1 Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan star A kos B kepuasan C kebajikan D keuntungan T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
2 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan ciri buruh? star A Bertujuan mencapai pengeluaran yang maksimum B Sanggup menanggung risiko dalam aktiviti pengeluaran C Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran D Menggabungkan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Jadual berikut menunjukkan kombinasi keluaran kilang elektrik Encik Farid. | Kombinasi Keluaran | Televisyen (unit) | Radio (unit) | |---|---|---| | Q | 0 | 95 | | R | 30 | 75 | | S | 65 | 35 | | T | 80 | 15 | | U | 90 | 0 | Jika kombinasi keluaran berubah dari R ke S, kos lepas yang terlibat ialah star A 35 unit radio B 40 unit radio C 65 unit televisyen D 80 unit televisyen T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Pernyataan berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi. > Barang dikeluarkan berdasarkan teknik pengeluaran yang cekap Apakah masalah asas ekonomi tersebut? star A Apa yang hendak dikeluarkan B Berapa yang hendak dikeluarkan C Bagaimana hendak dikeluarkan D Untuk siapa hendak dikeluarkan T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
5 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri suatu sistem ekonomi. - Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barangan yang ingin dibeli - Pengeluar bebas dalam pemilikan faktor pengeluaran tanpa campur tangan kerajaan Apakah contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi tersebut? star A Cuba B Jepun C Britain D Amerika Syarikat T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
6 Faktor penentu yang manakah menyebabkan pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan yang sama? star A Citarasa B Pendapatan pengguna C Harga barang pengganti D Perubahan harga barang itu T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta
7 Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran bagi suatu barang dalam pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti Permintaan (unit) | Kuantiti Penawaran (unit) | |:-----------|:---------------------------|:--------------------------| | 15 | 120 | 70 | | 20 | 80 | 80 | | 25 | 50 | 130 | | 30 | 30 | 160 | Pernyataan manakah yang betul tentang pasaran barang di atas? star A Lebihan penawaran sebanyak 130 unit pada tingkat harga RM 30 B Wujud lebihan permintaan sebanyak 120 unit pada harga RM 15 C Berlakunya keseimbangan pasaran pada tingkat harga RM 25 D Harga cenderung turun pada tingkat harga RM 20 T4 Bab 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
8 Apabila harga barang A meningkat, kuantiti yang diminta bagi barang B akan menurun. Apakah hubungan antara barang A dan barang B? star A Milo dan Horlicks B Mesin pencetak dan Katrij C Kasut dan Selipar D Kereta dan Motosikal T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
9 Jadual berikut berkaitan dengan permintaan bagi buah durian. | Harga (RM) | Kuantiti Diminta (kilogram) | |---|---| | 16 | X | | 20 | 60 | Sekiranya harga jatuh dari RM 20 ke RM 16 dan nilai keanjalan harga permintaan ialah 1.5, berapakah nilai X? star A 55 kilogram B 65 kilogram C 72 kilogram D 78 kilogram T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
10 Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran tayar. Apakah faktor yang menyebabkan berlaku peralihan keluk tersebut? star A Harga getah yang meningkat B Dasar kerajaan memberi subsidi C Tingkat teknologi yang semakin canggih D Matlamat pengeluar ingin mencapai jualan yang maksimum T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
11 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kelebihan overdraft? star A Dikenakan faedah yang rendah B Boleh mengeluarkan wang tanpa had C Digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai D Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
12 Situasi yang manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai ? star A Encik Khairi membayar RM 9 000 sebagai wang pendahuluan untuk membeli kereta baharu. B Encik Ariff Ali membayar RM 350 setiap bulan untuk ansuran motosikalnya selama 3 tahun C Puan Zianaton membeli rantai emas pada harga diskaun 65% sempena jualan murah bulan Syawal oleh Sarah Jewel Sdn. Bhd. D Encik Hakimi mengunjungi lebih daripada tiga gerai komputer riba untuk membandingkan harga komputer riba sebelum membelinya. T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
13 Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis pendapatan individu Pendapatan = Upah + Sewa + Faedah + Dividen + X + Bayaran Individu Pindahan Situasi manakah yang menerangkan X ? star A Cik Batrisyia memenangi baucer buku daripada Kedai Buku Bijak bernilai RM 120 B Puan Hanani menerima RM 3 300 atas penggunaan satu lot bangunan kedai miliknya C Puan Bazlin memperoleh RM 400 sebulan atas jualan kerepek popia simpulnya D Puan Aqmal mendapat RM 1 950 setahun bagi akaun Amanah Saham Bumiputera T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
14 Pilih pernyataan yang betul tentang fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan. star A Mencetak wang negara B Menjaga rizab berkanun C Mengurus hutang negara D Menjadi sumber pinjaman terakhir T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
15 Kelebihan pemegang akaun simpanan tetap ialah star A menerima faedah yang tinggi B diberi kemudahan menggunakan cek C dapat mengeluarkan wang bila-bila masa D Pemindahan wang melalui perbankan internet T4 Bab 3.3.11 Strategi Simpanan
16 Contoh yang manakah merupakan kos berubah ? star A Sewa kilang B Upah pekerja C Pembelian mesin D Premium insurans kilang T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
17 Maklumat yang berikut berkaitan dengan pendapatan dan potongan wajib Encik Othman pada tahun 2021. | Butiran | RM | |---|---| | Gaji | 18 000.00 | | KWSP | 11% | | Insurans nyawa | 400.00 | | Cukai pendapatan | 150.00 | | Zakat | 180.00 | Berapakah pendapatan boleh guna Encik Othman? star A RM 15 190 B RM 15 290 C RM 15 690 D RM 17 270 T4 Bab 3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna
18 Jadual di bawah menunjukkan kos yang ditanggung oleh Firma Hafeez. | Jumlah output (unit) | Kos Tetap (unit) | Kos Berubah (unit) | |---|---|---| | 5 | 10 | 20 | | 10 | 10 | 40 | | 15 | 10 | 55 | | 20 | 10 | 65 | Berapakah kos purata apabila jumlah output ialah 15 ? star A 2.0 B 3.0 C 3.7 D 4.3 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
19 Jadual berikut menunjukkan maklumat kos pengeluaran bagi Firma Zizi. | Butiran | RM | |---|---| | Upah pekerja | 6 400.00 | | Bil utiliti | 3 200.00 | | Sewa Kedai | 2 300.00 | Firma Zizi menjual 900 pasang kasut dengan harga RM 55 sepasang. Berapakah jumlah untung yang diperoleh oleh firma tersebut? star A RM 33 500 B RM 37 600 C RM 39 900 D RM 40 800 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
20 Antara berikut, faktor yang manakah meningkatkan produktiviti sebuah organisasi. I Persekitaran kerja yang terbatas II Proses membuat keputusan terbatas III Pekerja yang mahir dan berkebolehan IV Prosedur kerja yang ringkas dan fleksibel star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
21 Pernyataan yang manakah merupakan faedah sampingan kepada kakitangan awam. star A Menerima bonus yang lumayan pada akhir tahun B Menikmati rawatan perubatan di klinik panel C Mendapat elaun tambahan kerja lebih masa D Kemudahan pinjaman perumahan T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
22 Gambar di bawah berkaitan dengan syarikat monopoli semulajadi. Pernyataan yang manakah betul? star A Tiada sekatan kebebasan firma keluar masuk pasaran B Firma lain boleh mengeluarkan keluaran yang sama C Kerajaan sebagai penentu harga barang di pasaran D Memerlukan kos modal yang rendah T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
23 Pernyataan yang manakah betul berkaitan dengan inflasi? star A Penggunaan dasar fiskal mengembang untuk mengatasi masalah inflasi B Penjualan surat jaminan kerajaan dapat mengawal inflasi dalam negara C Proses kejatuhan nilai wang adalah faktor kepada inflasi tarikan permintaan D Penurunan harga faktor di luar negara menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
24 Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran? star A Berlaku akibat kelembapan ekonomi B Kurang maklumat tentang pasaran pekerjaan C Meletakkan jawatan untuk mencari pekerjaan lain D Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran khusus T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
25 Tindakan manakah yang dapat mengawal inflasi? | Alat Dasar Ekonomi | Tindakan | |---|---| | A Dasar Fiskal Mengembang | Menurunkan kadar cukai | | B Dasar Fiskal Menguncup | Menurunkan permintaan agregat | | C Dasar Kewangan Mengembang | Menurunkan nisbah rizab berkanun | | D Dasar Kewangan Menguncup | Melonggarkan syarat sewa beli | star A Dasar Fiskal Mengembang: Menurunkan kadar cukai B Dasar Fiskal Menguncup: Menurunkan permintaan agregat C Dasar Kewangan Mengembang: Menurunkan nisbah rizab berkanun D Dasar Kewangan Menguncup: Melonggarkan syarat sewa beli T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
26 Pernyataan yang manakah betul tentang perbelanjaan mengurus kerajaan? star A Cadangan pembinaan hospital baharu di daerah Kubang Pasu B Kelulusan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra C Peningkatan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan sasaran D Penjajaran semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke laluan asal T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
27 Maklumat berikut berkaitan dengan cukai langsung. > Anis membeli sebidang tanah pertanian di Kuala Krai Berdasarkan situasi di atas, apakah cukai langsung yang terlibat? star A Duti eksais B Cukai tanah C Cukai keuntungan hartanah D Cukai barang dan perkhidmatan T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
28 Maklumat berikut merujuk kepada satu masalah ketidakstabilan ekonomi. > Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 peratus pada Julai 2022 berbanding 122.5 peratus pada bulan yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh kenaikan harga makanan. > Sumber: Berita Harian, 29 Ogos 2022. Antara yang berikut, tindakan manakah dapat mengatasi masalah tersebut? I. Kadar faedah pinjaman diturunkan II. Menurunkan nisbah rizab berkanun III. Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman IV. Menjual surat jaminan kerajaan kepada orang ramai star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
29 Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi? star A Pengecualian visa untuk pelancong negara tertentu B Pelupusan duti import untuk semua barang import C Pekerja asing di Malaysia diberi pengecualian levi D Duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia dihapuskan T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
30 Maklumat berikut merupakan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Antara berikut, yang manakah kesan positif daripada bantuan tersebut? I Mengurangkan perbelanjaan kerajaan II Meningkatkan pembentukan modal negara III Meringankan beban kewangan masyarakat IV Membeli barang-barang keperluan isi rumah star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
31 Imbangan dagangan cenderung menjadi lebihan disebabkan oleh peningkatan star A Eksport ke luar negara B Rakyat Malaysia melancong ke luar negara C Penggunaan syarikat penerbangan milik asing D Perkhidmatan insurans asing kepada rakyat Malaysia T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa
32 Pernyataan yang manakah menerangkan ciri syarikat multinasional? star A Dimiliki oleh kerajaan sesebuah negara B Pemindahan teknologi canggih antara cawangan di negara berbeza C Firma yang mempunyai cawangan di dalam sebuah negara D Tiada campur tangan firma induk dalam pengurusan cawangan T5 Bab 2.1.2 Syarikat Multinasional
33 Syarikat Mercu Jaya dari Malaysia telah membeli sebuah mesin kilang yang berharga USD 5740 dari Amerika Syarikat. Kadar pertukaran asing adalah seperti berikut: | Unit | Mata Wang | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |---|---|---|---| | 1 | USD | 4.50 | 4.58 | Berapakah jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan untuk pembayaran tersebut? star A RM 25 830.00 B RM 26 289.20 C RM 30 532.60 D RM 30 715.00 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
34 Situasi yang manakah betul berkaitan import tak nampak? star A Penghantaran pelajar ke Jepun B Membeli barang modal dari Amerika C Pelancong dari Timur Tengah meningkat D Penggunaan susu segar dari New Zealand T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
35 Antara berikut, yang manakah kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa terhadap negara? I Peningkatan pelaburan asing II Meningkatkan peluang pekerjaan III Menambah aliran wang ke luar negara IV Membolehkan industri muda berkembang dan bersaing star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan
36 Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Barang kehendak diperlukan untuk meneruskan kehidupan. II Isi rumah merupakan unit ekonomi bermotifkan keuntungan. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Salah, Salah D Betul, Betul T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
37 Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Apabila harga ayam naik menyebabkan permintaan terhadap daging akan naik kerana keduanya merupakan barang pengganti. II Hubungan harga dengan kuantiti diminta adalah positif star A Betul, Salah B Salah, Betul C Salah, Salah D Betul, Betul T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
38 Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Kemudahan menggunakan cek di beri kepada pemegang akaun simpanan. II Draf Bank digunakan sebagai pembayaran dalam urus niaga atas arahan daripada pihak bank. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Salah, Salah D Betul, Betul T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
39 Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Belanjawan lebihan digunakan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi. II Masalah lebihan stok barangan berlaku semasa kemelesetan ekonomi. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Salah, Salah D Betul, Betul T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
40 Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Barang pengguna diimport untuk kegunaan pengguna akhir. II Import barang Nampak ialah barang nyata yang dibeli oleh rakyat asing daripada Malaysia. star A Betul, Salah B Salah, Betul C Salah, Salah D Betul, Betul T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia