1 Gambar 1 menunjukkan satu faktor pengeluaran dalam projek pembinaan. Gambar 1 Mengapakah faktor pengeluaran di atas menerima ganjaran upah? star A Menyediakan peluang pekerjaan B Mengeluarkan barang dan perkhidmatan C Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran D Menyumbangkan tenaga fizikal dan mental T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
2 Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi. > Amira terpaksa membuat satu pembelian sahaja akibat tidak > berkemampuan untuk membeli baju kurung dan baju kebaya. Tindakan tersebut menyebabkan beliau...... star A melepaskan pilihan kedua terbaik B terpaksa membuat satu pilihan terbaik C menghadapi ketidakcukupan pendapatan D Tidak mampu memaksimumkan kepuasan T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
3 Jadual di bawah berkaitan dengan pengeluaran oleh sebuah syarikat. | Teknik Pengeluaran | Kicap (unit) | Cuka (unit) | |---|---|---| | R | 200 | 800 | | S | 500 | 600 | | T | 800 | 200 | Berapakah kos lepas jika syarikat tersebut mengubah teknik pengeluaran S kepada T? star A 200 unit cuka B 400 unit cuka C 300 unit kicap D 800 unit kicap T4 Bab 1.1.5 Analisis Situasi Kos Lepas
4 Masalah asas ekonomi 'berapa yang hendak dikeluarkan' diselesaikan oleh ekonomi Islam melalui star A corak agihan pendapatan masyarakat B permintaan yang tinggi dalam pasaran C keperluan masyarakat yang berlandaskan hukum syariat D sistem catuan yang berdasarkan kepada keperluan masyarakat T4 Bab 1.2.4 Ekonomi Islam
5 Mengapakah sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat? star A Sumber diagihkan secara adil B Keseimbangan agihan pendapatan C Pengeluaran barang berskala besar D Kecekapan dalam penggunaan sumber T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
6 Pilih pasangan yang benar tentang cara penyelesaian masalah asas ekonomi oleh dua sistem ekonomi. | Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi | Sistem Ekonomi Sosialis | Sistem Ekonomi Campuran | |---|---|---| | A Apa yang hendak dikeluarkan | Ditentukan oleh kerajaan | Ditentukan oleh pengguna | | B Berapa yang hendak dikeluarkan | Ditentukan oleh kerajaan | Ditentukan oleh kuasa beli dan campur tangan kerajaan | | C Bagaimana hendak dikeluarkan | Intensif buruh untuk memaksimumkan keuntungan | Intensif modal untuk memaksimumkan kebajikan | | D Untuk siapa dikeluarkan | Untuk semua rakyat | Mengikut corak agihan pendapatan | star A A B B C C D D T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
7 Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap pakej pelancongan ke luar negara? I Kejatuhan pendapatan individu II Ketibaan cuti persekolahan III Penurunan kadar cukai pendapatan individu IV Tambang penerbangan dijangka akan menurun pada masa depan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
8 Maklumat berikut berkenaan dengan permintaan buah durian pada bulan tertentu. Pada harga RM2 sekilogram, permintaan bagi buah durian ialah 50 kilogram. Apabila harga buah durian meningkat kepada RM4 sekilogram, permintaan buah durian berkurang sebanyak 15 kilogram. Manakala ketika harga buah durian turun kepada RM1 sekilogram, permintaan buah durian bertambah sebanyak 10 kilogram. Antara jadual berikut yang manakah betul bagi menggambarkan keadaan permintaan durian pada bulan tersebut? | | Harga (RM) | Kuantiti (kg) | |---|---|---| | A | 4 | 50 | | | 2 | 15 | | | 1 | 10 | | B | 4 | 80 | | | 2 | 50 | | | 1 | 35 | | C | 4 | 35 | | | 2 | 50 | | | 1 | 60 | | D | 4 | 15 | | | 2 | 50 | | | 1 | 80 | star A A B B C C D D T4 Bab 2.1.2 Keluk Permintaan Individu dan Pasaran
9 Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan. Apakah akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S_0S_0 ke S_1S_1? star A Harga keseimbangan akan meningkat B Kuantiti keseimbangan akan berkurang C Harga keseimbangan akan menurun D Harga dan kuantiti keseimbangan akan naik T4 Bab 2.1.14 Perubahan Keseimbangan
10 Jadual menunjukkan harga dan kuantiti diminta sesuatu barang di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (kg) | |---|---| | 6 | 30 | | 12 | 10 | Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM6 ke RM12? star A 0.67 B 0.76 C 1.33 D 1.50 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
11 Penawaran suatu barang cenderung menjadi anjal jika...... star A bilangan firma yang sedikit B pertambahan kos pengeluaran yang sedikit C faktor pengeluaran sukar ditukar gantikan D jangka masa yang singkat T4 Bab 2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran
12 Maklumat berikut menerangkan tentang peranan bank pusat. - Memberi pendahuluan sementara - Memberi nasihat pelaburan - Mengurus pertukaran asing Apakah fungsi bank pusat berdasarkan maklumat tersebut? star A Sebagai jurubank kepada kerajaan B Sebagai pengawal kestabilan ekonomi C Sebagai jurubank kepada bank perdagangan D Sebagai pengawal kestabilan nilai mata wang T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
13 Logo di bawah menunjukkan satu institusi kewangan yang berdaftar di Malaysia. Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut sebagai penerima deposit akaun simpanan? I Menyimpan jumlah minimum yang rendah II Faedah yang diberikan lebih rendah III Boleh mengeluarkan wang simpanan bila-bila masa IV pendeposit diberikan buku cek star A I,II dan IV B I,II dan III C I,III dan IV D II,III dan IV T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
14 Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilihan pekerjaan individu. Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menarik minat Encik Amir untuk memohon jawatan tersebut? I Upah wang II Kelayakan akademik III Faedah sampingan IV Waktu bekerja star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
15 Gambar yang berikut berkaitan dengan iklan pekerjaan. Manakah yang bukan faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut? star A Upah benar B Waktu kerja C Faedah sampingan D Kelayakan akademik T4 Bab 3.2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerjaan
16 Antara yang berikut, yang manakah merupakan pasangan yang tepat? | Keperluan | Kehendak | |---|---| | A Harga barang biasanya dikawal oleh kerajaan | Harga barang kehendak ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran | | B Barang keperluan mempunyai banyak pilihan | Barang kehendak adalah terhad kepada beberapa jenis barang sahaja | | C Barang keperluan adalah penting untuk mencapai kehidupan yang selesa dan mewah | Barang kehendak bertujuan untuk mencapai keselesaan hidup yang minimum | | D Dipengaruhi oleh tingkat pendapatan individu | Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan individu | star A A B B C C D D T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
17 Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga? star A Diterima secara meluas dalam urus niaga B Tidak sesuai membeli barang yang mahal seperti kereta C Menikmati harga yang murah kerana tidak melibatkan faedah D Memperoleh diskaun tunai mengikut syarat yang ditentukan T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
18 Berdasarkan jadual di bawah, pilih risiko pulangan yang tepat berkaitan pelaburan.... | A | Hartanah | Memperolehi pulangan dalam bentuk sewa | |---|----------|---------------------------------------| | B | Saham | Memperolehi faedah dari kerajaan | | C | Sekuriti pinjaman | Memperolehi aset tetap | | D | Unit amanah | Memperolehi gaji dan upah | star A A B B C C D D T4 Bab 3.3.12 Konsep Risiko dan Pulangan dalam Pelaburan
19 Tujuan pengeluaran adalah untuk star A memaksimumkan keuntungan B meminimumkan kos pengeluaran C memaksimumkan kepuasan pengguna D memenuhi keperluan dan kehendak pengguna T4 Bab 4.1.1 Pengeluaran
20 Bagaimanakah hukum pulangan berkurangan berlaku dalam pengeluaran firma. star A Jumlah keluaran meningkat sehingga mencapai titik maksimum dan mula menurun B Jumlah keluaran semakin meningkat apabila penggunaan input tetap bertambah C Jumlah keluaran semakin menurun jika input berubah di tambah berterusan ke atas output D Berlaku kemajuan teknologi T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
21 Maklumat berikut berkaitan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Apakah kesan daripada bantuan tersebut? I meningkatkan perbelanjaan kerajaan II menyebabkan individu malas bekerja III dapat membeli barang-barang keperluan IV meringankan beban kewangan masyarakat star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
22 Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan kerajaan mengawal eksternaliti negatif? star A Memberi subsidi kepada pengeluar automobil tempatan B Mengenakan cukai yang tinggi untuk pembeli kereta elektrik C Mengurangkan cukai penggunaan untuk produk minyak seperti gasolin dan diesel D Memberi insentif cukai untuk pengeluar yang menggunakan teknologi hijau T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
23 Apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 0.58% kepada 2.5%? I Peluang pekerjaan menurun II Kuasa beli masyarakat meningkat III Pendapatan benar masyarakat menurun IV Nilai wang yang dipegang oleh isi rumah merosot star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
24 Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran? star A Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan B Pekerja yang meletakkan jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain C Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi D Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
25 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai tak langsung? star A Cik Ayu membayar duti setem apabila menandatangani surat perjanjian pembelian rumah. B Syarikat Toto Berhad membayar cukai korporat kepada kerajaan C Encik Ahmad membayar cukai 10 % ke atas barang akhir D Petronas membayar 38% daripada jumlah pendapatan syarikat kepada kerajaan T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
26 Apakah kesan jika kerajaan mewujudkan belanjawan defisit? star A Wujud peluang pekerjaan B Kuasa beli terjejas C Pendapatan boleh guna terjejas D Mengurangkan perbelanjaan mengurus T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
27 Apakah kesan pelaksanaan belanjawan defisit oleh kerajaan terhadap kegiatan ekonomi negara? star A Mengurangkan perbelanjaan kerajaan B Mengurangkan peluang pekerjaan C Meningkatkan permintaan agregat dalam ekonomi D Mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
28 Situasi berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi. > 60,000 pekerja telah diberhentikan pada tahun 2020 Antara yang berikut, Tindakan alat dasar kewangan yang manakah dapat mengatasi keadaan tersebut? I Menurunkan kadar cukai II Melonggarkan syarat sewa beli III Memanjangkan tempoh bayaran balik IV Mengurangkan jumlah perbelanjaan kerajaan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
29 Antara berikut, manakah yang merupakan tindakan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan globalisasi? I Mengadakan perjanjian dua hala antara Malaysia dengan China II Memulaukan barang yang diimport dari negara asing III Membatalkan pemberian visa kepada pelancong dari Korea Utara IV Mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
30 Pernyataan manakah yang menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa terhadap peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar? star A Menggalakkan mobiliti tenaga buruh B Menikmati barang dengan harga yang lebih murah C Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi D Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara. T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
31 Penyataan dalam bentuk berkaitan dengan salah satu sekatan perdagangan antarabangsa. > Sekatan dalam bentuk undang-undang dan > peratuaran di sebuah negara. Apakah sekatan perdagangan antarabangsa dalam pernyataan di atas? star A Tarif B Embargo C Sekatan bukan ekonomi D Kawalan pertukaran asing T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
32 Jadual menunjukkan nilai eksport barang nampak dan nilai import nampak bagi negara X. Apakah yang boleh ditafsirkan daripada pengiraan nilai di bawah. | Eksport | Import | |---|---| | RM1 550 juta | RM1 150 juta | star A Defisit imbangan akaun semasa B Defisit imbangan akaun perdagangan C Lebihan imbangan akaun perkhidmatan D Lebihan imbangan akaun dagangan T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
33 Apakah kesan lebihan akaun semasa terhadap ekonomi di sebuah negara? star A Penurunan taraf hidup B Upah nominal meningkat C Penurunan kadar pertukaran asing D Tingkat harga umum meningkat T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa
34 Maklumat yang berikut berkaitan dengan urus niaga pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan baht Thailand. | Unit | Harga belian ( RM ) | Harga jualan(RM) | |---|---|---| | 100 | 3.6559 | 3.6597 | Firma KOKO dari Malaysia membeli sebuah jentera kilang yang berharga RM90,000 dari Thailand. Berapakah jumlah baht Thailand diperlukan untuk pembayaran tersebut? star A 2.459 juta B 2.461 juta C 32.90 juta D 32.94 juta T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 Maklumat di bawah berkaitan kadar pertukaran asing. | Tarikh | Kadar Pertukaran | |---|---| | 1.1.2020 | US$1 = RM3.80 | | 1.5.2020 | US$1 = RM3.30 | Berdasarkan jadual di bawah, apakah kesan perubahan kadar pertukaran asing ke atas import dan eksport Malaysia? star A Import bertambah dan eksport berkurang B Import bertambah dan eksport bertambah C Import berkurang dan eksport bertambah D Import berkurang dan eksport berkurang T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
36 Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut. | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Barang mewah adalah permintaan tak anjal. II Barang yang banyak pengganti adalah permintaan tak anjal. star A A B B C C D D T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
37 I Overdraf adalah kemudahan pinjaman yang diberi kepada pemegang akaun simpanan tetap. II Kemudahan overdraf membolehkan pelanggan mengeluarkan wang melebihi baki dalam akaun setakat had yang diluluskan oleh bank. star A A B B C C D D T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
38 I Individu boleh memilih untuk menyimpan dalam akaun semasa, akaun tabungan atau akaun simpanan tetap di bank perdagangan, II Pemegang unit amanah dibayar dividen dan bonus saham. star A A B B C C D D T4 Bab 3.3.11 Strategi Simpanan
39 I KDNK ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun II KDNK dihitung melalui pendekatan perbelanjaan dan pendekatan keluaran star A A B B C C D D T5 Bab 1.2.6 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
40 I Cukai langsung merupakan sejenis cukai yang cukainya boleh dipindahkan kepada orang lain II Levi pekerja asing merupakan contoh cukai langsung star A A B B C C D D T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan