arrow_back

Sabah Trial 2024 Economics Kertas 1 · Set 2

Economics

Sabah Trial 2024 Economics Kertas 1 · Set 2

  • Sabah Trial Set 2
  • 40 questions
  • With explanations
1
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi. > Syarikat Fodisten Sdn Bhd hanya dapat melaksanakan projek perumahan di Taman Rafflesia di Matunggong dan terpaksa menangguhkan projek perumahan di Taman Pelangi di Sikuati. Apakah masalah ekonomi yang terlibat?
2
Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Azie. > Puan Azie adalah pengusaha kedai kek dan roti. Beliau mempunyai 2 orang pekerja dan berjaya membekalkan roti dan kek di beberapa buah koperasi sekolah dan pasar raya di Kudat. Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Puan Azie? I Kedai kek II Pasar raya III Koperasi sekolah IV Tenaga pekerja
3
Rajah 1 berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP). Titik manakah yang menunjukkan kecekapan pengeluaran?
4
Jadual 1 berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Jean Crispo. | Teknik Pengeluaran | Keropok Lekor (kg) | Keropok Kering (kg) | |---|---|---| | W | 0 | 200 | | X | 50 | 160 | | Y | 110 | 90 | | Z | 150 | 30 | Apakah kos lepas jika Syarikat Jean Crispo menukar teknik pengeluaran daripada W ke Z?
5
Bagaimanakah sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi? I Jenis barang ditentukan oleh pengeluar II Kuantiti barang ditentukan oleh pengguna III Kaedah pengeluaran berdasarkan untung maksimum IV Agihan barang berdasarkan corak agihan pendapatan masyarakat
6
Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara. - Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu - Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat - Matlamat ekonomi adalah untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara tersebut?
7
Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan terhadap sesuatu barang. Pergerakan dari titik Y ke X dikenali sebagai
8
Rajah 3 menunjukkan perubahan permintaan dalam pasaran. Apakah situasi yang menunjukkan peralihan keluk permintaan ke kiri dari D0D0 ke D1D1?
9
Pilih padanan yang betul berkaitan perubahan penawaran di pasaran.
10
Jadual 2 menunjukkan permintaan dan penawaran kasut sukan di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti permintaan (pasang) | Kuantiti penawaran (pasang) | |---|---|---| | 60.90 | 60 | 15 | | 70.90 | 40 | 40 | | 80.90 | 20 | 50 | | 90.90 | 10 | 70 | Pilih pernyataan yang benar mengenai jadual tersebut.
30 more questions — sign in to do the whole paper free

Signed in, your results are saved, wrong answers go into Mistakes, and you can carry on from another phone.

More Economics papers

See all Economics papers →
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.

Sign In

Sign in with your Google account to continue

Continue with Google