arrow_back

Melaka Trial 2025 Ekonomi Kertas 1

1
Maklumat berikut berkaitan pilihan yang dibuat oleh suatu unit ekonomi. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membuat keputusan untuk membina kiosk penjaja kecil di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Pilih pernyataan yang betul berkaitan unit ekonomi di atas.
2
Usahawan adalah sumber ekonomi yang...
3
Rajah 1 berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas?
4
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi. Syarikat Alinah Karim Briliant Sdn Bhd memiliki 2 cawangan memasarkan output di sekitar negeri Melaka menggunakan perkhidmatan pekerja tempatan. Antara berikut, apakah masalah asas yang telah diselesaikan ? I Apa yang hendak dikeluarkkan II Berapa yang hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan
5
Bagaimana sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan teknik pengeluaran?
6
Rajah 2 berikut menunjukkan keluk permintaan bagi sesuatu barang. Rajah 2 Situasi manakah yang menyebabkan berlakunya perubahan keluk dari D0D0 Ke D1D1?
7
Rajah yang manakah menggambarkan berlakunya peningkatan harga bahan mentah.
8
Rajah 3 menunjukkan keseimbangan pasaran buku. Pilih pernyataan yang betul tentang keluk keseimbangan di atas.
9
Jadual 2 menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti ikan yang diminta. | Harga (RM) | Kuantiti ikan diminta (kg) | |---|---| | 4 | 40 | | 8 | 30 | | 12 | 20 | Jadual 2 Jika harga meningkat daripada RM4 kepada RM12, berapakah nilai keanjalan harga permintaan tersebut?
10
Jadual 3 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti diminta bagi sejenis barang. | Jenis barang | Peratus perubahan harga | Peratus perubahan kuantiti | |---|---|---| | R | 10 | 5 | Jadual 3 Penyataan yang manakah betul tentang maklumat dalam jadual tersebut?
11
Gambar 1 di bawah berkaitan dengan keanjalan harga penawaran suatu barang. Gambar 1 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?
12
Maklumat berikut berkaitan fungsi wang dalam ekonomi. | Fungsi Wang | I | Alat perantaraan pertukaran | |---|---|---| | | II | Alat simpanan nilai | | | III | Alat bayaran tertunda | | | IV | Alat pengukur nilai | | Keterangan | W | Penetapan harga mengikut kualiti dan spesifikasi barangan | | Fungsi Wang | X | Penyelesaian pembelian barang tanpa memerlukan kehendak serentak | | | Y | Pembiayaan barang menggunakan kredit ansuran ditawarkan penjual | | | Z | Pemilihan deposit tunai ke atas institutusi kewangan | Pasangan yang manakah betul?
13
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi bank perdagangan kepada pelanggan. • Syarikat menggunakan perkhidmatan bank untuk membuat bayaran gaji kepada pekerja-pekerjanya setiap 25 hari bulan. Apakah perkhidmatan bank perdagangan tersebut?
14
Gambar 2 berikut berkaitan dengan satu jenis pekerjaan. Gambar 2 Pilih pernyataan yang betul berkaitan sektor ekonomi pekerjaan di atas.
15
Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan jenis pendapatan individu . | Jenis pendapatan | Keterangan | |---|---| | A Dividen | Diberikan kepada pemilik modal wang dalam simpanan | | B Faedah | Diterima kerana memberi hak penggunaan kepada orang lain | | C Untung | Dihitung berdasarkan perbezaan jumlah hasil dan jumlah kos | | D Upah | Dibayar kepada individu kerana kesanggupan menanggung risiko |
16
Antara yang berikut yang manakah merupakan pasangan yang betul? | | KEPERLUAN | KEHENDAK | |---|---|---| | A | Harga dikawal oleh kerajaan | Harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran | | B | Mempunyai banyak pilihan | Terhad kepada beberapa jenis barang sahaja | | C | Untuk mencapai kehidupan yang selesa | Untuk mencapai keselesaan hidup yang minimum | | D | Dipengaruhi oleh pendapatan individu | Tidak dipengaruhi oleh pendapatan individu |
17
Mengapakah belanjawan peribadi penting kepada seseorang individu?
18
Gambar 3 menunjukkan salah satu bentuk pelaburan yang terdapat di pasaran. Gambar 3 Pilih padanan pernyataan yang betul mengenai pelaburan tersebut? | | Tahap risiko | Pulangan | Kecairan | |---|---|---|---| | A | Bebas risiko | Rendah | Tinggi | | B | Rendah | Tinggi | Rendah | | C | Sederhana | Rendah | Rendah | | D | Sederhana | Tinggi | Rendah |
19
Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran bagi beg tangan. Kos berubah = RM 80 Kos tetap = RM 20 Jumlah output = 10 unit Berapakah kos purata?
20
Maklumat berikut berkaitan dengan eksternaliti. Syarikat Van Sinaran Mentari telah membeli sebidang tanah berhampiran sebuah kampung untuk menempatkan 10 buah van. Apakah kos sosial yang terlibat?
21
Gambar 4 di bawah menunjukkan satu projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Gambar 4 Apakah tujuan kerajaan melaksanakan projek tersebut?
22
Apakah kesan pelaksanaan dasar harga maksimum oleh kerajaan?
23
Situasi manakah yang akan menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos?
24
Pilih padanan yang sesuai bagi kesan inflasi. | | Kesan Inflasi | Keterangan | |:--|:--------------|:------------------------------------------| | A | Tabungan | Kecenderungan membuat simpanan akan bertambah | | B | Eksport | Permintaan barangan tempatan akan berkurangan | | C | Pendapatan | Pendapatan tunai masyarakat akan menurun | | D | Pengangguran | Kadar pengangguran akan meningkat |
25
Pilih padanan yang sesuai dengan jenis pengangguran | | Pengangguran | Situasi | |:--|:-------------|:----------------------------------------------------------------------------------------------------| | A | Geseran | Setelah tamat pengajian dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Nurhana masih belum mendapat pekerjaan | | B | Kitaran | Semakin ramai lepasan Universiti berkerja sebagai pemandu Grab berbanding bekerja secara tetap | | C | Berstruktur | Ramai pekerja di kilang kopi telah diberhentikan disebabkan oleh pandemic COVID- 19 | | D | Kitaran | Pekerja yang meletak jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain |
26
Pilih pasangan yang betul. | | Alat dasar ekonomi | Situasi | |:--|:-------------------|:------------------------------------------------| | A | Dasar fiskal mengembang | Menggalakkan pengeluar untuk menambahkan pengeluaran | | B | Dasar fiskal menguncup | Contoh alat adalah menaikkan perbelanjaan kerajaan | | C | Dasar fiskal mengembang | Digunakan untuk mengatasi masalah inflasi | | D | Dasar fiskal menguncup | Kuasa beli pengguna dapat ditingkatkan |
27
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?
28
Contoh yang manakah merupakan perbelanjaan pembangunan kerajaan?
29
Tindakan manakah yang wajar diambil oleh bank pusat untuk mengawal inflasi?
30
Antara yang berikut, manakah kepentingan perdagangan antarabangsa kepada ekonomi? I Meningkatkan dasar perlindungan perdagangan II Meningkatkan aliran wang ke luar negara III Menikmati harga barang yang lebih murah IV Menikmati pemindahan dan penggunaan teknologi
31
Apakah yang berkaitan dengan tarif dalam sekatan perdagangan antarabangsa?
32
Antara berikut, yang manakah kebaikan sekatan perdagangan terhadap negara? I Meningkatkan pelaburan asing II Meningkatkan peluang pekerjaan III Menggalakkan liberalisasi perdagangan IV Membolehkan industri muda berkembang
33
Pasangan manakah yang betul tentang komposisi eksport dan import negara? | | Keterangan | Jenis Komposisi | |:---|:---|:---| | A | Universiti Malaya membayar gaji pensyarah dari Australia | Import nampak | | B | Syarikat Proton membawa masuk alat ganti dari Thailand | Eksport tak nampak | | C | Emiriah Arab Bersatu (UAE) menambah kemasukan buah-buahan segar tropika keluaran FAMA | Eksport Nampak | | D | Petronas carigali meningkat pelaburan dalam sektor petroleum dan gas di Algeria | Import tak nampak |
34
Elizabeth seorang warganegara Amerika Syarikat yang melancong ke Malaysia ingin membeli beg tangan yang berharga RM1000 di sebuah pasaraya terkemuka Kuala Lumpur. Berapakah harga beg tangan tersebut dalam dolar Amerika Syarikat sekiranya kadar pertukaran 1USD adalah seperti jadual di bawah. | Harga Belian (RM) | Harga Jualan (RM) | |:---|:---| | 4.2910 | 4.2950 |
35
Soalan 35 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Hukum penawaran menunjukkan hubungan langsung antara harga barang dengan kuantiti ditawar II Hukum penawaran menyatakan semakin tinggi harga barang, semakin kurang kuantiti yang ditawarkan
36
I Apabila harga barang naik penentu penawaran ialah perubahan harga barang itu sendiri II Apabila harga barang naik menyebabkan berlaku peralihan keluk ke kanan
37
I Cukai pendapatan individu akan mengurangkan potongan wajib II Contoh potongan wajib ialah caruman insurans nyawa
38
I Kos tetap akan meningkat apabila firma meningkatkan pengeluaran II Kos tetap adalah kos yang tidak berubah walaupun jumlah pengeluaran bertambah
39
I Kos sosial ialah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan dalam pengeluaran II Kos sosial ialah kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran
40
I Imbangan pembayaran merupakan rekod penerimaan dan pembayaran kewangan sesebuah negara dalam tempoh satu tahun II Butiran kredit merupakan rekod yang berkaitan dengan penerimaan kewangan dalam imbangan pembayaran
Kertas soalan hanya untuk rujukan pembelajaran; hak cipta milik penerbit asal. Hubungi kami untuk permintaan pengalihan keluar.