arrow_back

Pulau Pinang Trial 2023 Economics Kertas 1

Economics

Pulau Pinang Trial 2023 Economics Kertas 1

  • Pulau Pinang 州试卷 · 2023
  • 40 题
答案来源
按原试卷附带的答案录入
题目解析
由 AI 生成,仅供参考
最后更新
2026-10-29
1
Antara berikut, pernyataan yang manakah betul tentang sumber ekonomi? I Tanah mempunyai mobiliti kegunaan II Usahawan memperoleh ganjaran faedah III Buruh menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan keluaran IV Modal ialah alat ciptaan manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran
2
Maklumat berikut menunjukkan pilihan teknik pengeluaran satu syarikat. | Teknik pengeluaran | Telefon bimbit (unit) | Laptop (unit) | |---|---|---| | X | 300 | 160 | | Y | 120 | 340 | Berapakah kos lepas sekiranya syarikat tersebut menukar teknik pengeluaran daripada X ke Y?
3
Pasangan yang manakah betul? | | Masalah asas ekonomi | Keterangan | |---|---|---| | A | Apa yang hendak dikeluarkan | Dikeluarkan dengan tujuan tiada lebihan dalam pasaran | | B | Berapa yang hendak dikeluarkan | Diselesaikan berdasarkan corak agihan pendapatan | | C | Bagaimana hendak dikeluarkan | Dikeluarkan melalui penggabungan faktor pengeluaran secara optimum | | D | Untuk siapa dikeluarkan | Diselesaikan berdasarkan permintaan masyarakat |
4
Antara berikut, pasangan yang manakah betul tentang sistem ekonomi kapitalis? | | Ciri | Keterangan | |---|---|---| | I | Motif | Memaksimumkan kebajikan masyarakat | | II | Pilihan | Bebas dengan kawalan pemerintah | | III | Penentu harga | Kuasa permintaan dan penawaran | | IV | Pembuat keputusan | Pihak pengeluar dan pengguna |
5
Rajah 1 menunjukkan perubahan permintaan beras tempatan. Mengapakah berlaku perubahan keluk D0D0 ke D1D1?
6
Jadual 1 menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran bagi suatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti penawaran (unit) | Kuantiti permintaan (unit) | |---|---|---| | 1 | 20 | 60 | | 2 | 30 | 50 | | 3 | 40 | 40 | | 4 | 50 | 30 | Antara berikut, pasangan yang manakah betul? | | Harga (RM) | Penerangan | |---|---|---| | I | 1 | Lebihan permintaan sebanyak 60 unit | | II | 2 | Permintaan akan meningkat | | III | 3 | Harga cenderung tidak berubah | | IV | 4 | Lebihan penawaran sebanyak 20 unit |
7
Maklumat berikut berkaitan dengan pasaran kenderaan elektrik. > Kerajaan menawarkan insentif dalam bentuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung bagi aktiviti pemasangan atau pengilangan kenderaan elektrik. > > Sumber: Ubahsuai astroawani.com, 5 Oktober 2021 Rajah yang manakah betul bagi situasi tersebut?
8
Jadual 2 menunjukkan harga dan kuantiti permintaan bagi suatu barang. | Harga (RM) | 5 | 8 | |---|---|---| | Kuantiti diminta (unit) | 20 | 12 | Berapakah nilai pekali keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM5 ke RM8?
9
Jadual 3 menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi dua jenis barang. | Barang P | Barang Q | |---|---| | 0.6 | 1.4 | Pasangan yang manakah betul? | | Barang | Pernyataan | |---|---|---| | A | P | Keluk permintaan adalah landai | | B | P | Pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga | | C | Q | Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti | | D | Q | Contoh barang ialah barang keperluan |
10
Antara berikut, apakah faktor cip semikonduktor mempunyai nilai keanjalan harga penawaran yang anjal? I Barang tahan lama II Mempunyai pelbagai kegunaan III Faktor pengeluaran mudah diperoleh IV Jumlah firma dalam pasaran adalah banyak
还有 30 题,登录后免费做完整份试卷

登录后成绩会自动保存,答错的题会放进错题本,换手机也能接着做。

更多 Economics 试卷

查看全部 Economics 试卷 →
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。

登录

使用 Google 账号登录以继续

使用 Google 继续