Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara pada tahun 1941 sehingga 1945. Situasi tersebut berlaku kerana kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera yang kuat di Asia.
a
Nyatakan **dua** buah negara yang menjadi sasaran serangan Jepun dalam peperangan tersebut.
(i) …
(ii) …
2 marks
b
Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
4 marks
c
> Konflik di Asia Tenggara semakin genting melibatkan kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.
> (Sumber: https://www.hmetro.com.my)
Bagaimanakah negara-negara di rantau Asia Tenggara boleh menghindari konflik tersebut?
4 marks
210 marks
Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ialah menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan pertikaian antara kaum.
a
Nyatakan objektif pembentukan jawatankuasa tersebut.
2 marks
b
Jelaskan isu yang perlu diselesaikan oleh jawatankuasa tersebut.
4 marks
c
Bagaimanakah semangat permuafakatan masyarakat berbilang kaum boleh dipupuk?
4 marks
310 marks
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan, namun keanggotaannya mengalami perubahan.
a
Jelaskan keanggotaan Majlis Raja-Raja selepas merdeka.
2 marks
b
Jelaskan fungsi Majlis Raja-Raja dalam sistem pemerintahan negara.
4 marks
c
> Peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja penting untuk kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
> (Sumber: Diubahsuai daripada https://www.bharian.com.my)
Beri ulasan anda.
4 marks
410 marks
Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah menghasilkan kejayaan terutamanya dalam aspek sosial dan ekonomi.
a
Apakah matlamat DEB dan DPN?
2 marks
b
Bagaimanakah pencapaian DEB dan DPN membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi dan taraf hidup penduduk?
4 marks
c
Maklumat berikut berkaitan dengan penggubalan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
> Secara amnya, penggubalan dasar-dasar negara dilaksanakan selaras dengan pembangunan sosioekonomi dan politik negara semasa. Ia bersifat tidak statik dan sentiasa mengalami perubahan mengikut pucuk pimpinan dan juga nilai masyarakat dari semasa ke semasa. Objektif penggubalan dasar-dasar kerajaan bagi pertumbuhan ekonomi negara, pengagihan pendapatan yang seimbang, kestabilan politik, integrasi kaum dan kebajikan masyarakat keseluruhannya. Semua lapisan masyarakat haruslah memahami dasar-dasar kerajaan, memahami rasional, matlamat, dan objektif penggubalan dasar serta strategi pelaksanaan dasar.
>
> (Sumber: https://news.ump.edu.my)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan dari aspek politik dan sosial.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
4 marks
Terangkan kesan perkembangan nasionalisme dari aspek berikut:
b(i)
Politik
4 marks
b(ii)
Sosial
4 marks
c
> Manfaatkan idea dan kepakaran intelektual demi kemajuan negara.
> (Sumber: *Berita Harian Online*, 20 Februari 2021)
Beri pandangan anda terhadap pernyataan tersebut.
8 marks
620 marks
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa yang penuh pengertian kepada negara kita dan kekal sehingga kini.
a
Jelaskan pengertian kemerdekaan.
6 marks
b
Kemerdekaan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.
Buktikan.
6 marks
c
Teliti logo berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam logo tersebut.
8 marks
720 marks
Perlembagaan merupakan panduan penting dalam sistem pemerintahan negara. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan tersebut mengalami pindaan pada tahun 1963 dan 1965.
a
Mengapakah pindaan perlembagaan dilaksanakan pada tahun tersebut?
4 marks
b
Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963 iaitu struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri.
Terangkan perkara tersebut.
8 marks
c
Perlembagaan negara kita perlu dipinda dari masa ke semasa.
Beri ulasan anda.
8 marks
820 marks
Persidangan Dewan Rakyat pada 18 Oktober 1961 telah meluluskan usul pelaksanaan konsep Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman.
(Sumber: Diubahsuai daripada Arkib Negara Malaysia)
Bagaimanakah langkah berikut dapat menjayakan pembentukan Malaysia?
a(i)
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
4 marks
a(ii)
Suruhanjaya Cobbold
4 marks
a(iii)
Jawatankuasa Antara Kerajaan
4 marks
b
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> Kini, selepas lebih lima dekad penubuhannya, Malaysia semakin dikenali di persada dunia, malah menjadi contoh kepada negara membangun lain dalam pelbagai bidang.
>
> Mendepani cabaran khususnya selepas dunia bergelumang dengan wabak Covid-19, Malaysia sama seperti negara lain di dunia yang kini bertungkus lumus untuk 'membina semua' negara.
>
> Impak kesihatan global itu menyebabkan ramai yang 'tersungkur' malah ada yang hampir berputus asa dalam menempuh cabaran baharu ini.
>
> Dalam kemelut politik yang masih belum dilihat akan reda, kerajaan kini tetap efisyen memberikan pelbagai bantuan untuk memastikan Malaysia kembali ke landasan asal sekali gus kembali menyerlah.
>
> Kesepakatan dan toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat menjadi konsep Keluarga Malaysia tepat pada masanya untuk kita bangkit sebagai sebuah negara yang disegani.
>
> (Sumber: Harian Metro Online, 16 September 2022)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut serta kepentingan kesepakatan dalam menjamin kestabilan negara.
8 marks
920 marks
Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan dalam pertubuhan antarabangsa. Isu Palestin, Syria dan Acheh merupakan antara isu yang menonjolkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan tersebut.
a
Mengapakah Malaysia terlibat dalam isu tersebut?
6 marks
b
Huraikan peranan Malaysia dalam isu kemanusiaan di negara terlibat.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya Rohingya yang telah lama berlarutan tanpa sebarang jalan penyelesaian.
>
> Perkara tersebut telah dibangkitkan beliau dalam pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sewaktu ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-77.
>
> Jelas Perdana Menteri, beliau turut menegaskan kegagalan tersebut disebabkan veto kuasa besar dan menegaskan kuasa veto perlu dihapuskan, selain PBB perlu tegas dalam isu-isu yang tertunggak seperti isu Palestin dan Myanmar.
>
> (Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/09/26/)
Mengapakah konflik tersebut masih berlarutan serta kesannya jika konflik ini gagal diatasi?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open