1 Maklumat berikut menunjukkan satu sumber ekonomi. > Menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran Pernyataan yang manakah betul tentang sumber ekonomi tersebut? flag bookmark A Kuantiti penawarannya tidak terhad B Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi C Ganjaran yang diperoleh adalah keuntungan D Sumber ekonomi digabungkan untuk menghasilkan barangan T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran Sumber ini ialah buruh. Buruh boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk bekerja, jadi mobiliti geografinya tinggi. Penawaran buruh terhad, ganjarannya upah, dan menggabungkan sumber ialah tugas usahawan.
2 Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan dalam mengeluarkan barang awam? flag bookmark A Upah pekerja yang rendah bagi memenuhi barang kehendak pengguna B Memaksimumkan kepuasan pelanggan daripada penggunaan keluaran C Kekurangan hasil bagi membina pelbagai projek pembangunan D Pertambahan penduduk yang tidak terkawal T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas Hasil kerajaan terhad sedangkan banyak projek pembangunan perlu dibina, jadi kerajaan terpaksa memilih barang awam yang hendak dikeluarkan.
3 Jadual berikut menunjukkan pengeluaran Syarikat AZ bagi dua jenis barang. | Kombinasi keluaran | Penghawa dingin (unit) | Periuk tekanan (unit) | |---|---|---| | A | 20 | 85 | | B | 60 | 55 | Berapakah kos lepas jika kombinasi keluaran berubah dari A ke B? flag bookmark A 20 unit penghawa dingin B 30 unit periuk tekanan C 40 unit penghawa dingin D 60 unit periuk tekanan T4 Bab 1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas Dari A ke B, penghawa dingin bertambah 40 unit tetapi periuk tekanan berkurang dari 85 kepada 55 unit. Kos lepas ialah 85 − 55 = 30 unit periuk tekanan.
4 Maklumat berikut menunjukkan masalah yang dihadapi oleh individu. **X** → Pilihan → Kos lepas Pernyataan yang manakah betul tentang **X**? flag bookmark A Wujud akibat daripada pemilikan pendapatan yang terhad B Barangan dipilih akan memberi kebajikan kepada pengguna C Guna cara yang cekap untuk memaksimumkan kepuasan rakyat D Individu melepaskan barangan kedua terbaik untuk mendapatkan yang terbaik T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan X ialah kekurangan. Bagi individu, kekurangan wujud kerana pendapatan terhad sedangkan kehendak tidak terhad, jadi individu perlu membuat pilihan. Melepaskan barang kedua terbaik ialah kos lepas, bukan X.
5 Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi oleh Syarikat A. - Mengeluarkan barang dengan cara memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos - Bergantung kepada corak agihan pendapatan Antara berikut, masalah asas ekonomi yang manakah dapat diselesaikan oleh Syarikat A? I Apa yang hendak dikeluarkan II Bagaimana hendak dikeluarkan III Untuk siapa hendak dikeluarkan IV Berapa yang hendak dikeluarkan flag bookmark A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi Memilih cara pengeluaran dengan kos minimum menjawab bagaimana hendak dikeluarkan (II). Bergantung kepada corak agihan pendapatan menjawab untuk siapa hendak dikeluarkan (III).
6 Apakah faktor yang mendorong kerajaan untuk campur tangan dalam sistem ekonomi campuran? flag bookmark A Melaksanakan projek pembangunan yang berisiko tinggi B Memastikan pulangan keuntungan yang tinggi C Memaksimumkan kebajikan rakyat D Mengelakkan pembaziran sumber T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi Dalam ekonomi campuran, kerajaan campur tangan untuk memaksimumkan kebajikan rakyat, contohnya dengan menyediakan barang awam dan mengawal harga. Keuntungan tinggi ialah matlamat pihak swasta.
7 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi motosikal tempatan. Apakah yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1? flag bookmark A Teknologi yang digunakan kurang canggih B Harga motosikal jenama import jatuh C Objektif firma meminimumkan kos D Kadar cukai pendapatan turun T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan Keluk permintaan motosikal tempatan beralih ke kiri, iaitu permintaan berkurang. Motosikal import ialah barang pengganti; apabila harganya jatuh, pengguna beralih kepada motosikal import. Teknologi dan kos firma mempengaruhi penawaran, dan cukai pendapatan yang turun menambah permintaan.
8 Pasangan yang manakah betul? | | Perubahan dalam kuantiti ditawar | Perubahan penawaran | |---|---|---| | A | Penentu ialah faktor harga barang lain | Penentu ialah harga barang itu sendiri | | B | Melibatkan dua keluk penawaran | Melibatkan satu keluk penawaran sahaja | | C | Apabila harga tetap, kuantiti ditawar berubah | Apabila harga berubah, kuantiti ditawar berubah | | D | Berlaku pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran | Berlaku peralihan keluk ke kanan atau ke kiri | flag bookmark A A B B C C D D T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran Perubahan dalam kuantiti ditawar disebabkan oleh harga barang itu sendiri dan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran. Perubahan penawaran disebabkan faktor lain dan ditunjukkan oleh peralihan keluk ke kanan atau ke kiri.
9 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan dan penawaran pasaran bagi daging itik. Berapakah kuantiti daging itik pada **X** dan **Y** apabila berlaku lebihan penawaran daging itik sebanyak 50 kg pada harga RM15 dan lebihan permintaan daging itik sebanyak 80 kg pada harga RM8? | | X | Y | |---|---|---| | A | 20 kg | 90 kg | | B | 20 kg | 100 kg | | C | 30 kg | 90 kg | | D | 30 kg | 100 kg | flag bookmark A A B B C C D D T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran Pada RM15, kuantiti diminta 40 kg dan kuantiti ditawar Y. Lebihan penawaran 50 kg, jadi Y = 40 + 50 = 90 kg. Pada RM8, kuantiti diminta 110 kg dan kuantiti ditawar X. Lebihan permintaan 80 kg, jadi X = 110 − 80 = 30 kg.
10 Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan. Pilih pernyataan yang betul berkenaan dengan rajah tersebut. flag bookmark A Pengeluaran bermatlamatkan maksimum jualan B Teknologi yang canggih dalam pengeluaran C Harga faktor pengeluaran meningkat D Subsidi diberikan oleh kerajaan naik T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan Keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1, jadi penawaran berkurang, harga naik ke P1 dan kuantiti turun ke Q1. Harga faktor pengeluaran yang meningkat menaikkan kos dan mengurangkan penawaran. Teknologi canggih dan subsidi yang bertambah akan menambah penawaran.