arrow_back

Others Trial 2022 Economics Kertas 1 · Penang

1
Gambar berikut berkaitan dengan sumber ekonomi. Gambar 1 Pernyataan yang manakah betul?
2
Maklumat berikut menunjukkan pilihan teknik pengeluaran Syarikat Nikko. | Teknik Pengeluaran | Keluaran (unit) | |---|---| | | Kasut | Selipar | | Y | 120 | 70 | | Z | 80 | 130 | Berapakah kos lepas sekiranya syarikat tersebut menukar teknik pengeluaran daripada Y ke Z?
3
Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi di negara Singapura? I Meningkatkan motivasi pekerja II Merapatkan jurang pendapatan III Mengurangkan kesan eksternaliti IV Menggalakkan perkembangan teknologi
4
Pasangan yang manakah betul tentang sistem ekonomi Kapitalis? | | Masalah Asas Ekonomi | Keterangan | |---|---|---| | A | Apa yang hendak dikeluarkan | Pengeluar memastikan tiada lebihan dalam pasaran | | B | Berapa yang hendak dikeluarkan | Barangan yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna | | C | Bagaimana hendak dikeluarkan | Firma memastikan kos pengeluaran barangan adalah minimum | | D | Untuk siapa dikeluarkan | Pembuat keputusan menggunakan mekanisme pasaran untuk menghasilkan barangan |
5
Rajah 1 menunjukkan perubahan permintaan ayam. Rajah 1 Mengapakah berlaku perubahan keluk D0D0 ke D1D1?
6
Pilih pasangan yang betul tentang perubahan penawaran terhadap suatu barang. | | Penentu Penawaran | Keluk Penawaran | |---|---|---| | A | Upah pekerja meningkat | | | B | Matlamat pengeluar memaksimumkan keuntungan | | | C | Harga dijangka menurun pada masa depan | | | D | Firma membeli mesin baharu | |
7
Rajah 2 menunjukkan keseimbangan pasaran. Rajah 2 Antara berikut, pernyataan yang manakah betul? I Pada RM 3.00 harga cenderung naik II Pada RM 2.00 harga cenderung tidak berubah III Pada RM 1.00 berlaku lebihan permintaan sebanyak 20 unit IV Pada RM 3.00 berlaku lebihan penawaran sebanyak 30 unit
8
Rajah 3 berkaitan dengan keseimbangan pasaran kereta tempatan Rajah 3 Situasi yang manakah menyebabkan perubahan tersebut?
9
Jadual 1 menunjukkan harga dan kuantiti permintaan bagi suatu barang. | Harga (RM) | 10 | 15 | |---|---|---| | Kuantiti Diminta (unit) | 200 | 150 | Jadual 1 Berapakah nilai pekali keanjalan harga permintaan barang tersebut apabila harga naik dari RM10 ke RM15?
10
Jadual 2 menunjukkan pekali keanjalan harga penawaran bagi dua jenis barang. | Barang M | Barang N | |---|---| | 0.4 | 1.7 | Jadual 2 Pernyataan yang manakah betul?
11
Antara berikut, apakah faktor cincin emas mempunyai nilai keanjalan harga permintaan yang anjal? I Barang tahan lama II Mempunyai stok yang banyak III Bilangan firma dalam pasaran adalah banyak IV Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan adalah besar
12
Rajah 4 menunjukkan subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar. Rajah 4 Kawasan yang manakah merupakan subsidi yang dinikmati oleh penguna?
13
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi wang. > Azman menerima RM 500 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi fasa ke 3 tahun 2022. Beliau menggunakan wang bantuan tersebut untuk membeli barang keperluan seperti beras, minyak masak dan pakaian. Apakah fungsi wang tersebut?
14
Pernyataan manakah yang betul tentang fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan? I Menjaga rizab berkanun II Memberi nasihat pelaburan III Memberi pendahuluan sementara IV Merupakan sumber pinjaman terakhir
15
Puan Aqilah memberi arahan kepada bank untuk membayar bil elektrik kedainya pada 28hb setiap bulan. Apakah kemudahan tersebut?
16
Syarikat Mekar ingin membeli sebuah mesin berharga RM 85 000 dengan berasaskan satu prinsip Perbankan Islam. Apakah prinsip tersebut?
17
Maklumat berikut berkaitan sejenis pendapatan individu. > Pendapatan yang diterima tanpa memberi sumbangan dalam proses pengeluaran Apakah contoh pendapatan tersebut?
18
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu kemahiran yang dapat mempengaruhi jumlah pendapatan individu. | K | ❖ Pengurusan masa | | | ❖ Pengurusan kewangan | K ialah kemahiran
19
Jadual 3 menunjukkan belanjawan peribadi Puan Azlina bagi tempoh sebulan. | Butiran | RM | |---|---| | Gaji | 5 000 | | Cukai Pendapatan | 110 | | Sewa rumah diterima | 800 | | KWSP | 550 | | zakat | 120 | | Insurans | 150 | Jadual 3 Berapakah jumlah pendapatan boleh guna Puan Azlina?
20
Maklumat berikut berkaitan sejenis pelaburan. > Puan Mashitah membeli sebuah rumah pada Januari 2019 dengan harga RM 220 000 dan menyewakan rumah tersebut dengan nilai RM 900 sebulan selama 2 tahun. Kemudian beliau menjual rumah tersebut pada harga RM 380 000. Berapakah pulangan pelaburan yang diperolehi oleh Puan Mashitah?
21
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan input berubah? I Contoh ialah bahan mentah II Tetap wujud walaupun output sifar III Wujud hanya dalam jangka masa panjang IV Input yang kuantitinya berubah mengikut tingkat output
22
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran. > Firma A mengeluarkan 700 helai baju sehari dengan 10 orang pekerja. Tambahan 40% orang pekerja menyebabkan pengeluaran baju bertambah kepada 900 helai baju. Berapakah keluaran marginal bagi firma tersebut?
23
Antara berikut, yang manakah contoh kos tetap dalam pengeluaran jangka pendek? I Bil utiliti II Upah buruh III Sewa bangunan IV Faedah pinjaman
24
Dialog berikut berkaitan dengan kos pengeluaran sebuah syarikat. > Puan Susan, saya ingin tahu pada output 500 unit, berapakah kos tetap dan kos berubah bagi syarikat kita? > > Pengurus, kosnya agak tinggi. Kos tetap ialah RM60 dan kos berubah ialah RM300 pada output 500 unit. Berapakah kos purata untuk pengeluaran tersebut?
25
Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran jeruk buah. | Jenis kos | Jumlah (RM) | |---|---| | Upah pekerja | 1 200 | | Kos bahan mentah | 500 | | Bil elektrik dan air | 320 | Jika Pak Nazri telah menjual sebanyak 1000 kg pada harga RM 5.00 per satu kg, berapakah untung yang diperolehi beliau?
26
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan peningkatan produktiviti sebuah firma? I Kelengkapan modal berfungsi baik II Persekitaran kerja yang konduksif III Lokasi kerja yang dekat rumah IV Prospek pekerjaan yang baik
27
Antara berikut, yang manakah kesan inflasi terhadap sesebuah negara? I Bank pusat menurunkan kadar faedah II Peluang pekerjaan menurun III Pendapatan benar merosot IV Nilai wang terjejas
28
Jadual berikut berkaitan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). | Tahun | Keluaran Dalam Negeri Kasar (RM juta) | |---|---| | 2018 | 1 361 533 | | 2019 | 1 424 879 | | 2020 | 1 493 814 | (Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia, 2018-2020) Antara berikut, yang manakah faktor menyebabkan keadaan tersebut berlaku? I Peluang pekerjaan meningkat II Jumlah penduduk bertambah III Sikap keterbukaan masyarakat IV Taraf hidup masyarakat meningkat
29
Padanan yang manakah betul? | | Jenis Cukai | Penerangan | |---|---|---| | A | Duti setem | Bayaran yang dikenakan berdasarkan nilai sesuatu harta apabila dokumen harta dipindahkan | | B | Cukai tanah | Dikenakan atas keuntungan yang diperoleh daripada penjualan sesuatu hartanah | | C | Duti eksais | Dikenakan ke atas komoditi utama yang dieksport | | D | Duti import | Dikenakan majikan yang membawa masuk barang dan perkhidmatan ke dalam negara |
30
Maklumat berikut berkaitan dengan ketidakstabilan ekonomi. > Kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos 2022 meningkat kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai 2022. > > (Sumber: bharian.com.my) Apakah langkah yang perlu diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk menyelesaikan masalah tersebut?
31
Jadual berikut menunjukkan perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utama pada tahun 2020. | Negara | Eksport (RM juta) | Import (RM juta) | |---|---|---| | China | 98 983 | 107 317 | | Amerika Syarikat | 66 768 | 46 741 | | Jepun | 78 751 | 40 387 | | Taiwan | 22 031 | 37 566 | (Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia,2020/2021) Antara berikut, yang manakah faktor menyebabkan keadaan tersebut berlaku? I Iklim yang berlainan II Perbezaan harga faktor III Menjamin keselamatan IV Persaingan yang berbeza
32
Antara berikut, yang manakah tujuan kerajaan mengenakan kuota terhadap barang import? I Memperbaiki imbangan pembayaran II Melindungi industri muda tempatan III Menambahkan pendapatan negara IV Menjamin keselamatan negara
33
Antara berikut, yang manakah mewujudkan permintaan terhadap Ringgit Malaysia? I Pelancong Thailand melancong ke Malaysia II Malaysia meningkatkan import susu dari England III Rakyat Melaysia melanjutkan pelajaran di London IV Australia mengimport minyak kelapa sawit dari Malaysia
34
Maklumat dibawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika Syarikat (USD). | Unit | Mata wang | Harga belian (RM) | Harga jualan (RM) | |---|---|---|---| | 1 | Dolar Amerika (USD) | 4.08 | 4.16 | Berapakah yang perlu dibayar oleh seorang pelancong Amerika Syarikat yang ingin membeli bag tangan yang berharga RM 480 dipasar raya Pulau Pinang?
35
Apakah kesan penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat?
36
Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Firma menghadapi masalah kekurangan wang untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan II Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan
37
I Hubungan antara harga sesuatu barang dengan permintaan barang pengganti adalah negatif II Contoh barang pengganti ialah ayam dan ikan
38
I Produktiviti yang lebih tinggi dapat meningkatkan kecekapan II Pengukuran produktiviti ialah nisbah input yang digunakan kepada nisbah output yang dihasilkan
39
I Kos sosial ialah kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran II Faedah sosial ialah faedah kepada pihak ketiga selain pengguna dan pengeluar
40
I Blok ekonomi ialah sekumpulan negara yang terdiri daripada beberapa buah negara menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama II Perjanjian perdagangan ialah persetujuan pengenaan tarif semasa menjalankan urus niaga sesama negara
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.