arrow_back

Pahang Trial 2022 Economics Kertas 1

1
Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan
2
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan ciri buruh?
3
Jadual berikut menunjukkan kombinasi keluaran kilang elektrik Encik Farid. | Kombinasi Keluaran | Televisyen (unit) | Radio (unit) | |---|---|---| | Q | 0 | 95 | | R | 30 | 75 | | S | 65 | 35 | | T | 80 | 15 | | U | 90 | 0 | Jika kombinasi keluaran berubah dari R ke S, kos lepas yang terlibat ialah
4
Pernyataan berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi. > Barang dikeluarkan berdasarkan teknik pengeluaran yang cekap Apakah masalah asas ekonomi tersebut?
5
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri suatu sistem ekonomi. - Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barangan yang ingin dibeli - Pengeluar bebas dalam pemilikan faktor pengeluaran tanpa campur tangan kerajaan Apakah contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi tersebut?
6
Faktor penentu yang manakah menyebabkan pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan yang sama?
7
Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran bagi suatu barang dalam pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti Permintaan (unit) | Kuantiti Penawaran (unit) | |:-----------|:---------------------------|:--------------------------| | 15 | 120 | 70 | | 20 | 80 | 80 | | 25 | 50 | 130 | | 30 | 30 | 160 | Pernyataan manakah yang betul tentang pasaran barang di atas?
8
Apabila harga barang A meningkat, kuantiti yang diminta bagi barang B akan menurun. Apakah hubungan antara barang A dan barang B?
9
Jadual berikut berkaitan dengan permintaan bagi buah durian. | Harga (RM) | Kuantiti Diminta (kilogram) | |---|---| | 16 | X | | 20 | 60 | Sekiranya harga jatuh dari RM 20 ke RM 16 dan nilai keanjalan harga permintaan ialah 1.5, berapakah nilai X?
10
Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran tayar. Apakah faktor yang menyebabkan berlaku peralihan keluk tersebut?
11
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kelebihan overdraft?
12
Situasi yang manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai ?
13
Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis pendapatan individu Pendapatan = Upah + Sewa + Faedah + Dividen + X + Bayaran Individu Pindahan Situasi manakah yang menerangkan X ?
14
Pilih pernyataan yang betul tentang fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan.
15
Kelebihan pemegang akaun simpanan tetap ialah
16
Contoh yang manakah merupakan kos berubah ?
17
Maklumat yang berikut berkaitan dengan pendapatan dan potongan wajib Encik Othman pada tahun 2021. | Butiran | RM | |---|---| | Gaji | 18 000.00 | | KWSP | 11% | | Insurans nyawa | 400.00 | | Cukai pendapatan | 150.00 | | Zakat | 180.00 | Berapakah pendapatan boleh guna Encik Othman?
18
Jadual di bawah menunjukkan kos yang ditanggung oleh Firma Hafeez. | Jumlah output (unit) | Kos Tetap (unit) | Kos Berubah (unit) | |---|---|---| | 5 | 10 | 20 | | 10 | 10 | 40 | | 15 | 10 | 55 | | 20 | 10 | 65 | Berapakah kos purata apabila jumlah output ialah 15 ?
19
Jadual berikut menunjukkan maklumat kos pengeluaran bagi Firma Zizi. | Butiran | RM | |---|---| | Upah pekerja | 6 400.00 | | Bil utiliti | 3 200.00 | | Sewa Kedai | 2 300.00 | Firma Zizi menjual 900 pasang kasut dengan harga RM 55 sepasang. Berapakah jumlah untung yang diperoleh oleh firma tersebut?
20
Antara berikut, faktor yang manakah meningkatkan produktiviti sebuah organisasi. I Persekitaran kerja yang terbatas II Proses membuat keputusan terbatas III Pekerja yang mahir dan berkebolehan IV Prosedur kerja yang ringkas dan fleksibel
21
Pernyataan yang manakah merupakan faedah sampingan kepada kakitangan awam.
22
Gambar di bawah berkaitan dengan syarikat monopoli semulajadi. Pernyataan yang manakah betul?
23
Pernyataan yang manakah betul berkaitan dengan inflasi?
24
Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?
25
Tindakan manakah yang dapat mengawal inflasi? | Alat Dasar Ekonomi | Tindakan | |---|---| | A Dasar Fiskal Mengembang | Menurunkan kadar cukai | | B Dasar Fiskal Menguncup | Menurunkan permintaan agregat | | C Dasar Kewangan Mengembang | Menurunkan nisbah rizab berkanun | | D Dasar Kewangan Menguncup | Melonggarkan syarat sewa beli |
26
Pernyataan yang manakah betul tentang perbelanjaan mengurus kerajaan?
27
Maklumat berikut berkaitan dengan cukai langsung. > Anis membeli sebidang tanah pertanian di Kuala Krai Berdasarkan situasi di atas, apakah cukai langsung yang terlibat?
28
Maklumat berikut merujuk kepada satu masalah ketidakstabilan ekonomi. > Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 peratus pada Julai 2022 berbanding 122.5 peratus pada bulan yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh kenaikan harga makanan. > Sumber: Berita Harian, 29 Ogos 2022. Antara yang berikut, tindakan manakah dapat mengatasi masalah tersebut? I. Kadar faedah pinjaman diturunkan II. Menurunkan nisbah rizab berkanun III. Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman IV. Menjual surat jaminan kerajaan kepada orang ramai
29
Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi?
30
Maklumat berikut merupakan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Antara berikut, yang manakah kesan positif daripada bantuan tersebut? I Mengurangkan perbelanjaan kerajaan II Meningkatkan pembentukan modal negara III Meringankan beban kewangan masyarakat IV Membeli barang-barang keperluan isi rumah
31
Imbangan dagangan cenderung menjadi lebihan disebabkan oleh peningkatan
32
Pernyataan yang manakah menerangkan ciri syarikat multinasional?
33
Syarikat Mercu Jaya dari Malaysia telah membeli sebuah mesin kilang yang berharga USD 5740 dari Amerika Syarikat. Kadar pertukaran asing adalah seperti berikut: | Unit | Mata Wang | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---|---| | 1 | USD | 4.50 | 4.58 | Berapakah jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan untuk pembayaran tersebut?
34
Situasi yang manakah betul berkaitan import tak nampak?
35
Antara berikut, yang manakah kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa terhadap negara? I Peningkatan pelaburan asing II Meningkatkan peluang pekerjaan III Menambah aliran wang ke luar negara IV Membolehkan industri muda berkembang dan bersaing
36
Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Barang kehendak diperlukan untuk meneruskan kehidupan. II Isi rumah merupakan unit ekonomi bermotifkan keuntungan.
37
Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Apabila harga ayam naik menyebabkan permintaan terhadap daging akan naik kerana keduanya merupakan barang pengganti. II Hubungan harga dengan kuantiti diminta adalah positif
38
Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Kemudahan menggunakan cek di beri kepada pemegang akaun simpanan. II Draf Bank digunakan sebagai pembayaran dalam urus niaga atas arahan daripada pihak bank.
39
Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Belanjawan lebihan digunakan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi. II Masalah lebihan stok barangan berlaku semasa kemelesetan ekonomi.
40
Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Barang pengguna diimport untuk kegunaan pengguna akhir. II Import barang Nampak ialah barang nyata yang dibeli oleh rakyat asing daripada Malaysia.
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。