1 Situasi yang manakah menggambarkan konsep kekurangan dalam ekonomi? star A Puan Zaini dapat membeli barang yang disukai hasil keuntungan perniagaannya B Syarikat ABC dapat memenuhi permintaan dengan sumber ekonomi yang mencukupi C Kerajaan berhasrat menyediakan infrastruktur negara menggunakan hasil kutipan cukai D Aisyah mampu membeli sepasang kasut setelah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) dalam sebuah ekonomi. Apakah masalah yang dihadapi pada kombinasi pengeluaran di P? star A Kos lepas meningkat B Kekurangan sumber ekonomi C Pembaziran penggunaan buruh D Pilihan menjejaskan kecekapan pengeluaran T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
3 Pernyataan yang manakah menerangkan sistem ekonomi yang dikawal oleh badan perancangan pusat? I Kebajikan rakyat diutamakan II Persaingan saksama dalam pengeluaran III Pengguna menikmati pelbagai barangan IV Kerajaan menentukan penggunaan sumber star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
4 Masalah apa yang hendak dikeluarkan dan berapa yang hendak dikeluarkan dalam sistem ekonomi pasaran bebas diselesaikan melalui kuasa star A pasaran B pembayaran C penawaran firma D permintaan pengguna T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
5 Jadual berikut berkaitan dengan permintaan suatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | |---|---| | | Amir | Anas | | 5 | 60 | 40 | | 10 | 30 | 30 | Rajah yang manakah betul menggambarkan keluk permintaan pasaran? star A A Figure B B Figure C C Figure D D Figure T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
6 Maklumat berikut berkaitan dengan suatu penentu penawaran. > Kerajaan mengumumkan penamatan subsidi kepada pengeluar ayam berkuat kuasa 1 November 2023. Sumber: Sinar Harian Online, 30 Oktober 2023 Pernyataan yang manakah betul menerangkan kesan situasi tersebut? star A Pengurangan penawaran B Penguncupan penawaran C Peralihan keluk penawaran ke kanan D Peningkatan penawaran barang pengganti T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
7 Rajah berikut berkaitan dengan pasaran Barang R. Pernyataan yang manakah menerangkan perubahan dalam rajah tersebut? star A Berlaku lebihan penawaran B Harga dan kuantiti baharu menurun C Matlamat firma maksimumkan untung D Keseimbangan baharu pada harga lebih tinggi T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
8 Gambar berikut berkaitan dengan keanjalan harga penawaran bagi suatu barang. Pernyataan yang manakah betul? star A Keluk penawaran adalah landai B Pekali keanjalan kurang daripada satu C Keluaran dapat ditambah dengan segera D Pengeluar responsif terhadap perubahan harga T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
9 Rajah berikut berkaitan dengan pekali keanjalan permintaan. Berapakah nilai X jika pekali keanjalan harga permintaan ialah 2? star A 27.00 B 47.25 C 49.68 D 50.00 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
10 Antara berikut yang manakah menerangkan peranan bank pusat dalam mengurus hutang negara? I Menerbitkan sijil pelaburan II Menjual surat jaminan kerajaan III Memberi pendahuluan sementara IV Menjadi penasihat pelaburan kerajaan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
11 Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi bank perdagangan. > Encik Jaya telah membeli sebuah rumah berharga RM300 000 melalui pinjaman bank dan perlu menjelaskan bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM1 700 pada setiap 28 haribulan. Apakah bentuk kemudahan tersebut? | Jenis Pembiayaan | Kemudahan Pembayaran | |---|---| | A Pinjaman peribadi | Pindahan kredit | | B Pinjaman bercagar | Perintah sedia ada | | C Pinjaman sewa beli | Debit langsung | | D Pinjaman overdraft | Draft bank | star A Pinjaman peribadi B Pinjaman bercagar C Pinjaman sewa beli D Pinjaman overdraft T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
12 Rajah berikut berkaitan dengan pelaburan individu. Antara berikut yang manakah betul tentang Y? I Tahap risiko rendah II Pulangan yang tinggi III Tahap kecairan yang sederhana IV Pendapatan berbentuk keuntungan modal star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.12 Konsep Risiko dan Pulangan dalam Pelaburan T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
13 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran jangka pendek sebuah firma. > Pengeluaran meningkat sebanyak 50 unit setiap bulan. Antara berikut yang manakah betul? I Peningkatan kos tetap II Peningkatan kos purata III Peningkatan jumlah kos IV Peningkatan kos berubah star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.1.5 Hubungan antara Perubahan Output dengan Jumlah Kos, Kos Purata, Kos Marginal, dan Kos Berubah Purata
14 Antara berikut faktor yang manakah meningkatkan produktiviti firma? I Pengurusan berwibawa II Menggunakan buruh mahir III Mengimport bahan mentah IV Peralatan digunakan berterusan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
15 Jadual berikut menunjukkan fungsi pengeluaran jangka pendek sebuah firma. | Input berubah (unit) | Jumlah keluaran (unit) | Keluaran purata (unit) | Keluaran marginal (unit) | |---|---|---|---| | 0 | 0 | 0 | - | | 1 | 6 | 6 | 6 | | 2 | 14 | 7 | 8 | | 3 | 24 | 8 | 10 | | 4 | 32 | 8 | 8 | | 5 | 37 | 7.4 | 5 | | 6 | 41 | 6.8 | 4 | | 7 | 44 | 6.3 | 3 | | 8 | 46 | 5.8 | 2 | | 9 | 46 | 5.1 | 0 | Tahap pengeluaran yang manakah paling cekap? star A Input berubah 0 hingga 3 B Input berubah 4 hingga 8 C Input berubah 4 hingga 9 D Input berubah 8 hingga 9 T4 Bab 4.1.8 Tahap Pengeluaran Paling Cekap
16 Maklumat berikut berkaitan dengan kos purata, jumlah keluaran dan harga seunit bagi Perniagaan Ilmi. | Kuantiti output | 1 000 unit | |---|---| | Harga seunit | RM3.00 | | Kos berubah purata | RM2.50 | | Kos tetap | RM2 000 | Perniagaan akan mengalami star A rugi RM500 B rugi RM1 500 C untung RM500 D untung RM1 000 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
17 Mengapakah kerajaan ingin mencapai objektif guna tenaga penuh? star A Menjamin kestabilan kos sara hidup B Meningkatkan rizab mata wang asing C Memaksimumkan jumlah pengeluaran D Mengurangkan defisit imbangan pembayaran T5 Bab 1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara
18 Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis pengangguran dalam ekonomi. Punca pengangguran: - Kemerosotan dalam industri - Pekerja kekurangan kelayakan dan kemahiran Apakah punca lain yang menyumbang kepada situasi tersebut? star A Maklumat pekerjaan yang terhad B Sikap buruh yang memilih pekerjaan C Penurunan dalam permintaan agregat D Berlaku ketidakstabilan harga komoditi T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
19 Antara berikut yang manakah mempengaruhi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia? I Syarikat BioNTech SE dari Jerman membuka cawangannya di Singapura II Marrybrown Malaysia membuka cawangan restoran di Shah Alam, Selangor III Syarikat Tesla (EV) dari Amerika Syarikat membuka cawangan baharu di Damansara IV Penerbangan Batik Malaysia yang beroperasi di Indonesia menghantar balik keuntungan ke Malaysia star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.2.6 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
20 Apakah yang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos? star A Penurunan pertukaran Ringgit Malaysia B Peningkatan perbelanjaan masyarakat C Pengekalan margin keuntungan D Pertambahan penawaran wang T5 Bab 1.2.2 Inflasi
21 Manakah yang betul tentang kesan inflasi terhadap eksport Malaysia? star A Daya saing meningkat B Kos pengeluaran menurun C Keuntungan firma meningkat D Permintaan barang tempatan menurun T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
22 Antara berikut tindakan kerajaan yang manakah betul dalam melaksanakan dasar fiskal mengembang? I Menurunkan cukai II Mengurangkan kadar faedah III Membeli surat jaminan kerajaan IV Menambah perbelanjaan kerajaan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
23 Jadual berikut menunjukkan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan bagi tempoh satu tahun. | Sumber hasil | RM (Juta) | |---|---| | Cukai pendapatan individu | 33 630 | | Duti eksport | 1 450 | | Cukai pendapatan koperasi | 2 565 | | Duti eksais | 11 970 | | Lesen dan permit | 13 788 | | Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) | 32 060 | (Sumber: diubah suai daripada https://ekonomirakyat.com.my/bajet-2023) Berapakah jumlah hasil cukai tak langsung? star A RM36 195 B RM45 480 C RM59 268 D RM95 463 T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
24 Gambar berikut menunjukkan suatu perbelanjaan pembangunan. Apakah sektor perbelanjaan yang terlibat? star A Keselamatan B Pentadbiran am C Perkhidmatan sosial D Perkhidmatan ekonomi T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
25 Maklumat berikut menunjukkan kesan daripada tindakan Bank Negara Malaysia. - Penciptaan kredit menurun - Bekalan wang berkurang Apakah tindakan tersebut? star A Meningkatkan rizab tunai B Mengurangkan had pinjaman C Membeli surat jaminan kerajaan D Memendekkan tempoh pinjaman T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
26 Pernyataan yang manakah menerangkan globalisasi? star A Usaha sama antara Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana B Perjanjian antara perniagaan firma tempatan C Penggunaan internet dalam komunikasi D Meluaskan pasaran domestik T5 Bab 2.1.1 Globalisasi
27 Pernyataan yang manakah betul tentang bentuk pelaburan langsung asing? star A Membeli saham dan bon di pasaran terbuka B Mengubah milikan tunggal kepada perkongsian C Menjalinkan usaha sama dengan syarikat tempatan D Membina kemudahan pengeluaran di negara induk T5 Bab 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing
28 Bentuk sekatan yang manakah dapat meningkatkan daya saing barang eksport Malaysia? star A Tarif ad valorem B Sekatan bukan ekonomi C Subsidi kepada pengeluar D Kawalan pertukaran asing T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
29 Gambar berikut menunjukkan suatu perjanjian perdagangan antarabangsa. Antara berikut yang manakah kesan positif perjanjian tersebut? star A Mengurangkan persaingan B Meningkatkan pelaburan langsung asing C Menggalakkan permintaan barangan tempatan D Mewujudkan perdagangan dengan negara bukan anggota T5 Bab 2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
30 Pilih pasangan yang betul bagi komposisi import barang nampak. | Komposisi | Contoh barang | |---|---| | I Barang Modal | Jentera dan mesin | | II Barang Pengguna | Kenderaan dan perabot | | III Barang Pengantara | Peralatan dan kelengkapan | | IV Barang Pembuatan | Bahan api dan pelincir | star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
31 Pernyataan yang manakah direkodkan dalam akaun barangan? star A Rusia mengimport minyak sawit bernilai RM150 juta dari Malaysia B China memberi pinjaman bernilai RM10 bilion kepada kerajaan Malaysia C Maybank memberi biasiswa bernilai RM5 juta kepada 5 orang pelajar Thailand D Syarikat Malaysia menerima pulangan pelaburan dari India bernilai RM120 juta T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
32 Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing. > Cik Annur telah membeli baju dan barang kemas dari Jepun dengan harga 45 000 Yen. Kadar pertukaran asing antara Yen (¥) dengan Ringgit Malaysia (RM) adalah seperti berikut: | Unit | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---| | 100 | 3.0063 | 3.1376 | Berapakah yang perlu dibayar oleh Cik Annur dalam Ringgit Malaysia? star A RM141 192.00 B RM135 283.50 C RM1 411.92 D RM1 352.83 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
33 Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran antara Dolar Singapura (SGD) dengan Ringgit Malaysia (RM). | Mei 2023 | Mei 2024 | |---|---| | 1 SGD = RM3.3921 | 1 SGD = RM3.4680 | Pernyataan yang manakah betul? star A Nilai Ringgit Malaysia naik B Imbangan dagangan menjadi kurangan C Harga import dari Singapura murah D Nilai eksport Malaysia meningkat T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
34 I Usahawan ialah individu yang menyelaraskan input dalam proses menyediakan perkhidmatan. II Usahawan mendapat ganjaran kerana sanggup menanggung risiko perniagaan. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
35 I Beban cukai pembeli lebih besar daripada pengeluar bagi permintaan yang anjal. II Permintaan yang anjal mempunyai pekali keanjalan lebih daripada satu. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal T4 Bab 2.2.9 Kepentingan Keanjalan Harga
36 I Pelepasan cukai yang tinggi mengurangkan pendapatan boleh guna. II Pendapatan boleh guna ialah baki pendapatan setelah ditolak perbelanjaan penggunaan. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
37 I Kos marginal ialah perubahan jumlah kos akibat pertambahan seunit input berubah. II Kos marginal sama dengan kos purata pada kos purata maksimum. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.1.5 Hubungan antara Perubahan Output dengan Jumlah Kos, Kos Purata, Kos Marginal, dan Kos Berubah Purata
38 I Dasar harga minimum menetapkan harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan pasaran. II Dasar harga minimum bertujuan untuk meningkatkan kebajikan pengguna. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
39 I Kos upah yang murah didorong oleh perkembangan syarikat multinasional. II Syarikat multinasional mempunyai cawangan di negara berbeza. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.1.2 Syarikat Multinasional T5 Bab 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing
40 I Pengurangan permintaan barang import menyebabkan akaun semasa defisit. II Akaun semasa defisit diatasi dengan mengetatkan visa pelancong. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa