arrow_back

Kelantan Trial 2025 Economics Kertas 1 · Set 2

1
Penyataan manakah yang betul tentang pilihan?
2
Encik Rosman adalah pemilik Syarikat Jalur Emas. Beliau terpaksa memilih antara dua produk A dan produk B. Mengapakah Encik Rosman terpaksa membuat pilihan?
3
Penyataan manakah betul tentang keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)?
4
Syarikat Reza Sdn Bhd mempunyai pekerja seramai 10 orang telah mengeluarkan 1000 paket laksa kering setiap hari. Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut?
5
Maklumat di bawah menunjukkan hubungan antara dua barang. > Apabila harga barang X meningkat, kuantiti permintaan barang Y jatuh. Penyataan yang manakah betul?
6
Rajah 1 menunjukkan perubahan keluk permintaan suatu barang. Rajah 1 Apakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1?
7
Berdasarkan konsep penawaran, apakah yang akan berlaku apabila harga sesuatu barang turun?
8
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kiri?
9
Rajah 2 menunjukkan perubahan keseimbangan dalam pasaran barangan. Rajah 2 Apakah yang terjadi jika berlaku peralihan keluk permintaan?
10
Jadual 1 berkaitan dengan permintaan suatu majalah. | Harga(RM) | Kuantiti diminta (unit) | |---|---| | 20 | 60 | | 16 | X | Jadual 1 Sekiranya harga telah jatuh dan nilai keanjalan harga permintaan ialah 1.5, berapakah nilai X?
11
Suatu barang cenderung menjadi tak anjal harga permintaan jika barang tersebut
12
Rajah 3 menunjukkan keluk penawaran Barang Y. Rajah 3 Berapakah nilai keanjalan penawaran barang Y?
13
Rajah 4 menunjukkan antara fungsi bank pusat di Malaysia. Rajah 4 Apakah fungsi X?
14
Pilih padanan yang betul. | | Akaun Simpanan | Akaun Simpanan Tetap | |---|---|---| | A | Dibayar faedah lebih tinggi | Dibayar faedah lebih rendah | | B | Jumlah simpanan permulaan lebih rendah | Jumlah simpanan permulaan lebih tinggi | | C | Pemegang akaun diberi sijil simpanan | Pemegang akaun diberi buku simpanan | | D | Simpanan mempunyai tempoh masa tertentu | Simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa |
15
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjaya keluarga Encik Yusof. - Encik Yusof mengusahakan perniagaan batik warisan keluarganya. - Isterinya merupakan pesara kerajaan. Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh mereka? I Upah II Faedah III Untung IV Bayaran pindahan
16
Rumus berikut berkaitan dengan pendapatan boleh guna. Apakah R dan Q ? | | R | Q | |---|---|---| | A | Bayaran pindahan | Premium insurans | | B | Bayaran zakat | Simpanan di bank | | C | Caruman KWSP | Bayaran Utiliti | | D | Simpanan tetap | Cukai pendapatan |
17
Situasi yang manakah berkaitan dengan kepentingan belanjawan peribadi.
18
Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran sebuah firma. Jumlah kos yang ditanggung untuk mengeluarkan 40 pasang kasut ialah RM8 000. Apabila firma menambahkan 43 pasang kasut, kos pengeluaran meningkat sebanyak 10%. Berapakah kos marginal firma tersebut?
19
Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran Syarikat Mirra Jaya. Syarikat Mirra Jaya menanggung kos tetap sebanyak RM60 dan kos berubah ialah RM50 bagi mengeluarkan 20 batang pen. Berapakah kos purata firma tersebut?
20
Maklumat berikut mengenai kos pengeluaran Roti Canai Arif dalam tempoh sebulan. Kos bahan mentah : RM500 Upah pekerja : RM600 Jika Arif berjaya menjual sebanyak 4 500 keping pada harga RM1.50 sekeping, berapakah untung yang diperoleh dalam tempoh tersebut?
21
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor peningkatan produktiviti? I Meningkatkan pemasaran ke luar negara II Mempelbagaikan pilihan pengguna III Penyelenggaraan mesin berkala IV Penggunaan teknologi canggih
22
Maklumat berikut berkaitan dengan pembinaan kilang di Malaysia. > Kellogg buka kilang di Bandar Enstek > Nilai: Kellogg Company, pengeluar terbesar bijirin sarapan dunia dan > pengeluar kedua terbesar snek, biskut dan keropok, mengumumkan > pelaburan mencecah RM428.2 juta bagi pembangunan kilang pertama di > negara ini. Antara berikut, yang manakah benar tentang faedah sosial daripada aktiviti di atas? I Akitiviti ekonomi setempat meningkat II Peningkatan peluang pekerjaan di kilang tersebut III Pengguna di bandar Enstek mudah mendapat bekalan produk IV Berlaku peningkatan dalam harga hartanah di kawasan tersebut
23
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tindakan kerajaan untuk mengawal kesan eksternaliti negatif? I Menetapkan dasar harga minimum II Menentukan penempatan perindustrian III Memantau aktiviti pengeluaran firma oleh agensi kerajaan IV Mengisytiharkan sesetengan barang pengguna sebagai barang kawalan
24
Pernyataan yang manakah merupakan kesan positif inflasi sederhana?
25
Gambar 1 berkaitan dengan sejenis pengangguran. Gambar 1 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan pengangguran di atas?
26
Gambar 2 berkaitan hasil kerajaan. Gambar 2 Pernyataan yang manakah betul?
27
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan perbelanjaan pembangunan? I Bertujuan untuk meningkatkan pembentukan modal tetap negara II Contoh perbelanjaan yang terlibat ialah keselamatan dan pentadbiran am III Merupakan perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang ulang setiap tahun IV Membolehkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan beroperasi dengan lancar
28
Mengapakah bank pusat akan meningkatkan kadar faedah untuk mengekang masalah inflasi?
29
Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan langsung asing di Malaysia?
30
Apakah tujuan utama kerajaan melaksanakan sekatan bukan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa?
31
Pernyataan yang manakah menunjukkan kesan pelaksanaan kuota dalam perdagangan antarabangsa terhadap keseimbangan pasaran suatu barang?
32
Antara yang berikut, yang manakah merupakan komponen akaun semasa? I Akaun modal II Akaun kewangan III Akaun perkhidmatan IV Akaun pendapatan primer
33
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Singapura (SGD). Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia yang diperlukan seorang mahasiswa universiti tempatan yang ingin membeli sebuah buku terbitan syarikat Singapura berharga SGD1200 melalui sebuah portal atas talian?
34
Apakah kesan terhadap eksport Malaysia jika berlaku kenaikan kadar pertukaran asing?
35
I Modal adalah alat ciptaan manusia untuk kegunaan pengeluaran II Tanah merupakan faktor pengeluaran yang tidak terhad
36
I Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan II Hukum permintaan menyatakan hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah songsang
37
I Barang keperluan tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan II Barang keperluan tiada barang pengganti yang hampir
38
I Input tetap dan input berubah wujud dalam pengeluaran jangka pendek II Tingkat teknologi adalah tetap dalam pengeluaran jangka panjang
39
I Kerajaan akan menggunakan dasar fiskal mengembang untuk mengatasi inflasi II Dasar fiskal mengembang ialah kerajaan menaikkan kadar cukai
40
I Perdagangan antarabangsa mewujudkan persaingan antara pengeluar dan barang yang dihasilkan oleh sesebuah negara II Pesaingan dalam pasaran dunia akan mengurangkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sesebuah ekonomi
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。