1 Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan star A Memaksimumkan kebajikan masyarakat. B Memaksimumkan kebajikan tenaga buruh. C Mengatasi kekurangan sumber modal. D Meningkatkan keupayaan pengeluaran. T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Pasangan yang manakah betul tentang sumber ekonomi? star A Tanah | Penawaran yang bersifat tetap dari aspek lokasi dan geografi. B Modal | Pemilik menerima pulangan atas kesanggupan menanggung risiko. C Buruh | Menggabung sejumlah input untuk menghasilkan output. D Usahawan | Membekalkan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang R dan barang S. Pilih pasangan yang betul berkaitan rajah di atas. star A X | Memilih untuk mengeluarkan 15 unit barang R, maka 4 unit barang S terpaksa dilepaskan. B Y | Kombinasi 10 unit barang R dan 4 unit barang S berlaku pembaziran sumber. C X ke Z | Pertambahan keluaran seunit barang S menyebabkan kos lepas 15 unit barang R D Y ke Z | Akibat kekurangan buruh maka barang S bertambah sebanyak 1 unit dan barang R kekal 10 unit T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Pasangan manakah yang betul tentang ciri sistem ekonomi tersebut? star A Harga pasaran ditentukan melalui persetujuan pengeluar | Harga pasaran ditentukan oleh persetujuan pemerintah B Output dikeluarkan melalui penggunaan kos yang minimum | Output dikeluarkan bermatlamatkan kebajikan maksimum C Input pengeluaran dimiliki oleh pihak swasta | Input pengeluaran penting dimiliki oleh pihak kerajaan dan pihak swasta D Persaingan bebas pengguna dalam pemilikan barangan ekonomi | Persaingan bebas pengguna dalam pemilikan barang awam T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
5 Pernyataan yang manakah betul tentang ekonomi Islam? star A Persaingan adil antara firma dalam menghasilkan output B Keuntungan maksimum adalah motif pengeluaran barangan C Sumber kekayaan bebas dimiliki oleh setiap anggota masyarakat D Wujud keseimbangan antara kepentingan individu dengan awam. T4 Bab 1.2.4 Ekonomi Islam
6 Pernyataan yang manakah betul berkaitan perubahan dalam kuantiti diminta? star A Berlakunya pertambahan atau pengurangan permintaan B Ditunjukkan oleh peralihan keluk ke kanan atau ke kiri C Bersumber daripada pemilikan pendapatan individu D Disebabkan oleh faktor penentu harga barang itu T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta
7 Pilih keterangan yang betul berkaitan dengan peralihan keluk permintaan. star A Berlaku pengembangan permintaan oleh pengguna B Peningkatan harga barang penggenap dalam pasaran C Harga barang tersebut dijangka jatuh pada masa depan D Dikenali sebagai perubahan dalam kuantiti diminta T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
8 Rajah 2 menunjukkan peralihan keluk penawaran suatu barang. Rajah 2 Apakah faktor yang menyebabkan peralihan tersebut? star A Harga dijangka naik pada masa hadapan B Pertambahan belanja pemilikan input C Subsidi oleh pemerintah meningkat D Barang pengganti lebih mahal T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
9 Rajah 3 menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran bagi suatu barang. Rajah 3 Pasangan yang manakah betul tentang rajah diatas? star A RM 4 | Keputusan pengeluar tentukan kuantiti keseimbangan 14 unit B RM 6 | Wujud lebihan permintaan dalam pasaran sebanyak 6 unit C D0 ke D1 | Harga barang itu menyebabkan kuantiti meningkat 12 ke 18 unit D E0 ke E1 | Pengembangan penawaran ditunjukkan oleh perubahan 14 ke 18 unit T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
10 Rajah 4 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran bagi barang G. Rajah 4 Pernyataan yang manakah betul tentang rajah tersebut? star A Pada tingkat harga RM20 wujud lebihan permintaan sebanyak 160 unit B Pada tingkat harga RM30 firma menentukan kuantiti keseimbangan iaitu 120 unit C Perubahan harga dari RM30 kepada RM20 berlaku pertambahan permintaan sebanyak 40 unit D Perubahan harga dari RM20 kepada RM30 mengakibatkan berlaku pengembangan penawaran sebanyak 20 unit T4 Bab 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
11 Rajah 5 menunjukkan peratus perubahan harga dan kuantiti bagi barang X. Rajah 5 Pernyataan yang manakah betul tentang barang tersebut? star A Merupakan produk makanan B Kegunaan yang pelbagai dalam ekonomi C Pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga D Tindakan naikkan harga untuk tingkatkan jumlah hasil jualan T4 Bab 2.2.1 Keanjalan Harga Permintaan
12 Jadual dibawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta terhadap dapur elektrik. | Harga (RM) | Kuantiti Diminta (unit) | |---|---| | 400 | 1000 | | 350 | 1200 | Berapakah nilai keanjalan harga permintaan barang tersebut jika harga jatuh daripada RM 400 kepada RM 350? star A 0.63 B 0.75 C 1.33 D 1.60 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
13 Penawaran kuih raya bertambah daripada 160 unit kepada 260 unit apabila harga kuih raya meningkat daripada RM1.50 kepada RM 2.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran untuk kuih raya tersebut? star A 0.53 B 0.87 C 1.54 D 1.88 T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran
14 Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai? star A Encik Adam membayar RM 5 000 sebagai deposit untuk kereta baharu. B Encik Nabil membayar RM 250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun C Encik Irfan mengunjungi lebih daripada 10 gerai komputer untuk membandingkan harga komputer sebelum membeli D Puan Balqis membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok oleh Intan Jewel Sdn.Bhd T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
15 Antara yang berikut, yang manakah betul tentang fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan I Mengurus pertukaran wang asing II Memberi pendahuluan sementara III Mengawal nisbah rizab berkanun IV Menjadi sumber pinjaman terakhir star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
16 Maklumat berikut menunjukkan perkhidmatan deposit bank perdagangan. - Penyata akaun bank dihantar setiap bulan - Dikenakan caj perkhidmatan bank Pernyataan yang manakah betul tentang perkhidmatan tersebut? star A Simpanan mempunyai tempoh matang tertentu B Faedah dibayar mengikut tempoh simpanan C Menikmati kemudahan pinjaman overdraf D Pelanggan diberikan buku akaun T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
17 Contoh pekerjaan yang manakah tergolong dalam sektor kedua star A Pemborong ubikeledek B Pengurus kilang kerepek C Pegawai pemasaran kerepek D Penyelia tapak lading ubikeledek T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
18 Jadual 5 menunjukkan pendapatan dan pembayaran Encik Imran dalam setahun | Butiran | Jumlah (RM) | |:--------------------|:------------| | Pendapatan | 35 800 | | Caruman KW SP | 3 850 | | Cukai pendapatan | 380 | | Bayaran zakat | 360 | | Premium insuran hayat | 1 200 | Jadual 5 Berapakah pendapatan boleh guna Encik Imran pata tahun tersebut? star A RM 31 570 B RM 31 210 C RM 30 370 D RM 30 010 T4 Bab 3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
19 Manakah merupakan fitur yang mempengaruhi pembelian secara kredit? star A Tingkat harga barang yang ditentukan oleh peniaga B Tempoh masa pembiayaan kewangan oleh bank C Baki jumlah bayaran yang perlu dijelaskan D Beban kewangan tanggungan pengguna T4 Bab 3.3.7 Fitur Ekonomi dalam Pembelian Kredit
20 Gambar 1 merupakan contoh input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Gambar 1 Pernyataan yang manakah betul tentang input tersebut? star A Berubah mengikut perubahan keluaran B Wujud walaupun operasi belum bermula C Kos tetap adalah bayaran atas penggunaan D Sukar ditambah dalam jangka masa pendek T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
21 Jadual 6 menunjukkan output dan jumlah kos bagi sebuah firma. | Output (unit) | Jumlah Kos (RM) | |---|---| | 10 | 630 | | 15 | 680 | | 20 | 740 | Jadual 6 Berapakah kos marginal bagi keluaran ke-15? star A RM10.00 B RM12.00 C RM45.33 D RM52.40 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
22 Apakah kesan pelaksanaan cukai oleh kerajaan dalam mengawal selia pengeluar? star A Menggalakkan pengeluaran barang tertentu mengikut cadangan kerajaan B Meningkatkan beban pengeluaran barang yang membahayakan kesihatan C Menetapkan secara khusus kawasan perindustrian di lokasi tertentu D Mencegah aktiviti pengeluaran yang mencemarkan alam sekitar T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
23 Pernyataan yang manakah betul tentang inflasi tolakan kos? star A Institusi kewangan meningkatkan kadar faedah atas pinjaman B Nilai Ringgit Malaysia rendah di pasaran antarabangsa C Harga bahan mentah untuk pengeluaran semakin mahal D Sumber input yang diimport mengalami kenaikan harga T5 Bab 1.2.2 Inflasi
24 Pasangan yang manakah betul tentang pengangguran? star A Kitaran | Kesan apabila firma mengurangkan pengeluaran B Kitaran | Bersifat sementara dalam jangka masa pendek C Geseran | Wujud apabila ekonomi negara mengalami kemelesetan D Geseran | Perubahan daripada sektor utama kepada sektor kedua T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
25 Pilih pasangan yang betul. star A Contoh ialah cukai jualan | Contoh ialah cukai pintu B Dikenakan ke atas barangan | Dikenakan ke atas individu C Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain | Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain D Dibayar terus oleh pembayar cukai kepada kerajaan | Boleh diagihkan kepada pihak lain untuk bayar kepada kerajaan T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
26 Pernyataan yang manakah betul berkaitan dasar fiskal mengembang? star A Pembinaan projek pembangunan berkurang B Perolehan hasil cukai langsung meningkat C Kadar pengangguran cenderung naik D Kuasa beli pengguna merosot T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
27 Jadual 7 menunjukkan sebahagian perbelanjaan kerajaan pada tahun 2022. | Butiran | RM (Juta) | |---|---| | • Selenggara sekolah dan kem tentera | 230 | | • Penyediaan bekalan elektrik luar bandar | 485 | | • Pembinaan hospital dan peralatan baharu | 1 800 | | • Subsidi kawalan harga barang | 3 100 | Sumber: Laporan Ekonomi 2021/2022 Jadual 7 Berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kerajaan pada tahun tersebut star A RM 715 juta B RM 2 285 juta C RM 3 330 juta D RM 4 900 juta T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
28 Jadual 8 menunjukkan eksport dan import Nampak Malaysia pada suatu tahun. | Butiran | Jumlah (RM juta) | |---|---| | Eksport kayu balak | 9 948 | | Eksport gas asli cecair | 11 300 | | Eksport barang perkilangan | 317 937 | | Import barang modal | 47 064 | | Import barang perantaraan | 230 611 | Jadual 8 Apakah keadaan imbangan dagangan negara tersebut? star A Lebihan RM 61 510 juta B Lebihan RM 339 185 juta C Kurangan RM 61 510 juta D Kurangan RM 339 185 juta T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
29 Antara yang berikut, yang manakah mendorong imbangan dagangan cenderung positif? I Peningkatan import produk tempatan oleh syarikat asing II Firma tempatan menambah pelaburan di negara luar III Kemasukan pelancong asing bertambah IV Nilai ringgit rendah di pasaran global star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
30 Apakah tujuan kerajaan melaksanakan kuota? star A Menghalang bahan mentah utama dijual terus ke luar negara B Menghadkan kemasukan barangan asing ke pasaran tempatan C Melarang barang siap import dari negara tertentu D Meningkatkan perolehan pendapatan kerajaan T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
31 Situasi yang manakah merupakan eksport tak nampak Malaysia? star A Cik Aina memasarkan produk kecantikan semasa melancong ke New York B Encik Adam berkhidmat sebagai doktor pakar di Creast Hospital, New Zealand C Petronas Carigali Sendirian Berhad membekal gas asli cecair kepada negara Jepun D FAMA menghantar buah buahan segar tempatan kepada syarikat perhotelan di Dubai T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
32 Situasi yang manakah betul berkaitan permintaan atau penawaran Ringgit Malaysia (RM) star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing T5 Bab 2.4.4 Analisis Penentuan dan Perubahan Kadar Pertukaran Asing
33 Jadual 9 menunjukkan perubahan kadar pertukaran di antara Dolar Amerika (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM) dari tahun 2021 kepada 2022. | Tahun | 2021 | 2022 | |---|---|---| | Kadar pertukaran | USD1 = RM 4.30 | USD1 = RM 4.35 | Jadual 9 Pernyataan yang manakah betul tentang perubahan kadar pertukaran tersebut? star A Imbangan dagangan Malaysia cenderung negatif B Permintaan import oleh Malaysia berkurang C Harga barang buatan Amerika lebih murah D Amerika mengurangkan penawaran dolar T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
34 I Firma membuat pilihan kerana kekurangan sumber modal II Kesan daripada pilihan akan wujud kos lepas iaitu keuntungan daripada projek pembangunan yang tidak dilaksanakan star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
35 I Hukum penawaran menyatakan apabila harga meningkat, kuantiti ditawar akan menurun II Hukum penawaran digambarkan oleh keluk penawaran yang mencerun ke atas dari kanan ke kiri star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 2.1.6 Hukum Penawaran T4 Bab 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
36 I Jangka masa pendek merujuk kepada suatu tempoh masa yang singkat di mana firma dapat mengubah input tetap dan input berubah II Dalam jangka masa pendek input tetap berubah secara langsung dengan tingkat output star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
37 I Eksternaliti positif ialah kesan baik yang dinikmati oleh masyarakat akibat daripada kegiatan pengeluaran oleh firma II Masyarakat pelu membayar untuk menikmati faedah daripada eksternaliti positif star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 4.2.3 Eksternaliti T4 Bab 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial
38 I Perbelanjaan mengurus merupakan belanja kerajaan untuk membiayai penyediaan infrastruktur negara II Perbelanjaan mengurus adalah bersifat berulang-ulang setiap tahun star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
39 I Peningkatan nilai Ringgit Malaysia kesan daripada jumlah eksport melebihi jumlah import II Peningkatan nilai Ringgit Malaysia akan menyebabkan harga barang eksport relatif mahal star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
40 I Penawaran ke atas Ringgit Malaysia berhubung secara langsung dengan permintaan terhadap barang import II Contoh berlaku penawaran ringgit ialah Jepun meningkatkan import dari Malaysia. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing