arrow_back

Terengganu Trial 2024 Economics Kertas 1 · MPP 3

1
Gambar berikut menunjukkan satu sumber ekonomi. Apakah ganjaran kepada sumber ekonomi tersebut?
2
Apakah tujuan firma membuat pilihan dalam mengeluarkan barang ekonomi?
3
Jadual berikut menunjukkan pengeluaran sebuah firma bagi dua jenis barang. | Produk | Kombinasi keluaran | | |---|---|---| | | A | B | | Kopi | 20 unit | 60 unit | | Teh | 85 unit | 55 unit | Berapakah kos lepas jika kombinasi keluaran berubah daripada A ke B?
4
Rajah berikut adalah keluk kemungkinan pengeluaran bagi dua jenis barang dalam ekonomi. Pilih pernyataan yang manakah betul tentang rajah tersebut. | Titik | Keterangan | |---|---| | A | O | Wujud masalah kekurangan sumber ekonomi | | B | P | Ekonomi tidak mencapai guna tenaga penuh | | C | Q | Berlaku pembaziran dalam pasaran | | D | R | Kecekapan ekonomi berlaku |
5
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri satu sistem ekonomi oleh negara A. - Pemilikan sumber bebas antara pengeluar - Harga ditentukan melalui mekanisme pasaran Antara berikut, apakah cara negara A menyelesaikan masalah bagaimana hendak dikeluarkan? I Kaedah pengeluaran berdasarkan untung yang maksimum II Cara yang cekap digunakan dalam pengeluaran barangan III Ditentukan dengan agihan pendapatan wang IV Berdasarkan kehendak pengguna
6
Maklumat berikut menerangkan ciri suatu sistem ekonomi dalam pasaran. - Pilihan dibuat dengan bebas oleh pengguna dan pengeluar - Teknik pengeluaran barang awam ditentukan kerajaan Apakah sistem ekonomi tersebut?
7
Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Penentu yang manakah menyebabkan peralihan keluk tersebut?
8
Keterangan yang manakah betul tentang keluk penawaran? | Rajah | Keterangan | |---|---| | A | Teknologi pengeluaran meningkat dalam | | B | Jangkaan harga meningkat pada masa hadapan | | C | Harga faktor pengeluaran menurun | | D | Dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri yang tidak berubah |
9
Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang. Antara berikut, apakah yang berlaku pada tingkat harga RM15? I Harga cenderung turun II Keseimbangan pasaran dicapai III Lebihan penawaran sebanyak 70 unit IV Lebihan permintaan sebanyak 70 unit
10
Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan. Pilih pernyataan yang betul berkenaan dengan rajah tersebut.
11
Jadual berikut menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang dalam pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti Diminta (unit) | |---|---| | 4 | 30 | | 8 | 10 | Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM4 ke RM8?
12
Jadual berikut menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta bagi dua jenis barang. | Jenis Barang | Peratus Perubahan Harga (%) | Peratus Perubahan Kuantiti (%) | |---|---|---| | A | 20 | 10 | | B | 10 | 15 | Pernyataan yang manakah betul tentang maklumat berikut?
13
Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran suatu barang. A Pekali keanjalan lebih daripada satu B Jenis barang adalah barang pertanian C Harga naik 1% menyebabkan kuantiti turun lebih 1% D Peratus perubahan kuantiti lebih kecil berbanding peratus perubahan harga
14
Situasi yang manakah menunjukkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda.
15
Maklumat berikut menerangkan tentang peranan bank pusat. - Memberi nasihat pelaburan - Mengurus pertukaran asing - Memberi pendahuluan sementara Berdasarkan maklumat tersebut, bank pusat bertindak sebagai
16
Rajah berikut menunjukkan dua jenis pinjaman bank perdagangan. Apakah X?
17
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bagi suatu prinsip perbankan Islam. - Satu bentuk perkongsian antara usahawan dan pihak bank. - Untung dibahagi mengikut nisbah yang dipersetujui bersama. Pernyataan tersebut merujuk kepada prinsip
18
Maklumat berikut berkaitan dengan upah wang dan harga dua barang dalam pasaran. | Upah Wang (RM) | Harga Barang X (RM) | Harga Barang Y (RM) | |---|---|---| | 5 000 | 15.00 | 10.00 | Apakah kesan kepada isi rumah apabila harga purata barang berubah kepada RM15?
19
Pekerjaan manakah berkaitan dengan sektor kedua?
20
Rajah berikut berkaitan dengan penggunaan pendapatan boleh guna. Pendapatan Boleh Guna = Perbelanjaan + X Pemyataan manakah yang berkaitan dengan X ?
21
Apakah kebaikan pembelian secara kredit?
22
Maklumat berikut berkaitan dengan Firma X. Jumlah keluaran firma 500 unit apabila 10 orang buruh digunakan. Penambahan sebanyak 20% buruh telah meningkatkan jumlah keluaran sebanyak 30%. Berapakah keluaran marginal akibat pertambahan buruh tersebut?
23
Jadual berikut menunjukkan pengeluaran barang S. | Jumlah Keluaran (unit) | Kos Purata (RM) | |---|---| | 50 | 20 | | 100 | 15 | Berapakah kos berubah pada tingkat keluaran 100 unit jika kos tetap ialah RM400?
24
Apakah faedah sosial apabila seseorang individu berkongsi kenderaan ke tempat kerja?
25
Pernyataan yang manakah betul tentang peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar?
26
Maklumat berikut berkaitan dengan situasi ekonomi > X berlaku kerana terlalu banyak wang mengejar sedikit barang Apakah kesan X? I Nilai wang yang dipegang oleh masyarakat merosot II Pendapatan benar masyarakat menurun III Kuasa beli masyarakat meningkat IV Peluang pekerjaan menurun
27
Dengan menggunakan dasar fiskal, kerajaan mengurangkan perbelanjaan untuk
28
Antara berikut, yang manakah betul berkaitan dengan cukai tak langsung? I Encik Syukri membayar cukai kepada Majlis Perbandaran Besut atas perkhidmatan pembersihan di kawasan kediamannya. II Syarikat Bijok membayar cukai kepada Jabatan Kastam Malaysia atas pembelian barang-barang makanan dari Korea. III Puan Maritza membayar RM730 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atas pendapatannya. IV Puan Yati dikenakan bayaran tambahan 16% daripada bayaran penginapan Hotel Comel.
29
Situasi yang manakah berkaitan dengan import tak nampak Malaysia?
30
Maklumat berikut berkaitan dengan satu fenomena ekonomi. > Dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, trend harga minyak mentah global telah menjunam lebih 50%. Akaun yang manakah dalam imbangan pembayaran akan terjejas?
31
Apakah maksud imbangan dagangan kurangan?
32
Matlamat utama perjanjian perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adalah bertujuan untuk
33
Antara berikut, situasi yang manakah boleh menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia? I Syarikat Malaysia melabur di Kemboja II Kemasukan pelaburan India ke Malaysia III Korea membeli petroleum mentah dari Malaysia IV Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin
34
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan mata wang Amerika Syarikat (USD) terhadap Malaysia? I Mempertahankan nilai Ringgit Malaysia berbanding USD II Membayar balik pinjaman ke Amerika Syarikat III Membiayai eksport ke Amerika Syarikat IV Menarik pelabur Amerika Syarikat
35
Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Isi rumah menghadapi masalah kekurangan sumber ekonomi II Kekurangan sumber ekonomi mewujudkan pilihan yang memaksimumkan kepuasan
36
Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Nilai pekali keanjalan harga permintaan kurang daripada 1 adalah tak anjal II Barang keperluan adalah contoh barang tak anjal
37
Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Barang keperluan ialah perkara yang perlukan untuk keselesaan hidup. II Contoh barang keperluan ialah rumah kediaman.
38
Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Hukum pulangan berkurangan berlaku pada tahap pengeluaran I. II Hukum pulangan berkurangan menunjukkan tahap pengeluaran yang tidak cekap.
39
Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Subsidi merujuk kepada bantuan kepada pengeluar tempatan bagi mengurangkan pengeluaran II Contoh subsidi ialah kerajaan Malaysia mengenakan had maksimum bagi barang berasaskan hasil tenusu daripada negara New Zealand
40
Pilihan jawapan bagi Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Pertambahan eksport barang tak nampak berubah secara langsung dengan nilai wang II Peningkatan nilai eksport barang nampak menyebabkan nilai mata wang naik
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.