1 Ekonomi adalah kajian tentang star A bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas B bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi C tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang terhad D tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber T4 Bab 1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi
2 Gambar 1 berikut menunjukkan faktor pengeluaran. Gambar 1 Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut? star A Input produktif yang dicipta oleh manusia yang membantu dalam proses pengeluaran B Berperanan menyelaras dan menggabungkan faktor pengeluaran C Sumber semula jadi yang mempunyai penawaran terhad D Membenarkan orang lain menguruskan untungnya T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Rajah 1 berikut menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran. Pilih pernyataan yang tepat apabila kombinasi pengeluaran bergerak daripada titik D ke E star A Semakin banyak barang X dikeluarkan dalam ekonomi B Semakin banyak barang Y dikeluarkan dalam ekonomi C Kadar pengangguran adalah tinggi dalam ekonomi D Berlaku kemajuan tingkat teknologi pengeluaran T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Apakah faktor yang mendorong kerajaan untuk campur tangan dalam sistem ekonomi campuran? star A Melaksanakan projek pembangunan yang berisiko tinggi B Memastikan pulangan keuntungan yang tinggi C Memaksimumkan kebajikan rakyat D Mengelakkan pembaziran sumber T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi T5 Bab 1.1.4 Matlamat Kerajaan untuk Menjaga Kebajikan Masyarakat dan Meningkatkan Kemakmuran Negara
5 Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi oleh Syarikat ABC. - Mengeluarkan barang dengan cara memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos - Bergantung kepada corak agihan pendapatan Antara berikut, masalah asas ekonomi manakah yang dapat diselesaikan oleh Syarikat ABC? I Apa yang hendak dikeluarkan II Berapa hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa hendak dikeluarkan star A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
6 Pernyataan yang manakah betul tentang keluk permintaan individu? star A Kecerunan lebih curam daripada keluk permintaan pasaran B Menunjukkan keluk yang mencerun ke bawah dari kanan ke kiri C Penurunan harga barang itu menyebabkan keluk beralih ke kanan D Hubungan diantara harga dan kuantiti diminta adalah secara positif T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
7 Antara yang berikut yang manakah betul tentang permintaan pasaran? star A Diperolehi dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta lebih dari seorang pengguna dalam pasaran B Bentuk keluk permintaan lebih curam daripada keluk permintaan individu dalam pasaran C Mempunyai hubungan langsung diantara harga dan kuantiti diminta dalam pasaran D Perubahan kuantiti diminta individu tidak memberi kesan kepada kuantiti permintaan pasaran T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
8 Rajah 2 berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Rajah 2 Mengapakah berlaku perubahan keluk D0D0 ke D1D1? star A Harga barang itu meningkat B Pendapatan pengguna menurun C Harga barang pengganti menurun D Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
9 Jadual 1 menunjukkan keanjalan harga permintaan bagi barang A dan barang B. | Jenis barang | Nilai Keanjalan Harga Permintaan | |---|---| | A | 1.5 | | B | 0.3 | Jadual 1 Pernyataan manakah benar? star A Barang A adalah tidak anjal B Contoh barang B ialah jam tangan jenama Rolex C Peniaga perlu menaikkan harga barang B untuk meningkatkan keuntungan D Perubahan harga barang A sebanyak 1.5% menyebabkan perubahan kuantiti Barang A sebanyak 1% T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
10 Rajah 3 berikut menunjukkan keluk permintaan suatu barang. Rajah 3 Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM6 ke RM12? star A 0.67 B 0.75 C 1.33 D 1.50 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
11 Jadual 2 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti bagi permintaan Barang X dan Barang Y. | Barang | Peratus Peratus Harga | Peratus Perubahan Kuantiti | |---|---|---| | X | 40% | 25% | | Y | 30% | 50% | Jadual 2 Maklumat manakah yang betul tentang barang X dan barang Y? | | Barang X | Barang Y | |---|---|---| | A | Merupakan barang mewah | Merupakan barang mesti | | B | Keluk permintaan lebih curam | Keluk permintaan lebih landai | | C | Pekali keanjalan lebih besar daripada 1 | Pekali keanjalan kurang daripada 1 | | D | Peratus perubahan kuantiti sama dengan peratus perubahan harga | Peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada peratus perubahan harga | star A Merupakan barang mewah B Keluk permintaan lebih curam C Pekali keanjalan lebih besar daripada 1 D Peratus perubahan kuantiti sama dengan peratus perubahan harga T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
12 Maklumat yang berikut menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi barang L dan barang M. | | Barang L | Barang M | |---|---|---| | Pekali keanjalan harga | 1.3 | 0.6 | Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pengeluaran untuk meningkatkan hasil jualan bagi kedua-dua jenis barang di atas. | | Barang L | Barang M | |---|---|---| | A | Naikkan harga | Turunkan harga | | B | Turunkan harga | Naikkan harga | | C | Kekalkan harga | Naikkan harga | | D | Turunkan harga | Kekalkan harga | star A Naikkan harga B Turunkan harga C Kekalkan harga D Naik harga T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
13 Cukai yang dikenakan terhadap firma akan menyebabkan star A Peralihan keluk permintaan B Peralihan keluk penawaran C Pergerakan sepanjang keluk penawaran D Pergerakan sepanjang keluk permintaan T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
14 Antara yang berikut, manakah yang bukan fungsi institusi kewangan tersebut? star A Mengeluarkan mata wang B Menerima deposit orang ramai C Merupakan jurubank kepada kerajaan D Merupakan jurubank kepada bank perdagangan T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
15 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan sektor ekonomi | | Pekerjaan | Sektor ekonomi | |---|---|---| | A | Pengurus kedai G -Mart | Sektor utama | | B | Pengurus kilang elektronik | Sektor kedua | | C | Pengurus ladang getah | Sektor ketiga | | D | Pengurus bank ABC | Sektor utama | star A Pengurus kedai G -Mart B Pengurus kilang elektronik C Pengurus ladang getah D Pengurus bank ABC T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
16 Faktor manakah yang mempengaruhi seseorang individu dalam memilih pekerjaan? star A Majikan B Rakan sekerja C Pengaruh keluarga D Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
17 Encik Hakim tidak bekerja sendiri dan juga tidak bekerja dengan orang lain. Apakah bentuk pendapatan yang mungkin diterima oleh Encik Hakim? star A Upah dan untung B Upah dan faedah C Untung dan sewa D Sewa dan faedah T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
18 Manakah yang menunjukkan perbezaan antara keperluan dengan kehendak | | Keperluan | Kehendak | |---|---|---| | A | Harga barang dikawal oleh kerajaan | Harga barang ditetapkan oleh kerajaan | | B | Terdiri daripada beberapa jenis barang sahaja | Terdiri daripada pelbagai jenis barang | | C | Tidak mempunyai unsur kemestian | Mempunyai unsur kemestian | | D | Dipengaruhi oleh pendapatan | Tidak dipengaruhi oleh pendapatan | star A Harga barang dikawal oleh kerajaan B Terdiri daripada beberapa jenis barang sahaja C Tidak mempunyai unsur kemestian D Dipengaruhi oleh pendapatan T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
19 Apakah kelemahan menggunakan wang tunai dalam sesuatu urus niaga? star A Diterima secara meluas dalam urus niaga B Tidak sesuai membeli barang yang mahal seperti kereta C Menikmati harga yang murah kerana tidak melibatkan faedah D Memperoleh diskaun tunai mengikut syarat yang ditentukan T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
20 Yang berikut merupakan strategi simpanan yang boleh diamalkan oleh setiap individu, kecuali star A Membeli unit Amanah B Membeli insurans nyawa C Menyimpan wang di rumah D Menyimpan di Lembaga Tabung Haji (LTH) T4 Bab 3.3.11 Strategi Simpanan
21 Pernyataan manakah yang betul tentang konsep pengeluaran? star A Pengeluaran jangka masa panjang adalah melebihi lima tahun B Fungsi pengeluaran menunjukkan bagaimana input digabungkan untuk menghasilkan output C Apabila jumlah keluaran mencapai maksimum, keluaran purata menjadi sifar D Keluaran sut merupakan perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada penggunaan satu unit input tetap T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
22 Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran suatu barang. | Kos berubah | = RM 60 | | Kos purata | = RM 4 | | Jumlah output | = 25 unit | Berapakah kos tetap? star A RM 15 B RM 40 C RM 64 D RM 100 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
23 Maklumat yang berikut berkaitan dengan kos purata, jumlah keluaran dan harga seunit bagi Syarikat Muu Berhad. | • Kos purata | RM 20 | | • Jumlah keluaran | 150 unit | | • Harga jualan seunit | RM 21.50 | Berapakah keuntungan bagi syarikat tersebut? star A RM 430.00 B RM 225.00 C RM 161.25 D RM 139.50 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
24 Antara yang berikut, faktor manakah yang meningkatkan produktiviti bagi sebuah firma? I. Tenaga kerja yang pasif diserap masuk ke dalam firma II. Penstrukturan organisasi yang khusus dalam skop kerja III. Kawasan persekitaran yang kondusif diperlukan IV. Penggunaan jentera yang terhad untuk keuntungan firma star A I dan III B II dan III C II dan IV D I dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
25 Apakah faedah sosial jika kerajaan negeri Perlis membangunkan kawasan perindustrian di Lembah Chuping (Chuping Valley)? star A Wujudnya masalah sosial B Peluang pekerjaan yang tinggi C Kos pengangkutan yang murah D Kadar pengangguran meningkat T4 Bab 3.2.2 Kepentingan Setiap Sektor dari Segi Pekerjaan Mengikut Trend di Malaysia
26 Apakah peranan kerajaan dalam ekonomi? star A Pengeluaran dan majikan B Menguruskan pentadbiran kerajaan C Menetapkan dasar ekonomi baharu D Mengawal jumlah wang dalam ekonomi T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
27 Gambar 2 di bawah ini berkaitan dengan bidang perindustrian? Gambar 2 Apakah tindakan kerajaan dalam mengawal selia tindakan tersebut? star A Melaksanakan Akta Kawalan Harga Barang B Melaksanakan Akta Anti Pencatutan C Pemberian subsidi kepada pengeluar D Menarik lesen perniagaan T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
28 Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang inflasi? star A Kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan di pasaran B Kenaikan pendapatan yang diterima oleh pekerja-pekerja dalam sesebuah ekonomi C Kenaikan upah nominal akibat daripada kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan D Kenaikan nilai eksport dalam sesebuah ekonomi menyebabkan imbangan pembayaran lebihan T5 Bab 1.2.2 Inflasi
29 Pengangguran geseran berlaku disebabkan star A penganggur tidak bersungguh-sungguh atau kurang berminat untuk mencari pekerjaan B masalah ketidakstabilan ekonomi C keadaan ekonomi yang lembap D perubahan struktur ekonomi T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
30 Apakah kesan pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh Bank Negara terhadap ekonomi? star A Mengawal kenaikan harga barang B Mengurangkan kuasa beli pengguna C Menjejaskan aktiviti pengeluaran barang D Menurunkan kadar pengangguran dalam ekonomi T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan
31 Antara berikut, yang manakah adalah cukai langsung? star A Cukai pendapatan petroleum B Duti eksais C Levi D Cukai barang dan perkhidmatan T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
32 Rizab tunai merujuk kepada star A simpanan wajib kerajaan di bank perdagangan B simpanan wajib bank pusat di bank perdagangan C simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat D simpanan wajib bank perdagangan di bank itu sendiri T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
33 Bagaimanakah bank pusat mengawal peningkatan kadar pengangguran? | Rizab berkanun | Syarat sewa beli | Kadar Faedah | |---|---|---| | A Diturunkan | Diketatkan | Dinaikkan | | B Diturunkan | Dilonggarkan | Diturunkan | | C Dinaikkan | Dilonggarkan | Dinaikkan | | D Dinaikkan | Diketatkan | Diturunkan | star A Diturunkan B Diturunkan C Dinaikkan D Dinaiki T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
34 Antara yang berikut, yang manakah merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan ? I. Pemberian subsidi kepada nelayan II. Pembinaan sekolah di negeri Perlis III. Pembayaran bonus tahunan kepada kakitangan kerajaan IV. Pembelian pesawat tentera untuk Angkatan Tentera Malaysia star A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
35 Antara berikut, padanan yang manakah adalah benar? | Bentuk sekatan | Maksud | |---|---| | A Embargo | Mengehadkan kuantiti barang yang boleh diimport | | B Kuota | Cukai ke atas barang import | | C Subsidi | Bantuan kerajaan kepada pengeluar tempatan | | D Kawalan pertukaran asing | Mengawal nilai mata wang tempatan di pasaran wang antarabangsa | star A Embargo B Kuota C Subsidi D Kawalan pertukaran asing T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
36 Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura. RM 2.95 = S$1 Berapakah nilai sepasang kasut sekolah yang berharga S$40 dalam Ringgit Malaysia? star A RM 110 B RM 118 C RM 13.55 D RM 100 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
37 Soalan 37 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Puan Mariam dibayar faedah yang tinggi kerana dia adalah pemegang akaun semasa II Sebagai pemegang akaun semasa, Puan Mariam mendapat kemudahan overdraf star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
38 Soalan 37 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Contoh faedah sosial ialah pencemaran udara II Contoh kos sosial ialah menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T4 Bab 4.2.3 Eksternaliti
39 Soalan 37 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Globalisasi meluaskan pasaran sesebuah negara II Globalisasi mengurangkan persaingan dalam industri star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.1.1 Globalisasi
40 Soalan 37 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Eksport nampak terdiri daripada pertanian, perlombongan dan pembuatan II Eksport tak nampak terdiri daripada perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perkilangan star A Betul, Salah B Salah, Betul C Betul, Betul D Salah, Salah T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia