arrow_back

Melaka Trial 2022 Economics Kertas 1

1
Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia
2
Situasi manakah menunjukkan konsep yang betul mengenai kekurangan dan pilihan mengikut unit ekonomi?
3
Keterangan yang manakah betul tentang sumber ekonomi?
4
Gambar di bawah berkaitan dengan sumber ekonomi. Pernyataan manakah yang betul tentang gambar di atas?
5
Rajah di bawah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran. Firma dikatakan tidak dapat mengeluarkan produk pada titik M. Namun, pengeluaran masih boleh dicapai sekiranya
6
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma F & N. | Teknik | Telefon bimbit (unit) | Komputer peribadi (unit) | |---|---|---| | T | 160 | 40 | | U | 110 | 95 | Berapakah kos lepas sekiranya firma F & N menukar teknik pengeluaran dari T ke U?
7
Maklumat berikut berkaitan Syarikat AC. Syarikat AC akan mengeluarkan permainan kanak-kanak sempena musim perayaan yang akan tiba pada bulan Oktober nanti. Syarikat AC telah menambah 10 orang pekerja dalam operasi pengeluarannya memandangkan permintaan yang tinggi pada musim perayaan tersebut. Apakah masalah asas ekonomi yang masih belum diselesaikan oleh Syarikat AC?
8
Apakah persamaan ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dengan Sistem Ekonomi Campuran?
9
Maklumat berikut berkaitan penyelesaian masalah asas ekonomi di negara Q. Pengguna berkemampuan bebas memiliki barang mewah. Penduduk miskin mampu memiliki barang lebih murah, dibantu subsidi harga. Pasangan manakah yang betul berkaitan maklumat di atas?
10
Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi. Persaingan adalah secara bebas antara pengeluar untuk mencari keuntungan tanpa kawalan kerajaan. Pernyataan manakah yang benar tentang sistem ekonomi tersebut?
11
Pernyataan yang manakah betul tentang keluk permintaan individu?
12
Rajah berikut berkaitan dengan penawaran mesin rambut jenama AC. Apakah penentu yang menyebabkan peralihan keluk tersebut?
13
Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar terhadap penghawa dingin. | Bulan | Harga (RM) | Kuantiti ditawar (unit) | |---|---|---| | Januari 2017 | 1500 | 5000 | | Mac 2017 | 1500 | 8000 | Faktor manakah yang mempengaruhi keadaan tersebut?
14
Antara berikut yang manakah betul tentang permintaan pasaran?
15
Pernyataan yang manakah benar tentang penguncupan penawaran?
16
Jadual di bawah menunjukkan permintaan 3 orang individu. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | | | |---|---|---|---| | | Zaiton | Ani | Amin | | 10 | 10 | 15 | 20 | | 20 | 7 | 9 | 16 | | 30 | 5 | 4 | 12 | Pada tingkat harga RM 20, berapakah permintaan pasaran?
17
Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta suatu barang. | Peratus Perubahan Harga | Peratus Perubahan Kuantiti Diminta | |---|---| | 20% | 15% | Manakah pernyataan yang betul berkaitan jadual di atas?
18
Seseorang pengeluar akan menggunakan strategi peningkatan harga barang jika
19
Urusniaga kredit tidak dapat berkembang jika wang gagal memainkan peranan sebagai alat
20
Syarikat Raha mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Hal ini menjadi kesukaran kepada Encik Raha untuk membayar gaji pekerja tepat pada masanya. Apakah kemudahan yang boleh membantu Encik Raha menyelesaikan masalah tersebut?
21
Situasi yang manakah menunjukkan seseorang memperoleh bayaran pindahan?
22
Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis kemudahan simpanan di bank perdagangan. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kemudahan simpanan di atas? I. Dikenakan caj perkhidmatan II. Wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati III. Tidak boleh menggunakan cek IV. Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan overdraf
23
Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran. | Keluaran (unit) | Jumlah kos (RM) | |---|---| | 0 | 280 | | 2 000 | 360 | | 4 000 | 480 | | 6 000 | 770 | Berapakah kos tetap pada tingkat keluaran 6000 unit?
24
Maklumat yang berikut menunjukkan kos bagi firma Teratai. | Kos tetap | = RM 1350 | | Kos berubah | = RM 850 | | Kos purata | = RM 2.20 | Berapakah jumlah output firma tersebut?
25
Antara berikut, yang manakah menunjukkan peningkatan produktiviti? | | Input | Output | |---|---|---| | A | Tambah 5% | Kurang 10% | | B | Kurang 10% | Kurang 15% | | C | Tetap | Kurang 10% | | D | Tetap | Tambah 15% |
26
Mengapakah pihak kerajaan menyediakan kemudahan asas di desa?
27
Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran. Permintaan buruh bagi sesetengah sektor ekonomi mengalami kemerosotan. Pernyataan yang manakah menggambarkan sebab berlakunya masalah tersebut?
28
Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi. Harga input yang digunakan dalam proses pengeluaran produk donut frozen meningkat sebanyak 8% menyebabkan harga donut frozen di pasaran juga meningkat sebanyak 12%. Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?
29
Dasar fiskal mengembang digunakan oleh kerajaan untuk
30
Manakah yang merujuk kepada perbelanjaan perkhidmatan ekonomi?
31
Syarikat multinasional merujuk kepada
32
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kesan pelaksanaan kuota terhadap perdagangan antarabangsa?
33
Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia?
34
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Singapura (SGD). RM 1.00 = SGD 0.40 Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia jika seorang pelajar membeli sebuah buku berharga SGD 120 melalui sebuah portal atas talian?
35
I Buruh digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan II Buruh mendapat ganjaran untung
36
I Pemegang akaun simpanan diberi kemudahan cek II Cek adalah wang yang digunakan untuk pembayaran dalam urus niaga atas arahan dari pihak bank
37
I Hukum permintaan menyatakan apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan meningkat II Hukum permintaan digambarkan oleh keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
38
I Permintaan anjal merujuk nilai keanjalan harga permintaan adalah lebih dari 1 II Keanjalan harga permintaan sama dengan 2.0, ia merupakan barang mewah
39
I Kouta merujuk kepada perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu II Contoh kouta ialah kerajaan Malaysia mengenakan had maksimum bagi barangan berasaskan hasil tenusu daripada New Zealand
40
I Cukai tidak langsung merupakan cukai yang bebannya boleh dipindah kepada orang lain II Duti import merupakan cukai tidak langsung
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.