1 Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia star A Menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan masa depan B Menyeimbangkan pelbagai kehendak dengan sumber ekonomi yang ada C Mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin D Menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara maksimum T4 Bab 1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi
2 Maklumat berikut menunjukkan pilihan teknik pengeluaran Syarikat X. | Keluaran (unit) | Intensif Buruh | Intensif Modal | |---|---|---| | Baju | 100 | 60 | | Seluar | 60 | 100 | Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat X sekiranya teknik intensif modal digunakan? star A 40 unit baju B 60 unit baju C 100 unit seluar D 160 unit seluar T4 Bab 1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas
3 Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi sebuah firma. - Mengeluarkan barang dengan cara memaksimumkan keuntungan - Bergantung kepada corak agihan pendapatan Apakah masalah asas ekonomi yang dapat diselesaikan oleh firma tersebut? I Apa yang hendak dikeluarkan II Berapa yang hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
4 Mengapakah sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat? star A Sumber diagihkan secara adil B Keseimbangan agihan pendapatan C Pengeluaran barangan berskala besar D Kecekapan dalam penggunaan sumber T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
5 Pernyataan manakah yang betul tentang permintaan berkesan? star A Kehendak yang tidak terhad B Minat terhadap sesuatu barangan C Keperluan yang perlu dipenuhi D Kemampuan memiliki barang T4 Bab 2.1.1 Hukum Permintaan
6 Rajah 1 di bawah menunjukkan keluk permintaan bedak jenama Sufiah. Rajah 1 Apakah yang akan berlaku ke atas titik-titik pada keluk permintaan jika kerajaan menurunkan cukai pendapatan individu. star A Titik F beralih ke titik G B Titik F beralih ke titik E C Titik G beralih ke titik E D Titik G beralih ke titik H T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
7 Jadual 1 di bawah menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran pasaran bagi suatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti Permintaan (unit) | Kuantiti Penawaran (unit) | |---|---|---| | 1.20 | 12 | 6 | | 1.50 | 9 | 9 | | 1.70 | 6 | 12 | | 2.00 | 3 | 15 | Jadual 1 Pernyataan manakah yang betul tentang makluman dalam jadual di atas? star A Harga cenderung naik pada tingkat harga RM1.20 B Keseimbangan dicapai pada tingkat harga RM1.70 C Harga cenderung turun pada tingkat harga RM1.50 D Berlaku lebihan permintaan pada tingkat harga RM 2.00 T4 Bab 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
8 Jadual 2 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti bagi penawaran barang A dan barang B. | Barang | Peratus perubahan harga | Peratus perubahan kuantiti | |---|---|---| | A | 50 | 35 | | B | 40 | 60 | Jadual 2 Maklumat manakah yang betul tentang barang A dan barang B? star A Peratus perubahan kuantiti lebih kecil daripada peratus perubahan harga bagi barang B B Pekali keanjalan barang A ialah kurang daripada 1 C Jenis keanjalan barang B ialah tak anjal D Keluk penawaran barang A lebih landai T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
9 Apabila harga sesuatu barang meningkat sebanyak 40%, kuantiti barang yang ditawarkan akan bertambah dari 5 unit ke 10 unit. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran barang tersebut? star A 0.4 B 0.8 C 1.25 D 2.50 T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran
10 Pilih penentu yang menyebabkan sesuatu barang mempunyai keanjalan harga penawaran yang tidak anjal. star A Bilangan firma dalam pasaran adalah banyak B Faktor pengeluaran mudah diperoleh dan ditambah C Penawaran barang berlaku dalam jangka masa panjang D Penawaran barang melibatkan pertambahan kos pengeluaran yang sangat besar T4 Bab 2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran
11 Rajah 2 menunjukkan perubahan penawaran akibat pemberian subsidi oleh pihak kerajaan. Rajah 2 Berapakah jumlah subsidi yang dinikmati oleh pihak pengeluar? star A P1P0LE1 B P1JKE1 C P0JKL D P1P0E0E1 T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran T4 Bab 2.2.9 Kepentingan Keanjalan Harga
12 Gambar 1 di bawah berkaitan dengan fungsi wang. Gambar 1 Apakah fungsi wang berdasarkan maklumat di atas? star A Alat simpanan nilai dan alat bayaran tertunda B Alat ukuran nilai dan alat perantaraan pertukaran C Alat simpanan nilai dan alat perantaraan pertukaran D Alat ukuran nilai dan alat bayaran tertunda T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
13 Padanan yang manakah benar tentang kaedah pembayaran oleh bank perdagangan. | | Debit Langsung | Pindahan Kredit | |---|---|---| | A | Pelanggan boleh mengarah bank membuat bayaran yang tidak tetap jumlahnya | Pembayaran gaji dan elaun pekerja oleh majikan | | B | Pelanggan mengarah bank untuk membayar ansuran kereta | Pelanggan membuat bayaran gaji pekerja secara tunai | | C | Bank menyediakan kemudahan kepada pelanggan mengeluarkan wang lebih daripada baki simpanan | Pemegang akaun semasa mengarah bank membuat bayaran yang tetap dan berulang pada tarikh yang ditetapkan | | D | Bayaran bulanan yang tetap | Merupakan cek yang dikeluarkan oleh bank | star A A B B C C D D T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
14 Maklumat di bawah berkaitan dengan penggunaan pendapatan boleh guna. - Perbelanjaan penggunaan - X Apakah X? star A Perkhidmatan B Barang tahan lama C Keperluan dan kehendak D Tabungan T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
15 Apakah faktor yang menyebabkan firma membayar gaji yang rendah kepada pekerjanya? I Mempunyai kemahiran khusus II Tiada kelayakan dan pengalaman III Negara mengalami kegawatan ekonomi IV Jawatan yang ditawarkan berisiko tinggi star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.5 Kaitan antara Pelbagai Kerjaya dengan Matlamat Pendapatan Peribadi
16 Pernyataan di bawah menunjukkan kaedah pembayaran. > Berbelanja secara tunai lebih baik daripada berbelanja secara kredit Apakah kelebihan pernyataan di atas? I Harga lebih murah II Menikmati diskaun tunai III Beban kewangan lebih ringan IV Tidak memerlukan bayaran penuh untuk memilikinya star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
17 Apakah kepentingan belanjawan peribadi? star A Meningkatkan taraf hidup B Membolehkan individu membeli barang melebihi pendapatan C Mengelakkan kenaikan harga barang D Membantu individu melancong ke luar negara T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
18 Antara pelaburan berikut, yang manakah mempunyai tahap kecairan yang rendah? I Hartanah II Simpanan tetap III Unit Amanah IV Emas star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
19 Jumlah hasil firma dipengaruhi oleh star A Harga dan kuantiti jualan B Harga dan keuntungan C Jumlah kos dan harga D Untung dan jumlah kos T4 Bab 4.1.6 Konsep Hasil dan Untung
20 Hukum pulangan berkurang berlaku semasa I Tingkat pengeluaran tidak cekap II Tingkat pengeluaran paling cekap III Tahap yang paling rasional untuk mengeluarkan output IV Berlaku pembaziran input berubah star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.1.8 Tahap Pengeluaran Paling Cekap
21 Maklumat di bawah berkaitan dengan produktiviti. > Syarikat Jana Utama Sdn Bhd telah melakukan penambahbaikan untuk meningkatkan produktiviti dengan mengadakan pelbagai kursus dan latihan sumber manusia selaras dengan penggunaan mesin canggih yang baharu diimport dari Jepun. Tindakan tersebut berkaitan dengan faktor I Tanah II Buruh III Modal IV Usahawan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
22 Gambar 2 di bawah menunjukkan satu projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Gambar 2 Berikut adalah tujuan kerajaan melaksanakan projek tersebut, kecuali star A Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan B Kerajaan berperanan sebagai pengeluar C Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan D Meningkatkan kebajikan dan taraf hidup rakyat T5 Bab 1.1.4 Matlamat Kerajaan untuk Menjaga Kebajikan Masyarakat dan Meningkatkan Kemakmuran Negara
23 Apakah kesan pelaksanaan subsidi oleh kerajaan dalam mengawal selia eksternaliti negatif? star A Menggalakkan penggunaan teknik pengeluaran berasaskan teknologi hijau B Menempatkan secara khusus kawasan perindustrian di kawasan tertentu C Menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan D Mengisytiharkan barang penggunaan sebagai barang kawalan T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
24 Maklumat di bawah berkaitan sejenis pengangguran. > Isu pengangguran terutama melibatkan graduan bukan kerana kekurangan pekerjaan tetapi berpunca daripada sikap terlalu memilih pekerjaan. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pengangguran di atas? star A Pengangguran bersifat jangka panjang B Peluang mendapat gaji yang tinggi menjadi keutamaan C Kemelesetan ekonomi telah menutup peluang graduan untuk mendapatkan pekerjaan D Kebanyakan firma menggantikan penggunaan buruh kepada mesin dalam pengeluaran T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
25 Situasi yang manakah betul berkaitan cukai langsung yang diterima kerajaan? star A Mustapha seorang pengeksport kelapa sawit membuat bayaran untuk mengeksport kelapa sawit ke India B Anis perlu membuat potongan bulanan kepada LHDN kerana gaji diterimanya melebihi nilai yang telah ditetapkan C Suhana perlu membayar duti kerana membeli kenderaan yang diimport dari luar negara D Imran perlu membelanjakan bayaran levi kerana menggunakan pembantu rumah dari Indonesia T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
26 Rajah 3 di bawah menunjukkan dua dasar ekonomi bagi mengawal ketidakstabilan ekonomi. Rajah 3 Bagaimanakah Dasar X membantu mencapai kestabilan ekonomi? star A Menaikkan kadar cukai B Mengetatkan syarat sewa beli C Menurunkan nisbah rizab tunai D Mengurangkan perbelanjaan kerajaan T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
27 Semasa berlaku pandemik Covid-19, faktor yang manakah paling kurang memberi sumbangan dalam menggalakkan perkembangan globalisasi? star A Peranan kerajaan B Teknologi maklumat dan komunikasi C Infrastruktur pengangkutan D Pelancongan T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
28 Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia? star A Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung B Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal C Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan D Imbangan pembayaran memberi kesan positif T5 Bab 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing
29 Antara yang berikut, manakah manfaat yang diperoleh Malaysia apabila melakukan kerjasama dengan negara asing? I Meningkatkan aktiviti lambakan II Menambahkan peluang pekerjaan III Menggalakkan perkongsian teknologi IV Meningkatkan aliran untung ke luar negara star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
30 Gambar 3 di bawah berkaitan dengan produk jenama tempatan. Gambar 3 Apakah strategi yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk membolehkan produk jenama tempatan bersaing di peringkat global? star A Mengurangkan tarif yang sedia ada B Mengawal kadar tukaran wang asing C Memberi subsidi kepada pengusaha tempatan D Meningkatkan kuota terhadap barangan yang diimport T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
31 Antara berikut, yang manakah merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan? I Perbelanjaan pendidikan dan latihan II Pemberian kepada setiap kerajaan negeri III Perbelanjaan ubah suai ruang pejabat IV Pembayaran hutang dalam dan luar negara star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
32 Jadual 3 menunjukkan akaun semasa Malaysia bagi tahun 2018 dan 2019. | Butiran | 2018 (RM juta) | 2019 (RM juta) | |---|---|---| | Barangan | 119182 | 123 334 | | Perkhidmatan | -17 726 | -10 922 | | Pendapatan Primer | -51 586 | -40 922 | | Pendapatan Sekunder | -19 282 | -21 295 | Jadual 3 Pernyataan manakah yang benar? star A Pada tahun 2018, akaun semasa mengalami defisit sebanyak RM 30 588 juta B Pada tahun 2019, akaun semasa mengalami lebihan sebanyak RM 30 588 juta C Imbangan akaun semasa mengalami defisit pada tahun 2019 berbanding 2018 sebanyak 64.10% D Imbangan akaun semasa mengalami lebihan pada tahun 2019 berbanding 2018 sebanyak 64.10% T5 Bab 2.3.4 Defisit dan Lebihan Akaun Semasa
33 Jadual 4 di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Yen Jepun. | Unit | Mata Wang (¥) | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---|---| | 1 | 100 Yen Jepun | 3.6626 | 3.6663 | Jadual 4 Encik Tahir hendak melancong ke Tokyo, Jepun dan ingin menukar RM 20 000 kepada Yen Jepun. Berapakah jumlah Yen Jepun yang Encik Tahir peroleh? star A ¥ 546 606.18 B ¥ 5 455.10 C ¥ 545 509.10 D ¥ 73 326.00 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
34 I Isirumah membuat pilihan kerana menghadapi masalah kekurangan sumber modal II Pilihan yang dibuat oleh isirumah bermatlamat untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
35 I Penawaran tak anjal mempunyai nilai pekali keanjalan harga lebih besar daripada 1 II Penawaran tak anjal mempunyai peratus perubahan harga yang lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
36 I Pengeluaran merupakan proses menghasilkan output melalui penggabungan sejumlah input tertentu II Proses menghasilkan output dalam pengeluaran dapat ditingkatkan dengan menambahkan bilangan mesin dalam jangka pendek star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
37 I Produktiviti merujuk kepada nisbah penggunaan input kepada output yang dihasilkan II Produktiviti akan meningkat apabila proses pengeluaran disokong dengan penggunaan teknologi star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.2.1 Konsep Produktiviti T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
38 I Inflasi menyebabkan pendapatan benar masyarakat menurun II Inflasi menyebabkan kos hidup masyarakat menurun star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
39 I Alat dasar kewangan adalah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan II Alat dasar kewangan mengembang dilaksanakan bertujuan untuk mengawal tekanan inflasi negara star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
40 I Akaun semasa ialah akaun yang merekod penerimaan dan pembayaran kewangan antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun II Akaun semasa terdiri daripada akaun barangan, akaun perkhidmatan dan akaun pendapatan star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran