arrow_back

Kelantan Trial 2022 Ekonomi Kertas 1 · MPSM

1
Pernyataan yang manakah betul berkaitan konsep kekurangan?
2
Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Azuan. Encik Azuan mengusahakan sebuah kilang keropok. Beliau mempunyai seramai 40 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal utama kepada pasar raya besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan Encik Azuan? I Pekerja II Keropok III Pasar raya besar IV Bangunan kilang
3
Jadual 1 menunjukkan kemungkinan pengeluaran kilang Hadi. | Kombinasi Pengeluaran | Kicap (botol) | Budu (botol) | |---|---|---| | A | 0 | 1000 | | B | 200 | 850 | | C | 600 | 550 | | D | 750 | 0 | Jadual 1 Jika kombinasi pengeluaran berubah daripada B kepada C, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 600 helai kicap?
4
Rajah 1 menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran untuk seluar dan kemeja. Rajah 1 Titik pengeluaran yang manakah dapat dicapai jika berlaku perubahan teknologi dan faktor pengeluaran?
5
Bagaimanakah Amerika Syarikat menyelesaikan masalah asas ekonomi? I Jenis barang ditentukan oleh kuasa pasaran II Agihan barang ditetapkan oleh badan perancangan pusat III Kaedah pengeluaran dipilih berdasarkan kos pengeluran yang paling maksimum IV Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kuasa pengguna dan pengeluar
6
Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu permintaan. Kerajaan telah meluluskan Bantuan Khas Tahun 2020 sebanyak RM500 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi menghargai khidmat bakti penjawat awam. Rajah yang manakah menunjukkan kesan peristiwa di atas terhadap permintaan barangan?
7
Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran. Rajah 2 Antara berikut, yang manakah merujuk kepada keluk penawaran di atas? I Dipengaruhi oleh faktor harga II Mempunyai hubungan songsang III Keluk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan IV Kuantiti meningkat disebabkan oleh peningkatan harga
8
Rajah 3 menunjukkan keluk penawaran firma dan pasaran. Rajah 3 Berapakah jumlah penawaran pasaran berdasarkan rajah diatas?
9
Rajah 4 menunjukkan keluk penawaran kelapa sawit. Rajah 4 Faktor manakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih dari S0S0 ke S1S1?
10
Jadual 2 menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaan suatu barang. | Harga (RM) | Permintaan (unit) | Penawaran (unit) | |---|---|---| | 8 | 60 | 25 | | 10 | 50 | 35 | | 12 | 40 | 40 | | 14 | 30 | 55 | | 16 | 20 | 70 | Jadual 2 Apakah yang berlaku pada tingkat harga RM10?
11
Antara berikut yang manakah mungkin menyebabkan pergerakkan di atas keluk permintaan kereta?
12
Keanjalan harga permintaan barang X ialah 1.5, Jika harga meningkat 16%, kuantiti kuantiti diminta akan berkurang daripada 100 unit kepada
13
Antara berikut yang manakah mengurangkan permintaan ikan?
14
Keanjalan penawaran bagi mentega ialah 3. Kenaikan harga barang tersebut bertambah daripada RM10 kepada RM12 mengubah jumlah penawaran mentega daripada 1000 unit kepada
15
Apakah fungsi bank pusat?
16
Puan Asmah telah membeli kereta MyVi dengan bayaran ansuran sebanyak RM520 sebulan. Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang boleh digunakan oleh Pn Asmah untuk membuat bayaran kereta tersebut?
17
Encik Ali seorang peniaga pasar malam dan beliau juga menerima kiriman wang dari anaknya RM500 setiap bulan. Apakah jenis pendapatan Encik Ali?
18
Maklumat berkaitan pendapatan boleh guna. Pendapatan boleh guna = Perbelanjaan Penggunaan + Z Antara berikut yang manakah Z?
19
Faktor yang manakah paling mempengaruhi peningkatan dalam perbelanjaan Puan Habibah?
20
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi?
21
Jadual 3 berkaitan dengan fungsi pengeluaran oleh sebuah firma. | Buruh (orang) | Jumlah keluaran (unit) | |---|---| | 10 | 8 000 | | 13 | 8 400 | Jadual 3 Berapakah keluaran marginal jika firma menambahkan buruh dari 10 orang ke 13 orang?
22
Jadual 4 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma. | Jumlah Keluaran (unit) | Kos Berubah (RM) | |---|---| | 60 | 210 | | 70 | 260 | | 80 | 300 | Jadual 4 Jika kos tetap ialah RM300, berapakah kos purata pada keluaran ke-70 unit?
23
Maklumat berikut berkaitan rumus untung. Untung = (M x kuantiti) - N Apakah M dan N ?
24
Kilang K-Wako yang baru telah beroperasi di Pengkalan Chepa dengan kos pembinaannya bernilai RM910 juta. Apakah faedah sosial yang terlibat?
25
Bagaimanakah kerajaan mengawal selia aktiviti pengeluar dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan? I Pemberian subsidi dan pengenaan cukai II Perlaksanaan undang-undang dan peraturan III Menetapkan harga yang tinggi ke atas barang keperluan IV Menggalakkan pengeluaran barang dalam kuantiti yang banyak
26
Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi. Harga karipap di pasaran meningkat kesan kenaikan harga gandum sebanyak 10%. Antara berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?
27
Pernyataan yang manakah betul tentang dasar fiskal mengembang?
28
Pernyataan yang manakah merupakan perbelanjaan sektor perkhidmatan sosial kerajaan?
29
Gambar 1 berkaitan dengan satu situasi ekonomi. Gambar 1 Bagaimanakah bank pusat mengatasi situasi tersebut?
30
Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi?
31
Pernyataan yang manakah betul berkaitan kepentingan perdagangan antarabangsa kepada sesebuah negara?
32
Dasar liberalisasi perdagangan antarabangsa hanya menguntungkan satu negara sahaja kerana
33
Imbangan akaun semasa cenderung menjadi defisit disebabkan oleh peningkatan
34
Maklumat berikut berkaitan kadar pertukaran asing antara Dollar Singapura dengan Ringgit Malaysia SGD1 = RM3.20 Berapakah jumlah Dollar Singapura yang diperlukan oleh Puan Nurul Faezah untuk membeli 10 pasang kasut yang berjumlah RM15 000 daripada syarikat di Singapura
35
Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan kadar pertukaran asing antara Dollar Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia. | Tahun | Kadar Pertukaran | |---|---| | JANUARI 2021 | USD1 = RM4.1014 | | JANUARI 2022 | USD1 = RM4.2615 | Apakah kesan perubahan tersebut ke atas eksport dan import Malaysia pada Januari tahun 2022? | | Eksport | Import | |---|---|---| | A | Meningkat | Meningkat | | B | Menurun | Meningkat | | C | Menurun | Menurun | | D | Meningkat | Menurun |
36
Soalan 36 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Permintaan pasaran diperolehi dengan menjumlah secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran II Keluk permintaan pasaran lebih curam berbanding keluk permintaan individu
37
I Wang sebagai alat penyimpan nilai membolehkan sesuatu proses pembelian barang secara ansurans dilakukan II Harga sebuah rumah yang bernilai RM1 juta merupakan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai.
38
I Kos purata ialah kos seunit output dalam sesebuah pengeluaran II Kos marginal ialah perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan seunit Output
39
I Pengangguran geseran berlaku akibat perubahan struktur ekonomi sesebuah negara. II Pengangguran geseran merupakan pengangguran yang bersifat jangka panjang dengan kadar yang melebihi 4%.
40
I Pertukaran asing merujuk kepada harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing. II Bank pusat sesebuah negara akan mengunakan rizab pertukaran asing negara untuk membeli mata wang negara apabila nilainya jatuh.
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.