1 Syarikat Rossa hanya dapat melaksanakan projek perumahan di Presint 11, Putrajaya dan terpaksa menangguhkan projek perumahan di Presint 18, Putrajaya disebabkan.... star A pendapatannya adalah terhad B kehendak manusia yang terhad C modal dan buruh yang dimiliki terhad D peruntukan sumber hasil kerajaan terhad T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Rajah 1 menunjukkan suatu keluk kemungkinan pengeluaran. Rajah 1 Pilih pernyataan yang benar tentang kombinasi pengeluaran di titik C star A Faktor pengeluaran digunakan secara maksimum tanpa membazir B Mencapai kecekapan pengeluaran dalam proses mengeluarkan barang C Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai akibat kekurangan faktor pengeluaran D Tingkat pengeluaran tidak cekap kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
3 Pilih pasangan yang betul. star A Apa yang hendak dikeluarkan | Diselesaikan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna B Berapa yang hendak dikeluarkan | Dikeluarkan melalui penggabungan faktor pengeluaran secara optimum C Bagaimana hendak dikeluarkan | Dieselising melalui corak agihan pendapatan D Untuk siapa dikeluarkan | Dikeluarkan bergantung kepada harga relatif faktor pengeluaran T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
4 Pernyataan yang manakah betul tentang ekonomi Islam? star A Pengeluar mengeluarkan barangan untuk mendapat keuntungan B Wujudnya persaingan yang adil dan saksama antara pengeluar C Mementingkan kebendaan dan kekayaan di dunia D Individu bebas memiliki sumber ekonomi T4 Bab 1.2.4 Ekonomi Islam
5 Jadual 1 menunjukkan permintaan pasaran. Jadual 1 Berapakah harga keseimbangan, jika kuantiti penawaran ialah 110 unit. star A RM 10.50 B RM 20.50 C RM 30.50 D RM 40.50 T4 Bab 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran
6 Rajah 2 menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barang. Rajah 2 Apakah akan terjadi jika berlaku peralihan keluk permintaan di atas? star A Wujud lebihan penawaran dalam pasaran B Harga keseimbangan akan meningkat C Kuantiti keseimbangan tidak berubah D Harga keseimbangan akan menurun T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
7 Rajah 3 menunjukkan keluk penawaran bagi beg tangan. Rajah 3 Apakah penentu penawaran yang menyebabkan peralihan keluk di atas? star A Kerajaan mengenakan cukai jualan B Harga faktor pengeluaran telah menurun C Matlamat pengeluar memaksimumkan keuntungan D Harga beg tangan dijangka meningkat pada masa depan T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
8 Pasangan yang manakah betul? star A Penentu ialah faktor harga barang lain | Penentu ialah faktor harga barang itu sendiri B Melibatkan dua keluk penawaran | Melibatkan satu keluk penawaran sahaja C Apabila harga tetap, kuantiti ditawar berubah | Apabila harga berubah, kuantiti ditawar berubah D Berlaku pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran | Berlaku peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
9 Rajah 4 menunjukkan keluk permintaan dan penawaran pasaran bagi ikan siakap. Rajah 4 Berapakah kuantiti ikan siakap pada X dan Y apabila berlaku lebihan penawaran ikan siakap sebanyak 50 kg pada harga RM15 dan lebihan permintaan ikan siakap sebanyak 80 kg pada RM8? star A 20 kg | 90 kg B 20 kg | 100 kg C 30 kg | 90 kg D 30 kg | 100 kg T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
10 Jadual 2 menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti ayam. Jadual 2 Jika harga meningkat daripada RM8 kepada RM16, berapakah nilai keanjalan harga permintaan? star A 0.40 B 0.67 C 1.33 D 2.50 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
11 Rajah 5 menunjukkan sejenis keanjalan harga permintaan. Rajah 5 Pernyataan manakah yang betul? star A Pekali keanjalan kurang daripada satu B Jenis barang adalah barang keperluan C Peningkatan harga 2% menyebabkan penurunan kuantiti diminta lebih 2% D Peratus perubahan harga lebih besar daripada peritus perubahan kuantiti T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
12 Apakah faktor yang menyebabkan sesuatu barang itu cenderung menjadi anjal harga permintaan? star A Barang itu tidak mempunyai banyak barang pengganti B Barang itu mempunyai jangka masa pendek C Barang itu ialah barang mewah D Barang tidak tahan lama T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
13 Jadual 3 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti bagi penawaran barang A dan barang B. Jadual 3 Padanan yang manakah betul tentang barang A dan barang B? star A Peratus perubahan kuantiti sama dengan peratus perubahan harga | Peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada peratus perubahan harga B Pekali keanjalan lebih besar daripada 1 | Pekali keanjalan kurang daripada 1 C Keluk penawaran lebih landai | Keluk penawaran lebih curam D Merupakan barang pertanian | Merupakan barang perkilangan T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
14 Gambar 1 menunjukkan logo sebuah institusi kewangan di Malaysia. Gambar 1 Fungsi yang manakah betul berkaitan dengan logo tersebut? I Memberikan pinjaman II Menyediakan khidmat insurans III Jurubank kepada bank perdagangan IV Mengawal kestabilan nilai mata wang star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
15 Apakah pekerjaan yang tergolong dalam sektor ketiga? star A Pekerja ladang getah B Pengurus pengeluaran C Juruteknologi makanan D Pegawai syarikat pemasaran T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
16 Padanan yang manakah betul berkaitan dengan faktor pemilihan pekerjaan? star A Waktu bekerja | Aini, seorang ibu tunggal kepada dua orang anak menjalankan perniagaan tudungnya secara dalam talian. B Upah | Aiman meninggalkan kerjayanya sebagai arkitek di syarikat pembinaan untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir di Putrajaya. C Kelayakan akademik | Cik Azizah memilih kerjaya sebagai guru tadika walaupun memiliki Diploma Perakaunan. D Jaminan kerja | Azrul meletak jawatan sebagai kerani untuk menjalankan perniagaan. T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
17 Jadual 4 menunjukkan perbelanjaan dan potongan wajib Encik Danish. Jadual 4 Berapakah jumlah potongan wajib? star A RM405 B RM410 C RM455 D RM465 T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
18 Gambar 2 menunjukkan salah satu bentuk pelaburan yang terdapat dalam pasaran. Gambar 2 Padanan yang manakah betul mengenai pulangan pelaburan tersebut. star A Bebas Risiko | Rendah | Tinggi B Rendah | Tinggi | Rendah C Sederhana | Tinggi | Rendah D Tinggi | Tinggi | Rendah T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
19 Antara berikut, yang manakah dapat dilakukan oleh sebuah firma pembuatan perabot kayu dalam jangka masa pendek? I Menambah saiz kilang II Menambah masa bekerja pekerja III Menambah jumlah stok kayu getah IV Menambah mesin pemotongan kayu star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
20 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran bagi Syarikat Ah Cheng. Berapakah unit jumlah keluaran bagi syarikat tersebut? star A 40 unit B 60 unit C 80 unit D 100 unit T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
21 Antara berikut, faktor manakah yang boleh meningkatkan produktiviti star A menambahkan kos pengeluaran B menggunakan buruh sedia ada C menggunakan teknologi yang canggih D memanjangkan tempoh pengeluaran T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
22 Situasi yang manakah merujuk kepada kos sosial? star A Syarikat Alaf Daya Sdn. Bhd. mengutamakan buruh asing berbanding buruh tempatan kesan daripada pelaksanaan dasar upah minimum B Penjual pakaiaan terpakai menanggung kos import yang tinggi kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia C Firma Azalia terpaksa membuat pembelian bahan mentah yang lebih mahal kesan daripada pandemik COVID-19 D Nelayan air tawar di Kg. Fajar mengalami kerugian kesan daripada pencemaran sungai T4 Bab 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial T4 Bab 4.2.5 Contoh Kos Sosial (Eksternaliti Negatif) dan Faedah Sosial (Eksternaliti Positif)
23 Apakah objektif makroekonomi negara yang ingin dicapai oleh kerajaan? I Pertumbuhan ekonomi II Imbangan pembayaran defisit III Tingkat harga umum meningkat IV Kadar penggangguran kurang daripada 4% star A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV T5 Bab 1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara
24 Situasi di bawah ialah satu keadaan ekonomi yang berlaku di sebuah negara. Situasi 1 : Kejatuhan kuasa beli yang berlaku di negara ini kesan daripada kejatuhan nilai mata wang tempatan. Situasi 2 : Keadaan semakin kritikal apabila kerajaan menaikkan gaji minimum RM1,500 dalam pasaran buruh dilaksanakan di semua sektor sama ada kerajaan atau swasta. Pasangan yang manakah benar berkaitan keadaan inflasi di atas? star A Inflasi tarikan permintaan | Inflasi diimport B Inflasi tolakan kos | Inflasi tarikan permintaan C Inflasi diimport | Inflasi tolakan kos D Inflasi diimport | Inflasi tarikan permintaan T5 Bab 1.2.2 Inflasi
25 Antara yang berikut, manakah yang menyumbang kepada KDNK Malaysia? I Syarikat tempatan yang beroperasi di Singapura menghantar balik keuntungan II Maybank Berhad telah membayar upah kepada pekerja tempatan III KFC membuka cawangan restoran di Shah Alam, Selangor IV Penerbangan Air Asia Berhad yang beroperasi di Indonesia menghantar balik dividen ke Malaysia star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.2.6 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
26 Antara berikut, situasi yang manakah menunjukkan kesan pertumbuhan ekonomi secara mampan? star A Kewujudan sekolah-sekolah berteraskan vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran buruh. B Peningkatan sifat kepenggunaan yang tinggi dalam diri masyarakat sesebuah negara C Perubahan dasar pentadbiran berasaskan sentimen politik D Pola perubahan system politik negara yang cenderung untuk kerap berubah T5 Bab 1.2.8 Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi
27 Apakah alat fiskal yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup secara mendadak? star A Menurunkan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan B Meningkatkan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan C Meningkatkan kadar cukai dan menurunkan perbelanjaan kerajaan D Menurunkan kadar cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
28 Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai perbelanjaan pembangunan? star A Pembayaran kelengkapan untuk membangunkan sektor perkhidmatan awam B Pemberian hadiah insentif berbentuk kewangan bagi membangunkan modal insan tempatan C Pemyelenggaraan dan baik pulih kemudahan yang dapat digunakan oleh masyarakat D Pemberian subsidi kepada pengeluar tempatan bagi meningkatkan daya saing pengeluar T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
29 Apakah kesan pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh bank pusat terhadap ekonomi? star A Mengawal kenaikan harga barang B Mengurangkan kuasa beli masyarakat C Menjejaskan aktiviti pengeluaran barangan D Menurunkan kadar pengangguran dalam ekonomi T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan
30 Sekiranya bank pusat menetapkan kadar faedah yang lebih tinggi, apakah kesan terhadap ekonomi? I Alat untuk mengurangkan pengangguran II Digunakan semasa berlaku inflasi III Kekurangan permintaan agregat berbanding penawaran agregat IV Meningkatkan perbelanjaan agregat dilakukan oleh pengguna star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
31 Maklumat berikut adalah tentang perdagangan antarabangsa. > Syarikat Jepun menggunakan kapal kargo Malaysia untuk mengeksport jentera ke Malaysia Apakah komposisi perdagangan yang terlibat? I Eksport barang nampak II Eksport barang tak nampak III Import barang nampak IV Import barang tak nampak star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
32 Apakah cara yang paling berkesan untuk mengehadkan kuantiti barang diimport? star A Tarif B Kuota C Embargo D Kawalan pertukaran asing T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
33 Pelaburan langsung asing memberikan impak positif kepada sesebuah negara. Keadaan yang manakah menunjukkan pernyataan di atas? I Memudahkan proses kemasukan jentera moden dari negara pengeluar II Berlaku ketidakseimbangan pendapatan antara firma tempatan dan firma asing III Peningkatan aliran untung firma asing beroperasi dalam negara ke luar negara IV Kemahiran modal insan dapat dibangunkan melalui program latihan yang disediakan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing
34 Jadual berikut menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan mata wang negara asing. Seorang pelancong Eropah ingin menukarkan 400 Euro kepada Ringgit Malaysia. Berapakah Ringgit Malaysia yang diterima oleh pelancong tersebut? star A RM 80.33 B RM 81.21 C RM 1 970.32 D RM 1 991.80 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 I Sekatan perdagangan antarabangsa akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada buruh tempatan. II Sekatan perdagangan antarabangsa akan membantu merperbaiki imbangan pembayaran negara. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
36 I Pendapatan faktor produktif terdiri daripada faedah, dividen, untung dan bayaran pindahan. II Untung ialah ganjaran kerana sanggup menanggung risiko. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
37 I Pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk membeli barang tahan lama. II Barang tahan lama melibatkan perbelanjaan yang kecil. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
38 I Pengangguran berstruktur berlaku apabila berlaku pengurangan dalam permintaan agregat yang menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran dan penggunaan buruh dikurangkan. II Pengangguran geseran ialah keadaan tenaga buruh tidak bekerja dalam sesuatu jangka masa apabila berlaku perpindahan pekerjaan. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
39 I Inflasi berlaku apabila tingkat harga umum mengalami peningkatan secara berterusan. II Inflasi akan menyebabkan peningkatan daya saing barang tempatan pasaran global. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 1.2.2 Inflasi T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
40 I Pelancong dari Australia telah melawat negeri Melaka menyebabkan berlakunya penawaran ke atas Ringgit Malaysia. II Permintaan Ringgit Malaysia bertambah apabila Encik Ahmad menghantar anaknya melanjutkan pelajaran di New Zealand. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing