1 Bidang ekonomi mengkaji bagaimana manusia star A memenuhi kehendak berdasarkan lebihan pendapatan B mengoptimum output melalui penggunaan input yang terbatas C meminimumkan kos daripada bekalan sumber modal yang banyak D memilih projek pembangunan penting untuk memaksimum kebajikan T4 Bab 1.1.1 Takrif Ilmu Ekonomi
2 Gambar 1 menunjukkan contoh faktor pengeluaran dalam ekonomi. Gambar 1 Pernyataan yang manakah betul tentang gambar tersebut? star A Kreatif dalam menghasilkan produk baharu B Terima ganjaran upah melalui bekerja sendiri C Sumbangkan tenaga untuk mengeluarkan output D Bersedia hadapi risiko ketidakpastian di pasaran T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan? star A Mengatasi kekurangan input pengeluaran B Mengoptimum keupayaan aset modal C Mengutamakan kebajikan masyarakat D Mempelbagaikan kegunaan keluaran T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
4 Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran dalam ekonomi. Rajah 1 Pernyataan yang manakah betul tentang rajah di atas? star A Lebihan sumber berlaku pada kombinasi A dan D B Kos lepas adalah 40 unit apabila perubahan titik A ke B C Pengeluaran kasut lebih cekap pada titik C berbanding titik B D Kombinasi titik ABCD menunjukkan wujudnya masalah pilihan T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
5 Sistem ekonomi kapitalis lebih baik daripada sistem ekonomi sosialis kerana star A sumber ekonomi diagihkan secara adil B penggunaan input pengeluaran lebih cekap C wujud keseimbangan dalam agihan pendapatan D kaedah pengeluaran barang yang berskala besar T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
6 Pasangan yang manakah betul? | | Masalah Asas Ekonomi | Keterangan | |---|---|---| | A | Apa yang hendak dikeluarkan | Diselesaikan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna | | B | Berapa yang hendak dikeluarkan | Dikeluarkan melalui penggabungan faktor pengeluaran secara optimum | | C | Bagaimana hendak dikeluarkan | Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan | | D | Untuk siapa dikeluarkan | Dikeluarkan bergantung kepada harga relatif faktor pengeluaran | star A A B B C C D D T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
7 Pernyataan yang manakah betul tentang penyelesaian masalah teknik pengeluaran bagi sistem ekonomi kapitalis? star A Minimumkan kos pengeluaran dalam setiap unit penggunaan input B Membuat pengagihan produk mengikut kuasa beli masyarakat C Menentukan jumlah output berdasarkan mekanisma pasaran D Memilih keluaran yang dapat penuhi permintaan pengguna T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
8 Antara berikut, yang manakah betul tentang keluk penawaran individu? I Hubungan di antara harga dengan kuantiti secara langsung II Keluk akan beralih ke kanan apabila upah buruh meningkat III Bentuk keluk lebih landai berbanding keluk penawaran pasaran IV Perubahan dalam kuantiti ditawar akibat perubahan harga barang itu star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.6 Hukum Penawaran T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan
9 Rajah 2 menunjukkan perubahan permintaan terhadap suatu barang. Harga (RM) Rajah 2 Apakah yang menyebabkan perubahan permintaan tersebut? star A Jangkaan harga barang akan naik B Kadar cukai pendapatan meningkat C Jabatan Kastam menaikkan duti eksais D Harga barang penggenap semakin tinggi T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
10 Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan individu A (DADA) dan B (DBDB) dalam pasaran. Harga (RM) Rajah 3 Pernyataan yang manakah betul tentang rajah di atas? star A Pada tingkat harga RM8 permintaan pasaran sebanyak 40 unit B Kecerunan keluk permintaan pasaran lebih landai berbanding keluk DADA C Keseimbangan pasaran berlaku pada titik persilangan keluk DADA dengan DBDB D Permintaan pasaran meningkat kepada 100 unit kesan penurunan harga ke RM4 T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
11 Rajah 4 menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran bagi suatu barang. Harga (RM) Rajah 4 Pernyataan yang manakah betul tentang rajah di atas? star A Lebihan permintaan sebanyak 10 unit apabila titik keseimbangan berubah dari E0 ke E1 B Peralihan keluk S0 ke S1 disebabkan oleh perubahan harga barang itu sebanyak RM4 C Kuantiti bertambah dari 20 ke 30 unit kesan kejatuhan harga keseimbangan ke RM8 D Titik keseimbangan E1 terbentuk kesan peningkatan penawaran sebanyak 30 unit T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
12 Jadual 1 menunjukkan peratus perubahan kuantiti dan harga diminta suatu barang. | Jenis barang | Peratus perubahan kuantiti | Peratus perubahan harga | |---|---|---| | Q | 10 | 12 | Jadual 1 Pernyataan yang manakah betul tentang barang tersebut? star A Contoh barang ialah kereta mewah B Terdapat banyak pengganti dalam pasaran C Naikkan harga untuk tingkatkan jumlah hasil D Pengguna lebih responsif terhadap perubahan harga T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
13 Jadual 2 menunjukkan harga dan kuantiti ditawar bagi barang X. | Harga (RM) | Kuantiti ditawar (unit) | |---|---| | 15 | 350 | | 10 | 200 | Jadual 2 Berapakah keanjalan harga penawaran jika harga berubah daripada RM15 kepada RM10? star A 0.67 B 0.75 C 1.29 D 1.50 T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran
14 Gambar 2 menunjukkan contoh media yang digunakan dalam kegiatan ekonomi. Gambar 2 Pernyataan manakah yang betul tentang gambar di atas? star A Merupakan wang sah dalam urus niaga B Patuhi penetapan sandaran minimum C Alat pertukaran yang diterima umum D Dikenakan caj atas perkhidmatan T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
15 Maklumat berikut berkaitan tindakan bank pusat dalam ekonomi. Mengubah kadar rizab bagi mengawal kadar inflasi yang boleh menjejaskan kuasa beli pengguna dalam ekonomi. Apakah fungsi bank pusat yang berkaitan dengan tindakan tersebut? star A Jurubank kepada kerajaan B Mengawal bekalan mata wang C Jurubank kepada bank perdagangan D Mengawal kestabilan nilai mata wang T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
16 Pernyataan manakah yang betul tentang deposit tetap? star A Faedah dibayar setelah sampai tempoh matang B Mendapat kemudahan pinjaman melebihi baki akaun C Pemegang akaun menerima penyata bank setiap bulan D Mempunyai satu tempoh masa simpanan dalam setahun T4 Bab 3.3.11 Strategi Simpanan
17 Apakah kelebihan melakukan pembayaran secara tunai? star A Pembayaran untuk barang mewah mudah dibuat B Melahirkan sikap berbelanja secara berhemah C Dapat menikmati khidmat selepas jualan D Risiko kehilangan wang adalah rendah T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
18 Gambar 3 menunjukkan contoh pekerjaan dalam ekonomi. Gambar 3 Apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut? star A Dapat nikmati faedah sampingan B Tempoh masa bekerja yang fleksibel C Pulangan yang tetap diperoleh setiap bulan D Bebas daripada risiko ketidakpastian pasaran T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
19 Jadual 3 menunjukkan potongan wajib dan perbelanjaan oleh Encik Hassan pada suatu bulan. | Butiran | Jumlah (RM) | |---|---| | Zakat | 150 | | Bil-bil utiliti | 180 | | Makanan & minuman | 450 | | Cukai pendapatan | 220 | | Insurans kenderaan | 550 | | Tabungan | 800 | Jadual 3 Berapakah pendapatan boleh guna Encik Hassan pada bulan tersebut? star A RM920 B RM1 060 C RM1 180 D RM1 980 T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
20 Apakah kepentingan individu menyediakan belanjawan peribadi? star A Menyedia perbelanjaan bagi potongan wajib B Menyelaras jumlah bayaran tunggakan hutang C Merancang peruntukan pelaburan masa depan D Memperuntuk sejumlah baki bagi kegunaan hari tua T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
21 Pernyataan yang manakah betul tentang input tetap? star A Firma beroperasi dalam jangka masa pendek B Berubah mengikut perubahan keluaran C Wujud apabila pengeluaran bermula D Contoh ialah bahan mentah T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
22 Tindakan yang manakah berlaku dalam jangka masa pendek? I Menambah stok bahan mentah II Membesar tapak operasi kilang III Menyedia mesin berteknologi tinggi IV Mengambil pekerja baharu dari luar negara star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
23 Manakah antara yang berikut berkaitan proses pengeluaran? star A Kegiatan menghasilkan pelbagai faktor pengeluaran B Tindakan membekalkan input dalam aktiviti pengeluaran C Penggabungan sejumlah input untuk menghasilkan barangan D Kesediaan pengeluar menghadapi risiko ketidakpastian pasaran T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
24 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran buku bagi Firma ZT. | | | |:---|:---| | • Kos Tetap | RM50.00 | | • Kos Berubah | RM30.00 | | • Kos Purata | RM2.00 | Berapakah jumlah keluaran firma tersebut? star A 30 unit B 40 unit C 50 unit D 80 unit T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
25 Pernyataan yang manakah betul tentang untung? star A Berhubung secara langsung dengan harga dan kuantiti jualan di pasaran B Ganjaran kepada faktor yang memproses output untuk dijadikan barang siap C Wujud apabila jumlah kos pengeluaran lebih kecil daripada penerimaan hasil D Merupakan jumlah nilai yang diterima oleh firma hasil daripada jualan produk T4 Bab 4.1.6 Konsep Hasil dan Untung
26 Manakah yang betul tentang eksternaliti positif? star A Kesan sampingan yang dinikmati oleh pengguna daripada aktiviti pengeluaran B Faedah kepada masyarakat tanpa melibatkan bayaran kepada pihak lain C Meningkatkan keupayaan penghasilan barangan dalam pasaran D Harga lebih rendah kerana tidak mengambil kira kos luaran T4 Bab 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial
27 Apakah peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar agar tidak mengeksploitasi pengguna? star A Menyediakan barang awam yang tidak mampu disediakan oleh pengeluar B Melaksanakan dasar harga maksimum untuk menjamin kebajikan masyarakat C Memberikan subsidi bagi menggalakkan penggunaan teknik yang lebih mesra alam D Mewujudkan monopoli semula jadi bagi mengelakkan penguasaan pasaran oleh swasta T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
28 Maklumat berikut berkaitan dengan penetapan syarat sewa beli oleh bank perdagangan. Pinjaman maksimum | 80% Tempoh kredit | 6 tahun Kadar faedah | 6.5% setahun Tindakan yang manakah betul tentang syarat sewa beli tersebut untuk mengawal inflasi? | Pinjaman maksimum | Tempoh kredit | Kadar faedah A | 70% | 7 tahun | 6% B | 75% | 5 tahun | 7% C | 85% | 7 tahun | 6% D | 90% | 5 tahun | 7% star A A B B C C D D T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
29 Bagaimanakah kerajaan mengawal kemelesetan ekonomi melalui dasar fiskal? I Menurunkan kadar cukai pendapatan individu II Meningkatkan projek infrastruktur luar bandar III Memperkenalkan cukai tak langsung yang baharu IV Mengurangkan projek pembangunan yang tidak produktif star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
30 Apakah tindakan melalui dasar kewangan dapat meningkatkan bekalan wang dalam ekonomi? star A Memanjang tempoh bayar balik pinjaman B Meningkatkan nisbah rizab berkanun C Menaikkan kadar faedah pinjaman D Menjual surat jaminan kerajaan T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
31 Pasangan yang manakah betul tentang perbelanjaan pembangunan kerajaan? | Sektor | Contoh | | :------------ | :------------------------------------------ | | A Keselamatan | Membeli kelengkapan pejabat untuk kem tentera | | B Pentadbiran am | Menyiapkan rumah kediaman anggota bomba | | C Perkhidmatan sosial | Peningkatan kemahiran doktor pakar bedah | | D Perkhidmatan ekonomi | Pembayaran naik taraf infrastruktur ICT | star A A B B C C D D T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
32 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan pertukaran asing kepada sesebuah negara? I Membiayai bagi mendapatkan produk negara luar II Membolehkan negara asing mengimport barangan III Memudahkan kedatangan pelancong asing IV Membayar balik pinjaman luar negara star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.1 Pertukaran Asing
33 Situasi yang manakah menunjukkan eksport tak nampak negara? star A Ana Beauty memasarkan produk kecantikan di ekspo perniagaan Tokyo B Encik John Oliet menginap di Hotel Seri Putra semasa melancong ke Melaka C Firma ABC menghantar pegawainya menjalani latihan kejuruteraan di Jerman D Pekerja Indonesia menghantar wang sara hidup untuk keluarganya di Sumatera T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
34 Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya permintaan ke atas Ringgit Malaysia? star A Syarikat Nissan Jepun membekalkan alat ganti ke kilang pemasangan di Rawang B Encik Nabil melawat anaknya yang sedang belajar di Boston, Amerika Syarikat C Selangor FC menghantar pemain untuk menjalani latihan di London, England D Arab Saudi meningkatkan permintaan buah-buahan segar dari Malaysia T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
35 Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |:-------|:-------------|:--------------| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Salah | Salah | | D | Betul | Betul | I Kerajaan membuat pilihan kerana menghadapi masalah kekurangan sumber hasil negara. II Pilihan keluaran terbaik yang dibuat oleh kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. star A A B B C C D D T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
36 I Upah benar merupakan ganjaran yang diterima oleh buruh kerana bekerja dengan majikan. II Semakin tinggi upah benar semakin banyak jumlah barang yang dapat dimiliki. star A A B B C C D D T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
37 I Overdraf merupakan kemudahan pinjaman jangka panjang yang disediakan kepada pemegang akaun semasa. II Overdraf membolehkan pemegang akaun mengeluarkan wang melebihi baki simpanan. star A A B B C C D D T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
38 I Kerajaan menggunakan dasar kewangan mengembang untuk mengawal deflasi dalam negara. II Tindakan kerajaan menaikkan nisbah rizab berkanun merupakan pelaksanaan dasar kewangan mengembang. star A A B B C C D D T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
39 I Sumber hasil kerajaan terdiri daripada cukai langsung dan cukai tak langsung. II Cukai langsung merupakan cukai yang perlu dibayar terus oleh pembayar cukai kepada kerajaan. star A A B B C C D D T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
40 I Globalisasi merupakan proses interaksi dan integrasi antara unit ekonomi pelbagai negara. II Globalisasi akan menghalang pergerakan buruh melintasi sempadan antara negara yang terlibat. star A A B B C C D D T5 Bab 2.1.1 Globalisasi