1 Kerajaan membuat pilihan dalam ekonomi kerana star A upah buruh yang rendah untuk memenuhi banyak barang kehendak B jumlah produk dalam pasaran kurang berbanding keperluan rakyat C kekurangan modal bagi membina pelbagai projek pembangunan D peruntukan bagi projek pembangunan melebihi bajet tahunan T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
2 Mengapakah usahawan menerima pulangan untung? star A Menangguh penggunaan input pada masa sekarang B Meletakkan lebihan modal dalam akaun pelaburan di bank C Memiliki kecekapan dalam menggabung faktor pengeluaran D Menyumbangkan tenaga dan mental dalam proses pengeluaran T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Otomotif Berhad. - Harga kereta P seunit RM65 000 - Keupayaan pengeluaran setahun 8 000 unit - Target menyaingi kereta import Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh firma tersebut? I Apa yang hendak dikeluarkan II Berapa yang hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
4 Mengapakah kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi campuran? star A Menentu kuantiti permintaan dan penawaran untuk kebajikan rakyat B Menampung kurangan modal dalam pengeluaran barang ekonomi C Mengawal kesan luaran negatif daripada aktiviti pengeluaran D Mengeluar sumber penting bagi memaksimum keuntungan T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
5 Pernyataan yang manakah betul tentang keluk penawaran individu? star A Hubungan negatif di antara harga dengan kuantiti ditawar B Keluk beralih ke kanan apabila harga bahan mentah mahal C Perubahan penawaran disebabkan perubahan harga barang itu D Bentuk keluk lebih curam berbanding keluk penawaran pasaran T4 Bab 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
6 Jadual 1 menunjukkan harga dan kuantiti permintaan terhadap komputer riba bagi tempoh dua bulan. | Harga (RM) | Jumlah permintaan (unit) | |---|---| | | Januari | Julai | | 1 550 | 10 000 | 10 500 | Jadual 1 Apakah faktor yang menyebabkan perubahan permintaan komputer riba pada bulan Julai berbanding bulan Januari? star A Jangkaan harga akan naik pada masa depan B Amaun potongan wajib semakin besar C Kadar cukai pendapatan meningkat D Harga barang penggenap mahal T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
7 Rajah 1 menunjukkan keluk penawaran bagi suatu barang. Apakah yang menyebabkan perubahan tersebut? star A Peruntukan subsidi dalam bajet ditambah B Kadar tarif bahan mentah import dinaikkan C Harga dijangka meningkat pada masa hadapan D Matlamat firma untuk memaksimumkan untung T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
8 Maklumat berikut berkaitan dengan harga dan kuantiti diminta terhadap dapur elektrik. - Pada tingkat harga RM400 seunit, kuantiti diminta ialah 1 000 unit. - Apabila harga jatuh kepada RM350 seunit, kuantiti diminta sebanyak 1 200 unit. Berapakah nilai keanjalan harga permintaan barang tersebut? star A 0.63 B 0.75 C 1.33 D 1.60 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
9 Rajah 2 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran bagi barang G. Pernyataan yang manakah betul tentang rajah tersebut? star A Penawaran bertambah sebanyak 100 unit pada tingkat harga RM30 B Pasaran mencapai keseimbangan apabila harga meningkat sebanyak RM20 C Pergerakan titik A ke E menyebabkan kuantiti diminta turun sebanyak 100 unit D Perubahan harga menuju keseimbangan menyebabkan kuantiti diminta berkurang 40 unit T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
10 Iklan jualan di bawah berkaitan dengan fungsi wang dalam ekonomi. Harga pasaran: RM3 500.00 Kini, tanpa deposit; MINGGUAN RM17.10 Apakah fungsi wang RM17.10 dalam iklan tersebut? star A Alat perantaraan pertukaran B Alat bayaran tertunda C Alat penyimpan nilai D Alat pengukur nilai T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
11 Apakah peranan bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan? I Mengawal nisbah rizab berkanun II Memberi pendahuluan sementara III Mengurus kadar pertukaran asing IV Menjadi sumber pinjaman terakhir star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
12 Tindakan bank pusat yang manakah dapat mengurangkan kuasa beli pengguna dalam ekonomi? star A Melonggar syarat sewa beli B Membeli surat jaminan kerajaan C Menaikkan kadar faedah pinjaman D Menurunkan nisbah rizab berkanun T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
13 Pernyataan yang manakah betul tentang kemudahan overdraf bank perdagangan? star A Faedah dikenakan ke atas jumlah pinjaman yang diluluskan B Baki yang tidak dibelanjakan akan dibayar pulangan C Merupakan sejenis pinjaman jangka panjang D Disediakan kemudahan menggunakan cek T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
14 Manakah yang betul tentang kegiatan ekonomi di sektor kedua? star A Meliputi kerja penyediaan bangunan kediaman B Mengeluar hasil bumi mengikut bentuk barang asal C Menawarkan kegiatan sokongan kepada pelbagai sektor lain D Mengeluarkan petroleum mentah adalah contoh kegiatan ekonomi T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
15 Apakah faedah sampingan dalam pemilihan pekerjaan? star A Kemudahan pinjaman beli kenderaan B Hadiah pembelian sesuatu barang C Waktu bekerja yang fleksibel D Pejabat berhawa dingin T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
16 Jadual 2 menunjukkan pendapatan dan pembayaran Encik Abu dalam setahun. | Butiran | Jumlah (RM) | |---|---| | Pendapatan | 35 800 | | Caruman KWSP | 3 850 | | Cukai pendapatan | 380 | | Bayaran zakat | 360 | | Premium insurans hayat | 1 200 | Jadual 2 Berapakah pendapatan boleh guna Encik Abu pada tahun tersebut? star A RM31 570 B RM31 210 C RM30 370 D RM30 010 T4 Bab 3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna
17 Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan pembelian secara kredit? I Menggalakkan perbelanjaan secara berhemah II Merancang penggunaan wang berdasarkan baki bulanan III Meringankan beban kewangan selepas pembelian barang IV Mengelak daripada berlaku tekanan inflasi dalam ekonomi star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
18 Pilih urutan yang betul dalam menyediakan belanjawan peribadi. I Mengimbangkan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan II Mencatatkan kesemua perbelanjaan yang perlu dilakukan III Kenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib IV Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan star A II, IV, I dan III B II, III, I dan IV C III, I, IV dan II D III, II, IV dan I T4 Bab 3.3.9 Penyediaan Belanjawan Peribadi
19 Firma ialah satu unit ekonomi yang star A membekal sumber input B meminimum kos pengeluaran C mengguna output dalam pasaran D memaksimum kepuasan pelanggan T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
20 Gambar 1 dan Gambar 2 ialah dua contoh input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Pasangan yang manakah betul tentang gambar di atas? | | Gambar 1 | Gambar 2 | |:---|:---|:---| | A | Wujud pada pengeluaran sifar | Wujud apabila pengeluaran telah dimulakan | | B | Berubah mengikut perubahan keluaran | Tetap walaupun berlaku perubahan keluaran | | C | Sukar ditambah dalam jangka masa pendek | Mudah ditambah dalam jangka masa pendek | | D | Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos tetap | Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos berubah | star A Wujud pada pengeluaran sifar | Wujud apabila pengeluaran telah dimulakan B Berubah mengikut perubahan keluaran | Tetap walaupun berlaku perubahan keluaran C Sukar ditambah dalam jangka masa pendek | Mudah ditambah dalam jangka masa pendek D Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos tetap | Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos berubah T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
21 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran bagi sebuah firma. | | | |:---|:---| | • Kos Tetap | RM50.00 | | • Kos Berubah | RM30.00 | | • Kos Purata | RM2.00 | Berapakah jumlah keluaran firma tersebut? star A 40 unit B 60 unit C 80 unit D 100 unit T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
22 Jadual 3 menunjukkan output dan jumlah kos bagi sebuah firma. | Output (unit) | Jumlah Kos (RM) | |---|---| | 10 | 630 | | 15 | 680 | | 20 | 740 | Jadual 3 Berapakah kos marginal bagi keluaran ke-15? star A RM10.00 B RM12.00 C RM45.33 D RM52.40 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
23 Pernyataan yang manakah betul tentang peranan kerajaan sebagai pengeluar? star A Menstabilkan harga barangan di pasaran B Membekalkan barang awam kepada rakyat C Menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam D Mengawal kesan luaran daripada aktiviti pengeluaran T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
24 Apakah yang menyebabkan berlaku inflasi tolakan kos? star A Kadar pertukaran Ringgit Malaysia naik B Perbelanjaan masyarakat bertambah C Peningkatan harga bahan mentah D Kuasa beli pengguna tinggi T5 Bab 1.2.2 Inflasi
25 Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran dalam ekonomi. - Kemerosotan dalam industri tertentu menyebabkan pembuangan pekerja dalam sektor berkenaan. - Pekerja tersebut sukar mencari pekerjaan dalam sektor ekonomi yang lain. Apakah punca jenis pengangguran tersebut berlaku? star A Sikap buruh yang terlalu memilih pekerjaan B Berlaku ketidakstabilan harga komoditi C Kelewatan iklan kekosongan jawatan D Firma mengurangkan pengeluaran T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
26 Manakah yang betul tentang dasar fiskal menguncup? star A Mengurangkan belanja pembangunan B Menurunkan kadar cukai pendapatan C Menambahkan bilangan tenaga kerja D Meningkatkan permintaan agregat T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
27 Manakah merupakan hasil cukai langsung kerajaan? star A Cukai jualan B Cukai pintu C Duti import D Duti eksais T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
28 Maklumat berikut berkaitan jenis sumber hasil kerajaan. Jumlah Hasil = Cukai Langsung + X + Hasil bukan cukai Pernyataan yang manakah betul tentang X? star A Bebanan boleh dipindah kepada pihak lain B Merapatkan jurang antara masyarakat C Sumbangan terbesar hasil kerajaan D Contohnya ialah duti setem T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
29 Komponen yang manakah merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan? star A Naik taraf jalan kampung B Bantuan diesel kepada nelayan pantai C Bekalkan kertas untuk pejabat kerajaan D Menyelenggara bangunan Hospital Serdang T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
30 Maklumat di bawah menunjukkan tindakan bank pusat untuk mengawal ketidakstabilan ekonomi. Pasangan yang manakah betul tentang perlaksanaan tindakan bank pusat tersebut? | Dasar Kewangan | Tindakan | |---|---| | A Menguncup | Kurangkan nisbah rizab berkanun | | B Mengembang | Naikkan kadar faedah pinjaman | | C Menguncup | Longgarkan syarat sewa beli | | D Mengembang | Beli surat jaminan kerajaan | star A Menguncup | Kurangkan nisbah rizab berkanun B Mengembang | Naikkan kadar faedah pinjaman C Menguncup | Longgarkan syarat sewa beli D Mengembang | Beli surat jaminan kerajaan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
31 Pernyataan yang manakah betul tentang tujuan kuota? star A Mengurangkan kos pengeluaran tempatan B Mengehad kemasukan barang import C Menjamin keselamatan negara D Meningkatkan hasil kerajaan T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
32 Jadual 4 menunjukkan eksport dan import barang nampak Malaysia pada suatu tahun. | Butiran | Jumlah (RM juta) | | Eksport kayu balak | 9 948 | | Eksport gas asli cecair | 11 300 | | Eksport barang perkilangan | 317 937 | | Import barang modal | 47 064 | | Import barang perantaraan | 230 611 | Jadual 4 Apakah keadaan imbangan dagangan negara tersebut? star A Lebihan RM61 510 juta B Lebihan RM339 185 juta C Kurangan RM61 510 juta D Kurangan RM339 185 juta T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
33 Apakah yang menyebabkan imbangan dagangan cenderung positif? star A Peningkatan import barang oleh negara luar B Kemasukan modal asing semakin tinggi C Pertambahan pengambilan pekerja asing D Kehadiran pelancong luar yang ramai T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
34 Situasi yang manakah mewujudkan penawaran bagi Ringgit Malaysia? star A Hotel Seri Manjung menerima pelancong dari Jepun B Toyota Motor Jepun mendapat pekerja mahir dari Malaysia C Universiti Malaya menghantar pensyarah berkhidmat di Oxford D MAS Airline menyewa pesawat Saudi Air bagi pakej haji di Mekah T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
35 Jadual 5 menunjukkan kadar pertukaran di antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM). | Tahun | Kadar Pertukaran Asing | |---|---| | 2018 | USD1 = RM3.80 | | 2019 | USD1 = RM4.10 | Jadual 5 Pernyataan yang manakah betul tentang kadar pertukaran tahun 2019 berbanding tahun 2018? star A Harga barangan import Amerika Syarikat di Malaysia lebih murah B Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Syarikat berkurangan C Penawaran Ringgit Malaysia akan menurun D Imbangan dagangan cenderung negatif T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
36 Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Kerajaan membuat pilihan kerana kekurangan sumber modal. II Pilihan yang dibuat oleh kerajaan adalah bermatlamat memaksimumkan kebajikan. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
37 I Keanjalan harga permintaan mengukur tindak balas perubahan kuantiti barang akibat perubahan harga. II Keanjalan harga permintaan sesuatu barang adalah anjal perlu dinaikkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 2.2.1 Keanjalan Harga Permintaan T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
38 I Belanjawan kurangan menunjukkan perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah hasil. II Belanjawan kurangan dilaksanakan untuk mengawal kemelesetan ekonomi dalam negara. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
39 I Akaun semasa ialah akaun yang merekod penerimaan dan pembayaran kewangan sesebuah negara dalam tempoh setahun. II Penerimaan kewangan akaun semasa direkod dalam butiran debit manakala pembayaran kewangan direkod dalam butiran kredit. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.3.2 Imbangan Pembayaran T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
40 I Permintaan ke atas Ringgit Malaysia berhubung secara langsung dengan permintaan terhadap eksport negara. II Peningkatan permintaan ke atas eksport akan mendorong kepada peningkatan nilai Ringgit Malaysia di pasaran. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing