arrow_back

Peperiksaan Percubaan SPM Sejarah Johor 2025 (Pasir Gudang) · Pasir Gudang

1
Sultan mempunyai hak mutlak untuk mengawal rakyat dan wilayah. Apakah ciri negara bangsa yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
2
Apakah peranan golongan rakyat? I Taat setia kepada sultan II Mengukuhkan ekonomi III Menjalankan pentadbiran IV Mematuhi undang-undang
3
Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia. - Nasionalisme di China - Nasionalisme di India - Nasionalisme di Jepun Berdasarkan maklumat di atas, apakah persamaan nasionalisme tersebut?
4
Maklumat berikut menunjukkan pemimpin tempatan yang menentang penjajah pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. • Penghulu Dol Said • Dato Maharaja Lela Pandak Lam • Dato' Bahaman Bagaimanakah anda mencirikan Gerakan nasionalisme pemimpin tempatan tersebut? I Bersifat setempat II Menuntut kebebasan III Mendapatkan semula jajahan IV Berjuang mengukuhkan kuasa
5
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menjalankan tanggungjawab dalam memastikan keamanan dunia mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua. Apakah krisis - krisis yang gagal ditangani oleh liga tersebut?
6
Mengapakah Jepun menggabungkan Tanah Melayu dan Sumatera di bawah satu pentadbiran pada peringkat awal pengenalan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu?
7
Melalui pembentukan Malayan Union, British berhasrat golongan imigran dapat membantu meningkatkan ekonomi Tanah Melayu. Bagaimanakah hasrat tersebut dapat direalisasikan?
8
British khuatir pemimpin persatuan di Sabah menentang penyerahan Sabah terhadap British Bagaimanakah tindakan British mengatasinya?
9
Apakah manfaat yang diterima oleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
10
Perjanjian berikut ditandatangani pada 21 Januari 1948. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
11
Berikut adalah keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). • Merosakkkan pokok getah • Mensabotaj landasan kereta api Mengapakah PKM bertindak sedemikian?
12
Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan pada 23 Julai 1948 untuk membezakan orang awam dan komunis. Apakah langkah yang diambil oleh British untuk menjayakan sistem tersebut?
13
Sistem Ahli dibentuk bagi memenuhi dasar dekolonisasi British. Bagaimanakah British melaksanakan dasar tersebut?
14
Senarai berikut menunjukkan sistem persekolahan yang wujud sebelum Merdeka. • Sekolah Melayu • Sekolah Cina • Sekolah Tamil • Sekolah Agama Apakah kesan sistem tersebut kepada negara?
15
Apakah had umur yang melayakkan seseorang penduduk Persekutuan Tanah Melayu untuk mengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
16
Selepas Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu 1955, Kabinet Pertama telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai
17
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 8 Mac 1956. Mengapakah suruhajaya ini dibentuk?
18
Bagaimanakah kewarganegaraan dapat diperoleh berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu? I Kuat kuasa undang-undang II Memohon didaftarkan sebagai rakyat III Bekerja di Jabatan kerajaan Persekutuan IV Melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan
19
Gambar menunjukkan peristiwa sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Di manakah peristiwa tersebut diadakan?
20
Bagaimanakah negara kita dapat memperoleh kemerdekaan tanpa pertumpahan darah?
21
Berikut merupakan sistem pentadbiran yang diamalkan di negara kita. Demokrasi Berparlimen Mengapakah sistem tersebut penting terhadap kedaulatan negara?
22
Sebagai rakyat Malaysia, apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk menjamin kemakmuran ekonomi negara?
23
Senarai berikut menunjukkan kandungan yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Pentadbiran • Kuasa raja Melayu • Perundangan • X Apakah X?
24
Apakah implikasi daripada pindaan Perlembagaan 1965?
25
Maklumat berikut berkaitan dengan Kesultanan Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka. • Kesultanan Johor-Riau • Kesultanan Pahang • Kesultanan Perak Apakah persamaan Kesultanan Melayu tersebut?
26
Mengapakah Institusi kehakiman harus bebas daripada pengaruh politik?
27
Pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan Manakah antara berikut perkara yang terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan? I Hal Ehwal Tanah II Pertahanan III Pelajaran IV Undang-undang Islam
28
Apakah bentuk Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri melalui Akta 716 seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
29
Mengapakah Filipina tidak bersetuju dengan penggabungan Sabah ke dalam Malaysia?
30
Apakah pendekatan yang diambil oleh Malaysia untuk menangani konfrontasi?
31
Apakah usaha kerajaan bagi membanteras kegiatan komunis yang bersembunyi diluar sempadan negara?
32
Berikut adalah antara isu ekonomi yang dihadapi oleh negara semasa Rancangan Malaysia Pertama. • Peluang pekerjaan terhad • Pengangguran meningkat Apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi isu tersebut?
33
Pada 31 Ogos 1986, perkhidmatan Feri Malaysia (Cruise Muhibah) antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dengan Sabah dilancarkan. Mengapakah perkhidmatan feri tersebut diperkenalkan?
34
Dewan Bahasa dan Pustaka - Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 - Pengarah pertama ialah Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid Mengapakah institusi berikut ditubuhkan?
35
Maklumat berikut berkaitan dengan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk merancakkan kegiatan ekonomi. • Meningkatkan taraf hidup nelayan • Memodenkan industri perikanan Apakah agensi Kerajaan tersebut?
36
Maklumat berikut berkaitan dengan agensi kerajaan yang memberikan latihan kepada golongan belia. • Pusat Latihan Kemahiran Giatmara • Institut Latihan Perindustrian (ILP) Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut
37
Maklumat berikut berkaitan dengan negara yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia melalui ikatan Sejarah. • Arab Saudi • Mesir dan Turki Apakah jenis ikatan sejarah tersebut?
38
Jadual berikut berkaitan dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). | Tahun | 1971 | | Tempat | Kuala Lumpur | | Peristiwa | Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN | Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
39
Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia berjuang bagi memastikan hak dan keadilan rakyat Palestin mendapat pembelaan?
40
Rizab Sekuriti Makanan ASEAN telah ditubuhkan sebagai usaha mendapatkan maklumat berkaitan dengan dasar sekuriti makanan. Apakah kepentingan rizab makanan tersebut?
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。