1 Rajah 1 di bawah berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP). Pernyataan yang manakah betul menerangkan rajah tersebut? star A J: Berlaku pembaziran sumber B G: Ketidakcekapan pengeluaran C K → I: Pilihan kombinasi pengeluaran D F → H: Wujud kos lepas dari titik F ke H T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
2 Pernyataan yang manakah betul tentang penyelesaian masalah teknik pengeluaran bagi sistem ekonomi kapitalis? star A Subsidi dapat mengurangkan kos pengeluaran B Keputusan firma mempengaruhi jumlah penghasilan output C Motif pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan D Pendapatan pengguna menentukan corak pengagihan barangan T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
3 Pernyataan yang manakah menerangkan keluk permintaan? star A Perubahan harga menyebabkan berlaku pergerakan titik di atas keluk yang sama B Keluk menunjukkan hubungan yang positif antara harga dengan kuantiti diminta C Perubahan kuantiti diminta menyebabkan peralihan keluk ke kanan D Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kanan ke kiri T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta
4 Rajah 2 di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. Rajah 2 Pernyataan yang manakah betul berkaitan dengan rajah tersebut? star A Perubahan harga P0 ke P1 berhubung secara positif dengan kuantiti Q0 ke Q1 B Perubahan titik M ke titik L menggambarkan berlaku penguncupan permintaan C Pergerakan titik M ke N disebabkan oleh peningkatan pendapatan D Pergerakan kuantiti Q0 ke Q2 merupakan perubahan permintaan T4 Bab 2.1.4 Perubahan Dalam Kuantiti Diminta T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
5 Pasangan yang manakah betul? star A Harga barang pengganti menurun B Jangkaan harga akan naik pada masa hadapan C Penurunan kadar cukai pendapatan individu D Citarasa pengguna meningkat T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
6 Pernyataan yang manakah menerangkan tentang konsep penawaran? star A Bentuk keluk penawaran mencerun ke atas dari kanan ke kiri B Keluk penawaran individu lebih landai daripada keluk penawaran pasaran C Hubungan antara harga dan kuantiti barang yang ditawarkan adalah positif D Peningkatan harga barang itu menyebabkan berlaku pertambahan penawaran T4 Bab 2.1.6 Hukum Penawaran
7 Rajah 3 di bawah menunjukkan penawaran suatu barang. Rajah 3 Pernyataan yang manakah betul tentang rajah tersebut? star A Menunjukkan pengembangan penawaran B Kesan peningkatan dalam teknologi C Berlaku pertambahan penawaran D Peruntukan subsidi meningkat T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
8 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran. > PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam hingga Disember ini. > Sumber: Diubah suai daripada Bernama, 9 Oktober 2022 Rajah yang manakah betul berkaitan dengan maklumat tersebut? star A A Figure B B Figure C C Figure D D Figure T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
9 Rajah 4 di bawah berkaitan dengan keseimbangan pasaran. Rajah 4 Pernyataan yang manakah betul? star A Harga menurun daripada RM12 ke RM10 menyebabkan penawaran meningkat sebanyak 8 unit B Pengembangan permintaan daripada 4 unit ke 8 unit berlaku akibat peningkatan pendapatan C Tiada lebihan permintaan dan penawaran pada tingkat harga RM10 D Lebihan permintaan sebanyak 10 unit berlaku pada harga RM9 T4 Bab 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
10 Pernyataan yang manakah betul tentang keanjalan harga permintaan tak anjal? star A Pengguna sangat responsif terhadap perubahan harga B Contoh barang ialah barang keperluan C Nilai pekali lebih daripada satu D Kecerunan keluk adalah landai T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
11 Pilih pernyataan yang betul tentang penentu keanjalan harga permintaan anjal. - I Cita rasa - II Pendapatan - III Ketahanan barang - IV Bilangan barang pengganti star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan
12 Pengeluar perlu meningkatkan harga barang untuk memaksimumkan jumlah hasil jika barang tersebut star A darjah ketagihan barang adalah rendah B tidak mempunyai banyak barang pengganti C nisbah pendapatan yang dibelanjakan adalah besar D jenis barang yang dikeluarkan adalah barang mewah T4 Bab 2.2.4 Penentu Keanjalan Harga Permintaan T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
13 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan keanjalan harga penawaran tak anjal? - I Keluk penawaran adalah curam - II Pekali keanjalan kurang daripada satu - III Penjual responsif terhadap perubahan harga - IV Peratus perubahan kuantiti lebih besar daripada perubahan harga star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.2.7 Keanjalan Harga Penawaran Anjal dan Tak Anjal
14 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan. > Cik Intan membuka akaun semasa di sebuah bank. Dia membeli polisi insurans nyawa dengan bayaran sebanyak RM250 sebulan. Dia mengarahkan pihak bank membuat bayaran tersebut bagi pihak dirinya pada setiap 3 hari bulan. Apakah perkhidmatan bank tersebut? star A Draf bank B Overdraf bank C Pindahan kredit D Perintah sedia ada T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
15 Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua? star A Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya B Pembinaan rumah dan perusahaan perabot C Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel D Perlombongan dan perkhidmatan insurans T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
16 Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis pendapatan Encik Remy. - Seorang pesara tentera - Isteri bekerja sebagai jururawat - Mengusahakan ladang harum manis - Menerima pulangan daripada orang yang menggunakan tanah miliknya. Apakah jenis pendapatan produktif yang diterima oleh Encik Remy? - I Upah - II Sewa - III Untung - IV Pencen star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
17 Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan dan potongan wajib Puan Shasha bagi tempoh satu bulan. | Butiran | RM | |---|---| | Zakat | 150 | | KWSP | 200 | | Insurans | 60 | | Sewa rumah | 400 | | Cukai pendapatan | 55 | Berapakah jumlah potongan wajib Puan Shasha? star A RM405 B RM410 C RM455 D RM465 T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
18 Pilih pasangan pernyataan yang tepat. star A Harga tidak stabil / Harga stabil B Pelbagai pilihan barang / Pilihan barang terhad C Untuk meneruskan hidup / Untuk keselesaan hidup D Banyak barang pengganti / Tiada barang pengganti T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
19 Jadual 1 di bawah berkaitan dengan perbelanjaan bagi seorang individu. | Bulan | Jumlah Perbelanjaan (RM) | |---|---| | Mac | 3 000.00 | | April | 4 000.00 | Jadual 1 Perubahan corak perbelanjaan adalah disebabkan oleh star A bilangan barang pengganti bertambah B cukai pendapatan meningkat C harga barangan menurun D cita rasa yang bertambah T4 Bab 3.3.5 Faktor yang Mempengaruhi Corak Perbelanjaan Pengguna
20 Gambar 1 di bawah merupakan sejenis input yang digunakan dalam proses pengeluaran suatu barang. Gambar 1 Pernyataan yang manakah betul berkaitan gambar di atas? star A Wujud pada tingkat pengeluaran sifar B Wujud dalam jangka masa panjang sahaja C Kuantiti input berkadar langsung dengan keluaran D Pembayaran ke atas input merupakan kos berubah T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
21 Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap? star A Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output B Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang C Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula D Pembelian yang dilakukan untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
22 Pilih pernyataan yang benar mengenai hukum pulangan berkurangan dalam pengeluaran firma. star A Berlaku kemajuan yang berterusan dalam tingkat teknologi pengeluaran B Jumlah keluaran firma semakin meningkat apabila penggunaan input bertambah C Jumlah keluaran semakin menurun jika input berubah ditambah berterusan ke atas input tetap D Gabungan yang paling cekap antara input berubah dan input tetap untuk menambah output T4 Bab 4.1.8 Tahap Pengeluaran Paling Cekap
23 Maklumat berikut menunjukkan hasil dan kos Syarikat Mutiara Sdn. Bhd. | Jumlah Keluaran | 2000 unit | | Harga seunit | RM15 | | Sewa Kilang | RM3 000 | | Bahan Mentah | RM12 000 | | Buruh | RM5 000 | | Bahan api | RM2 000 | Berapakah untung yang diperoleh syarikat tersebut? star A RM8 000 B RM12 000 C RM15 000 D RM18 000 T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
24 Kerajaan Malaysia merupakan majikan terbesar di Malaysia dengan kakitangan seramai 1.6 juta orang. Bagaimanakah peranan kerajaan tersebut dapat membantu ekonomi negara? star A Mengurangkan kadar inflasi B Meningkatkan taraf hidup masyarakat C Memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia D Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
25 Manakah yang menyebabkan inflasi tolakan kos? star A Pertambahan kos bahan api B Pengembangan kredit bank perdagangan C Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan D Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan T5 Bab 1.2.2 Inflasi
26 Apakah kesan ke atas ekonomi jika bank pusat terus menaikkan kadar faedah ketika berlaku masalah inflasi? - I Firma mampu mengeluarkan lebih banyak barang - II Perbelanjaan agregat pengguna terus menurun - III Pertumbuhan ekonomi semakin lancar - IV Kadar pengangguran meningkat star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
27 Maklumat di bawah berkaitan sejenis pengangguran. > Isu pengangguran terutama melibatkan graduan bukan kerana kekurangan pekerjaan tetapi berpunca daripada sikap terlalu memilih pekerjaan. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pengangguran di atas? star A Bersifat jangka panjang B Berlaku kemelesetan ekonomi C Peralihan pekerjaan akibat kehausan sumber asli D Peluang mendapat gaji yang tinggi menjadi keutamaan T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
28 Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan terhadap star A pemilik rumah B pembeli kereta dari Korea C getah yang dieksport ke Singapura D pengambilan buruh asing dari Nepal T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
29 Maklumat di bawah berkaitan dengan matlamat dasar kewangan. > Menambah bekalan wang dalam ekonomi Cara pelaksanaan manakah yang berkaitan dengan dasar kewangan di atas? - I Mengurangkan kadar cukai - II Membeli surat jaminan kerajaan - III Menurunkan nisbah rizab berkanun - IV Meningkatkan perbelanjaan kerajaan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
30 Apakah kesan penurunan kadar faedah terhadap pengguna? star A Kos pinjaman meningkat B Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman C Perbelanjaan pengguna dalam ekonomi meningkat D Pengguna perlu menyediakan lebihan wang semasa berbelanja T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
31 Maklumat yang manakah betul tentang pelaksanaan dasar fiskal dalam mencapai objektif makroekonomi? star A Guna tenaga penuh / Menurunkan kadar cukai / Peluang pekerjaan menurun B Kestabilan harga / Menurunkan perbelanjaan kerajaan / Tingkat harga umum naik C Pertumbuhan ekonomi / Menaikkan kadar cukai / Pertumbuhan ekonomi pesat D Kestabilan Imbangan pembayaran / Meningkatkan perbelanjaan kerajaan / Aliran masuk wang meningkat T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
32 Antara berikut, yang manakah betul berkaitan dengan kepentingan perdagangan antarabangsa? - I Menggalakkan mobiliti tenaga buruh - II Meningkatkan harga produk tempatan - III Menggalakkan persaingan antara firma - IV Meningkatkan kecekapan pengeluaran star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
33 Apakah kesan positif pelaksanaan tarif dalam kegiatan perdagangan antarabangsa? star A Harga barang diimport akan menurun B Permintaan barang diimport akan meningkat C Penurunan guna tenaga dalam negara tempatan D Perbelanjaan negara ke atas barang import menurun T5 Bab 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa
34 Situasi manakah yang menerangkan tentang import tak nampak Malaysia? star A Universiti Sains Malaysia membayar gaji pensyarah dari Jepun B Syarikat dari China membuka kilang memproses mineral di Perak C Kerajaan Perancis membayar bil utiliti untuk kedutaannya di Malaysia D Pelancong dari Singapura menginap di sebuah hotel di Pulau Langkawi T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
35 Maklumat berikut berkaitan dengan satu rekod dalam imbangan dagangan sebuah negara X. | Eksport | RM750 juta | | Import | RM858 juta | Pernyataan yang manakah betul tentang urus niaga tersebut kepada negara X? - I Berlaku imbangan dagangan kurangan - II Menyebabkan nilai ringgit cenderung jatuh - III Berlaku disebabkan oleh harga eksport lebih murah berbanding harga import - IV Menunjukkan jumlah pembayaran wang kurang daripada jumlah penerimaan wang star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa
36 Situasi yang manakah menyebabkan berlakunya penawaran mata wang asing? star A Syarikat Perdana mengambil alih sebuah kilang pakaian milik Jepun di Melaka B Sebuah syarikat dari Korea mengimport minyak kelapa sawit daripada Felda Plantation C MARA membayar gaji pensyarah dari United Kingdom di Kolej Profesional MARA Banting D Kerajaan membeli vaksin Pfizer dari Jerman bagi melaksanakan program imunisasi kebangsaan T5 Bab 2.4.3 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan dan Penawaran Mata Wang Asing
37 I Sektor primer melibatkan aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap. II Contoh aktiviti sektor primer ialah pembinaan. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
38 I Eksternaliti ialah kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan. II Contoh faedah sosial ialah program latihan kemahiran kepada pekerja. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 4.2.3 Eksternaliti T4 Bab 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial
39 I Globalisasi ialah interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan sebuah negara. II Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan wujudnya globalisasi dalam pasaran baharu. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T5 Bab 2.1.1 Globalisasi
40 I Imbangan dagangan terdiri daripada imbangan dagangan lebihan, imbangan dagangan seimbang dan Imbangan dagangan defisit. II Imbangan dagangan merekod perbezaan nilai eksport tak nampak dan nilai import tak nampak. star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran