1 Pernyataan yang manakah betul berkaitan konsep kekurangan? star A Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh untuk rakyat. B Puan Noreha dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil daripada keuntungan perniagaannya. C Syarikat Saudagar Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai sumber ekonomi yang banyak. D Encik Faiz hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300. T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azuan. Encik Azuan mengusahakan sebuah kilang keropok. Beliau mempunyai seramai 40 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azuan? I Pekerja II Keropok III Pasar raya besar IV Bangunan kilang star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Jadual 1 menunjukkan kemungkinan pengeluaran kilang Hadi. | Kombinasi Pengeluaran | Kicap (botol) | Budu (botol) | |---|---|---| | A | 0 | 1000 | | B | 200 | 850 | | C | 600 | 550 | | D | 750 | 0 | Jadual 1 Jika kombinasi pengeluaran berubah daripada B kepada C, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 600 helai kicap? star A 300 botol budu B 400 botol budu C 450 botol budu D 550 botol budu T4 Bab 1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Rajah 1 menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran untuk seluar dan kemeja. Rajah 1 Titik pengeluaran yang manakah dapat dicapai jika berlaku perubahan teknologi dan faktor pengeluaran? star A R B S C T D U T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
5 Bagaimanakah Amerika Syarikat menyelesaikan masalah asas ekonomi? I Jenis barang ditentukan oleh kuasa pasaran II Agihan barang ditetapkan oleh badan perancangan pusat III Kaedah pengeluaran dipilih berdasarkan kos pengeluran yang paling maksimum IV Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kuasa pengguna dan pengeluar star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
6 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu permintaan. Kerajaan telah meluluskan Bantuan Khas Tahun 2020 sebanyak RM500 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi menghargai khidmat bakti penjawat awam. Rajah yang manakah menunjukkan kesan peristiwa di atas terhadap permintaan barangan? star A A Figure B B Figure C C Figure D D Figure T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
7 Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran. Rajah 2 Antara berikut, yang manakah merujuk kepada keluk penawaran di atas? I Dipengaruhi oleh faktor harga II Mempunyai hubungan songsang III Keluk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan IV Kuantiti meningkat disebabkan oleh peningkatan harga star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.6 Hukum Penawaran
8 Rajah 3 menunjukkan keluk penawaran firma dan pasaran. Rajah 3 Berapakah jumlah penawaran pasaran berdasarkan rajah diatas? star A 60 B 90 C 110 D 130 T4 Bab 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
9 Rajah 4 menunjukkan keluk penawaran kelapa sawit. Rajah 4 Faktor manakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih dari S0S0 ke S1S1? star A Musim tengkujuh B Harga kelapa sawit menurun C Kerajaan menghapuskan subsidi baja D Harga kelapa sawit dijangka turun pada masa hadapan T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
10 Jadual 2 menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaan suatu barang. | Harga (RM) | Permintaan (unit) | Penawaran (unit) | |---|---|---| | 8 | 60 | 25 | | 10 | 50 | 35 | | 12 | 40 | 40 | | 14 | 30 | 55 | | 16 | 20 | 70 | Jadual 2 Apakah yang berlaku pada tingkat harga RM10? star A Berlaku lebihan penawaran B Berlaku lebihan permintaan C Harga cenderung untuk turun D Firma akan menambahkan penawaran T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
11 Antara berikut yang manakah mungkin menyebabkan pergerakkan di atas keluk permintaan kereta? star A Penurunan harga kereta B Penurunan harga minyak petrol C Kenaikan tambang pengangkutan awam D Kenaikan premium insurans untuk motosikal T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
12 Keanjalan harga permintaan barang X ialah 1.5, Jika harga meningkat 16%, kuantiti kuantiti diminta akan berkurang daripada 100 unit kepada star A 16 unit B 32 unit C 76 unit D 84 unit T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
13 Antara berikut yang manakah mengurangkan permintaan ikan? star A Perubahan dalam teknologi B Harga daging ayam menurun C Pendapatan individu meningkat D Kerajaan memberi subsidi kepada penternak ikan T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
14 Keanjalan penawaran bagi mentega ialah 3. Kenaikan harga barang tersebut bertambah daripada RM10 kepada RM12 mengubah jumlah penawaran mentega daripada 1000 unit kepada star A 1006 unit B 1060 unit C 1066 unit D 1600 unit T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran
15 Apakah fungsi bank pusat? star A menguruskan pinjaman overdraf B menerima deposit daripada orang ramai C membuat dan menerima bayaran daripada firma D mengawal kestabilan nilai mata wang T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
16 Puan Asmah telah membeli kereta MyVi dengan bayaran ansuran sebanyak RM520 sebulan. Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang boleh digunakan oleh Pn Asmah untuk membuat bayaran kereta tersebut? star A Draf bank B Pindahan kredit C Perintah sedia ada D Kad kredit T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
17 Encik Ali seorang peniaga pasar malam dan beliau juga menerima kiriman wang dari anaknya RM500 setiap bulan. Apakah jenis pendapatan Encik Ali? star A Upah dan sewa B Upah dan bayaran pindahan C Untung dan Bayaran pindahan D Untung dan upah T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
18 Maklumat berkaitan pendapatan boleh guna. Pendapatan boleh guna = Perbelanjaan Penggunaan + Z Antara berikut yang manakah Z? star A Melabur B Menabung C Membeli barang tahan lama D Membayar tiket penerbangan T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
19 Faktor yang manakah paling mempengaruhi peningkatan dalam perbelanjaan Puan Habibah? star A Iklan yang menarik B Harga barang menurun C Banyak barang pengganti D Pendapatan individu meningkat T4 Bab 3.3.5 Faktor yang Mempengaruhi Corak Perbelanjaan Pengguna
20 Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? star A Memperolehi keuntungan B Untuk membuat pelaburan C Membeli berdasarkan pendapatan D Untuk mengutamakan barang keperluan T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
21 Jadual 3 berkaitan dengan fungsi pengeluaran oleh sebuah firma. | Buruh (orang) | Jumlah keluaran (unit) | |---|---| | 10 | 8 000 | | 13 | 8 400 | Jadual 3 Berapakah keluaran marginal jika firma menambahkan buruh dari 10 orang ke 13 orang? star A RM133.33 B RM186.04 C RM195.34 D RM200.00 T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
22 Jadual 4 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma. | Jumlah Keluaran (unit) | Kos Berubah (RM) | |---|---| | 60 | 210 | | 70 | 260 | | 80 | 300 | Jadual 4 Jika kos tetap ialah RM300, berapakah kos purata pada keluaran ke-70 unit? star A RM3.71 B RM4.29 C RM6.00 D RM8.00 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
23 Maklumat berikut berkaitan rumus untung. Untung = (M x kuantiti) - N Apakah M dan N ? star A Jumlah hasil, Jumlah kos B Harga, Jumlah kos C Harga, Kos berubah D Jumlah hasil, Kos berubah T4 Bab 4.1.6 Konsep Hasil dan Untung
24 Kilang K-Wako yang baru telah beroperasi di Pengkalan Chepa dengan kos pembinaannya bernilai RM910 juta. Apakah faedah sosial yang terlibat? star A Berlaku kesesakan lalu lintas B Peluang pekerjaan meningkat C Perbelanjaan operasi syarikat meningkat D Kenaikan dalam perbelanjaan sara hidup T4 Bab 4.2.3 Eksternaliti
25 Bagaimanakah kerajaan mengawal selia aktiviti pengeluar dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan? I Pemberian subsidi dan pengenaan cukai II Perlaksanaan undang-undang dan peraturan III Menetapkan harga yang tinggi ke atas barang keperluan IV Menggalakkan pengeluaran barang dalam kuantiti yang banyak star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
26 Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi. Harga karipap di pasaran meningkat kesan kenaikan harga gandum sebanyak 10%. Antara berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan? star A Inflasi diimport B Inflasi bermusim C Inflasi tolakan kos D Inflasi tarikan permintaan T5 Bab 1.2.2 Inflasi
27 Pernyataan yang manakah betul tentang dasar fiskal mengembang? star A Bertujuan menurunkan kuasa beli pengguna B Boleh dilakukan dengan menaikkan kadar cukai C Bertujuan untuk meningkatkan permintaan agregat D Boleh digunakan untuk mengatasi masalah inflasi dalam Negara T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
28 Pernyataan yang manakah merupakan perbelanjaan sektor perkhidmatan sosial kerajaan? star A Membina jalan raya B Membina bangunan sekolah C Membina pusat pentadbiran kerajaan D Membina kuarters kediaman angkatan tentera T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
29 Gambar 1 berkaitan dengan satu situasi ekonomi. Gambar 1 Bagaimanakah bank pusat mengatasi situasi tersebut? star A Melonggarkan syarat sewa beli B Membeli surat jaminan kerajaan C Menurunkan kadar rizab berkanun D Menaikkan kadar faedah pinjaman T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
30 Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi? star A Penambahan syarat permohonan visa B Infrastruktur pengangkutan yang kurang cekap C Peningkatan sekatan perdagangan antarabangsa D Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
31 Pernyataan yang manakah betul berkaitan kepentingan perdagangan antarabangsa kepada sesebuah negara? star A Menggalakkan mobiliti tenaga buruh negara B Melindungi industri muda tempatan negara C Memperbaiki imbangan pembayaran negara D Mewujudkan persaingan adil antara industri dalam negara T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
32 Dasar liberalisasi perdagangan antarabangsa hanya menguntungkan satu negara sahaja kerana star A industri luar mendominasi pasaran tempatan B daya saing industri akan lebih dipertingkatkan C mengalakan permindahan teknologi antara negara D kos pengeluaran industri yang terlibat akan berkurangan T5 Bab 2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan
33 Imbangan akaun semasa cenderung menjadi defisit disebabkan oleh peningkatan star A permintaan barang import B permintaan barang eksport C inovasi produk tempatan D produktiviti dalam negara T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa
34 Maklumat berikut berkaitan kadar pertukaran asing antara Dollar Singapura dengan Ringgit Malaysia SGD1 = RM3.20 Berapakah jumlah Dollar Singapura yang diperlukan oleh Puan Nurul Faezah untuk membeli 10 pasang kasut yang berjumlah RM15 000 daripada syarikat di Singapura star A SGD4 687.50 B SGD46 875.00 C SGD48 000.00 D SGD480 000.00 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan kadar pertukaran asing antara Dollar Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia. | Tahun | Kadar Pertukaran | |---|---| | JANUARI 2021 | USD1 = RM4.1014 | | JANUARI 2022 | USD1 = RM4.2615 | Apakah kesan perubahan tersebut ke atas eksport dan import Malaysia pada Januari tahun 2022? | | Eksport | Import | |---|---|---| | A | Meningkat | Meningkat | | B | Menurun | Meningkat | | C | Menurun | Menurun | | D | Meningkat | Menurun | star A Meningkat, Meningkat B Menurun, Meningkat C Menurun, Menurun D Meningkat, Menurun T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
36 Soalan 36 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Permintaan pasaran diperolehi dengan menjumlah secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran II Keluk permintaan pasaran lebih curam berbanding keluk permintaan individu star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
37 I Wang sebagai alat penyimpan nilai membolehkan sesuatu proses pembelian barang secara ansurans dilakukan II Harga sebuah rumah yang bernilai RM1 juta merupakan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
38 I Kos purata ialah kos seunit output dalam sesebuah pengeluaran II Kos marginal ialah perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan seunit Output star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
39 I Pengangguran geseran berlaku akibat perubahan struktur ekonomi sesebuah negara. II Pengangguran geseran merupakan pengangguran yang bersifat jangka panjang dengan kadar yang melebihi 4%. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
40 I Pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing. II Bank pusat sesebuah negara akan mengunakan rizab pertukaran asing negara untuk membeli mata wang negara apabila nilainya jatuh. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat T5 Bab 2.4.1 Pertukaran Asing T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing