arrow_back

Kedah Trial 2025 Ekonomi Kertas 1

1
Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?
2
Apakah yang perlu dipertimbangkan oleh Puan Suraya ketika membuat pilihan dalam menggunakan sesuatu barangan?
3
Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan masalah apa yang hendak dikeluarkan, di negara Malaysia?
4
Apakah kelemahan yang wujud dalam sistem ekonomi kapitalis?
5
Pernyataan manakah yang betul tentang permintaan berkesan?
6
### Rajah 1 Pernyataan manakah yang betul tentang rajah tersebut?
7
Pernyataan yang manakah betul tentang penguncupan penawaran?
8
Pernyataan yang manakah betul berkaitan keseimbangan pasaran?
9
### Rajah 2 Apakah yang menyebabkan perubahan titik keseimbangan E0 ke E1?
10
### Jadual 1 | Barang P | Barang Q | |---|---| | 0.6 | 1.4 | Pasangan yang manakah betul? | | Barang | Pernyataan | |---|---|---| | A | P | Keluk permintaan adalah landai | | B | P | Pengguna kurang responsif terhadap perubahan harga | | C | Q | Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti | | D | Q | Contoh barang ialah barang keperluan |
11
Apakah faktor yang mempengaruhi keanjalan harga permintaan suatu barang?
12
### Jadual 2 | Harga (RM) | Kuantiti yang ditawarkan (unit) | |---|---| | 250 | 400 | | 300 | 600 | Hitungkan keanjalan harga penawaran barang tersebut apabila harga meningkat.
13
### Rajah 3 Pernyataan yang manakah betul tentang barang tersebut?
14
Encik Iman membeli satu set perabot di Kedai Perabot Indah dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM160. Apakah fungsi wang dalam urus niaga tersebut?
15
### Rajah 4 Apakah X?
16
Maklumat berikut berkaitan kemudahan pembayaran bank perdagangan. > Puan Shuhada meminta pihak Bank OIC Berhad membayar ansuran pinjaman perumahan beliau pada setiap 25 hari bulan kepada Bank Setia Berhad. Apakah jenis kemudahan pembayaran tersebut?
17
Antara berikut yang manakah merupakan faedah sampingan dalam pemilihan pekerjaan? - I Minat - II Bonus - III Subsidi makanan - IV Suasana tempat kerja
18
Encik Akhyar seorang pemain bola sepak profesional. Beliau menerima elaun bulanan RM3 500 dan beliau juga membuka sebuah pusat latihan bola sepak di Johor. Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh beliau? - I Upah - II Sewa - III Faedah - IV Untung
19
Antara berikut yang manakah kelebihan membeli secara tunai? - I Mendapat diskaun - II Hutang lapuk tidak berlaku - III Dapat membeli barang mewah yang mahal - IV Menikmati bayaran ansuran bulanan yang rendah
20
### Jadual 3 | Butiran | RM | |---|---| | Upah | 2 000 | | Sewa diterima | 300 | | Bantuan anak melanjutkan pelajaran ke IPT | 1 000 | | Bantuan awal persekolahan | 100 | | Pemberian anak | 180 | Berapakah pendapatan faktor produktif Puan Syazana pada bulan tersebut?
21
### Gambar 1 Pernyataan yang manakah betul tentang input tersebut?
22
Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran. - Kos perlu ditanggung walaupun keluaran sifar - Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini Antara berikut, yang manakah merupakan contoh kos tersebut? - I Pembiayaan jentera - II Pembelian bahan mentah - III Perbelanjaan ke atas upah buruh - IV Bayaran sewa premis perniagaan
23
### Jadual 4 | Butiran | RM | |---|---| | Kos berubah | 200 | | Kos tetap | 80 | | Kos purata | 7 | Berapakah jumlah output?
24
Antara berikut, manakah yang mempengaruhi produktiviti? - I Jumlah hasil - II Tenaga kerja - III Struktur organisasi - IV Kepuasan pengguna
25
Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan tentang eksternaliti? - I Kos yang ditanggung oleh firma - II Kos yang terlibat dalam penggunaan barangan - III Kesan yang tidak dimasukkan dalam harga pasaran - IV Kesan yang diterima oleh pihak ketiga
26
Apakah kesan inflasi sederhana terhadap ekonomi negara?
27
Pilih kombinasi yang betul berkaitan peranan kerajaan dalam ekonomi. | | Peranan Kerajaan | Fungsi | |:---|:---|:---| | A | Sebagai pengeluar | Mengeluarkan barang ekonomi agar dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat | | B | Mencapai objektif pertumbuhan ekonomi | Kerajaan campur tangan dalam ekonomi untuk mengawal kuasa pasaran supaya harga barang dapat distabilkan | | C | Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif | Aktiviti pengeluaran yang semakin pelbagai dalam ekonomi memerlukan pemantauan agar tidak menindas pengguna | | D | Mencapai objektif kestabilan harga | Imbangan pembayaran lebihan dapat dicapai jika melebihi pengaliran masuk wang melebihi pengaliran wang keluar |
28
Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran. > Syarikat Bunga Keladi Sdn Bhd telah memberhentikan ramai pekerjanya semasa berlaku kemelesetan ekonomi kerana ingin mengurangkan kos perbelanjaan syarikat. Apakah jenis pengangguran yang dialami oleh pekerja syarikat tersebut?
29
Situasi berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi. > Sejumlah 155 893 orang pekerja telah diberhentikan sejak tahun 2020 hingga Julai 2021. > Sumber:Ubahsuai daripada www.sinarharian.com.my. Antara yang berikut, tindakan yang manakah boleh dilaksanakan oleh bank pusat untuk mengatasi keadaan tersebut? - I Menurunkan kadar faedah - II Melonggarkan syarat sewa beli - III Memendekkan tempoh bayaran balik - IV Meningkatkan nisbah rizab berkanun
30
Pernyataan yang manakah betul berkaitan peranan kerajaan dalam menggalakkan globalisasi?
31
Pernyataan manakah yang menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa terhadap pertumbuhan ekonomi negara?
32
Strategi yang manakah perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk membolehkan produk tempatan bersaing di peringkat global?
33
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan defisit akaun semasa? - I Penurunan guna tenaga - II Peningkatan taraf hidup - III Peningkatan kadar pertukaran asing - IV Penurunan dalam pendapatan negara
34
Permintaan terhadap Ringgit Malaysia akan berlaku apabila - I. nilai mata wang tinggi di pasaran - II. jumlah eksport negara meningkat - III. cukai import dari luar negara menurun - IV. pemindahan modal ke luar negara merosot
35
I Implikasi daripada sesuatu pilihan adalah kekurangan. II Kekurangan bagi firma ialah keuntungan yang mungkin daripada keluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan.
36
I Hukum permintaan menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti diminta. II Hubungan songsang ditunjukkan oleh keluk yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
37
I Potongan wajib ialah bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang atau diwajibkan dalam rukun Islam. II Contoh potongan wajib ialah ansuran sewa rumah.
38
I Pengeluaran adalah suatu proses tranformasi input kepada barang perantaraan atau barang akhir. II Input tetap hanya berlaku dalam jangka masa pendek.
39
I Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu negara dalam tempoh setahun. II Firma negara asing yang beroperasi dalam negara dianggap menyumbang kepada KDNK Malaysia.
40
I Permintaan ke atas Ringgit Malaysia berhubung secara langsung dengan permintaan ke atas eksport negara. II Apabila nilai eksport meningkat, nilai Ringgit Malaysia cenderung turun.
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.