1 Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan apabila memilih sesuatu barangan? star A Untuk memenuhi keperluan B Untuk memaksimumkan jualan barangan C Untuk meningkatkan pengeluaran barangan D Untuk memenuhi kepuasan yang maksimum T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
2 Antara berikut, yang manakah menunjukkan andaian keluk kemungkinan pengeluaran? I Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh II Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang III Faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya IV Tingkat teknologi yang digunakan semakin tinggi star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
3 Antara berikut, yang manakah merujuk kepada "untuk siapa hendak dikeluarkan" dalam penyelesaian masalah asas ekonomi? I Jenis barang II Agihan barangan III Agihan pendapatan IV Teknik pengeluaran star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
4 Pernyataan manakah berkaitan dengan konsep sistem ekonomi Islam? star A Kepentingan individu lebih diutamakan B Wujud persaingan yang adil antara pengeluar C Sasaran pengeluaran berdasarkan agihan pendapatan D Individu dan pihak swasta bebas membuat keputusan ekonomi T4 Bab 1.2.4 Ekonomi Islam
5 Apakah penentu yang mempengaruhi permintaan individu? star A Jenis barang B Matlamat firma C Harga barang itu D Tingkat teknologi T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
6 Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Rajah 1 Penentu yang manakah menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1? star A Penurunan dalam cita rasa pengguna B Peningkatan harga barang pengganti C Jangkaan harga akan jatuh pada masa depan D Peningkatan kadar cukai pendapatan perseorangan T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
7 Faktor yang manakah merupakan faktor penentu penawaran? I Promosi II Cita rasa III Matlamat pengeluar IV Harga faktor pengeluaran star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran
8 Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran durian. Rajah 2 Jika titik koordinat asal ialah X, antara titik A, B, C dan D yang manakah titik koordinat baharu bagi durian apabila tiba musim durian. star A A B B C C D D T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
9 Rajah 3 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang. Rajah 3 Apakah yang akan berlaku apabila harga naik lebih tinggi daripada Po? star A Berlaku lebihan permintaan pasaran B Tingkat harga akan cenderung naik lagi C Kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaran D Kuantiti penawaran pasaran kurang daripada kuantiti permintaan pasaran T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
10 Jadual 1 menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi dua jenis barang. | Barang | Peratus Perubahan Kuantiti Diminta | Peratus Perubahan Harga | |---|---|---| | X | 20 | 10 | | Y | 10 | 15 | Jadual 1 Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y? | | Barang X | Barang Y | |---|---|---| | A | Anjal | Tidak anjal | | B | Tidak anjal | Anjal | | C | Anjal | Anjal | | D | Tidak anjal | Tidak anjal | star A Anjal | Tidak anjal B Tidak anjal | Anjal C Anjal | Anjal D Tidak anjal | Tidak anjal T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
11 Pernyataan yang manakah betul tentang keanjalan harga penawaran? star A Contoh barang anjal ialah kelapa sawit B Barang anjal mempunyai pekali lebih besar daripada satu C Dalam jangka masa panjang penawaran adalah tidak anjal D Mengukur peratus perubahan harga yang ditawar kesan daripada peratus perubahan kuantiti T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
12 Jika penurunan harga sesuatu barang daripada RM5.00 kepada RM4.00 menyebabkan penawaran berkurang sebanyak 30%, berapakah nilai keanjalan harga penawaran? star A 0.7 B 0.8 C 1.5 D 1.7 T4 Bab 2.2.6 Keanjalan Harga Penawaran
13 Mengapakah pekerjaan dalam sektor utama kurang diminati? I Upah tidak tetap II Faedah sampingan terhad III Memerlukan kelayakan akademik IV Memerlukan kemahiran yang tinggi star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
14 Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu. X merupakan ganjaran kepada pemilik faktor tanah Apakah ganjaran X? star A Upah B Sewa C Faedah D Untung T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
15 Mengapakah usahawan menerima untung? star A Melabur dalam saham B Sumbangan tenaga fizikal C Tanggungan risiko dan daya usaha D Menangguh penggunaan wang yang dipinjamkan T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
16 Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan dan potongan wajib Encik Hamid bagi tempoh sebulan. | Butiran | RM | |---|---| | Zakat | 200 | | KWSP | 360 | | Dividen | 520 | | Derma | 120 | | Cukai pendapatan | 170 | Berapakah jumlah potongan wajib bagi Encik Hamid? star A RM 730 B RM 850 C RM 1250 D RM 1370 T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
17 Antara berikut yang manakah akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan. I Kerajaan membeku kenaikan gaji kakitangan kerajaan II Kadar cukai pendapatan perseorangan akan bertambah III Pasar raya menjalankan promosi besar-besaran di gudangnya IV Golongan berpendapatan rendah menerima bantuan daripada kerajaan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.5 Faktor yang Mempengaruhi Corak Perbelanjaan Pengguna
18 Apakah langkah yang wajar dalam penyediaan belanjawan peribadi? I Mencatat semua perbelanjaan II Mengenalpasti punca pendapatan III Menyusun perbelanjaan mengikut kehendak IV Imbangkan agar perbelanjaan melebihi pendapatan boleh guna star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.9 Penyediaan Belanjawan Peribadi
19 Antara berikut yang manakah kombinasi yang betul? | | Jenis pelaburan | Tahap risiko | Tahap pulangan | Tahap kecairan | |---|---|---|---|---| | A | Sekuriti Kerajaan | Rendah | Rendah | Sederhana | | B | Saham Syarikat | Tinggi | Tinggi | Tinggi | | C | Unit Amanah | Rendah | Rendah | Tinggi | | D | Hartanah | Rendah | Tinggi | Tinggi | star A Sekuriti Kerajaan | Rendah | Rendah | Sederhana B Saham Syarikat | Tinggi | Tinggi | Tinggi C Unit Amanah | Rendah | Rendah | Tinggi D Hartanah | Rendah | Tinggi | Tinggi T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
20 Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan input berubah dalam pengeluaran jangka masa pendek? I Contohnya ialah buruh dan bahan mentah II Tetap wujud walaupun keluaran adalah sifar III Berubah secara langsung dengan jumlah keluaran IV Jumlahnya tetap dalam pengeluaran jangka masa panjang star A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
21 Maklumat yang berikut berkaitan dengan output dan kos bagi firma S&S. | Output | : | 120 unit | |---|---|---| | Kos purata | : | RM1.50 | | Kos tetap | : | RM60 | Hitung kos berubah purata bagi firma tersebut. star A RM180 B RM150 C RM1.50 D RM1.00 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
22 Apakah faktor yang mempengaruhi produktiviti dalam ekonomi? I teknologi II jenis milikan III saiz organisasi IV struktur organisasi star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
23 Maklumat di bawah berkaitan dengan projek yang dijalankan oleh kerajaan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tiga projek laluan berbasikal sepanjang 11.5 km membabitkan laluan dari Midvalley ke Dataran Merdeka sepanjang 5.5 km, Wangsa Maju dan Taman Melati sepanjang 4 km serta Taman Batu Muda sepanjang 2 km dengan anggaran kos sebanyak RM3 juta. Apakah faedah sosial yang diperolehi daripada projek di atas? star A pengurangan pencemaran air B pengurangan kesesakan lalu lintas C penurunan kos pembinaan jalan raya D pengurangan kadar kemalangan yang membabitkan basikal T4 Bab 4.2.5 Contoh Kos Sosial (Eksternaliti Negatif) dan Faedah Sosial (Eksternaliti Positif)
24 Apakah objektif makroekonomi negara? star A Kos pengeluaran negara meningkat B Kadar pengangguran lebih daripada 4% C Mencapai keseimbangan pasaran dalam ekonomi D Tingkat harga umum tidak naik secara berterusan T5 Bab 1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara
25 Apakah kesan apabila kadar faedah dinaikkan? star A Kos pinjaman berkurangan B Jumlah pinjaman akan berkurang C Pendapatan negara akan bertambah D Bekalan wang dalam pasaran bertambah T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
26 Maklumat yang berikut menunjukkan keadaan inflasi. - Harga faktor pengeluaran meningkat - Kuasa beli jatuh Apakah jenis inflasi tersebut? star A Inflasi eksport B Inflasi tolakan kos C Inflasi tarikan penawaran D Inflasi tarikan permintaan T5 Bab 1.2.2 Inflasi
27 Bagaimanakah pengiraan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) dapat membantu pembangunan sesebuah negara? star A Kerajaan dapat menetapkan inflasi B Kerajaan dapat menetapkan kadar pertukaran asing C Kerajaan dapat mengukur kadar pertumbuhan ekonomi D Kerajaan dapat mengukur kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara T5 Bab 1.2.7 Pertumbuhan Ekonomi Malaysia
28 Peningkatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan membawa kepada I peningkatan infrastruktur fizikal II peningkatan kadar pengangguran III peningkatan bilangan kakitangan awam IV peningkatan taraf pendidikan penduduk di Malaysia star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.2.8 Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi
29 Apakah tujuan kerajaan menggunakan dasar fiskal mengembang dalam ekonomi? star A Menambah permintaan wang B Menambah peluang pekerjaan C Mengurangkan masalah inflasi D Mengurangkan permintaan agregat T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
30 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbelanjaan mengurus? I Puan Siti Hajar menerima pencen bulanan sebanyak RM2500 II Kerajaan membesarkan pelabuhan perikanan di Tok Bali Kelantan III Kementerian Pendidikan membina sebuah sekolah menengah di Taiping, Perak IV Encik Ali bekerja sebagai kerani dan menerima gaji setiap bulan sebanyak RM3 500 star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
31 Bank pusat bercadang untuk menjual surat jaminan kerajaan yang bernilai RM5 bilion pada tahun ini. Tindakan bank pusat ini akan menyebabkan star A guna tenaga meningkat B pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat C aliran wang dalam pasaran negara akan berkurang D tingkat harga umum meningkat disebabkan peningkatan kuasa beli pengguna T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
32 Mengapakah kebanyakan negara terlibat dalam perdagangan antarabangsa? star A Iklim dan tanih yang sama B Kehendak pengguna sentiasa tidak terbatas C Nilai mata wang lebih rendah berbanding negara lain D Upah buruh dalam negara lebih murah dari negara import T4 Bab 1.1.2 Konsep Kekurangan dan Pilihan
33 Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia? star A Imbangan pembayaran memberi kesan positif B Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal C Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan D Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung T5 Bab 2.1.4 Pelaburan Langsung Asing
34 Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia? star A Atlet negara menyertai Temasya Sukan Sea di Thailand B Pekerja Malaysia di Singapura mengirim wang ke Malaysia C Firma Malaysia membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia D Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar Negara T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
35 Situasi yang manakah akan berlaku jika kadar faedah terus diturunkan ketika masalah pengangguran sudah dapat diatasi? I Pengangguran menjadi sifar II Peningkatan tingkat harga umum III Penawaran guna tenaga meningkat IV Permintaan agregat terus meningkat star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
36 I Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan, maka permintaannya adalah anjal. II Jika sesuatu barang mempunyai tahap ketagihan yang tinggi, permintaannya adalah anjal. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
37 I Bank pusat tidak mengawal kestabilan nilai mata wang. II Bank pusat berperanan sebagai jurubank kepada Kerajaan. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
38 I Akaun imbangan pembayaran melibatkan rekod butiran debit dan kredit. II Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga komponen utama iaitu akaun modal, akaun semasa dan akaun kewangan. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.3.2 Imbangan Pembayaran
39 I Perubahan nilai Ringgit Malaysia daripada RM5.65 kepada RM5.45 bagi seunit Pound Sterling menunjukkan bahawa nilai Ringgit Malaysia telah menurun. II Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia menyebabkan harga barang eksport secara relatif lebih mahal. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
40 I Kenaikan dan kejatuhan kadar pertukaran asing bergantung kepada keadaan permintaan dan penawaran sesuatu mata wang di pasaran pertukaran asing. II Perubahan kadar pertukaran asing bagi sesuatu mata wang akan mendatangkan kesan terhadap eksport dan import negara yang berkenaan. star A Betul | Salah B Salah | Betul C Betul | Betul D Salah | Salah T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import