.0% | Apakah kesan tindakan tersebut kepada firma?
29
Antara berikut, yang manakah keburukan pelaburan langsung asing? I Meningkatkan keupayaan pengeluaran barang II Mendorong aliran masuk modal ke dalam negara III Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang tidak terkawal IV Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan
30
Pasangan yang manakah betul? | | | | |---|---|---| | A | Subsidi | Menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat | | B | Tarif | Menghalang kemasukan barang import dari negara tertentu | | C | Kuota | Mengehadkan jumlah maksimum yang boleh diimport dari sesebuah negara | | D | Embargo | Menyebabkan harga barang import relatif lebih mahal berbanding barang tempatan |
31
Situasi yang manakah cenderung memberi kesan imbangan dagangan negatif?
32
Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan permintaan dan penawaran Ringgit Malaysia. | Perkara | Ringgit Malaysia (RM) | |---|---| | A | Proton memasarkan kereta SUV X70 ke Singapura | Penawaran RM | | B | Encik Syafiq menghantar anaknya belajar ke New Zealand | Penawaran RM | | C | BERNAS Berhad mendapatkan bekalan beras wangi dari Vietnam | Permintaan RM | | D | Malaysia Care menyediakan sumbangan RM 200 000 kepada mangsa banjir di Pakistan | Permintaan RM |
33
I Ekonomi ialah mengurus semua sumber ekonomi yang ada bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas. II Kehendak manusia tetap dan tidak berubah dari semasa ke semasa.
34
I Hukum permintaan menyatakan apabila harga menurun maka kuantiti diminta menurun. II Hukum permintaan digambarkan melalui hubungan positif antara harga dan kuantiti diminta.
35
I Hubungan positif ditunjukkan oleh keluk penawaran yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. II Jika harga kereta meningkat, penawaran terhadap kereta akan berkurang.
36
I Contoh potongan wajib ialah caruman KWSP. II Peningkatan kadar caruman KWSP pekerja menyebabkan pendapatan boleh guna berkurang.
37
I Proses pengeluaran memerlukan gabungan input untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. II Input berubah wujud dalam jangka masa pendek dan panjang.
38
I Faedah sosial adalah faedah kepada pihak ketiga selain pengguna dan pengeluar. II Pembinaan projek tebatan banjir mengurangkan risiko kerosakan harta benda merupakan contoh faedah sosial.
39
I Dasar fiskal dilaksanakan melalui perubahan kadar faedah dan pelaksanaan cukai. II Dasar fiskal mempengaruhi permintaan dalam kalangan rakyat.
40
I Pertukaran asing merujuk kepada mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah negara. II Apabila nilai eksport Malaysia meningkat, maka mata wang negara akan meningkat.
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。