1 Maklumat berikut berkaitan pilihan yang dibuat oleh suatu unit ekonomi. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membuat keputusan untuk membina kiosk penjaja kecil di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Pilih pernyataan yang betul berkaitan unit ekonomi di atas. star A Pembiayaan yang dibuat menggunakan sumber modal yang terhad. B Pemilihan projek adalah berdasarkan kos pengeluaran yang minimum C Penentuan yang dilakukan melibatkan barang kedua terbaik dilepaskan. D Pembuat keputusan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dipelihara. T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
2 Usahawan adalah sumber ekonomi yang... star A mempunyai mobiliti geografi dan kegunaan yang terhad B menggabungkan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran C menyumbangkan tenaga dalam mengeluarkan sejumlah output D menerima ganjaran faedah dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan T4 Bab 1.1.3 Faktor Pengeluaran
3 Rajah 1 berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas? star A Titik D menunjukkan berlaku kos lepas terhadap baju melayu sebanyak 5 unit B Tititk B berlaku kos lepas terhadap baju melayu sebanyak 2 unit baju kurung C Tambahan baju melayu akan meningkat jika titik berubah dari C ke titik B D Tambahan kos lepas bagi satu unit baju melayu adalah semakin berkurang T4 Bab 1.1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
4 Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi. Syarikat Alinah Karim Briliant Sdn Bhd memiliki 2 cawangan memasarkan output di sekitar negeri Melaka menggunakan perkhidmatan pekerja tempatan. Antara berikut, apakah masalah asas yang telah diselesaikan ? I Apa yang hendak dikeluarkkan II Berapa yang hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
5 Bagaimana sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan teknik pengeluaran? star A Mekanisme harga melalui kuasa permintaan dan penawaran B Penentuan kos pengeluaran yang minimum C Corak agihan pendapatan dan kuasa beli D Pengguna dianggap raja dalam pasaran T4 Bab 1.2.3 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi oleh Sistem Ekonomi
6 Rajah 2 berikut menunjukkan keluk permintaan bagi sesuatu barang. Rajah 2 Situasi manakah yang menyebabkan berlakunya perubahan keluk dari D0D0 Ke D1D1? star A Harga barang itu meningkat B Harga barang penggenap meningkat C Kadar cukai pendapatan individu meningkat D Jangkaan harga pada masa depan meningkat T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
7 Rajah yang manakah menggambarkan berlakunya peningkatan harga bahan mentah. star A A Figure B B Figure C C Figure D D Figure T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran
8 Rajah 3 menunjukkan keseimbangan pasaran buku. Pilih pernyataan yang betul tentang keluk keseimbangan di atas. star A Harga keseimbangan pasaran berada di bawah RM10 B Harga cenderung meningkat pada tingkat harga RM5 C Lebihan permintaan sebanyak 30 unit pada tingkat harga RM5 D Lebihan penawaran sebanyak 8 unit pada tingkat harga RM15 T4 Bab 2.1.13 Ketidakseimbangan Pasaran
9 Jadual 2 menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti ikan yang diminta. | Harga (RM) | Kuantiti ikan diminta (kg) | |---|---| | 4 | 40 | | 8 | 30 | | 12 | 20 | Jadual 2 Jika harga meningkat daripada RM4 kepada RM12, berapakah nilai keanjalan harga permintaan tersebut? star A 0.25 B 0.67 C 2.00 D 4.00 T4 Bab 2.2.2 Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan
10 Jadual 3 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta bagi sejenis barang. | Jenis barang | Peratus perubahan harga | Peratus perubahan kuantiti | |---|---|---| | R | 10 | 5 | Jadual 3 Penyataan yang manakah betul tentang maklumat dalam jadual tersebut? star A Contoh barang ialah beras putih B Jenis keanjalan barang ialah anjal C Bentuk keluk permintaan adalah landai D Pengguna responsif terhadap perubahan harga T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
11 Gambar 1 di bawah berkaitan dengan keanjalan harga penawaran suatu barang. Gambar 1 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas? star A Bilangan firma dalam pasaran adalah sedikit B Mobiliti faktor pengeluaran yang rendah C Tambahan kos pengeluaran yang besar D Wujud dalam jangka masa panjang. T4 Bab 2.2.8 Penentu Keanjalan Harga Penawaran
12 Maklumat berikut berkaitan fungsi wang dalam ekonomi. | Fungsi Wang | I | Alat perantaraan pertukaran | |---|---|---| | | II | Alat simpanan nilai | | | III | Alat bayaran tertunda | | | IV | Alat pengukur nilai | | Keterangan | W | Penetapan harga mengikut kualiti dan spesifikasi barangan | | Fungsi Wang | X | Penyelesaian pembelian barang tanpa memerlukan kehendak serentak | | | Y | Pembiayaan barang menggunakan kredit ansuran ditawarkan penjual | | | Z | Pemilihan deposit tunai ke atas institutusi kewangan | Pasangan yang manakah betul? star A I dan W B II dan X C III dan Y D IV dan Z T4 Bab 3.1.1 Fungsi Wang
13 Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi bank perdagangan kepada pelanggan. • Syarikat menggunakan perkhidmatan bank untuk membuat bayaran gaji kepada pekerja-pekerjanya setiap 25 hari bulan. Apakah perkhidmatan bank perdagangan tersebut? star A Debit Langsung B Pindahan Kredit C Perintah sedia ada D Draf bank T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
14 Gambar 2 berikut berkaitan dengan satu jenis pekerjaan. Gambar 2 Pilih pernyataan yang betul berkaitan sektor ekonomi pekerjaan di atas. star A Menyerap guna tenaga yang tinggi B Membekalkan sumber bahan mentah C Melibatkan aktiviti pemprosesan barang D Merupakan sektor pelengkap dalam pengeluaran T4 Bab 3.2.1 Jenis-jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
15 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan jenis pendapatan individu . | Jenis pendapatan | Keterangan | |---|---| | A Dividen | Diberikan kepada pemilik modal wang dalam simpanan | | B Faedah | Diterima kerana memberi hak penggunaan kepada orang lain | | C Untung | Dihitung berdasarkan perbezaan jumlah hasil dan jumlah kos | | D Upah | Dibayar kepada individu kerana kesanggupan menanggung risiko | star A Dividen B Faedah C Untung D Upah T4 Bab 3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
16 Antara yang berikut yang manakah merupakan pasangan yang betul? | | KEPERLUAN | KEHENDAK | |---|---|---| | A | Harga dikawal oleh kerajaan | Harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran | | B | Mempunyai banyak pilihan | Terhad kepada beberapa jenis barang sahaja | | C | Untuk mencapai kehidupan yang selesa | Untuk mencapai keselesaan hidup yang minimum | | D | Dipengaruhi oleh pendapatan individu | Tidak dipengaruhi oleh pendapatan individu | star A Harga dikawal oleh kerajaan / Harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran B Mempunyai banyak pilihan / Terhad kepada beberapa jenis barang sahaja C Untuk mencapai kehidupan yang selesa / Untuk mencapai keselesaan hidup yang minimum D Dipengaruhi oleh pendapatan individu / Tidak dipengaruhi oleh pendapatan individu T4 Bab 3.3.3 Keperluan dan Kehendak
17 Mengapakah belanjawan peribadi penting kepada seseorang individu? star A Menyelaraskan pendapatan mengikut perbelanjaan B Menjamin semua keinginan individu dapat dipenuhi C Membolehkan individu memperoleh pelepasan cukai D Membantu individu mengurus kewangan dengan berhemah T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
18 Gambar 3 menunjukkan salah satu bentuk pelaburan yang terdapat di pasaran. Gambar 3 Pilih padanan pernyataan yang betul mengenai pelaburan tersebut? | | Tahap risiko | Pulangan | Kecairan | |---|---|---|---| | A | Bebas risiko | Rendah | Tinggi | | B | Rendah | Tinggi | Rendah | | C | Sederhana | Rendah | Rendah | | D | Sederhana | Tinggi | Rendah | star A Bebas risiko / Rendah / Tinggi B Rendah / Tinggi / Rendah C Sederhana / Rendah / Rendah D Sederhana / Tinggi / Rendah T4 Bab 3.3.13 Perbandingan Tahap Risiko, Pulangan, dan Kecairan antara Pelbagai Jenis Pelaburan Peribadi
19 Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran bagi beg tangan. Kos berubah = RM 80 Kos tetap = RM 20 Jumlah output = 10 unit Berapakah kos purata? star A RM 2.00 B RM 6.00 C RM 8.00 D RM 10.00 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
20 Maklumat berikut berkaitan dengan eksternaliti. Syarikat Van Sinaran Mentari telah membeli sebidang tanah berhampiran sebuah kampung untuk menempatkan 10 buah van. Apakah kos sosial yang terlibat? star A belanja operasi syarikat yang meningkat B pertambahan gaji pengawal keselamatan C kenaikan harga tanah di kawasan sekitar D kesesakan aliran lalu lintas di kampung tersebut T4 Bab 4.2.5 Contoh Kos Sosial (Eksternaliti Negatif) dan Faedah Sosial (Eksternaliti Positif)
21 Gambar 4 di bawah menunjukkan satu projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Gambar 4 Apakah tujuan kerajaan melaksanakan projek tersebut? star A Merupakan peranan kerajaan sebagai majikan B Menguatkuasa undang-undang dan peraturan C Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan D Mengawal selia pengeluaran dalam negara T5 Bab 1.1.2 Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara
22 Apakah kesan pelaksanaan dasar harga maksimum oleh kerajaan? star A Meningkatkan kebajikan pengeluar B Menetapkan harga yang lebih tinggi C Memastikan kebajikan pengguna terjamin D Mengatasi masalah kekurangan barang dalam pasaran T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
23 Situasi manakah yang akan menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos? star A Kenaikan harga bahan mentah B Wujud lebihan permintaan barang C Berlakunya peningkatan bekalan wang D Pertambahan tingkat pendapatan pengguna T5 Bab 1.2.2 Inflasi
24 Pilih padanan yang sesuai bagi kesan inflasi. | | Kesan Inflasi | Keterangan | |:--|:--------------|:------------------------------------------| | A | Tabungan | Kecenderungan membuat simpanan akan bertambah | | B | Eksport | Permintaan barangan tempatan akan berkurangan | | C | Pendapatan | Pendapatan tunai masyarakat akan menurun | | D | Pengangguran | Kadar pengangguran akan meningkat | star A Tabungan / Kecenderungan membuat simpanan akan bertambah B Eksport / Permintaan barangan tempatan akan berkurangan C Pendapatan / Pendapatan tunai masyarakat akan menurun D Pengangguran / Kadar pengangguran akan meningkat T5 Bab 1.2.3 Kesan Inflasi
25 Pilih padanan yang sesuai dengan jenis pengangguran | | Pengangguran | Situasi | |:--|:-------------|:----------------------------------------------------------------------------------------------------| | A | Geseran | Setelah tamat pengajian dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Nurhana masih belum mendapat pekerjaan | | B | Kitaran | Semakin ramai lepasan Universiti berkerja sebagai pemandu Grab berbanding bekerja secara tetap | | C | Berstruktur | Ramai pekerja di kilang kopi telah diberhentikan disebabkan oleh pandemic COVID- 19 | | D | Kitaran | Pekerja yang meletak jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain | star A Geseran / Setelah tamat pengajian dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Nurhana masih belum mendapat pekerjaan B Kitaran / Semakin ramai lepasan Universiti berkerja sebagai pemandu Grab berbanding bekerja secara tetap C Berstruktur / Ramai pekerja di kilang kopi telah diberhentikan disebabkan oleh pandemic COVID- 19 D Kitaran / Pekerja yang meletak jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain T5 Bab 1.2.5 Jenis Pengangguran
26 Pilih pasangan yang betul. | | Alat dasar ekonomi | Situasi | |:--|:-------------------|:------------------------------------------------| | A | Dasar fiskal mengembang | Menggalakkan pengeluar untuk menambahkan pengeluaran | | B | Dasar fiskal menguncup | Contoh alat adalah menaikkan perbelanjaan kerajaan | | C | Dasar fiskal mengembang | Digunakan untuk mengatasi masalah inflasi | | D | Dasar fiskal menguncup | Kuasa beli pengguna dapat ditingkatkan | star A Dasar fiskal mengembang / Menggalakkan pengeluar untuk menambahkan pengeluaran B Dasar fiskal menguncup / Contoh alat adalah menaikkan perbelanjaan kerajaan C Dasar fiskal mengembang / Digunakan untuk mengatasi masalah inflasi D Dasar fiskal menguncup / Kuasa beli pengguna dapat ditingkatkan T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
27 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung? star A Koperasi Sejahtera membayar cukai atas keuntungan yang diperoleh B Cik Azie membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia C Syarikat Pama Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan D Encik Sayuti membayar cukai kepada agensi pekerja asing T5 Bab 1.3.2 Hasil Kerajaan
28 Contoh yang manakah merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan? star A Perbelanjaan pembinaan untuk projek air seperti Loji Rawatan Air Jus, Melaka B Peruntukan RM 100 juta untuk penyelengaraan dan menaik taraf makmal komputer sekolah C Memberi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) kepada anak daripada keluarga kurang berkemampuan D Serahan kepada kerajaan negeri Melaka untuk penyediaan infrastruktur yang lebih terancang T5 Bab 1.3.4 Perbelanjaan Kerajaan
29 Tindakan manakah yang wajar diambil oleh bank pusat untuk mengawal inflasi? star A Menaikkan kadar faedah pinjaman bank B Menurunkan kadar rizab berkanun C Membeli surat jaminan kerajaan D Melonggarkan syarat sewa beli T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.8 Kesan Kadar Faedah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi
30 Antara yang berikut, manakah kepentingan perdagangan antarabangsa kepada ekonomi? I Meningkatkan dasar perlindungan perdagangan II Meningkatkan aliran wang ke luar negara III Menikmati harga barang yang lebih murah IV Menikmati pemindahan dan penggunaan teknologi star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 2.2.1 Perdagangan Antarabangsa
31 Apakah yang berkaitan dengan tarif dalam sekatan perdagangan antarabangsa? star A had maksimum bagi sesuatu barang yang boleh diimport B menyebabkan harga barang import meningkat dan mahal C larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu D mengurangkan kos pengeluaran melalui bantuan kewangan oleh kerajaan T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
32 Antara berikut, yang manakah kebaikan sekatan perdagangan terhadap negara? I Meningkatkan pelaburan asing II Meningkatkan peluang pekerjaan III Menggalakkan liberalisasi perdagangan IV Membolehkan industri muda berkembang star A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV T5 Bab 2.2.5 Kebaikan dan Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa dan Liberalisasi Perdagangan
33 Pasangan manakah yang betul tentang komposisi eksport dan import negara? | | Keterangan | Jenis Komposisi | |:---|:---|:---| | A | Universiti Malaya membayar gaji pensyarah dari Australia | Import nampak | | B | Syarikat Proton membawa masuk alat ganti dari Thailand | Eksport tak nampak | | C | Emiriah Arab Bersatu (UAE) menambah kemasukan buah-buahan segar tropika keluaran FAMA | Eksport Nampak | | D | Petronas carigali meningkat pelaburan dalam sektor petroleum dan gas di Algeria | Import tak nampak | star A Universiti Malaya membayar gaji pensyarah dari Australia / Import nampak B Syarikat Proton membawa masuk alat ganti dari Thailand / Eksport tak nampak C Emiriah Arab Bersatu (UAE) menambah kemasukan buah-buahan segar tropika keluaran FAMA / Eksport Nampak D Petronas carigali meningkat pelaburan dalam sektor petroleum dan gas di Algeria / Import tak nampak T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
34 Elizabeth seorang warganegara Amerika Syarikat yang melancong ke Malaysia ingin membeli beg tangan yang berharga RM1000 di sebuah pasaraya terkemuka Kuala Lumpur. Berapakah harga beg tangan tersebut dalam dolar Amerika Syarikat sekiranya kadar pertukaran 1USD adalah seperti jadual di bawah. | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |:---|:---| | 4.2910 | 4.2950 | star A USD 232.83 B USD 233.05 C USD 4295.00 D USD 4291.00 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Hukum penawaran menunjukkan hubungan langsung antara harga barang dengan kuantiti ditawar II Hukum penawaran menyatakan semakin tinggi harga barang, semakin kurang kuantiti yang ditawarkan star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 2.1.6 Hukum Penawaran
36 I Apabila harga barang naik penentu penawaran ialah perubahan harga barang itu sendiri II Apabila harga barang naik menyebabkan berlaku peralihan keluk ke kanan star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 2.1.8 Penentu Penawaran T4 Bab 2.1.9 Perubahan Dalam Kuantiti Ditawarkan T4 Bab 2.1.10 Perubahan Penawaran
37 I Cukai pendapatan individu akan mengurangkan potongan wajib II Contoh potongan wajib ialah caruman insurans nyawa star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
38 I Kos tetap akan meningkat apabila firma meningkatkan pengeluaran II Kos tetap adalah kos yang tidak berubah walaupun jumlah pengeluaran bertambah star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
39 I Kos sosial ialah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dalam pengeluaran II Kos sosial ialah kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T4 Bab 1.1.4 Takrif Kos Lepas T4 Bab 4.2.4 Kos Sosial dan Faedah Sosial
40 I Imbangan pembayaran merupakan rekod penerimaan dan pembayaran kewangan sesebuah negara dalam tempoh satu tahun II Butiran kredit merupakan rekod yang berkaitan dengan penerimaan kewangan dalam imbangan pembayaran star A Betul / Salah B Salah / Betul C Betul / Betul D Salah / Salah T5 Bab 2.3.2 Imbangan Pembayaran