arrow_back

Selangor Trial 2022 Economics Kertas 1 · Set 1

1
Kerajaan membuat pilihan dalam ekonomi kerana
2
Mengapakah usahawan menerima pulangan untung?
3
Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Otomotif Berhad. - Harga kereta P seunit RM65 000 - Keupayaan pengeluaran setahun 8 000 unit - Target menyaingi kereta import Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh firma tersebut? I Apa yang hendak dikeluarkan II Berapa yang hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan
4
Mengapakah kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi campuran?
5
Pernyataan yang manakah betul tentang keluk penawaran individu?
6
Jadual 1 menunjukkan harga dan kuantiti permintaan terhadap komputer riba bagi tempoh dua bulan. | Harga (RM) | Jumlah permintaan (unit) | |---|---| | | Januari | Julai | | 1 550 | 10 000 | 10 500 | Jadual 1 Apakah faktor yang menyebabkan perubahan permintaan komputer riba pada bulan Julai berbanding bulan Januari?
7
Rajah 1 menunjukkan keluk penawaran bagi suatu barang. Apakah yang menyebabkan perubahan tersebut?
8
Maklumat berikut berkaitan dengan harga dan kuantiti diminta terhadap dapur elektrik. - Pada tingkat harga RM400 seunit, kuantiti diminta ialah 1 000 unit. - Apabila harga jatuh kepada RM350 seunit, kuantiti diminta sebanyak 1 200 unit. Berapakah nilai keanjalan harga permintaan barang tersebut?
9
Rajah 2 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran bagi barang G. Pernyataan yang manakah betul tentang rajah tersebut?
10
Iklan jualan di bawah berkaitan dengan fungsi wang dalam ekonomi. Harga pasaran: RM3 500.00 Kini, tanpa deposit; MINGGUAN RM17.10 Apakah fungsi wang RM17.10 dalam iklan tersebut?
11
Apakah peranan bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan? I Mengawal nisbah rizab berkanun II Memberi pendahuluan sementara III Mengurus kadar pertukaran asing IV Menjadi sumber pinjaman terakhir
12
Tindakan bank pusat yang manakah dapat mengurangkan kuasa beli pengguna dalam ekonomi?
13
Pernyataan yang manakah betul tentang kemudahan overdraf bank perdagangan?
14
Manakah yang betul tentang kegiatan ekonomi di sektor kedua?
15
Apakah faedah sampingan dalam pemilihan pekerjaan?
16
Jadual 2 menunjukkan pendapatan dan pembayaran Encik Abu dalam setahun. | Butiran | Jumlah (RM) | |---|---| | Pendapatan | 35 800 | | Caruman KWSP | 3 850 | | Cukai pendapatan | 380 | | Bayaran zakat | 360 | | Premium insurans hayat | 1 200 | Jadual 2 Berapakah pendapatan boleh guna Encik Abu pada tahun tersebut?
17
Antara yang berikut, manakah merupakan kelebihan pembelian secara kredit? I Menggalakkan perbelanjaan secara berhemah II Merancang penggunaan wang berdasarkan baki bulanan III Meringankan beban kewangan selepas pembelian barang IV Mengelak daripada berlaku tekanan inflasi dalam ekonomi
18
Pilih urutan yang betul dalam menyediakan belanjawan peribadi. I Mengimbangkan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan II Mencatatkan kesemua perbelanjaan yang perlu dilakukan III Kenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib IV Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
19
Firma ialah satu unit ekonomi yang
20
Gambar 1 dan Gambar 2 ialah dua contoh input yang digunakan dalam proses pengeluaran. Pasangan yang manakah betul tentang gambar di atas? | | Gambar 1 | Gambar 2 | |:---|:---|:---| | A | Wujud pada pengeluaran sifar | Wujud apabila pengeluaran telah dimulakan | | B | Berubah mengikut perubahan keluaran | Tetap walaupun berlaku perubahan keluaran | | C | Sukar ditambah dalam jangka masa pendek | Mudah ditambah dalam jangka masa pendek | | D | Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos tetap | Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos berubah |
21
Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran bagi sebuah firma. | | | |:---|:---| | • Kos Tetap | RM50.00 | | • Kos Berubah | RM30.00 | | • Kos Purata | RM2.00 | Berapakah jumlah keluaran firma tersebut?
22
Jadual 3 menunjukkan output dan jumlah kos bagi sebuah firma. | Output (unit) | Jumlah Kos (RM) | |---|---| | 10 | 630 | | 15 | 680 | | 20 | 740 | Jadual 3 Berapakah kos marginal bagi keluaran ke-15?
23
Pernyataan yang manakah betul tentang peranan kerajaan sebagai pengeluar?
24
Apakah yang menyebabkan berlaku inflasi tolakan kos?
25
Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran dalam ekonomi. - Kemerosotan dalam industri tertentu menyebabkan pembuangan pekerja dalam sektor berkenaan. - Pekerja tersebut sukar mencari pekerjaan dalam sektor ekonomi yang lain. Apakah punca jenis pengangguran tersebut berlaku?
26
Manakah yang betul tentang dasar fiskal menguncup?
27
Manakah merupakan hasil cukai langsung kerajaan?
28
Maklumat berikut berkaitan jenis sumber hasil kerajaan. Jumlah Hasil = Cukai Langsung + X + Hasil bukan cukai Pernyataan yang manakah betul tentang X?
29
Komponen yang manakah merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan?
30
Maklumat di bawah menunjukkan tindakan bank pusat untuk mengawal ketidakstabilan ekonomi. Pasangan yang manakah betul tentang perlaksanaan tindakan bank pusat tersebut? | Dasar Kewangan | Tindakan | |---|---| | A Menguncup | Kurangkan nisbah rizab berkanun | | B Mengembang | Naikkan kadar faedah pinjaman | | C Menguncup | Longgarkan syarat sewa beli | | D Mengembang | Beli surat jaminan kerajaan |
31
Pernyataan yang manakah betul tentang tujuan kuota?
32
Jadual 4 menunjukkan eksport dan import barang nampak Malaysia pada suatu tahun. | Butiran | Jumlah (RM juta) | | Eksport kayu balak | 9 948 | | Eksport gas asli cecair | 11 300 | | Eksport barang perkilangan | 317 937 | | Import barang modal | 47 064 | | Import barang perantaraan | 230 611 | Jadual 4 Apakah keadaan imbangan dagangan negara tersebut?
33
Apakah yang menyebabkan imbangan dagangan cenderung positif?
34
Situasi yang manakah mewujudkan penawaran bagi Ringgit Malaysia?
35
Jadual 5 menunjukkan kadar pertukaran di antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM). | Tahun | Kadar Pertukaran Asing | |---|---| | 2018 | USD1 = RM3.80 | | 2019 | USD1 = RM4.10 | Jadual 5 Pernyataan yang manakah betul tentang kadar pertukaran tahun 2019 berbanding tahun 2018?
36
Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Kerajaan membuat pilihan kerana kekurangan sumber modal. II Pilihan yang dibuat oleh kerajaan adalah bermatlamat memaksimumkan kebajikan.
37
I Keanjalan harga permintaan mengukur tindak balas perubahan kuantiti barang akibat perubahan harga. II Keanjalan harga permintaan sesuatu barang adalah anjal perlu dinaikkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil.
38
I Belanjawan kurangan menunjukkan perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah hasil. II Belanjawan kurangan dilaksanakan untuk mengawal kemelesetan ekonomi dalam negara.
39
I Akaun semasa ialah akaun yang merekod penerimaan dan pembayaran kewangan sesebuah negara dalam tempoh setahun. II Penerimaan kewangan akaun semasa direkod dalam butiran debit manakala pembayaran kewangan direkod dalam butiran kredit.
40
I Permintaan ke atas Ringgit Malaysia berhubung secara langsung dengan permintaan terhadap eksport negara. II Peningkatan permintaan ke atas eksport akan mendorong kepada peningkatan nilai Ringgit Malaysia di pasaran.
Papers are for study reference only; copyright belongs to the original publisher. Contact us to request removal.