arrow_back

Perlis Trial 2024 Ekonomi Kertas 1

1
Ilmu ekonomi ialah bidang yang mengkaji cara manusia...
2
Gambar 1 menunjukkan sejenis sumber ekonomi. Gambar 1 Pernyataan manakah yang menggambarkan sumber ekonomi tersebut?
3
Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran Firma Bernama. Rajah 1 Apakah yang berlaku pada titik A, B dan C ?
4
Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri satu sistem ekonomi. > Pihak swasta dan kerajaan memiliki sumber ekonomi yang penting dalam pembangunan ekonomi negara Apakah sistem ekonomi tersebut?
5
Jadual 1 menunjukkan penawaran Farah dan Farisya terhadap sesuatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti ditawarkan (Unit) | | | Farah | Farisya | | 3 | 2 | 6 | | 6 | 6 | 9 | | 9 | 15 | 13 | Jadual 1 Berapakah penawaran pasaran pada tingkat harga RM 9?
6
Rajah 2 menunjukkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan. Rajah 2 Apakah yang menyebabkan berlaku pergerakan dari Q0 ke Q1?
7
Jadual 2 menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga. | Harga (RM) | Permintaan (Unit) | Penawaran (Unit) | |---|---|---| | 25 | 100 | 30 | | 50 | 80 | 60 | | 75 | 60 | 90 | | 100 | 40 | 120 | Jadual 2 Apakah yang akan berlaku dalam pasaran pada tingkat harga RM 100?
8
Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan tudung Saloma. Rajah 3 Berapakah kuantiti X jika nilai keanjalan harga permintaan ialah 2.5?
9
Jadual 3 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta bagi barang X Y. | Peratus Perubahan Harga | Peratus Perubahan Kuantiti Diminta | |---|---| | 10 | 20 | Jadual 3 Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pengeluar untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang X Y?
10
Seorang nelayan menjual hasil tangkapan kepada pemborang ikan di pasar. Dengan pendapatan yang diperolehi, nelayan tersebut membeli 2 kg gula dan 10 kg beras untuk keperluan hariannya. Apakah fungsi wang tersebut?
11
Bagaimanakah cara bank pusat menstabilkan nilai Ringgit Malaysia? I Mengawal kestabilan ekonomi II Mengeluarkan mata wang negara III Membeli Ringgit Malaysia apabila nilai Ringgit Malaysia rendah IV Menggunakan alat dasar kewangan untuk memastikan kadar inflasi terkawal
12
Penyataan manakah yang menerangkan prinsip Takjiri dalam Perbankan Islam?
13
Maklumat berikut berkaitan dengan keluarga Pak Idris. Pak Idris bekerja sebagai seorang petani. Isterinya, Mak Andak menjalankan perusahaan kerepek pisang secara kecil-kecilan. Mereka mempunyai dua orang anak yang bernama Farid yang bekerja sebagai guru dan anak bongsunya Hanum baru bergelar graduan bidang kejuruteraan mekanikal. Siapakah yang terlibat di dalam pekerjaan sektor kedua?
14
Jadual 4 berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Fakrul pada tahun 2023. | Pendapatan dan potongan | RM | |---|---| | Gaji | 40 000 | | Elaun | 500 | | KWSP | 3360 | | Insurans nyawa | 400 | | Cukai pendapatan | 150 | | Zakat | 180 | | Bil air | 130 | Jadual 4 Berapakah jumlah potongan wajib Encik Fakrul pada tahun tersebut?.
15
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? I Mengelakkan inflasi II Meningkatkan pendapatan III membolehkan individu membeli barang mewah IV Membantu individu membuat tabungan
16
Apakah jenis pelaburan yang memberikan pulangan dan tahap kecairan yang tinggi?
17
Pernyataan manakah yang betul tentang fungsi pengeluaran?
18
Pilih pasangan kos tetap dan kos berubah yang tepat bagi sebuah Syarikat Peneraju Perumahan. | Kos Berubah | Kos Tetap | |---|---| | A | Susut nilai kereta | Pembelian simen | | B | Gaji penyelia projek | Minyak petrol lori | | C | Upah buruh kasar | Sewa Pejabat | | D | Faedah pinjaman bank | Bil Elektrik |
19
Jadual 5 menunjukkan keluaran, kos berubah dan jumlah kos bagi sebuah firma. | Keluaran (unit) | Kos berubah (RM ) | Jumlah Kos (RM ) | |---|---|---| | 0 | 0 | 100 | | 1 | 50 | 150 | | 2 | 100 | 200 | Jadual 5 Berapakah kos tetap firma tersebut?
20
Jadual 6 berkaitan dengan kos pengeluaran barang X. | Output (unit) | Kos Berubah (RM ) | Kos Tetap (RM ) | |---|---|---| | 1 | 12 | 15 | | 2 | 20 | 15 | | 3 | 35 | 15 | | 4 | 52 | 15 | Jadual 6 Pada tingkat output berapakah kos purata paling minimum?
21
Berikut merupakan kos pengeluaran Firma Bahulu Bella. Puan Bella telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai syarikat insurans yang diberikan gaji RM 5000 sebulan. Beliau memulakan perniagaan Kedai bakeri dengan wang simpanan di bank RM 20 000 dengan kadar faedah 3% setahun. Pada bulan pertama perniagaan, beliau telah melakukan pembayaran bahan mentah RM 3000 dan gaji pekerja RM 1000 Berdasarkan kenyataan di atas berapakah kos Implisit?
22
Faktor manakah yang mempengaruhi produktiviti? I Struktur organisasi II Kepuasan pengguna III Sistem dan prosedur IV Tingkat agihan
23
Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah siap dilaksanakan dan dibuka untuk kegunaan masyarakat?
24
Penyataan manakah yang menunjukkan peranan kerajaan sebagai pengeluar?
25
Penyataan manakah yang betul tentang ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi
26
Penyataan yang manakah merupakan tindakan kerajaan untuk mengawal kesan eksternaliti negatif?
27
Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?
28
Penyataan berikut berkaitan dengan perbelanjaan kerajaan. > Menyediakan prasarana untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia Perbelanjaan pembangunan sektor manakah yang berkaitan dengan maklumat di atas?
29
Situasi berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi. > "Pada tahun 2020 sehingga Julai 2021, sebanyak 5,095 majikan memberhentikan seramai 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia". Sumber: Malaysiakini.com, 23 September 2022 Apakah alat dasar kewangan yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah di atas?
30
Rajah 4 berikut merupakan satu maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa? Rajah 4 X ialah
31
Apakah kesan kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan mengenakan tarif ke atas barang import?
32
Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. > Puan Asma dan Encik Amran bercuti ke Bali Indonesia dan membeli koleksi cenderamata untuk keluarganya di Malaysia Apakah komposisi pedagangan berdasarkan maklumat di atas? I Import barang Nampak II Eksport barang Nampak III Import barang tak Nampak IV Eksport barang tak Nampak
33
Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya permintaan terhadap Ringgit Malaysia?
34
Jadual 7 menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dan Pound Sterling £1 = RM 6.00 Jadual 7 Jika seorang pengimport England telah mengimport barang dari Malaysia yang bernilai 2,375 GBP, berapakah nilai yang perlu dibayar oleh pengimport England tersebut
35
I Keluk kemungkinan yang cembung menunjukkan kos lepas semakin meningkat II Analisis keluk kemungkinan pengeluaran menyatakan teknologi adalah tetap.
36
I Hukum permintaan menyatakan bahawa apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan meningkat. II Hukum permintaan digambarkan oleh keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
37
I Risiko pelaburan ialah kemungkinan menghadapi sesuatu yang tidak pasti pada masa akan datang. II Pelaburan dalam saham syarikat mempunyai risiko yang rendah tetapi mempunyai pulangan tinggi.
38
I Kemahiran dan tahap motivasi tenaga manusia akan mempengaruhi produktiviti pekerja. II Produktiviti pekerja dapat ditingkatkan dengan pemberian ganjaran secara kewangan atau bukan kewangan.
39
I Dasar harga maksimum adalah penetapan harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan. II Dasar harga minimum adalah dasar penetapan harga lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan.
40
I Imbangan dagangan berkaitan dengan beza antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak. II Kenaikan nilai Ringgit Malaysia berbanding mata wang asing boleh menyebabkan imbangan dagangan menjadi semakin positif.
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.