Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina.
a
Namakan kuasa Barat yang menjajah Filipina.
2 marks
b
Bagaimanakah gerakan nasionalisme berlaku di Filipina?
4 marks
c
> Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.
>
> (Sumber: Hans Kohn, 1961, The Idea of Nationalism. New York: Macmillan Pub. Co)
Mengapakah semangat setia kepada negara dan bangsa dianggap penting?
4 marks
210 marks
Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955, beberapa perubahan berlaku secara berperingkat kepada keanggotaan dan peranan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
a
Nyatakan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955.
2 marks
b
Jelaskan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 terhadap pentadbiran negara.
4 marks
c
Sebagai rakyat, apakah harapan anda terhadap ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang dilantik pada masa tersebut?
4 marks
310 marks
Rajah berikut berkaitan dengan kronologi pembentukan sistem Persekutuan di negara kita.
Persekutuan 1896 → Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927 → Kesatuan Malaya 1946 (Malayan Union) → Persekutuan Tanah Melayu 1948 → Persekutuan Tanah Melayu 1957 → Persekutuan Malaysia 1963
a
Senaraikan **dua** negeri yang membentuk Persekutuan 1896.
2 marks
b
Jelaskan latar belakang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
4 marks
c
Sistem Persekutuan berjaya mewujudkan pentadbiran yang kukuh dan stabil di negara kita.
Buktikan.
4 marks
410 marks
> MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
>
> - Kepercayaan kepada Tuhan
> - Kesetiaan kepada Raja dan Negara
> - Keluhuran Perlembagaan
> - Kedaulatan Undang-undang
> - Kesopanan dan Kesusilaan
>
> (Ikrar Rukun Negara)
a
Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Negara?
2 marks
b
Terangkan **dua** prinsip Rukun Negara yang anda ketahui.
4 marks
c
Bagaimanakah prinsip-prinsip Rukun Negara yang anda jelaskan dalam 4(b) dapat dijadikan amalan seharian?
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 – 1918.
a
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
4 marks
b
Bagaimanakah perang tersebut membawa kesan yang besar kepada negara Eropah dan negara kita ketika itu?
8 marks
c
Cadangkan langkah-langkah untuk memelihara keharmonian dalam masyarakat dunia pada hari ini.
8 marks
620 marks
> Kemerdekaan Tanah Melayu menyimpan jutaan memori di sebalik peristiwa bersejarah ini. Kejayaan, kebanggaan, kemegahan yang dilakar menjadi kenangan terindah dalam paparan sejarah tanah air.
>
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/44155/malaysia-merdeka)
a
Jelaskan persiapan yang dilakukan untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
6 marks
b
Pemasyhuran kemerdekaan negara bermula pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor dan bersambung pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Galurkan peristiwa bersejarah tersebut.
6 marks
c
Teliti kombinasi gambar-gambar pemasyhuran kemerdekaan negara berikut.
Jelaskan maklumat yang diperoleh daripada peristiwa di atas dan ceritakan perasaan anda sekiranya anda turut berada bersama dalam peristiwa tersebut?
8 marks
720 marks
> Pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah satu-satunya jalan keluar yang paling baik demi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik di antara Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Parti Perikatan dengan Parti Tindakan Rakyat yang berkuasa di Singapura. Tunku Abdul Rahman menyatakan antara lain sebab-sebab perpisahan itu ialah sikap setengah pemimpin-pemimpin politik Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia; menafikan kewujudan institusi kesultanan Melayu; menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera dan tidak adanya persefahaman pendapat dalam meningkatkan dan memajukan dasar-dasar perdagangan dan pembahagian cukai serta perindustrian.
>
> (Sumber: https://hariinidalamsejarah.com/peristiwa/detail/2408-pemisahan-singapura-dari-malaysia.html)
a
Jelaskan faktor pemisahan Singapura.
6 marks
b
Bagaimanakah proses pemisahan Singapura dari Malaysia?
6 marks
c
Mengapakah persefahaman antara kaum menjadi unsur penting di negara kita?
8 marks
820 marks
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk tempoh 10 tahun.
a
Apakah yang anda faham dengan DPN?
4 marks
b
Bagaimanakah kerajaan berusaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam pelaksanaan DPN?
8 marks
c
Teliti poster di bawah.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut dan langkah-langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
8 marks
920 marks
Rajah berikut berkaitan usaha mengekalkan kelestarian global di dunia.
**Usaha Mengekalkan Kelestarian Global**
- Menyertai Sidang Kemuncak Bumi dan Protokol Kyoto 1997
- Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
- Menjadikan Antartika sebagai warisan sejagat
a
Mengapakah Malaysia bersungguh-sungguh mengekalkan kelestarian global?
4 marks
b
Jelaskan sumbangan Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global di dunia.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Cabaran utama pengurusan alam sekitar ketika ini ialah mempersiapkan untuk menghadapi ekosistem yang tidak seimbang menerusi ketidaktentuan cuaca kesan pemanasan bumi. Kita perlu lebih proaktif dalam konteks serantau dan global bagi mengurangkan kesan pemanasan bumi. Kita perlu menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur fizikal yang mengambil kira aspek perubahan iklim, misalnya mempersiapkan kemudahan penebatan banjir dan pesisir pantai di seluruh negara perlu dipantau secara berterusan untuk mengesan tanda-tanda hakisan pantai. Tindakan susulan perlu disegerakan termasuklah penanaman hutan bakau. Menyediakan garis panduan dan latihan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk gempa bumi, banjir besar, tsunami dan kemarau panjang. Menyediakan direktori dan mengumpul seluruh kepakaran tempatan untuk berganding bahu mengurangkan ketidaktentuan cuaca. Kerajaan juga perlu menyediakan biaya khas untuk menangani bencana dan menjalankan kajian strategik terhadap fenomena perubahan cuaca yang melibatkan aspek bekalan air, kesihatan awam, risiko alam sekitar dan pelepasan gas karbon dalam pelbagai sektor.
>
> (Sumber ubah suai: Zaini Ujang 2008, Dasar Alam Sekitar Malaysia - Tinjauan Kritis, Seminar Akademi Sains Islam Malaysia.)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya isu ini tidak diatasi.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open