1 Gambar berikut menunjukkan satu sumber ekonomi. Apakah ganjaran kepada sumber ekonomi tersebut? star A upah B sewa C modal D untung T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
2 Apakah tujuan firma membuat pilihan dalam mengeluarkan barang ekonomi? star A Tingkatkan daya pengeluaran produk B Kekurangan sumber modal bagi mengeluarkan output C Upah pekerja yang tinggi bagi memenuhi barang kehendak pengguna D Memaksimumkan kepuasan pengguna daripada penggunaan keluaran T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
3 Jadual berikut menunjukkan pengeluaran sebuah firma bagi dua jenis barang. | Produk | Kombinasi keluaran | | |---|---|---| | | A | B | | Kopi | 20 unit | 60 unit | | Teh | 85 unit | 55 unit | Berapakah kos lepas jika kombinasi keluaran berubah daripada A ke B? star A 20 unit kopi B 40 unit kopi C 30 unit teh D 60 unit teh T4 Bab 1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas
4 Rajah berikut adalah keluk kemungkinan pengeluaran bagi dua jenis barang dalam ekonomi. Pilih pernyataan yang manakah betul tentang rajah tersebut. | Titik | Keterangan | |---|---| | A | O | Wujud masalah kekurangan sumber ekonomi | | B | P | Ekonomi tidak mencapai guna tenaga penuh | | C | Q | Berlaku pembaziran dalam pasaran | | D | R | Kecekapan ekonomi berlaku | star A O B P C Q D R T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
5 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri satu sistem ekonomi oleh negara A. - Pemilikan sumber bebas antara pengeluar - Harga ditentukan melalui mekanisme pasaran Antara berikut, apakah cara negara A menyelesaikan masalah bagaimana hendak dikeluarkan? I Kaedah pengeluaran berdasarkan untung yang maksimum II Cara yang cekap digunakan dalam pengeluaran barangan III Ditentukan dengan agihan pendapatan wang IV Berdasarkan kehendak pengguna star A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
6 Maklumat berikut menerangkan ciri suatu sistem ekonomi dalam pasaran. - Pilihan dibuat dengan bebas oleh pengguna dan pengeluar - Teknik pengeluaran barang awam ditentukan kerajaan Apakah sistem ekonomi tersebut? star A Islam B Sosialis C Kapitalis D Campuran T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
7 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Penentu yang manakah menyebabkan peralihan keluk tersebut? star A Harga barang itu meningkat B Kadar cukai pendapatan naik C Objektif firma memaksimumkan kos D Harga barang pengganti meningkat T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
8 Keterangan yang manakah betul tentang keluk penawaran? | Rajah | Keterangan | |---|---| | A | Teknologi pengeluaran meningkat dalam | | B | Jangkaan harga meningkat pada masa hadapan | | C | Harga faktor pengeluaran menurun | | D | Dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri yang tidak berubah | star A Teknologi pengeluaran meningkat dalam B Jangkaan harga meningkat pada masa hadapan C Harga faktor pengeluaran menurun D Dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri yang tidak berubah T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
9 Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang. Antara berikut, apakah yang berlaku pada tingkat harga RM15? I Harga cenderung turun II Keseimbangan pasaran dicapai III Lebihan penawaran sebanyak 70 unit IV Lebihan permintaan sebanyak 70 unit star A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
10 Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan. Pilih pernyataan yang betul berkenaan dengan rajah tersebut. star A Teknologi meningkat dalam pengeluaran B Cukai pendapatan individu naik C Harga barang itu meningkat D Pendapatan individu naik T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
11 Jadual berikut menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang dalam pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti Diminta (unit) | |---|---| | 4 | 30 | | 8 | 10 | Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM4 ke RM8? star A 0.50 B 0.67 C 1.00 D 2.00 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
12 Jadual berikut menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta bagi dua jenis barang. | Jenis Barang | Peratus Perubahan Harga (%) | Peratus Perubahan Kuantiti (%) | |---|---|---| | A | 20 | 10 | | B | 10 | 15 | Pernyataan yang manakah betul tentang maklumat berikut? star A Pengguna barang B sangat responsif terhadap perubahan harga B Harga barang A diturunkan untuk menambah jumlah hasil C Nilai pekali keanjalan barang B adalah tak anjal D Contoh barang A adalah barang kemas T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
13 Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran suatu barang. A Pekali keanjalan lebih daripada satu B Jenis barang adalah barang pertanian C Harga naik 1% menyebabkan kuantiti turun lebih 1% D Peratus perubahan kuantiti lebih kecil berbanding peratus perubahan harga star A Pekali keanjalan lebih daripada satu B Jenis barang adalah barang pertanian C Harga naik 1% menyebabkan kuantiti turun lebih 1% D Peratus perubahan kuantiti lebih kecil berbanding peratus perubahan harga T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
14 Situasi yang manakah menunjukkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda. star A Cik Azua membayar mesin basuh RM100 sebulan. B Pak Jais memotong sebahagian gajinya ke akaun Tabung Haji. C Mak Cik Leha membuat bayaran terus barang keperluan yang dibelinya. D Puan Asma pergi ke beberapa buah kedai elektrik untuk banding harga periuk tekanan. T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
15 Maklumat berikut menerangkan tentang peranan bank pusat. - Memberi nasihat pelaburan - Mengurus pertukaran asing - Memberi pendahuluan sementara Berdasarkan maklumat tersebut, bank pusat bertindak sebagai star A mengawal kestabilan nilai mata wang B jurubank kepada bank perdagangan C mengawal kestabilan ekonomi D jurubank kepada bank pusat T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
16 Rajah berikut menunjukkan dua jenis pinjaman bank perdagangan. Apakah X? star A Memerlukan penjamin B Dikenakan kadar faedah C Peminjam mestilah berpendapatan tetap D Hartanah diperlukan untuk dapat pinjaman T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
17 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bagi suatu prinsip perbankan Islam. - Satu bentuk perkongsian antara usahawan dan pihak bank. - Untung dibahagi mengikut nisbah yang dipersetujui bersama. Pernyataan tersebut merujuk kepada prinsip star A Bai Bithaman Ajil B Mudharabah C Wadiah D Takjiri T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
18 Maklumat berikut berkaitan dengan upah wang dan harga dua barang dalam pasaran. | Upah Wang (RM) | Harga Barang X (RM) | Harga Barang Y (RM) | |---|---|---| | 5 000 | 15.00 | 10.00 | Apakah kesan kepada isi rumah apabila harga purata barang berubah kepada RM15? star A Pendapatan boleh guna berkurang B Upah benar pengguna berkurang C Tabungan pengguna meningkat D Kepuasan pengguna meningkat T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
19 Pekerjaan manakah berkaitan dengan sektor kedua? star A Doktor gigi B Juru terbang C Tukang rumah D Penternak ayam T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
20 Rajah berikut berkaitan dengan penggunaan pendapatan boleh guna. Pendapatan Boleh Guna = Perbelanjaan + X Pemyataan manakah yang berkaitan dengan X ? star A Menerima hasil sewa rumah B Membeli polisi insuran nyawa C Menjelaskan pinjaman PTPTN D Membayar cukai pendapatan individu T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
21 Apakah kebaikan pembelian secara kredit? star A Meningkatkan corak perbelanjaan secara terkawal B Menambah beban kewangan bulanan pengguna C Menggalak perancangan perbelanjaan bulanan D Menikmati tingkat harga yang lebih murah T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
22 Maklumat berikut berkaitan dengan Firma X. Jumlah keluaran firma 500 unit apabila 10 orang buruh digunakan. Penambahan sebanyak 20% buruh telah meningkatkan jumlah keluaran sebanyak 30%. Berapakah keluaran marginal akibat pertambahan buruh tersebut? star A 150 unit B 100 unit C 75 unit D 50 unit T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
23 Jadual berikut menunjukkan pengeluaran barang S. | Jumlah Keluaran (unit) | Kos Purata (RM) | |---|---| | 50 | 20 | | 100 | 15 | Berapakah kos berubah pada tingkat keluaran 100 unit jika kos tetap ialah RM400? star A RM1 000 B RM1 100 C RM1 400 D RM1 500 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
24 Apakah faedah sosial apabila seseorang individu berkongsi kenderaan ke tempat kerja? star A Menjimatkan masa B Kos pengangkutan rendah C Mengelakkan kesesakan lalu lintas D Kadar pencemaran udara yang lebih rendah T4 Bab 4.2.5 Contoh Kos Sosial (Eksternaliti Negatif) dan Faedah Sosial (Eksternaliti Positif)
25 Pernyataan yang manakah betul tentang peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar? star A Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar untuk menstabilkan harga barang dan mengurangkan kos pengeluaran B Dasar harga maksimum merupakan dasar penetapan harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan C Sekatan bukan ekonomi menyebabkan persaingan yang sihat antara firma D Pengenaan cukai menyebabkan firma lebih prihatin terhadap alam sekitar T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
26 Maklumat berikut berkaitan dengan situasi ekonomi > X berlaku kerana terlalu banyak wang mengejar sedikit barang Apakah kesan X? I Nilai wang yang dipegang oleh masyarakat merosot II Pendapatan benar masyarakat menurun III Kuasa beli masyarakat meningkat IV Peluang pekerjaan menurun star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
27 Dengan menggunakan dasar fiskal, kerajaan mengurangkan perbelanjaan untuk star A menambahkan penawaran wang B menurunkan kadar bunga C menambahkan cukai D menurunkan inflasi T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
28 Antara berikut, yang manakah betul berkaitan dengan cukai tak langsung? I Encik Syukri membayar cukai kepada Majlis Perbandaran Besut atas perkhidmatan pembersihan di kawasan kediamannya. II Syarikat Bijok membayar cukai kepada Jabatan Kastam Malaysia atas pembelian barang-barang makanan dari Korea. III Puan Maritza membayar RM730 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atas pendapatannya. IV Puan Yati dikenakan bayaran tambahan 16% daripada bayaran penginapan Hotel Comel. star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
29 Situasi yang manakah berkaitan dengan import tak nampak Malaysia? star A Universiti Awam Malaysia membayar gaji pensyarah dari Arab Saudi B Syarikat YOURBEAUTY dari New Zealand membuka kilang di Perak C Pelancong dari Istanbul menginap di sebuah hotel di Pulau Perhentian D Kerajaan Indonesia membayar bil utiliti untuk kedutaannya di Malaysia T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
30 Maklumat berikut berkaitan dengan satu fenomena ekonomi. > Dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, trend harga minyak mentah global telah menjunam lebih 50%. Akaun yang manakah dalam imbangan pembayaran akan terjejas? star A Akaun pindahan semasa dan akaun pelaburan portfolio B Akaun pendapatan dan akaun pelaburan langsung C Akaun perkhidmatan dan akaun modal D Akaun dagangan dan akaun semasa T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
31 Apakah maksud imbangan dagangan kurangan? star A Nilai eksport barang tak nampak melebihi nilai import barang tak nampak B Nilai import barang nampak melebihi nilai eksport barang tak nampak C Nilai import barang nampak melebihi nilai eksport barang nampak D Nilai eksport barang nampak melebihi nilai import barang nampak T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
32 Matlamat utama perjanjian perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adalah bertujuan untuk star A mewujudkan kuasa monopoli yang tunggal dalam hubungan perdagangan dengan negara Eropah B meningkatkan daya saing ASEAN melalui penghapusan sekatan tarif dan bukan tarif C mengurangkan pergantungan import barang penggunaan dari negara maju D mengamalkan dasar perlindungan antara semua negara anggota T5 Bab 2.2.6 Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
33 Antara berikut, situasi yang manakah boleh menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia? I Syarikat Malaysia melabur di Kemboja II Kemasukan pelaburan India ke Malaysia III Korea membeli petroleum mentah dari Malaysia IV Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
34 Antara berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan mata wang Amerika Syarikat (USD) terhadap Malaysia? I Mempertahankan nilai Ringgit Malaysia berbanding USD II Membayar balik pinjaman ke Amerika Syarikat III Membiayai eksport ke Amerika Syarikat IV Menarik pelabur Amerika Syarikat star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.1 Pertukaran Asing
35 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Isi rumah menghadapi masalah kekurangan sumber ekonomi II Kekurangan sumber ekonomi mewujudkan pilihan yang memaksimumkan kepuasan star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
36 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Nilai pekali keanjalan harga permintaan kurang daripada 1 adalah tak anjal II Barang keperluan adalah contoh barang tak anjal star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
37 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Barang keperluan ialah perkara yang perlukan untuk keselesaan hidup. II Contoh barang keperluan ialah rumah kediaman. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
38 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Hukum pulangan berkurangan berlaku pada tahap pengeluaran I. II Hukum pulangan berkurangan menunjukkan tahap pengeluaran yang tidak cekap. star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T4 Bab 4.1.8 Tahap Pengeluaran Paling Cekap
39 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Subsidi merujuk kepada bantuan kepada pengeluar tempatan bagi mengurangkan pengeluaran II Contoh subsidi ialah kerajaan Malaysia mengenakan had maksimum bagi barang berasaskan hasil tenusu daripada negara New Zealand star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
40 Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Pertambahan eksport barang tak nampak berubah secara langsung dengan nilai wang II Peningkatan nilai eksport barang nampak menyebabkan nilai mata wang naik star A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing