1 Pernyataan manakah yang tepat mengenai masalah kekurangan dalam ekonomi? flag bookmark A Membuat pilihan yang memaksimumkan keuntungan B Kehendak manusia yang tidak terhad berbanding sumber ekonomi yang terhad C Memaksimumkan kepuasan pengeluar dengan menggunakan sumber yang terhad D Sumber ekonomi terhad, manakala kehendak manusia terhadap barang juga terhad T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan Masalah kekurangan wujud kerana kehendak manusia tidak terhad sedangkan sumber ekonomi untuk memenuhinya terhad.
2 Gambar 1 menunjukkan sejenis sumber ekonomi. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan ciri sumber ekonomi tersebut? flag bookmark A Tiada mobiliti kegunaan B Mempunyai penawaran terhad C Meningkatkan kecekapan buruh D Merupakan sumber alam semula jadi T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran Mesin penuai ialah modal, iaitu barang buatan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain. Modal meningkatkan kecekapan buruh. Penawaran terhad dan sumber alam semula jadi ialah ciri tanah.
3 Manakah andaian keluk kemungkinan pengeluaran yang betul? flag bookmark A Tingkat teknologi berubah-ubah B Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang C Ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh D Sumber ekonomi adalah tidak terhad T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran Keluk kemungkinan pengeluaran mengandaikan ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang, teknologi tetap, sumber terhad dan digunakan sepenuhnya (guna tenaga penuh).
4 Masalah asas ekonomi apa yang hendak dikeluarkan diselesaikan oleh sistem ekonomi perancangan pusat melalui flag bookmark A corak agihan pendapatan masyarakat B permintaan masyarakat yang tinggi dalam pasaran C keperluan masyarakat yang berlandaskan hukum syariat D sistem catuan yang berlandaskan kepada keperluan masyarakat T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi Dalam ekonomi perancangan pusat, kerajaan menentukan apa yang dikeluarkan berdasarkan keperluan masyarakat dan mengagihkannya melalui sistem catuan. Permintaan pasaran ialah cara pasaran bebas; hukum syariat ialah cara ekonomi Islam.
5 Jadual 1 menunjukkan permintaan Haziqah dan Hariza terhadap sesuatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti diminta Haziqah (unit) | Kuantiti diminta Hariza (unit) | |---|---|---| | 3 | 15 | 13 | | 6 | 6 | 9 | | 9 | 2 | 6 | Berapakah permintaan pasaran pada tingkat harga RM6? flag bookmark A 6 unit B 9 unit C 15 unit D 18 unit T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran Permintaan pasaran ialah jumlah permintaan semua individu pada setiap harga. Pada harga RM6: 6 + 9 = 15 unit.
6 Rajah 1 menunjukkan permintaan Kasut Jenama Velno. Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1? flag bookmark A Cita rasa semakin menurun B Penurunan harga barang itu C Pendapatan pengguna menurun D Jangkaan harga pada masa hadapan meningkat T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan Keluk permintaan beralih ke kanan apabila permintaan bertambah pada harga yang sama. Jika pengguna menjangka harga akan naik, mereka membeli lebih banyak sekarang. Cita rasa atau pendapatan yang menurun mengalihkan keluk ke kiri, dan perubahan harga barang itu hanya menyebabkan pergerakan di sepanjang keluk.
7 Rajah 2 menunjukkan keseimbangan pasaran dalam pasaran barangan. Apakah akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1? flag bookmark A Harga keseimbangan akan menurun B Kuantiti keseimbangan akan menurun C Harga dan kuantiti keseimbangan akan naik D Harga dan kuantiti keseimbangan akan turun T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan Keluk penawaran beralih ke kanan (penawaran bertambah) sedangkan permintaan tidak berubah, jadi harga keseimbangan menurun dan kuantiti keseimbangan bertambah.
8 Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan tudung Saloma. Berapakah kuantiti X jika nilai keanjalan harga permintaan ialah 2.5? flag bookmark A 60 unit B 65 unit C 70 unit D 75 unit T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan Peratus perubahan harga = (20 − 25) ÷ 25 × 100% = −20%. Peratus perubahan kuantiti = 2.5 × 20% = 50%. X = 50 + 50% × 50 = 75 unit.
9 Jadual 2 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta bagi barang XY. | Peratus perubahan harga | Peratus perubahan kuantiti diminta | |---|---| | 20 | 10 | Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pengeluar untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang XY? flag bookmark A Pengeluar meningkatkan harga barang XY B Pengeluar menurunkan harga barang XY C Pengeluar meningkatkan permintaan barang XY D Pengeluar menunggu kerajaan memberikan subsidi T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil Keanjalan = 10 ÷ 20 = 0.5, jadi permintaan barang XY tidak anjal. Bagi barang tidak anjal, menaikkan harga akan menambah jumlah hasil jualan kerana kuantiti diminta berkurang dengan kadar yang lebih kecil.
10 Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai? flag bookmark A Encik Fauzi membayar RM6000 sebagai deposit untuk kereta Myvi baharu B Cik Yani membayar RM1325 setiap bulan untuk rumahnya selama 30 tahun C Encik Azman mengunjungi lebih daripada tiga kedai untuk membandingkan harga barang sebelum membeli D Puan Munirah membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok oleh Sri Arau Emas Bhd. T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang Sebagai alat ukuran nilai, wang membolehkan nilai barang dinyatakan dalam harga supaya boleh dibandingkan. Encik Azman membandingkan harga di beberapa kedai. Bayaran deposit dan ansuran bulanan ialah fungsi wang sebagai alat pembayaran.