arrow_back

Others Trial 2023 Ekonomi Kertas 1 · Daerah Kluang

1
Ilmu ekonomi ialah bidang yang mengkaji cara manusia
2
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pilihan? I Firma membuat pilihan untuk menaikkan taraf hidup II Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan III Firma membuat pilihan output akibat kekurangan faktor pengeluaran IV Firma memilih menjalankan projek yang dapat memaksimumkan kepuasan
3
Pernyataan di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran. | Faktor pengeluaran X | Faktor pengeluaran Y | | Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam aktiviti pengeluaran | Menyelaraskan faktor pengeluaran lain dalam aktiviti pengeluaran | Apakah faktor pengeluaran X dan Y? | | X | Y | |---|---|---| | A | Modal | Usahawan | | B | Usahawan | Buruh | | C | Buruh | Usahawan | | D | Buruh | Modal |
4
Rajah berikut menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran. Pilih pernyataan yang tepat apabila kombinasi pengeluaran bergerak daripada titik D ke E
5
Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi. > Persaingan adalah secara bebas antara pengeluar untuk mencari keuntungan tanpa kawalan kerajaan. Pernyataan manakah yang benar tentang sistem ekonomi tersebut?
6
Maklumat berikut berkaitan masalah asas ekonomi > Syarikat AQ akan mengeluarkan permainan kanak-kanak sempena musim perayaan yang akan tiba pada bulan Disember nanti. Syarikat AQ telah menambah 10 orang pekerja dalam operasi pengeluarannya memandangkan permintaan yang tinggi menjelang musim tersebut. Apakah masalah asas ekonomi yang masih belum diselesaikan oleh Syarikat AQ?
7
Pernyataan manakah benar tentang hukum permintaan?
8
Antara yang berikut yang manakah menyebabkan peralihan keluk permintaan teh ke kanan?
9
Situasi berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran ikan. > Laut bergelora dengan ombak setinggi 4 meter berterusan sehingga minggu depan. Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil nelayan. Apakah titik koordinat baharu kesan daripada tindakan penentu penawaran tersebut?
10
Manakah yang betul berkaitan keseimbangan pasaran?
11
Logo di bawah ini merujuk kepada sebuah institusi kewangan di Malaysia. Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut? I Mengeluarkan wang kertas II Mengawal rizab berkanun III Menerima deposit daripada firma besar IV Memberi perkhidmatan pembayaran
12
Gambar di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan deposit bank perdagangan. Pilih ciri lain yang tepat menggambarkan kemudahan deposit tersebut.
13
Syarikat manakah yang terlibat dalam sektor kedua? | Syarikat | Aktiviti utama | |---|---| | A Syarikat Kinda Holding | Merupakan pengeluar pelbagai barang elektrik jenama Kinda | | B Syarikat Petrol Berhad | Mencari gali petroleum | | C Syarikat Api Berhad | Menyediakan kemudahan pengangkutan darat dan laut | | D Syarikat Mega Berhad | Menyediakan perkhidmatan perhotelan |
14
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu. > Z merupakan ganjaran kepada individu yang menangguhkan perbelanjaan masa kini. Ganjaran bagi Z ialah
15
Jadual di bawah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan Encik Zafri bagi bulan September 2023. | Butiran | RM | |---|---| | Gaji | 3 200 | | Makanan dan minuman | 1 100 | | Bonus | 1 400 | | Elaun | 600 | | Dividen | 200 | | Premium takaful | 300 | Berapakah jumlah pendapatan Encik Zafri?
16
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri barang kehendak?
17
Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembelian barangan secara bayaran kredit?
18
Pernyataan berikut berkaitan dengan pengeluaran jangka pendek. > Kilang Baju KK menggunakan 20 orang pekerja untuk mengeluarkan 180 helai baju sehari. Tambahan 5 orang pekerja menyebabkan pengeluaran bertambah kepada 280 helai sehari. Hitungkan berapakah keluaran marginal?
19
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Smartex Berhad > Syarikat Smartex Berhad mengeluarkan 8600 pasang kasut dan menjualnya dengan harga RM28 sepasang. Kos pengeluaran syarikat ialah: > Kos bahan mentah RM58 200 > Upah buruh RM32 000 > Sewa bangunan RM12 500 > Bil elektrik,air dan telefon RM10 200 Berapakah jumlah untung Syarikat Delima Berhad pada bulan tersebut?
20
Apakah faedah sosial daripada pembangunan hutan kepada kawasan perindustrian?
21
Pernyataan di bawah berkaitan dengan peranan kerajaan > Kerajaan Malaysia merupakan majikan terbesar di Malaysia dengan kakitangan seramai 1.6 juta orang. Bagaimanakah peranan kerajaan tersebut dapat membantu ekonomi negara?
22
Antara berikut, yang manakah benar mengenai kesan inflasi? I Daya saing negara bertambah baik II Golongan berpendapatan tetap akan menikmati keuntungan III Pertumbuhan ekonomi pada kadar inflasi yang kurang daripada 3% IV Perbelanjaan penggunaan bertambah untuk mengekalkan taraf hidup
23
Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?
24
Pernyataan yang manakah yang membezakan antara cukai langsung dan cukai tak langsung? | | Cukai langsung | Cukai tak langsung | |---|---|---| | A | Dikenakan ke atas individu dan firma | Dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan | | B | Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain | Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain | | C | Wajib dikenakan ke atas individu dan firma | Tidak wajib dikenakan ke atas individu dan firma | | D | Kadar cukai meningkat mengikut pendapatan | Kadar cukai tidak dipengaruhi oleh pendapatan |
25
Maklumat berikut menunjukkan senarai perbelanjaan kerajaan I Penyelenggaraan jalan raya II Pemberian subsidi kepada petani III Pembinaan jalan raya IV Pengubahsuaian pejabat Kerajaan V Pembayaran gaji kakitangan VI Pembelian peralatan ketenteraan Berdasarkan maklumat di atas, yang manakah perbelanjaan pembangunan?
26
Manakah dasar kewangan yang wajar diambil oleh bank pusat untuk mengatasi masalah inflasi?
27
Antara berikut, yang manakah kesan tindakan tersebut kepada ekonomi apabila bank pusat akan menaikkan kadar faedah? I Jumlah tabungan meningkat II Jumlah pinjaman menurun III Jumlah perbelanjaan meningkat IV Jumlah pendapatan negara menurun
28
Antara berikut, yang manakah faktor-faktor penggalak globalisasi sesebuah negara? I Ekonomi negara yang semakin liberal II Kewujudan pelbagai syarikat multinasional III Wujudnya blok perdagangan antara wilayah dan rantau IV Pelbagai sekatan ekonomi diperkenalkan oleh sesebuah negara
29
Pernyataan manakah yang menerangkan tujuan kuota dikenakan dalam perdagangan antarabangsa?
30
Pernyataan di bawah berkaitan dengan satu perjanjian perdagangan. > Perjanjian ini dibuat oleh Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara yang terlibat. Antara berikut, yang manakah merupakan perjanjian perdagangan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?
31
Apakah komposisi eksport nampak Malaysia?
32
Antara berikut, yang manakah yang merupakan kesan defisit akaun semasa? I Penurunan dalam pendapatan negara II Penurunan guna tenaga III Peningkatan taraf hidup IV Peningkatan kadar pertukaran asing
33
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika. > USD1 = RM4.15 Hitungkan jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh Fina yang ingin membeli sehelai baju yang bernilai USD128 ketika melancong di New York.
34
Situasi manakah yang menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia? I Syarikat Malaysia melabur di Vietnam II Kemasukan pelaburan Jerman ke Malaysia III Qatar membeli minyak sawit dari Malaysia IV Malaysia beri bantuan kepada mangsa banjir Thailand
35
Jadual berikut menunjukkan perubahan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika. | Tahun | Kadar pertukaran asing | |---|---| | 2021 | USD1=RM 4.49 | | 2022 | USD1=RM 4.11 | Apakah kesan ke atas Malaysia pada tahun 2021 berbanding tahun 2022?
36
I Wang ialah alat atau komoditi yang digunakan sebagai alat perantaraan pertukaran. II Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran suatu barang yang berfungsi sebagai alat bayaran tertunda.
37
I Keadaan ekonomi semasa akan mempengaruhi pemilihan pekerjaan setiap individu. II Risiko pekerjaan yang rendah akan menarik minat lebih ramai individu untuk bekerja.
38
I Produktiviti ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan. II Peningkatan produktiviti akan menggambarkan tingkat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
39
I Syarikat multinasional ialah firma yang beroperasi di beberapa negara secara serentak. II Syarikat Penerbangan Airasia merupakan syarikat multinasional.
40
I Perdagangan antarabangsa melibatkan aktiviti import dan eksport sahaja. II Pengguna dapat menikmati pilihan barang yang pelbagai melalui aktiviti perdagangan antarabangsa.
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.