arrow_back

Putrajaya Trial 2023 Economics Kertas 1

1
Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan apabila memilih sesuatu barangan?
2
Antara berikut, yang manakah menunjukkan andaian keluk kemungkinan pengeluaran? I Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh II Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang III Faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya IV Tingkat teknologi yang digunakan semakin tinggi
3
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada "untuk siapa hendak dikeluarkan" dalam penyelesaian masalah asas ekonomi? I Jenis barang II Agihan barangan III Agihan pendapatan IV Teknik pengeluaran
4
Pernyataan manakah berkaitan dengan konsep sistem ekonomi Islam?
5
Apakah penentu yang mempengaruhi permintaan individu?
6
Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Rajah 1 Penentu yang manakah menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1?
7
Faktor yang manakah merupakan faktor penentu penawaran? I Promosi II Cita rasa III Matlamat pengeluar IV Harga faktor pengeluaran
8
Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran durian. Rajah 2 Jika titik koordinat asal ialah X, antara titik A, B, C dan D yang manakah titik koordinat baharu bagi durian apabila tiba musim durian.
9
Rajah 3 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang. Rajah 3 Apakah yang akan berlaku apabila harga naik lebih tinggi daripada Po?
10
Jadual 1 menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi dua jenis barang. | Barang | Peratus Perubahan Kuantiti Diminta | Peratus Perubahan Harga | |---|---|---| | X | 20 | 10 | | Y | 10 | 15 | Jadual 1 Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y? | | Barang X | Barang Y | |---|---|---| | A | Anjal | Tidak anjal | | B | Tidak anjal | Anjal | | C | Anjal | Anjal | | D | Tidak anjal | Tidak anjal |
11
Pernyataan yang manakah betul tentang keanjalan harga penawaran?
12
Jika penurunan harga sesuatu barang daripada RM5.00 kepada RM4.00 menyebabkan penawaran berkurang sebanyak 30%, berapakah nilai keanjalan harga penawaran?
13
Mengapakah pekerjaan dalam sektor utama kurang diminati? I Upah tidak tetap II Faedah sampingan terhad III Memerlukan kelayakan akademik IV Memerlukan kemahiran yang tinggi
14
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu. X merupakan ganjaran kepada pemilik faktor tanah Apakah ganjaran X?
15
Mengapakah usahawan menerima untung?
16
Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan dan potongan wajib Encik Hamid bagi tempoh sebulan. | Butiran | RM | |---|---| | Zakat | 200 | | KWSP | 360 | | Dividen | 520 | | Derma | 120 | | Cukai pendapatan | 170 | Berapakah jumlah potongan wajib bagi Encik Hamid?
17
Antara berikut yang manakah akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan. I Kerajaan membeku kenaikan gaji kakitangan kerajaan II Kadar cukai pendapatan perseorangan akan bertambah III Pasar raya menjalankan promosi besar-besaran di gudangnya IV Golongan berpendapatan rendah menerima bantuan daripada kerajaan
18
Apakah langkah yang wajar dalam penyediaan belanjawan peribadi? I Mencatat semua perbelanjaan II Mengenalpasti punca pendapatan III Menyusun perbelanjaan mengikut kehendak IV Imbangkan agar perbelanjaan melebihi pendapatan boleh guna
19
Antara berikut yang manakah kombinasi yang betul? | | Jenis pelaburan | Tahap risiko | Tahap pulangan | Tahap kecairan | |---|---|---|---|---| | A | Sekuriti Kerajaan | Rendah | Rendah | Sederhana | | B | Saham Syarikat | Tinggi | Tinggi | Tinggi | | C | Unit Amanah | Rendah | Rendah | Tinggi | | D | Hartanah | Rendah | Tinggi | Tinggi |
20
Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan input berubah dalam pengeluaran jangka masa pendek? I Contohnya ialah buruh dan bahan mentah II Tetap wujud walaupun keluaran adalah sifar III Berubah secara langsung dengan jumlah keluaran IV Jumlahnya tetap dalam pengeluaran jangka masa panjang
21
Maklumat yang berikut berkaitan dengan output dan kos bagi firma S&S. | Output | : | 120 unit | |---|---|---| | Kos purata | : | RM1.50 | | Kos tetap | : | RM60 | Hitung kos berubah purata bagi firma tersebut.
22
Apakah faktor yang mempengaruhi produktiviti dalam ekonomi? I teknologi II jenis milikan III saiz organisasi IV struktur organisasi
23
Maklumat di bawah berkaitan dengan projek yang dijalankan oleh kerajaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tiga projek laluan berbasikal sepanjang 11.5 km membabitkan laluan dari Midvalley ke Dataran Merdeka sepanjang 5.5 km, Wangsa Maju dan Taman Melati sepanjang 4 km serta Taman Batu Muda sepanjang 2 km dengan anggaran kos sebanyak RM3 juta. Apakah faedah sosial yang diperolehi daripada projek di atas?
24
Apakah objektif makroekonomi negara?
25
Apakah kesan apabila kadar faedah dinaikkan?
26
Maklumat yang berikut menunjukkan keadaan inflasi. - Harga faktor pengeluaran meningkat - Kuasa beli jatuh Apakah jenis inflasi tersebut?
27
Bagaimanakah pengiraan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) dapat membantu pembangunan sesebuah negara?
28
Peningkatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan membawa kepada I peningkatan infrastruktur fizikal II peningkatan kadar pengangguran III peningkatan bilangan kakitangan awam IV peningkatan taraf pendidikan penduduk di Malaysia
29
Apakah tujuan kerajaan menggunakan dasar fiskal mengembang dalam ekonomi?
30
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbelanjaan mengurus? I Puan Siti Hajar menerima pencen bulanan sebanyak RM2500 II Kerajaan membesarkan pelabuhan perikanan di Tok Bali Kelantan III Kementerian Pendidikan membina sebuah sekolah menengah di Taiping, Perak IV Encik Ali bekerja sebagai kerani dan menerima gaji setiap bulan sebanyak RM3 500
31
Bank pusat bercadang untuk menjual surat jaminan kerajaan yang bernilai RM5 bilion pada tahun ini. Tindakan bank pusat ini akan menyebabkan
32
Mengapakah kebanyakan negara terlibat dalam perdagangan antarabangsa?
33
Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia?
34
Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia?
35
Situasi yang manakah akan berlaku jika kadar faedah terus diturunkan ketika masalah pengangguran sudah dapat diatasi? I Pengangguran menjadi sifar II Peningkatan tingkat harga umum III Penawaran guna tenaga meningkat IV Permintaan agregat terus meningkat
36
I Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan, maka permintaannya adalah anjal. II Jika sesuatu barang mempunyai tahap ketagihan yang tinggi, permintaannya adalah anjal.
37
I Bank pusat tidak mengawal kestabilan nilai mata wang. II Bank pusat berperanan sebagai jurubank kepada Kerajaan.
38
I Akaun imbangan pembayaran melibatkan rekod butiran debit dan kredit. II Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga komponen utama iaitu akaun modal, akaun semasa dan akaun kewangan.
39
I Perubahan nilai Ringgit Malaysia daripada RM5.65 kepada RM5.45 bagi seunit Pound Sterling menunjukkan bahawa nilai Ringgit Malaysia telah menurun. II Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia menyebabkan harga barang eksport secara relatif lebih mahal.
40
I Kenaikan dan kejatuhan kadar pertukaran asing bergantung kepada keadaan permintaan dan penawaran sesuatu mata wang di pasaran pertukaran asing. II Perubahan kadar pertukaran asing bagi sesuatu mata wang akan mendatangkan kesan terhadap eksport dan import negara yang berkenaan.
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。