1 Pernyataan di bawah menunjukkan satu masalah ekonomi. > Pendapatan yang diperoleh tidak mampu memaksimumkan kepuasan. Unit ekonomi manakah yang mungkin menghadapi masalah tersebut? star A Syarikat CitYess Sdn Bhd B Jabatan Pengangkutan Jalan C Cik Amani Safiah D Pemilik Anggun Enterprise T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Maklumat tersebut berkaitan dengan faktor pengeluaran. | X | Y | |---|---| | Mempunyai mobiliti pekerjaan | Mempunyai mobiliti kegunaan | Apakah ganjaran yang diperoleh oleh faktor pengeluaran tersebut? star A Buruh, Tanah B Upah, Sewa C Tanah, Buruh D Sewa, Upah T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Rajah 1 menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran dua jenis barang. Titik yang manakah menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap? star A E B F C G D H T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Intan ingin membeli sepasang kasut baharu. Harga kasut untuk jenama Badang ialah RM119.90 manakala jenama Sempoi berharga RM89.90. Apakah kos lepasnya jika dia mempunyai wang RM100? star A Kos lepas ialah kasut Sempoi B Kos lepas ialah kasut Badang C Kos lepas ialah kasut Badang dan Sempoi D Tiada kos lepas T4 Bab 1.1.4 Takrif Kos Lepas
5 Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi. > Kenaikan kos upah di sektor perindustrian telah menyebabkan firma bertukar kepada penggunaan mesin bagi memenuhi permintaan pasaran. Pernyataan tersebut merujuk kepada star A jenis output B kuantiti barang C teknik pengeluaran D corak agihan pendapatan pengguna T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
6 Pernyataan yang manakah betul tentang keluk permintaan individu? star A Kecerunan lebih curam daripada keluk permintaan pasaran B Menunjukkan keluk yang mencerun ke bawah dari kanan ke kiri C Penurunan harga barang itu menyebabkan keluk beralih ke kanan D Hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah positif T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
7 Maklumat berikut berkaitan dengan tiga jenis barang dalam pasaran. | Harga barang A | Kuantiti diminta barang B | Kuantiti diminta barang C | |---|---|---| | Turun | Naik | Turun | Apakah contoh barang yang berkaitan dengan situasi tersebut? star A Komputer riba, Telefon pintar, Televisyen B Kereta tempatan, Petrol, Kereta import C Roti, Marjerin, Sardin D Baju kurung, Baju kebaya, Baju sejuk T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
8 Rajah 2 menunjukkan perubahan kuantiti permintaan suatu barang. Rajah 2 Pilih pernyataan yang betul tentang rajah tersebut. star A Pergerakan dari titik A ke titik B disebabkan oleh kerajaan menurunkan kadar pelepasan cukai pendapatan B Pergerakan dari titik D ke titik C disebabkan oleh citarasa pengguna meningkat terhadap barang tersebut C Pergerakan dari titik A ke titik C disebabkan oleh penurunan harga barang itu sendiri D Pergerakan dari titik D ke titik B disebabkan oleh peningkatan pendapatan boleh guna T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
9 Pasangan yang manakah betul? star A Penentu ialah faktor harga barang lain, Penentu ialah faktor harga barang itu sendiri B Melibatkan dua keluk penawaran, Melibatkan satu keluk penawaran sahaja C Apabila harga tetap, kuantiti ditawar berubah, Apabila harga berubah, kuantiti ditawar berubah D Berlaku pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran, Berlaku peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
10 Pernyataan yang manakah betul tentang penguncupan penawaran? star A Harga barang tersebut menurun B Penghapusan subsidi pengeluaran C Peningkatan dalam kos bahan mentah D Harga dijangka menurun pada masa hadapan T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan
11 Maklumat berikut berkaitan satu situasi yang berlaku di dalam pasaran. > Kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Apakah kesan terhadap keseimbangan pasaran akibat peristiwa di atas? I Harga keseimbangan cenderung untuk menurun II Harga keseimbangan cenderung untuk meningkat III Keluk permintaan beralih ke kanan IV Berlaku pertambahan penawaran star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
12 Penawaran sesuatu barang menjadi tidak anjal apabila I penambahan kuantiti memerlukan kos yang sangat besar II dalam jangka masa panjang faktor pengeluaran mudah diubah III bilangan firma yang banyak dalam pasaran IV stok barang dalam simpanan sedikit star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran
13 Pengeluar perlu meningkatkan harga barang untuk memaksimumkan jumlah hasil jika barang tersebut star A Tidak mempunyai banyak barang pengganti B Darjah ketagihan barang adalah rendah C Nisbah pendapatan yang dibelanjakan adalah besar D Jenis barang yang dikeluarkan adalah barang mewah T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil T4 Bab 2.2.9 Kepentingan Keanjalan Harga
14 Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan tidak anjal bagi suatu barang. Apakah kesan ke atas kuantiti diminta apabila berlaku perubahan harga? star A Pengurangan kuantiti sebanyak 30% B Peningkatan kuantiti sebanyak 20% C Peningkatan kuantiti sebanyak 30% D Pengurangan kuantiti sebanyak 20% T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
15 Encik Mahmud membeli tiket berharga RM80 bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman. Apakah fungsi wang dalam situasi tersebut? star A Alat ukuran nilai B Alat simpanan nilai C Alat bayaran tertunda D Alat perantaraan pertukaran T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
16 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan Bank Perdagangan. > Cik Zurita membuka akaun semasa di sebuah bank. Dia membeli polisi insurans nyawa dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan. Dia mengarahkan pihak bank membuat bayaran tersebut bagi pihak dirinya pada setiap 5 hari bulan. Apakah perkhidmatan bank tersebut? star A Pindahan kredit B Perintah sedia ada C Draf bank D Overdraf T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
17 Antara yang berikut yang manakah faedah sampingan dalam faktor pemilihan pekerjaan? I Rawatan perubatan II Suasana tempat kerja III Prospek pekerjaan IV Bonus tahunan star A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
18 Maklumat berikut berkaitan dengan satu potongan wajib. > Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan 9 peratus bagi tahun 2021. Sumber:www.kwsp.gov.my/28 Nov 2020 Apakah kesan terhadap pendapatan masa hadapan pekerja? star A Perbelanjaan bertambah B Kadar dividen menurun C Simpanan berkurang D Kuasa beli meningkat T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
19 Antara berikut, yang manakah betul berkaitan kelebihan kaedah pembayaran secara kredit? I Pengguna dapat menikmati harga barang lebih murah II Perlu berdisiplin semasa hendak membeli III Meningkatkan taraf hidup pengguna IV Meringankan beban kewangan star A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
20 Maklumat berikut berkaitan dengan upah wang dan harga tiga barang di pasaran. | Upah Wang | Harga Barang P | Harga Barang Q | Harga Barang R | | (RM) | (RM) | (RM) | (RM) | | 2 000 | 8.00 | 10.00 | 12.00 | Apakah yang akan terjadi jika harga purata barang berubah kepada RM15.00? star A Kuasa beli menurun B Pendapatan berkurang C Upah benar meningkat D Taraf hidup bertambah T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
21 Jadual 1 menunjukkan hubungan antara input dengan jumlah keluaran suatu barang. | Input Tetap(unit) | Input Berubah(unit) | Jumlah Keluaran(unit) | |---|---|---| | 2 | 2 | 12 | | 2 | 4 | 48 | | 2 | 6 | 92 | | 2 | 9 | 140 | Jadual 1 Penyataan manakah betul tentang jadual tersebut? star A Keluaran marginal semakin meningkat B Firma beroperasi dalam jangka panjang C Keluaran marginal menurun selepas input berubah yang ke -6 D Keluaran marginal adalah sebanyak 24 unit pada input berubah ke- 9 T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek T4 Bab 4.1.8 Tahap Pengeluaran Paling Cekap
22 Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran Firma Master yang mengeluarkan kasut jenama HEBAT. > Jumlah keluaran - 100 unit > Kos tetap - RM 4,000.00 > Kos purata - RM240.00 Berapakah kos berubah purata ? star A RM 75.20 B RM 84.80 C RM 80.00 D RM 200.00 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
23 Maklumat berikut menunjukkan jumlah keluaran dan kos pengeluaran bagi Firma Teknik Bhd. | Jumlah Keluaran (unit) | 40 | 43 | |---|---|---| | Jumlah Kos (RM) | 8000 | 8400 | Berapakah kos sut pada keluaran ke-43? star A RM133.33 B RM186.04 C RM195.34 D RM200.00 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
24 Antara yang berikut, yang manakah dapat dilakukan oleh sebuah firma pembuatan perabut kayu dalam jangka masa pendek? I Menambah saiz kilang II Menambah masa berkerja pekerja III Menambah jumlah stok kayu getah IV Menambah mesin pemotongan kayu star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
25 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran pewangi kereta bagi tempoh seminggu oleh Firma Serba Pewangi Bhd. | Output | 4 000 unit | | Harga jualan seunit | RM30 | | Kos purata | RM20 | Berapakah untung yang diterima oleh syarikat tersebut? star A RM 40 000 B RM 80 000 C RM 120 000 D RM 200 000 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
26 Apakah kesan perlaksanaan dasar kewangan mengembang oleh Bank Negara terhadap ekonomi? star A Mengawal kenaikan harga barang B Mengurangkan kuasa beli pengguna C Menjejaskan aktiviti pengeluaran barang D Mengurangkan kadar pengangguran dalam ekonomi T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan
27 Ciri yang manakah menerangkan tentang monopoli semula jadi kerajaan? star A Mempunyai barang pengganti B Firma lain bebas keluar masuk industri C Mendapat perlindungan undang-undang D Harga barang ditentukan oleh mekanisme pasaran T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
28 Apakah kesan berlakunya pertumbuhan ekonomi? star A Kadar inflasi yang tinggi B Kurangnya minat masyarakat untuk berniaga C Peningkatan pendapatan pengguna D Perbelanjaan kerajaan untuk infrastruktur boleh dikurangkan T5 Bab 1.2.8 Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi
29 Jadual 2 menunjukkan sebahagian daripada hasil cukai kerajaan bagi tempoh satu tahun. | Jenis Cukai | Jumlah (RM juta) | |---|---| | Cukai pendapatan syarikat | 33 325 | | Cukai petroleum | 24511 | | Duti eksais | 10369 | | Cukai jualan | 7580 | | Duti eksport | 2977 | Jadual 2 Berapakah jumlah hasil cukai tak langsung kerajaan pada tahun tersebut? star A RM13 346 B RM20 926 C RM57 836 D RM65 416 T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
30 Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan kerajaan mengenakan sekatan terhadap barang import? I Meningkatkan pendapatan negara II Memperbaiki imbangan pembayaran III Mengurangkan eksport ke luar negara IV Menggalakkan penawaran barang import star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
31 Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan blok ekonomi? I Membentuk kuasa monopoli II Berkongsi sumber bahan mentah III Menawarkan lebih banyak barang IV Berlaku corak penjajahan ekonomi Baharu star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.7 Kesan Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan
32 Pasangan manakah yang betul tentang komposisi eksport dan import negara? star A Persatuan Badminton Malaysia menghantar skuad negara menyertai Kejohanan China Masters di Beijing, Import nampak B Universiti di Eropah Timur menempah alatan makmal perubatan keluaran Geliga Medic (M) Sdn Bhd, Eksport tak nampak C Emiriah Arab Bersatu (UAE) menambah kemasukan buah-buahan segar tropika keluaran FAMA, Eksport Nampak D Petronas Carigali meningkat pelaburan hiliran dalam sektor petroleum dan gas di Algeria, Import tak nampak T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
33 Apakah yang menyebabkan imbangan dagangan cenderung defisit? star A Barang eksport ke luar negara B Barang import dari luar negara C Kiriman wang pekerja ke negara asalnya D Kemasukan pelancong asing ke dalam negara T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
34 Pernyataan manakah yang betul berkaitan kadar pertukaran asing? star A Pertukaran asing merujuk kepada mata wang asing yang diniagakan oleh sesebuah negara B Kadar pertukaran asing ialah harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing C Harga jualan merujuk kepada harga bank atau money trader yang membeli mata wang asing untuk mendapatkan mata wang tempatan sesebuah negara D Harga belian merujuk kepada harga bank atau money trader yang menjual mata wang asing dengan menukarkan mata wang tempatan sesebuah negara T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD). | Mata Wang | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---| | 1 USD | 4.08 | 4.16 | Berapakah yang perlu dibayar dalam nilai USD oleh seorang pelancong Amerika Syarikat yang ingin membeli beg sukan yang berharga RM 480 di pasar raya di Kedah? star A USD 115.38 B USD 117.65 C USD 1958.40 D USD 1996.80 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
36 Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah. | Pilihan | Pernyataan 1 | Pernyataan 11 | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Firma merupakan sebuah organisasi yang membekalkan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. II Firma akan memilih output yang mendatangkan keuntungan maksimum akibat kekurangan wang. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
37 I Keanjalan harga permintaan anjal apabila pekali keanjalan kurang daripada satu. II Barang yang mempunyai banyak barang pengganti permintaannya adalah anjal. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
38 I Pendapatan boleh cukai diperoleh setelah pendapatan tahunan ditolak semua pelepasan cukai yang layak diterima oleh individu berkenaan. II Pelepasan cukai yang tinggi akan mengurangkan pendapatan tahunan seseorang individu. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
39 I Output ialah barang atau perkhidmatan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran II Output terdiri daripada barang perantaraan atau barang akhir. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
40 I Bank pusat menaikkan kadar faedah apabila ekonomi mencapai guna tenaga penuh II Bank perdagangan perlu menyimpan sejumlah wang di dalam bank pusat dalam bentuk rizab berkanun star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan