arrow_back

Negeri Sembilan Trial 2025 Economics Kertas 1

1
Padanan yang manakah betul?
2
Apakah konsep kos lepas bagi kerajaan?
3
Pasangan yang manakah betul?
4
Pernyataan yang manakah betul tentang kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat?
5
Jadual berikut menunjukkan perubahan permintaan baju blaus pada tahun 2025. | Harga sehelai (RM) | Mei (Helai) | Jun (Helai) | |---|---|---| | 99 | 200 | 500 | Antara berikut mengapakah berlakunya perubahan permintaan pada bulan Jun? I Harga dijangka meningkat II Citarasa pengguna meningkat III Harga barang penggenap naik IV Cukai pendapatan individu naik
6
Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan suatu barang. Pergerakan titik a ke titik b menunjukkan
7
Jadual berikut menunjukkan penawaran suatu barang oleh dua buah firma. | Harga (RM) | Kuantiti ditawarkan (Unit) Firma A | Kuantiti ditawarkan (Unit) Firma B | |---|---|---| | 3 | 8 | 12 | | 5 | 10 | 16 | Rajah yang manakah menunjukkan keluk penawaran pasaran?
8
Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran kasut sukan di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti permintaan (pasang) | Kuantiti penawaran (pasang) | |---|---|---| | 30 | 60 | 15 | | 50 | 40 | 40 | | 70 | 20 | 50 | | 80 | 10 | 70 | Pilih pernyataan yang betul mengenai jadual tersebut.
9
Jadual berikut menunjukkan perubahan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (Unit) | |---|---| | 40 | 25 | | 30 | 35 | Penyataan yang manakah betul apabila harga barang itu turun?
10
Gambar berikut menunjukkan logo sebuah institusi kewangan di Malaysia. Bagaimanakah institusi tersebut berfungsi sebagai jurubank kepada bank perdagangan? I Memberi khidmat nasihat pelaburan II Mengawal kestabilan nilai mata wang III Menyediakan akaun penjelasan hutang IV Mengubah kadar rizab berkanun
11
Kemudahan pinjaman yang manakah disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggannya?
12
Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Puan Roha untuk satu tahun. | Butiran | RM | |---|---| | Gaji setahun | 50 000 | | Dividen ASB | 1 000 | | Pemberian anak | 16 000 | | Caruman Perkeso | 400 | | Cukai pendapatan | 300 | | Zakat | 100 | Berapakah pendapatan boleh guna Puan Roha, jika kadar caruman KWSP untuk pekerja ialah 11%?
13
Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan pendapatan individu. | X = Pendapatan boleh guna - Tabungan | Apakah X?
14
Mengapakah kaedah pembayaran kredit lebih digemari berbanding pembayaran secara tunai? I Meringankan beban kewangan II Mengelak daripada berlaku inflasi III Menikmati diskaun harga yang berpatutan IV Menggalakkan pembeli merancang perbelanjaan
15
Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? I Membelanjakan wang secara berhemat II Menggalakkan isi rumah menabung III Mendahulukan barang kehendak IV Memaksimumkan perbelanjaan
16
Pengeluaran jangka pendek menunjukkan
17
Jadual berikut menunjukkan jumlah keluaran dan kos marginal sebuah firma. | Jumlah Keluaran (Unit) | Kos Marginal (RM) | |---|---| | 1 | 20 | | 2 | 15 | Jika kos tetap ialah RM70, berapakah kos berubah pada tingkat keluaran 2 unit?
18
Maklumat berikut berkaitan dengan konsep untung perniagaan Zaini. Untung ekonomi = Untung - X Apakah X?
19
Antara berikut yang manakah merupakan faktor peningkatan produktiviti? I Pengkhususan skop kerja II Penyelenggaraan mesin berkala III Pemasaran produk yang meluas IV Penghasilan output yang pelbagai
20
Mengapakah wujud monopoli semula jadi kerajaan dalam pengeluaran barang awam dan barang sosial?
21
Tindakan kerajaan yang manakah dapat mengawal selia pengeluar?
22
Jadual berikut berkaitan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh tiga tahun. | Tahun | KDNK (RM juta) | |---|---| | 2020 | 1 416 605 | | 2021 | 1 514 624 | | 2022 | 1 791 358 | Sumber: Tinjauan ekonomi 2022 dan 2024, Kementerian Kewangan Malaysia Antara berikut yang manakah sebab berlakunya perubahan tersebut? I Kestabilan politik dan sosial dalam negara II Kekayaan sumber alam semula jadi dalam negara III Kemajuan dalam teknologi pengeluaran barangan IV Kemudahan infrastruktur pengangkutan yang lengkap
23
Maklumat berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi. > KUALA LUMPUR - Ketidakstabilan ekonomi Malaysia dijangka berlaku pada penghujung tahun 2025 kesan daripada kenaikan tarif elektrik, premium insurans dan gaji minimum. Sumber: Ubah suai daripada Dagangnews.com 25 Februari 2025 Apakah tindakan yang sesuai bagi mengatasi keadaan tersebut?
24
Antara berikut yang manakah betul tentang kesan dasar fiskal menguncup? I Permintaan agregat akan berkurang II Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan III Pendapatan benar isi rumah akan menurun IV Penciptaan kredit dibank perdagangan merosot
25
Antara berikut tindakan kerajaan yang manakah betul bagi mengatasi ketidakstabilan ekonomi? | Dasar Fiskal | Jenis Belanjawan | Ketidakstabilan Ekonomi | |---|---|---| | I Mengembang | Belanjawan lebihan | Deflasi | | II Menguncup | Belanjawan defisit | Inflasi | | III Mengembang | Belanjawan defisit | Deflasi | | IV Menguncup | Belanjawan lebihan | Inflasi |
26
Pernyataan yang manakah betul apabila bank pusat membeli surat jaminan kerajaan?
27
Kestabilan imbangan pembayaran tercapai apabila
28
Bagaimanakah kerajaan Malaysia menggalakkan globalisasi?
29
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri syarikat multinasional. - Terdapat cawangan di beberapa buah negara - Pemindahan teknologi canggih - V Apakah V?
30
Maklumat berikut berkaitan dengan komposisi dagangan Malaysia. > Felda Global Ventures Holdings (FGV) menyewa kapal tangki Jepun untuk mengeksport minyak kelapa sawit ke Uzbekistan. Pasangan yang manakah betul tentang situasi tersebut?
31
Situasi manakah yang direkod dalam akaun perkhidmatan?
32
Pasangan yang manakah betul?
33
Maklumat berikut berkaitan dengan keadaan akaun semasa Malaysia. > Lebihan imbangan akaun semasa meningkat 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2024. Sumber : Bernama.com 17 Mei 2024 Pernyataan yang manakah betul tentang keadaan tersebut?
34
Maklumat berikut menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika Syarikat (USD). RM 1.00 = USD 0.23 Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia jika seorang wanita membeli beg tangan berjenama berharga USD500 melalui perniagaan dalam talian?
35
Jadual berikut menunjukkan perubahan kadar pertukaran antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM). | Januari 2025 | April 2025 | |---|---| | USD1 = RM 4.50 | USD1 = RM 4.47 | Pengimport B mengimport suatu barang dari Firma A di Amerika Syarikat bernilai USD80 000 pada bulan Januari 2025 dan membuat pembayaran pada bulan April 2025. Apakah kesan perubahan tersebut? I Firma A rugi RM2 400 II Firma A untung RM2 400 III Pengimport B rugi RM2 400 IV Pengimport B untung RM2 400
36
Soalan 36 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Pekali keanjalan kurang daripada satu adalah permintaan tak anjal. II Permintaan tak anjal merupakan barang mewah.
37
I Pendapatan boleh guna merupakan pendapatan sebenar individu setelah ditolak potongan wajib. II Potongan wajib seperti caruman PERKESO.
38
I Kos berubah adalah sama dengan jumlah kos apabila keluaran adalah sifar. II Kos berubah ialah perbelanjaan firma ke atas faedah pinjaman modal.
39
I IHP yang melebihi tahun dasar akan menyebabkan berlakunya inflasi. II Inflasi diimport berlaku disebabkan oleh penurunan nilai mata wang negara.
40
I Ketika perdagangan antarabangsa, negara pengeksport menerima bayaran dalam mata wang negara pengimport II Mata wang negara pengimport yang dimiliki oleh negara pengeksport dikenali sebagai kadar pertukaran asing.
试题仅供学习参考,版权归原出版方所有,如有侵权请联系我们下架。