arrow_back

Negeri Sembilan Trial 2023 Economics Kertas 1

1
Apakah masalah kekurangan bagi kerajaan?
2
Gambar berikut menunjukkan dua faktor pengeluaran dalam ekonomi. Gambar 1 Gambar 2 Apakah persamaan bagi gambar tersebut?
3
Rajah menunjukkan kombinasi pengeluaran dalam sebuah ekonomi. Pasangan yang manakah betul?
4
Apakah kelebihan sistem ekonomi perancangan pusat?
5
Pernyataan yang manakah betul mengenai ciri ekonomi Islam? I Kerajaan memiliki semua faktor pengeluaran II Individu bebas mencari kekayaan tanpa batasan III Kepentingan awam diutamakan dalam penghasilan barang IV Firma memilih cara pengeluaran yang dapat meminimumkan kos
6
Jadual berikut berkaitan dengan penawaran suatu barang bagi dua buah firma. | Harga (RM) | Kuantiti ditawar (unit) | |---|---| | | Firma M | Firma N | | 2 | 5 | 10 | | 3 | 8 | 15 | | 4 | 10 | 20 | Berapakah penawaran pasaran pada tingkat harga RM4?
7
Rajah berikut berkaitan dengan keluk permintaan bagi suatu barang. Berapakah nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi situasi di atas?
8
Pernyataan yang manakah menjelaskan hukum permintaan?
9
Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran kereta. Antara berikut yang manakah betul tentang perubahan pada rajah di atas? I Pergerakan titik w ke x ialah pengurangan penawaran. II Pergerakan titik y ke x ialah pengembangan penawaran III Pergerakan titik z ke y berlaku disebabkan teknologi canggih IV Pergerakan titik z ke w berlaku disebabkan penurunan harga barang
10
Jadual berikut berkaitan dengan permintaan dan penawaran baju sukan dalam pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti permintaan (helai) | Kuantiti penawaran (helai) | |---|---|---| | 10 | 30 | 15 | | 20 | 25 | 25 | | 30 | 18 | 30 | | 40 | 10 | 35 | Antara berikut yang manakah betul tentang jadual di atas? I Harga baju cenderung turun pada tingkat harga RM40 II Harga baju cenderung meningkat pada tingkat harga RM20 III Kurangan permintaan sebanyak 18 helai pada tingkat harga RM30 IV Lebihan permintaan sebanyak 15 helai berlaku pada tingkat harga RM10
11
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi bank perdagangan. > Encik Adam membeli sebuah kereta secara sewa beli. Beliau menggunakan > perkhidmatan bank untuk membayar deposit RM3 000 dan bakinya dibayar secara > ansuran sebanyak RM600 sebulan. Apakah perkhidmatan yang digunakan oleh Encik Adam?
12
Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan seorang individu. > Puan Siti seorang pesara guru yang menjalankan perniagaan kosmetik di Seremban. > Beliau mempunyai simpanan di Tabung Haji sebanyak RM23 000 dan juga > menerima RM1 000 daripada suaminya setiap bulan. Apakah jenis pendapatan produktif yang diterima oleh beliau? I Pencen II Nafkah III Untung IV Dividen
13
Apakah kepentingan belanjawan peribadi?
14
Gambar berikut berkaitan dengan satu jenis pelaburan peribadi. Pilih padanan yang betul.
15
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jangka masa pengeluaran. > Terdapat input tetap dan input berubah Apakah yang boleh dilakukan oleh pengusaha kilang roti jika ingin menambah pengeluaran dalam jangka masa tersebut? I Membuka kilang baharu II Mengubah polisi insurans kilang III Meningkatkan stok bahan mentah IV Menambah bilangan pekerja kilang roti
16
Jadual berikut menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos berubah. | Keluaran | Kos berubah | | (unit) | (RM) | | 10 | 1000 | | 20 | 1600 | | 30 | 2230 | | 40 | 3180 | Tingkat keluaran yang manakah mempunyai kos purata minimum jika kos tetap RM500?
17
Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma. | Buruh | Jumlah keluaran | Keluaran purata | | (orang) | (unit) | (unit) | | 0 | 0 | 0 | | 10 | 600 | 60 | | 20 | 1600 | 80 | | 30 | 2400 | 80 | | 40 | 3000 | 75 | Hukum pulangan berkurang bermula pada tingkat buruh ke
18
Jadual berikut menunjukkan bilangan buruh dan output bagi empat buah firma. | Firma | Bilangan buruh (orang) | Jumlah output (unit) | |:---|:---|:---| | P | 2 | 46 | | Q | 3 | 78 | | R | 4 | 96 | | S | 5 | 110 | Firma yang manakah produktiviti paling rendah?
19
Antara tindakan berikut yang manakah membantu kerajaan mencapai objektif makro ekonomi? I Mengecilkan saiz sektor awam II Melaksanakan dasar harga dan kuota III Mengurangkan kemasukan buruh asing IV Mengenakan cukai atas barangan tidak sihat
20
Rajah berikut berkaitan dengan jenis inflasi. Pernyataan yang manakah menyebabkan inflasi X berlaku?
21
Apakah kesan pelaksanaan dasar fiskal menguncup?
22
Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran di Malaysia. > Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) > menyebabkan sektor perniagaan terjejas teruk dan kadar pengangguran > meningkat kepada 5.3% pada Mei 2020. Sumber: Ubahsuai Tinjauan Ekonomi 2021, Kementerian Kewangan Malaysia Antara berikut yang manakah betul tentang situasi tersebut? I Berlaku dalam jangka masa panjang II Disebabkan oleh kemelesetan ekonomi III Dikenali sebagai pengangguran normal IV Berpunca daripada kekurangan kemahiran
23
Rajah berikut berkaitan dengan sumber hasil kerajaan. Pasangan yang manakah betul tentang X dan Y?
24
Pernyataan yang manakah betul tentang perbelanjaan mengurus.
25
Maklumat berikut berkaitan dengan satu alat dasar kewangan. > Bank Negara Malaysia telah bertindak mengubah Kadar Dasar Semalaman > (OPR) daripada 2.75% kepada 3.00%. Sumber: https://ecentral.my, 3 Mei 2023 Apakah kesan tindakan tersebut kepada firma?
26
Antara berikut yang manakah betul tentang dasar kewangan mengembang? I Menurunkan kadar faedah II Melonggarkan syarat sewa beli III Menjual surat jaminan kerajaan IV Menaikkan nisbah rizab berkanun
27
Apakah faktor penggalak globalisasi?
28
Mengapakah kerajaan mengenakan sekatan bukan ekonomi terhadap barang import?
29
Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. > Eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke China dijangka melonjak. Sumber: BHONLINE April 25, 2023 Situasi di atas wujud disebabkan
30
Negara dari rantau berhampiran akan membentuk pakatan untuk saling membantu dari segi ekonomi. Apakah kesan negatif daripada pakatan tersebut?
31
Situasi yang manakah berkaitan dengan penawaran Ringgit Malaysia? I Sebuah syarikat Singapura mengimport beras dari Sekinchan Selangor II Tabung Haji membawa jemaah dari Putrajaya menunaikan ibadah di Mekah III Peminat bola dari Malaysia menggunakan Qatar Airways untuk menyaksikan Piala Dunia di Doha IV Syarikat permotoran dari Itali menyewa kapal kargo Malaysia untuk memasarkan produknya
32
Maklumat berikut menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (USD). | Januari 2022 | Januari 2023 | |---|---| | USD1.00 = RM4.26 | USD1.00 = RM4.46 | Apakah kesan daripada perubahan tersebut? I Jumlah eksport meningkat II Harga import lebih mahal III Jumlah import meningkat IV Harga eksport lebih mahal
33
Situasi berikut berkaitan dengan akaun semasa negara. > Kerajaan bercadang meluaskan penanaman jagung bagi mengurangkan > kebergantungan import makanan. Sumber: Ubahsuai BHonline 15 Mac 2022 Situasi tersebut berlaku disebabkan oleh
34
Pernyataan yang manakah betul tentang pendapatan primer?
35
Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan pertukaran asing kepada Malaysia? I Membayar hutang luar individu II Membuat pelaburan dalam negara III Membiayai pengeksport luar negara IV Mempertahan nilai Ringgit Malaysia
36
I Pengeluar perlu naikkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil bagi barang permintaan anjal. II Barang permintaan anjal mempunyai bilangan barang pengganti yang banyak.
37
I Tabungan ialah baki pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan oleh individu. II Tabungan individu di bank akan menerima pulangan dalam bentuk untung.
38
I Kos luaran ialah perbezaan antara kos sosial dengan kos peribadi. II Kos peribadi terdiri daripada kos eksplisit dan kos implisit.
39
I Inflasi dapat dikawal apabila kerajaan menjalankan belanjawan lebihan. II Belanjawan lebihan ialah jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil.
40
I Pelaburan langsung asing mewujudkan jurang pendapatan buruh dalam negara. II Pelaburan langsung asing membolehkan firma besar mempunyai cawangan di negara-negara lain.
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.