arrow_back

Johor Trial 2022 Economics Kertas 1 · Johor Bahru

1
Gambar 1 menunjukkan satu faktor pengeluaran dalam projek pembinaan. Gambar 1 Mengapakah faktor pengeluaran di atas menerima ganjaran upah?
2
Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi. > Amira terpaksa membuat satu pembelian sahaja akibat tidak > berkemampuan untuk membeli baju kurung dan baju kebaya. Tindakan tersebut menyebabkan beliau......
3
Jadual di bawah berkaitan dengan pengeluaran oleh sebuah syarikat. | Teknik Pengeluaran | Kicap (unit) | Cuka (unit) | |---|---|---| | R | 200 | 800 | | S | 500 | 600 | | T | 800 | 200 | Berapakah kos lepas jika syarikat tersebut mengubah teknik pengeluaran S kepada T?
4
Masalah asas ekonomi 'berapa yang hendak dikeluarkan' diselesaikan oleh ekonomi Islam melalui
5
Mengapakah sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat?
6
Pilih pasangan yang benar tentang cara penyelesaian masalah asas ekonomi oleh dua sistem ekonomi. | Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi | Sistem Ekonomi Sosialis | Sistem Ekonomi Campuran | |---|---|---| | A Apa yang hendak dikeluarkan | Ditentukan oleh kerajaan | Ditentukan oleh pengguna | | B Berapa yang hendak dikeluarkan | Ditentukan oleh kerajaan | Ditentukan oleh kuasa beli dan campur tangan kerajaan | | C Bagaimana hendak dikeluarkan | Intensif buruh untuk memaksimumkan keuntungan | Intensif modal untuk memaksimumkan kebajikan | | D Untuk siapa dikeluarkan | Untuk semua rakyat | Mengikut corak agihan pendapatan |
7
Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pakej pelancongan ke luar negara? I Kejatuhan pendapatan individu II Ketibaan cuti persekolahan III Penurunan kadar cukai pendapatan individu IV Tambang penerbangan dijangka akan menurun pada masa depan
8
Maklumat berikut berkenaan dengan permintaan buah durian pada bulan tertentu. Pada harga RM2 sekilogram, permintaan bagi buah durian ialah 50 kilogram. Apabila harga buah durian meningkat kepada RM4 sekilogram, permintaan buah durian berkurang sebanyak 15 kilogram. Manakala ketika harga buah durian turun kepada RM1 sekilogram, permintaan buah durian bertambah sebanyak 10 kilogram. Antara jadual berikut yang manakah betul bagi menggambarkan keadaan permintaan durian pada bulan tersebut? | | Harga (RM) | Kuantiti (kg) | |---|---|---| | A | 4 | 50 | | | 2 | 15 | | | 1 | 10 | | B | 4 | 80 | | | 2 | 50 | | | 1 | 35 | | C | 4 | 35 | | | 2 | 50 | | | 1 | 60 | | D | 4 | 15 | | | 2 | 50 | | | 1 | 80 |
9
Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan. Apakah akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S_0S_0 ke S_1S_1?
10
Jadual menunjukkan harga dan kuantiti diminta sesuatu barang di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (kg) | |---|---| | 6 | 30 | | 12 | 10 | Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM6 ke RM12?
11
Penawaran suatu barang cenderung menjadi anjal jika......
12
Maklumat berikut menerangkan tentang peranan bank pusat. - Memberi pendahuluan sementara - Memberi nasihat pelaburan - Mengurus pertukaran asing Apakah fungsi bank pusat berdasarkan maklumat tersebut?
13
Logo di bawah menunjukkan satu institusi kewangan yang berdaftar di Malaysia. Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut sebagai penerima deposit akaun simpanan? I Menyimpan jumlah minimum yang rendah II Faedah yang diberikan lebih rendah III Boleh mengeluarkan wang simpanan bila-bila masa IV pendeposit diberikan buku cek
14
Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilihan pekerjaan individu. Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menarik minat Encik Amir untuk memohon jawatan tersebut? I Upah wang II Kelayakan akademik III Faedah sampingan IV Waktu bekerja
15
Gambar yang berikut berkaitan dengan iklan pekerjaan. Manakah yang bukan faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut?
16
Antara yang berikut, yang manakah merupakan pasangan yang tepat? | Keperluan | Kehendak | |---|---| | A Harga barang biasanya dikawal oleh kerajaan | Harga barang kehendak ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran | | B Barang keperluan mempunyai banyak pilihan | Barang kehendak adalah terhad kepada beberapa jenis barang sahaja | | C Barang keperluan adalah penting untuk mencapai kehidupan yang selesa dan mewah | Barang kehendak bertujuan untuk mencapai keselesaan hidup yang minimum | | D Dipengaruhi oleh tingkat pendapatan individu | Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan individu |
17
Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga?
18
Berdasarkan jadual di bawah, pilih risiko pulangan yang tepat berkaitan pelaburan.... | A | Hartanah | Memperolehi pulangan dalam bentuk sewa | |---|----------|---------------------------------------| | B | Saham | Memperolehi faedah dari kerajaan | | C | Sekuriti pinjaman | Memperolehi aset tetap | | D | Unit amanah | Memperolehi gaji dan upah |
19
Tujuan pengeluaran adalah untuk
20
Bagaimanakah hukum pulangan berkurangan berlaku dalam pengeluaran firma.
21
Maklumat berikut berkaitan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Apakah kesan daripada bantuan tersebut? I meningkatkan perbelanjaan kerajaan II menyebabkan individu malas bekerja III dapat membeli barang-barang keperluan IV meringankan beban kewangan masyarakat
22
Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan kerajaan mengawal eksternaliti negatif?
23
Apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 0.58% kepada 2.5%? I Peluang pekerjaan menurun II Kuasa beli masyarakat meningkat III Pendapatan benar masyarakat menurun IV Nilai wang yang dipegang oleh isi rumah merosot
24
Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?
25
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai tak langsung?
26
Apakah kesan jika kerajaan mewujudkan belanjawan defisit?
27
Apakah kesan pelaksanaan belanjawan defisit oleh kerajaan terhadap kegiatan ekonomi negara?
28
Situasi berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi. > 60,000 pekerja telah diberhentikan pada tahun 2020 Antara yang berikut, Tindakan alat dasar kewangan yang manakah dapat mengatasi keadaan tersebut? I Menurunkan kadar cukai II Melonggarkan syarat sewa beli III Memanjangkan tempoh bayaran balik IV Mengurangkan jumlah perbelanjaan kerajaan
29
Antara berikut, manakah yang merupakan tindakan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan globalisasi? I Mengadakan perjanjian dua hala antara Malaysia dengan China II Memulaukan barang yang diimport dari negara asing III Membatalkan pemberian visa kepada pelancong dari Korea Utara IV Mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)
30
Pernyataan manakah yang menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa terhadap peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar?
31
Penyataan dalam bentuk berkaitan dengan salah satu sekatan perdagangan antarabangsa. > Sekatan dalam bentuk undang-undang dan > peratuaran di sebuah negara. Apakah sekatan perdagangan antarabangsa dalam pernyataan di atas?
32
Jadual menunjukkan nilai eksport barang nampak dan nilai import nampak bagi negara X. Apakah yang boleh ditafsirkan daripada pengiraan nilai di bawah. | Eksport | Import | |---|---| | RM1 550 juta | RM1 150 juta |
33
Apakah kesan lebihan akaun semasa terhadap ekonomi di sebuah negara?
34
Maklumat yang berikut berkaitan dengan urus niaga pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan baht Thailand. | Unit | Harga belian ( RM ) | Harga jualan(RM) | |---|---|---| | 100 | 3.6559 | 3.6597 | Firma KOKO dari Malaysia membeli sebuah jentera kilang yang berharga RM90,000 dari Thailand. Berapakah jumlah baht Thailand diperlukan untuk pembayaran tersebut?
35
Maklumat di bawah berkaitan kadar pertukaran asing. | Tarikh | Kadar Pertukaran | |---|---| | 1.1.2020 | US$1 = RM3.80 | | 1.5.2020 | US$1 = RM3.30 | Berdasarkan jadual di bawah, apakah kesan perubahan kadar pertukaran asing ke atas import dan eksport Malaysia?
36
Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Barang mewah adalah permintaan tak anjal. II Barang yang banyak pengganti adalah permintaan tak anjal.
37
I Overdraf adalah kemudahan pinjaman yang diberi kepada pemegang akaun simpanan tetap. II Kemudahan overdraf membolehkan pelanggan mengeluarkan wang melebihi baki dalam akaun setakat had yang diluluskan oleh bank.
38
I Individu boleh memilih untuk menyimpan dalam akaun semasa, akaun tabungan atau akaun simpanan tetap di bank perdagangan, II Pemegang unit amanah dibayar dividen dan bonus saham.
39
I KDNK ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun II KDNK dihitung melalui pendekatan perbelanjaan dan pendekatan keluaran
40
I Cukai langsung merupakan sejenis cukai yang cukainya boleh dipindahkan kepada orang lain II Levi pekerja asing merupakan contoh cukai langsung
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.