1 Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia star A Menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan masa depan B Menyeimbangkan pelbagai kehendak dengan sumber ekonomi yang ada C Mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin D Menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara maksimum T4 Bab 1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi
2 Situasi manakah menunjukkan konsep yang betul mengenai kekurangan dan pilihan mengikut unit ekonomi? star A Ahmad tidak berupaya untuk melaksanakan kerja sampingan lain memandangkan telah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Tinggi Bangi B Manina seorang pengusaha kuih tradisional terpaksa menangguhkan pengeluaran cakar ayam dan menumpukan pengeluaran kuih bakar kerana kekurangan pekerja C Kementerian Pendidikan membuat keputusan untuk menangguhkan pembelajaran bersemuka bagi melindungi kebajikan pelajar dari ancaman Covid-19 D Universiti Petaling Jaya meningkatkan yuran pengajian pelajar bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat kesan daripada peningkatan kos sara hidup semasa T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
3 Keterangan yang manakah betul tentang sumber ekonomi? star A Individu yang menggabungkan input pengeluaran bagi menghasilkan sejumlah output B Manusia yang membekalkan faktor pengeluaran dalam aktiviti pengeluaran C Pemilik menerima pulangan faedah atas kesanggupan menanggung risiko D Sumber penawaran terhad yang terlibat dalam proses pengeluaran barangan T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
4 Gambar di bawah berkaitan dengan sumber ekonomi. Pernyataan manakah yang betul tentang gambar di atas? star A Mempunyai mobiliti geografi yang rendah B Kreatif dan berani menghadapi risiko C Menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran D Sumber ekonomi yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
5 Rajah di bawah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran. Firma dikatakan tidak dapat mengeluarkan produk pada titik M. Namun, pengeluaran masih boleh dicapai sekiranya star A Firma memaksimumkan guna tenaga penuh B Firma hanya mengeluarkan satu jenis barang sahaja C Firma memberi hadiah kepada pekerja yang paling produktif D Firma membawa masuk lebih banyak mesin dan teknologi baharu T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
6 Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma F & N. | Teknik | Telefon bimbit (unit) | Komputer peribadi (unit) | |---|---|---| | T | 160 | 40 | | U | 110 | 95 | Berapakah kos lepas sekiranya firma F & N menukar teknik pengeluaran dari T ke U? star A 50 unit telefon bimbit B 16 unit telefon bimbit C 40 unit komputer riba D 55 unit komputer riba T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
7 Maklumat berikut berkaitan Syarikat AC. Syarikat AC akan mengeluarkan permainan kanak-kanak sempena musim perayaan yang akan tiba pada bulan Oktober nanti. Syarikat AC telah menambah 10 orang pekerja dalam operasi pengeluarannya memandangkan permintaan yang tinggi pada musim perayaan tersebut. Apakah masalah asas ekonomi yang masih belum diselesaikan oleh Syarikat AC? star A Apa yang hendak dikeluarkan B Bagaimana hendak dikeluarkan C Untuk siapa dikeluarkan D Berapa yang hendak dikeluarkan T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
8 Apakah persamaan ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dengan Sistem Ekonomi Campuran? star A Mengutamakan kebajikan masyarakat B Wujud persaingan yang sihat antara pengeluar C Sumber ekonomi dimiliki oleh semua masyarakat D Tingkat harga barang dan perkhidmatan ditentukan oleh mekanisme harga T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
9 Maklumat berikut berkaitan penyelesaian masalah asas ekonomi di negara Q. Pengguna berkemampuan bebas memiliki barang mewah. Penduduk miskin mampu memiliki barang lebih murah, dibantu subsidi harga. Pasangan manakah yang betul berkaitan maklumat di atas? star A Apa yang hendak dikeluarkan B Berapa yang hendak dikeluarkan C Bagaimana hendak dikeluarkan D Untuk siapa dikeluarkan T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
10 Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi. Persaingan adalah secara bebas antara pengeluar untuk mencari keuntungan tanpa kawalan kerajaan. Pernyataan manakah yang benar tentang sistem ekonomi tersebut? star A Harga barangan ditetapkan oleh badan perancangan pusat B Keputusan ekonomi selaras dengan hukum syarak C Pilihan individu terhadap barang dan perkhidmatan adalah terhad D Individu bebas memilih pekerjaan dan memiliki kekayaan T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
11 Pernyataan yang manakah betul tentang keluk permintaan individu? star A Kecerunan lebih curam daripada keluk permintaan pasaran B Menunjukkan keluk yang mencerun ke bawah dari kanan ke kiri C Penurunan harga barang itu menyebabkan keluk beralih ke kanan D Hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah secara positif T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
12 Rajah berikut berkaitan dengan penawaran mesin rambut jenama AC. Apakah penentu yang menyebabkan peralihan keluk tersebut? star A Peningkatan teknologi moden B Peningkatan pendapatan pengguna C Peningkatan harga faktor pengeluaran D Peningkatan citarasa pengguna terhadap mesin rambut jenama AC T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
13 Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar terhadap penghawa dingin. | Bulan | Harga (RM) | Kuantiti ditawar (unit) | |---|---|---| | Januari 2017 | 1500 | 5000 | | Mac 2017 | 1500 | 8000 | Faktor manakah yang mempengaruhi keadaan tersebut? star A Pengguna semakin suka menggunakan alat tersebut B Kerajaan memberi Bantuan Khas kepada penjawat awam C Berlaku fenomena El Nino di dalam negara D Penggunaan buruh mahir yang ramai T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran
14 Antara berikut yang manakah betul tentang permintaan pasaran? star A Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta lebih dari seorang pengguna dalam pasaran B Bentuk keluk permintaan pasaran lebih curam daripada keluk permintaan individu dalam pasaran C Mempunyai hubungan langsung antara harga dan kuantiti diminta dalam pasaran D Perubahan kuantiti diminta individu tidak memberi kesan kepada kuantiti permintaan pasaran T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
15 Pernyataan yang manakah benar tentang penguncupan penawaran? star A Harga barang tersebut menurun B Penghapusan subsidi pengeluaran C Peningkatan dalam kos bahan mentah D Harga dijangka menurun pada masa hadapan T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan
16 Jadual di bawah menunjukkan permintaan 3 orang individu. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (unit) | | | |---|---|---|---| | | Zaiton | Ani | Amin | | 10 | 10 | 15 | 20 | | 20 | 7 | 9 | 16 | | 30 | 5 | 4 | 12 | Pada tingkat harga RM 20, berapakah permintaan pasaran? star A 45 unit B 32 unit C 21 unit D 28 unit T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
17 Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta suatu barang. | Peratus Perubahan Harga | Peratus Perubahan Kuantiti Diminta | |---|---| | 20% | 15% | Manakah pernyataan yang betul berkaitan jadual di atas? star A Jenis keanjalan permintaan barang adalah anjal B Ketahanan barang tersebut bersifat tahan lama C Bentuk keluk permintaan barang adalah curam D Nilai pekali keanjalan permintaan barang adalah 1.33 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
18 Seseorang pengeluar akan menggunakan strategi peningkatan harga barang jika star A Tidak mempunyai banyak barang pengganti B Darjah ketagihan barang adalah rendah C Nisbah pendapatan yang dibelanjakan adalah besar D Jenis barang yang dikeluarkan adalah barang mewah T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
19 Urusniaga kredit tidak dapat berkembang jika wang gagal memainkan peranan sebagai alat star A pengukur nilai B penyimpan nilai C bayaran tertunda D perantaraan pertukaran T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
20 Syarikat Raha mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Hal ini menjadi kesukaran kepada Encik Raha untuk membayar gaji pekerja tepat pada masanya. Apakah kemudahan yang boleh membantu Encik Raha menyelesaikan masalah tersebut? star A Draf bank B Perintah sedia ada C Debit langsung D Pindahan kredit T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
21 Situasi yang manakah menunjukkan seseorang memperoleh bayaran pindahan? star A Aini mengambil bayaran untuk menyiapkan tempahan menjahit pakaian B Karim memperoleh aliran tunai masuk kerana mencarum KWSP setiap bulan C Zubaidah mendapat penerimaan wang kerana membenarkan sebahagian lot kedainya digunakan sebagai stor simpanan D Sirma menerima pampasan dari pihak PERKESO kerana terlibat kemalangan semasa bekerja T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
22 Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis kemudahan simpanan di bank perdagangan. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kemudahan simpanan di atas? I. Dikenakan caj perkhidmatan II. Wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati III. Tidak boleh menggunakan cek IV. Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan overdraf star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
23 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran. | Keluaran (unit) | Jumlah kos (RM) | |---|---| | 0 | 280 | | 2 000 | 360 | | 4 000 | 480 | | 6 000 | 770 | Berapakah kos tetap pada tingkat keluaran 6000 unit? star A RM 280 B RM 290 C RM 360 D RM 490 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
24 Maklumat yang berikut menunjukkan kos bagi firma Teratai. | Kos tetap | = RM 1350 | | Kos berubah | = RM 850 | | Kos purata | = RM 2.20 | Berapakah jumlah output firma tersebut? star A 2 200 unit B 1 000 unit C 613 unit D 386 unit T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
25 Antara berikut, yang manakah menunjukkan peningkatan produktiviti? | | Input | Output | |---|---|---| | A | Tambah 5% | Kurang 10% | | B | Kurang 10% | Kurang 15% | | C | Tetap | Kurang 10% | | D | Tetap | Tambah 15% | star A Tambah 5% B Kurang 10% C Kurang 5% D Tetap T4 Bab 4.2.1 Konsep Produktiviti
26 Mengapakah pihak kerajaan menyediakan kemudahan asas di desa? star A Meningkatkan taraf hidup B Meningkatkan kadar upah C Meningkatkan pendapatan negara D Meningkatkan peluang pekerjaan T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
27 Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran. Permintaan buruh bagi sesetengah sektor ekonomi mengalami kemerosotan. Pernyataan yang manakah menggambarkan sebab berlakunya masalah tersebut? star A Peningkatan dalam gaji pekerja B Isi rumah membuat kerja sambilan C Terlalu bergantung kepada bidang pertanian D Menggantikan penggunaan buruh kepada mesin dalam pengeluaran T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
28 Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi. Harga input yang digunakan dalam proses pengeluaran produk donut frozen meningkat sebanyak 8% menyebabkan harga donut frozen di pasaran juga meningkat sebanyak 12%. Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan? star A Inflasi bermusim B Inflasi diimport C Inflasi tolakan kos D Inflasi tarikan permintaan T5 Bab 1.2.2 Inflasi
29 Dasar fiskal mengembang digunakan oleh kerajaan untuk star A Mengurangkan masalah inflasi B Mengurangkan permintaan agregat C Menambahkan peluang pekerjaan D Menambahkan permintaan wang T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
30 Manakah yang merujuk kepada perbelanjaan perkhidmatan ekonomi? star A Membina kuarters kediaman kesihatan B Membina pusat pelabuhan kapal C Membina pusat kegiatan guru D Membina ibu pejabat polis T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
31 Syarikat multinasional merujuk kepada star A Firma yang terlibat dengan pelbagai aktiviti pengeluaran B Firma yang menggunakan pekerja daripada pelbagai negara C Firma yang beroperasi di beberapa buah negara pada masa yang sama D Firma yang mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa T5 Bab 2.1.2 Syarikat Multinasional
32 Antara berikut, yang manakah menunjukkan kesan pelaksanaan kuota terhadap perdagangan antarabangsa? star A A Figure B B Figure C C Figure D D Figure T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
33 Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia? star A Atlet negara menyertai Temasya Sukan Sea di Indonesia B Pekerja Malaysia di Australia mengirim wang ke Malaysia C Firma Malaysia membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia D Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
34 Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Singapura (SGD). RM 1.00 = SGD 0.40 Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia jika seorang pelajar membeli sebuah buku berharga SGD 120 melalui sebuah portal atas talian? star A RM 200 B RM 255 C RM 265 D RM 300 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 I Buruh digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan II Buruh mendapat ganjaran untung star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
36 I Pemegang akaun simpanan diberi kemudahan cek II Cek adalah wang yang digunakan untuk pembayaran dalam urus niaga atas arahan dari pihak bank star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
37 I Hukum permintaan menyatakan apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan meningkat II Hukum permintaan digambarkan oleh keluk permintaan yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.1.1 Hukum Permintaan T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
38 I Permintaan anjal merujuk nilai keanjalan harga permintaan adalah lebih dari 1 II Keanjalan harga permintaan sama dengan 2.0, ia merupakan barang mewah star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
39 I Kouta merujuk kepada perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu II Contoh kouta ialah kerajaan Malaysia mengenakan had maksimum bagi barangan berasaskan hasil tenusu daripada New Zealand star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
40 I Cukai tidak langsung merupakan cukai yang bebannya boleh dipindah kepada orang lain II Duti import merupakan cukai tidak langsung star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan