arrow_back

Kelantan Trial 2023 Ekonomi Kertas 1

1
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi. Firma Ezhan terpaksa menangguhkan pengeluaran barang X dan memilih pengeluaran barang Y kerana kekurangan Tindakan pilihan tersebut adalah kerana
2
Maklumat berikut berkaitan dengan satu sumber ekonomi. - Penawarannya terhad - Mempunyai mobiliti geografi Sumber di atas adalah I tanah II buruh III modal IV usahawan
3
Rajah 1 merupakan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi dua jenis barang. Pernyataan yang manakah menjelaskan kesan perubahan kombinasi pengeluaran titik A ke B?
4
Pernyataan yang manakah merujuk kepada masalah untuk siapa barang dikeluarkan?
5
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu dasar kerajaan. > Gaji minimum dinaikkan kepada RM1500 mulai 1 Julai 2023 Sumber: Ubah suai sinarharian.com, 30 Jun 2023 Rajah yang manakah betul bagi maklumat tersebut?
6
Rajah 2 menunjukkan perubahan permintaan kereta Proton X-50. Pernyataan yang manakah betul menyebabkan berlakunya peralihan keluk permintaan di atas?
7
Pernyataan yang manakah betul berkaitan hukum penawaran?
8
Rajah 3 berkaitan dengan keluk penawaran bagi suatu barang. Antara yang berikut, faktor yang manakah mempengaruhi pergerakan titik a ke b?
9
Rajah 4 menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran bagi suatu produk. Apakah yang menyebabkan perubahan titik keseimbangan E0 ke E1?
10
Jadual 1 menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | |---|---| | 1.50 | 13 | | 2.50 | 12 | Jadual 1 Pernyataan yang manakah betul jika harga meningkat?
11
Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan suatu barang?
12
Rajah 5 menunjukkan keluk penawaran suatu barang. Berapakah keanjalan harga penawaran tersebut jika harga berubah 20%?
13
Wang boleh digunakan dalam pembelian barang secara ansuran. Fungsi wang adalah sebagai alat
14
Encik Talhah membeli kereta Myvi dengan bayaran ansuran RM480 sebulan. Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang memudahkan beliau membuat pembayaran kereta tersebut?
15
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pekerjaan sektor kedua? I Jurutera II Guru tadika III Pegawai bank IV Pengurus kilang perabot
16
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pendapatan individu. X merupakan sejenis pendapatan individu yang tidak produktif Situasi manakah yang menerangkan X?
17
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah penyediaan belanjawan peribadi. Langkah1 - Menjumlahkan pendapatan boleh guna Langkah 2 - X Langkah 3 - Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan Langkah 4 - Mengimbangan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan Apakah X?
18
Firma Maju telah menambah bilangan pekerja daripada 300 orang kepada 400 orang. Jumlah pengeluaran bertambah daripada 5 000 kepada 6 000 unit. Hitung keluaran marginal firma tersebut.
19
Berikut adalah kos pengeluaran bagi sebuah firma. | Jumlah output | : 500 unit | | Kos tetap | : RM1 150 | | Kos berubah | : RM2 000 | Berapakah kos purata?
20
Syarikat Rima menjual 250 pasang kasut sukan dengan harga RM25 sepasang. Jumlah kos pengeluaran kasut ialah RM4 250. Berapakah jumlah untung Syarikat Rima?
21
Antara yang berikut, yang manakah faktor mempengaruhi produktiviti? I Kemahiran dan tahap motivasi manusia yang cekap II Penggunaan bahan yang berkualiti III Meminimumkan kos pengeluaran IV Upah dan sewa yang murah
22
Antara yang berikut, yang manakah faedah sosial luaran apabila seseorang individu berbasikal ke tempat kerja?
23
Pernyataan yang manakah betul tentang peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar?
24
Maklumat berikut berkaitan dengan situasi ekonomi. X berlaku kerana terlalu banyak wang mengejar sedikit barang dalam ekonomi Apakah kesan X? I Peluang pekerjaan menurun II Kuasa beli masyarakat meningkat III Pendapatan benar masyarakat menurun IV Nilai wang yang dipegang oleh masyarakat merosot
25
Antara yang berikut, yang manakah kesan pengangguran? I Kehilangan kemahiran dan keyakinan diri II Harga barang dalam pasaran semakin naik III Taraf hidup masyarakat semakin bertambah baik kerana kuasa beli naik IV Pendapatan negara sebenar kurang daripada pendapatan negara potensi
26
Gambar 1 berkaitan dengan suatu situasi ekonomi yang dihadapi dalam negara. Apakah dasar fiskal yang akan digunakan oleh kerajaan bagi mengurangkan masalah tersebut? I Menaikkan kadar cukai II Menurunan kadar cukai III Menambahkan perbelanjaan kerajaan IV Mengurangan perbelanjaan kerajaan
27
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah betul tentang hasil kerajaan? I Contoh cukai tak langsung ialah bayaran lesen dan permit II Sumber hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai III Cukai merupakan bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikenakan kerajaan IV Cukai langsung merupakan cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada pihak lain
28
Bagaimanakah kerajaan menggunakan dasar kewangan untuk mengatasi masalah kemelesatan ekonomi? I Menurunkan kadar cukai II Menurunkan kadar faedah III Membeli surat jaminan kerajaan IV Menurunkan perbelanjaan kerajaan
29
Pernyataan yang manakah betul tentang perdagangan antarabangsa?
30
Apakah tujuan kerajaan melaksanakan sekatan bukan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa?
31
Kerajaan mengenakan kuota dalam perdagangan antarabangsa kerana dapat
32
Antara yang berikut, yang manakah direkodkan dalam akaun perkhidmatan? I Nilai import barang tak nampak II Nilai import barang nampak III Nilai eksport barang nampak IV Nilai eksport barang tak nampak
33
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Singapura (SGD). Ringgit Malaysia | Dollar Singapore (RM) | (SGD) | 1 | 0.2914 Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia yang perlu dibayar oleh seorang pelancong Malaysia yang membeli sebuah beg berjenama berharga SGD1 200 di sebuah butik terkenal di negara tersebut?
34
Kenaikan Ringgit Malaysia (RM) akan menyebabkan I jumlah eksport meningkat II jumlah import meningkat III harga barang eksport lebih mahal IV harga barang import lebih mahal
35
I Implikasi daripada sesuatu pilihan adalah kos lepas. II Kos lepas bagi individu ialah keuntungan yang mungkin daripada projek pelaburan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.
36
I Hukum permintaan menyatakan semakin tinggi harga, semakin tinggi kuantiti diminta. II Keluk permintaan menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti diminta.
37
I Keperluan mudah dipenuhi bergantung kepada pendapatan seseorang individu. II Kehendak tidak semestinya dipenuhi kerana ianya adalah tidak terhad.
38
I Kos tetap hanya wujud dalam jangka pendek. II Kos berubah tidak wujud apabila pengeluaran adalah sifar.
39
I Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. II Contoh perbelanjaan mengurus ialah pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri.
40
I Pelaburan langsung asing boleh dilakukan dengan cara pengambilalihan syarikat asing. II Pelaburan langsung asing boleh menyebabkan belaku keseimbangan pendapatan antara negara yang terlibat.
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.