2 Apakah konsep kos lepas bagi kerajaan? star A Kebajikan projek kedua terbaik yang dilepaskan B Kegunaan sumber kedua terbaik yang dilepaskan C Kepuasan barangan kedua terbaik yang dilepaskan D Keuntungan keluaran kedua terbaik yang dilepaskan T4 Bab 1.1.6 Implikasi Pilihan yang Dibuat oleh Individu, Firma, dan Kerajaan dari Aspek Kos Lepas
3 Pasangan yang manakah betul? star A Untuk siapa barang dikeluarkan: Barangan yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna B Apakah yang hendak dikeluarkan: Pengeluar memastikan tidak berlakunya lebihan dalam pasaran C Bagaimana hendak dikeluarkan: Firma memastikan kos pengeluaran barangan adalah minimum D Berapa hendak dikeluarkan: Corak agihan barang bergantung kepada kemampuan masyarakat T4 Bab 1.2.1 Masalah Asas Ekonomi
4 Pernyataan yang manakah betul tentang kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat? star A Mewujudkan kuasa monopoli semula jadi B Melahirkan masyarakat yang materialistik C Menyumbang kepada kesan eksternaliti negatif D Melakukan kesilapan dalam membuat keputusan T4 Bab 1.2.2 Sistem Ekonomi
5 Jadual berikut menunjukkan perubahan permintaan baju blaus pada tahun 2025. | Harga sehelai (RM) | Mei (Helai) | Jun (Helai) | |---|---|---| | 99 | 200 | 500 | Antara berikut mengapakah berlakunya perubahan permintaan pada bulan Jun? I Harga dijangka meningkat II Citarasa pengguna meningkat III Harga barang penggenap naik IV Cukai pendapatan individu naik star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan T4 Bab 2.1.5 Perubahan Permintaan
6 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan suatu barang. Pergerakan titik a ke titik b menunjukkan star A pertambahan citarasa B penurunan harga barang C peningkatan pendapatan D pengurangan kadar cukai T4 Bab 2.1.3 Penentu Permintaan
7 Jadual berikut menunjukkan penawaran suatu barang oleh dua buah firma. | Harga (RM) | Kuantiti ditawarkan (Unit) Firma A | Kuantiti ditawarkan (Unit) Firma B | |---|---|---| | 3 | 8 | 12 | | 5 | 10 | 16 | Rajah yang manakah menunjukkan keluk penawaran pasaran? star A A Figure B B Figure C C Figure D D Figure T4 Bab 2.1.7 Keluk Penawaran Firma dan Pasaran
8 Jadual berikut menunjukkan permintaan dan penawaran kasut sukan di pasaran. | Harga (RM) | Kuantiti permintaan (pasang) | Kuantiti penawaran (pasang) | |---|---|---| | 30 | 60 | 15 | | 50 | 40 | 40 | | 70 | 20 | 50 | | 80 | 10 | 70 | Pilih pernyataan yang betul mengenai jadual tersebut. star A Lebihan permintaan berlaku pada tingkat harga RM70 B Harga kasut cenderung untuk turun pada tingkat harga RM30 C Keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang pada harga RM50 D Permintaan berkurang dan penawaran bertambah pada tingkat harga RM80 T4 Bab 2.1.12 Jadual dan Rajah Keseimbangan Pasaran
9 Jadual berikut menunjukkan perubahan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang. | Harga (RM) | Kuantiti diminta (Unit) | |---|---| | 40 | 25 | | 30 | 35 | Penyataan yang manakah betul apabila harga barang itu turun? star A Keluk lebih curam B Permintaan tak anjal C Jumlah hasil meningkat D Tahap ketagihan yang tinggi T4 Bab 2.2.5 Perhubungan antara Keanjalan Harga Permintaan dengan Jumlah Hasil
10 Gambar berikut menunjukkan logo sebuah institusi kewangan di Malaysia. Bagaimanakah institusi tersebut berfungsi sebagai jurubank kepada bank perdagangan? I Memberi khidmat nasihat pelaburan II Mengawal kestabilan nilai mata wang III Menyediakan akaun penjelasan hutang IV Mengubah kadar rizab berkanun star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.1.2 Fungsi Bank Pusat
11 Kemudahan pinjaman yang manakah disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggannya? star A Draf bank B Kad kredit C Debit langsung D Perintah sedia ada T4 Bab 3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
12 Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Puan Roha untuk satu tahun. | Butiran | RM | |---|---| | Gaji setahun | 50 000 | | Dividen ASB | 1 000 | | Pemberian anak | 16 000 | | Caruman Perkeso | 400 | | Cukai pendapatan | 300 | | Zakat | 100 | Berapakah pendapatan boleh guna Puan Roha, jika kadar caruman KWSP untuk pekerja ialah 11%? star A RM43 700 B RM44 200 C RM60 700 D RM66 200 T4 Bab 3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
13 Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan pendapatan individu. | X = Pendapatan boleh guna - Tabungan | Apakah X? star A Pembayaran zakat fitrah B Membeli logam berharga C Pembelian polisi insurans D Membayar cukai pendapatan T4 Bab 3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
14 Mengapakah kaedah pembayaran kredit lebih digemari berbanding pembayaran secara tunai? I Meringankan beban kewangan II Mengelak daripada berlaku inflasi III Menikmati diskaun harga yang berpatutan IV Menggalakkan pembeli merancang perbelanjaan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.6 Kaedah Pembayaran untuk Pembelian Barang
15 Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? I Membelanjakan wang secara berhemat II Menggalakkan isi rumah menabung III Mendahulukan barang kehendak IV Memaksimumkan perbelanjaan star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
16 Pengeluaran jangka pendek menunjukkan star A penambahan mesin dalam keluaran B input berubah wujud pada pengeluaran sifar C penggunaan input tetap untuk mengeluarkan output D kombinasi input tetap dan input berubah dalam pengeluaran T4 Bab 4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
17 Jadual berikut menunjukkan jumlah keluaran dan kos marginal sebuah firma. | Jumlah Keluaran (Unit) | Kos Marginal (RM) | |---|---| | 1 | 20 | | 2 | 15 | Jika kos tetap ialah RM70, berapakah kos berubah pada tingkat keluaran 2 unit? star A RM35 B RM40 C RM90 D RM100 T4 Bab 4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
18 Maklumat berikut berkaitan dengan konsep untung perniagaan Zaini. Untung ekonomi = Untung - X Apakah X? star A Kos bahan mentah B Bayaran insurans C Sewa kedai D Gaji Zaini T4 Bab 4.1.6 Konsep Hasil dan Untung T4 Bab 4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
19 Antara berikut yang manakah merupakan faktor peningkatan produktiviti? I Pengkhususan skop kerja II Penyelenggaraan mesin berkala III Pemasaran produk yang meluas IV Penghasilan output yang pelbagai star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T4 Bab 4.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Produktiviti
20 Mengapakah wujud monopoli semula jadi kerajaan dalam pengeluaran barang awam dan barang sosial? star A Memastikan firma berkuasa mengawal harga B Membuka lebih banyak peluang pekerjaan C Mempunyai banyak barang pengganti D Memerlukan kos modal yang tinggi T5 Bab 1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
21 Tindakan kerajaan yang manakah dapat mengawal selia pengeluar? star A Menetapkan kawasan khas untuk tujuan perindustrian B Melaksanakan dasar harga maksimum barang keperluan C Memberi subsidi kepada firma yang guna teknologi hijau D Mengenakan cukai pelepasan karbon dalam pengeluaran T5 Bab 1.1.3 Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
22 Jadual berikut berkaitan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh tiga tahun. | Tahun | KDNK (RM juta) | |---|---| | 2020 | 1 416 605 | | 2021 | 1 514 624 | | 2022 | 1 791 358 | Sumber: Tinjauan ekonomi 2022 dan 2024, Kementerian Kewangan Malaysia Antara berikut yang manakah sebab berlakunya perubahan tersebut? I Kestabilan politik dan sosial dalam negara II Kekayaan sumber alam semula jadi dalam negara III Kemajuan dalam teknologi pengeluaran barangan IV Kemudahan infrastruktur pengangkutan yang lengkap star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.2.8 Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi
23 Maklumat berikut berkaitan dengan satu keadaan ekonomi. > KUALA LUMPUR - Ketidakstabilan ekonomi Malaysia dijangka berlaku pada penghujung tahun 2025 kesan daripada kenaikan tarif elektrik, premium insurans dan gaji minimum. Sumber: Ubah suai daripada Dagangnews.com 25 Februari 2025 Apakah tindakan yang sesuai bagi mengatasi keadaan tersebut? star A Kadar cukai dikurangkan B Perbelanjaan kerajaan dihadkan C Bayaran pendahuluan diturunkan D Kadar faedah pinjaman direndahkan T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal
24 Antara berikut yang manakah betul tentang kesan dasar fiskal menguncup? I Permintaan agregat akan berkurang II Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan III Pendapatan benar isi rumah akan menurun IV Penciptaan kredit dibank perdagangan merosot star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
25 Antara berikut tindakan kerajaan yang manakah betul bagi mengatasi ketidakstabilan ekonomi? | Dasar Fiskal | Jenis Belanjawan | Ketidakstabilan Ekonomi | |---|---|---| | I Mengembang | Belanjawan lebihan | Deflasi | | II Menguncup | Belanjawan defisit | Inflasi | | III Mengembang | Belanjawan defisit | Deflasi | | IV Menguncup | Belanjawan lebihan | Inflasi | star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 1.3.1 Dasar Fiskal T5 Bab 1.3.5 Belanjawan Negara
26 Pernyataan yang manakah betul apabila bank pusat membeli surat jaminan kerajaan? star A Bekalan wang dalam pasaran berkurang B Berupaya meningkatkan jumlah pinjaman C Dikenali sebagai dasar kewangan menguncup D Dilaksanakan untuk mengatasi masalah inflasi T5 Bab 1.3.6 Dasar Kewangan T5 Bab 1.3.7 Alat Dasar Kewangan
27 Kestabilan imbangan pembayaran tercapai apabila star A nisbah rizab berkanun diturunkan B tempoh pinjaman dipendekkan C surat jaminan kerajaan dijual D kadar faedah ditingkatkan T5 Bab 1.3.9 Kesan Alat Dasar Ekonomi atas Objektif Makroekonomi Negara
28 Bagaimanakah kerajaan Malaysia menggalakkan globalisasi? star A Keanggotaan blok ekonomi dimansuhkan B Visa pelancong dari negara tertentu dikecualikan C Cukai jualan (GST) barangan keluaran tempatan dihapuskan D Duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah dikurangkan T5 Bab 2.1.3 Faktor Penggalak Globalisasi
29 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri syarikat multinasional. - Terdapat cawangan di beberapa buah negara - Pemindahan teknologi canggih - V Apakah V? star A Firma besar bersaing dengan firma kecil B Memaksimumkan keuntungan dan kebajikan C Menggunakan bahan mentah dari negara luar D Semua cawangan dikawal oleh firma ibu pejabat T5 Bab 2.1.2 Syarikat Multinasional
30 Maklumat berikut berkaitan dengan komposisi dagangan Malaysia. > Felda Global Ventures Holdings (FGV) menyewa kapal tangki Jepun untuk mengeksport minyak kelapa sawit ke Uzbekistan. Pasangan yang manakah betul tentang situasi tersebut? star A Eksport: Barang nampak, Import: Barang tak nampak B Eksport: Barang tak nampak, Import: Barang nampak C Eksport: Barang nampak, Import: Barang nampak D Eksport: Barang tak nampak, Import: Barang tak nampak T5 Bab 2.3.1 Komposisi Dagangan dan Arah Aliran Perdagangan Malaysia
31 Situasi manakah yang direkod dalam akaun perkhidmatan? star A Firma Amanjaya mengeksport buah-buahan segar ke Singapura B Pasukan terjun negara menggunakan jurulatih pakar dari China C Malaysia hulur RM10 juta kepada mangsa gempa bumi di Myanmar D Pelabur Malaysia menambah pelaburan dalam sektor pembinaan di India T5 Bab 2.3.3 Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran
32 Pasangan yang manakah betul? star A Embargo: Penetapan syarat keselamatan barang dagangan B Kuota: Had minimum bagi kemasukan barang import C Subsidi: Bantuan kerajaan kepada pengeluar tempatan D Kawalan pertukaran asing: Mengawal kuantiti Ringgit Malaysia yang dibeli T5 Bab 2.2.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
33 Maklumat berikut berkaitan dengan keadaan akaun semasa Malaysia. > Lebihan imbangan akaun semasa meningkat 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2024. Sumber : Bernama.com 17 Mei 2024 Pernyataan yang manakah betul tentang keadaan tersebut? star A Kuantiti import berkurang B Nilai ringgit cenderung turun C Aliran keluar wang bertambah D Penawaran ringgit meningkat T5 Bab 2.3.5 Sebab dan Implikasi Lebihan dan Defisit Akaun Semasa
34 Maklumat berikut menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika Syarikat (USD). RM 1.00 = USD 0.23 Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia jika seorang wanita membeli beg tangan berjenama berharga USD500 melalui perniagaan dalam talian? star A RM115 B RM500 C RM2 174 D RM11 500 T5 Bab 2.4.2 Pengiraan Kadar Pertukaran Asing
35 Jadual berikut menunjukkan perubahan kadar pertukaran antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM). | Januari 2025 | April 2025 | |---|---| | USD1 = RM 4.50 | USD1 = RM 4.47 | Pengimport B mengimport suatu barang dari Firma A di Amerika Syarikat bernilai USD80 000 pada bulan Januari 2025 dan membuat pembayaran pada bulan April 2025. Apakah kesan perubahan tersebut? I Firma A rugi RM2 400 II Firma A untung RM2 400 III Pengimport B rugi RM2 400 IV Pengimport B untung RM2 400 star A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV T5 Bab 2.4.5 Kesan Perubahan Kadar Pertukaran Asing terhadap Eksport dan Import
36 Soalan 36 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual berikut: | Pilihan | Pernyataan I | Pernyataan II | |---|---|---| | A | Betul | Salah | | B | Salah | Betul | | C | Betul | Betul | | D | Salah | Salah | I Pekali keanjalan kurang daripada satu adalah permintaan tak anjal. II Permintaan tak anjal merupakan barang mewah. star A A B B C C D D T4 Bab 2.2.3 Keanjalan Harga Permintaan Anjal dan Tak Anjal
37 I Pendapatan boleh guna merupakan pendapatan sebenar individu setelah ditolak potongan wajib. II Potongan wajib seperti caruman PERKESO. star A A B B C C D D T4 Bab 3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna T4 Bab 3.3.2 Potongan Wajib
38 I Kos berubah adalah sama dengan jumlah kos apabila keluaran adalah sifar. II Kos berubah ialah perbelanjaan firma ke atas faedah pinjaman modal. star A A B B C C D D T4 Bab 4.1.3 Kos Pengeluaran
39 I IHP yang melebihi tahun dasar akan menyebabkan berlakunya inflasi. II Inflasi diimport berlaku disebabkan oleh penurunan nilai mata wang negara. star A A B B C C D D T5 Bab 1.2.2 Inflasi
40 I Ketika perdagangan antarabangsa, negara pengeksport menerima bayaran dalam mata wang negara pengimport II Mata wang negara pengimport yang dimiliki oleh negara pengeksport dikenali sebagai kadar pertukaran asing. star A A B B C C D D T5 Bab 2.4.1 Pertukaran Asing