Undang-undang di Melaka.
**Undang-Undang di Melaka:**
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-Undang Laut Melaka
a
Apakah kandungan kedua-dua undang-undang di atas?
2 marks
b
Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?
4 marks
c
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat di negara kita tidak mematuhi undang-undang?
4 marks
210 marks
Pernyataan yang berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British.
> Pada 21 Mei 1946, dokumen penyerahan Sarawak kepada kerajaan British ditandatangani oleh Vyner Brooke dengan pihak kerajaan British yang diwakili oleh C.W. Dawson di Astana, Kuching. Pada 1 Julai 1946, upacara penyerahan Sarawak kepada British berlangsung di hadapan bangunan Mahkamah Pangkalan Batu, Kuching. Peristiwa ini dikenali sebagai Hari Penyerahan atau Cession Day sebagai tanda kerajaan British telah menerima penyerahan Sarawak secara rasmi.
>
> (Sumber: Ho Hui Ling, "Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British, 1946-1951" dlm. Malaysia dari Segi Sejarah, Bil.29, 2001)
a
Nyatakan dua faktor penentangan penyerahan Sarawak kepada British.
2 marks
b
Mengadakan demonstrasi dan meletakkan jawatan beramai-ramai merupakan antara bentuk penentangan dan bantahan yang dilancarkan oleh penduduk tempatan di Sarawak. Jelaskan bentuk penentangan dan bantahan di atas.
4 marks
c
Pada pendapat anda, mengapakah gerakan anti-penyerahan Sarawak tidak berjaya?
4 marks
310 marks
Berikut adalah serangkap pantun berkaitan kedaulatan negara.
> *Bunga raya di dalam dulang,*
> *Daunnya pula dimakan ulat,*
> *Rakyat dibela, pemimpin dijulang,*
> *Malaysia merdeka kekal berdaulat*
a
Apakah yang anda faham dengan **"Malaysia merdeka kekal berdaulat"**?
2 marks
b
Jelaskan peranan rakyat dan pemimpin untuk mengekalkan kedaulatan negara.
4 marks
c
Teliti petikan akhbar berikut.
> "Tidak cukup isu dicetuskan negara luar, rakyat di negara ini sendiri mencetuskan provokasi. Isu sensitif seperti agama dan bangsa turut dimainkan dan perkara sebegini membuka ruang kepada orang luar untuk 'acah-acah bersimpati' dengan nasib melanda negara."
>
> (*Perpaduan rakyat lemah, gugat kedaulatan negara*, Berita Harian 20 Jun 2021)
Jelaskan isu yang dihadapi dan kesan kepada negara pada masa kini.
4 marks
410 marks
Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam Perlembagaan di negara kita.
a
Apakah yang dilaksanakan bagi memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu?
2 marks
b
Jelaskan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
4 marks
c
Penggunaan Bahasa Kebangsaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Jelaskan.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Tokoh berikut berkaitan dengan pelaksanaan Sistem Ahli.
a
Terangkan apa yang anda faham tentang Sistem Ahli.
6 marks
b
Huraikan kepentingan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan negara.
6 marks
c
Sistem Ahli telah meyakinkan British bahawa rakyat Tanah Melayu mampu mentadbir negara melalui kerjasama kaum.
Bagaimanakah prinsip kerjasama kaum dapat diteruskan untuk kemajuan negara?
8 marks
620 marks
Persiapan pemasyhuran kemerdekaan amat terperinci sehingga kerajaan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk meraikan hari yang penuh bermakna ini.
Jelaskan persiapan jawatankuasa berikut:
a(i)
Jawatankuasa Persediaan Fizikal
6 marks
a(ii)
Jawatankuasa Sambutan
6 marks
b
> *Buruh, nelayan dan juga petani*
> *Gaya hidup kini dah berubah*
> *Anak-anak terasuh mindanya*
> *Lahir generasi bijak pandai*
> *Pakat IT, pakar ekonomi*
> *Jaguh sukan dan juga jutawan*
> *Berkereta jenama negara*
> *Megah menyusur di jalan raya*
> *Alam siber teknologi terkini*
> *Kejayaan semakin hampiri*
> *Biar di kota ataupun desa*
> *Kita semua pasti merasa bangga*
>
> *Keranamu kami bangsa berjaya*
> *Keranamu kami hidup selesa*
> *Limpah budi kemakmuran negara*
> *Keranamu nyawa dipertaruhkan*
> *Keranamu rela kami berjuang*
> *Demi bangsa kedaulatan negara*
>
> (Lagu: Keranamu Malaysia)
Lirik lagu Keranamu Malaysia menunjukkan kejayaan negara selepas kemerdekaan dan pelbagai bidang khususnya sosial dan ekonomi. Buktikan kejayaan negara berdasarkan lirik tersebut.
8 marks
720 marks
Gambar di bawah merujuk kepada Mesyuarat Pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877.
a
Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bermula sejak tahun 1877. Jelaskan.
4 marks
b
> "Sungguhpun perlembagaan itu digubal oleh orang asing, tetapi ia berlandaskan beberapa faktor sejarah Tanah Melayu yang lampau. Ini berlaku kerana Suruhanjaya Reid perlu memberi pertimbangan kepada memorandum yang telah diterimanya dan kenyataan lisan yang telah didengarnya."
>
> (Malaysia: Warisan dan Perkembangan: Zainal Abidin Abdul Wahid halaman 38)
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan sejarah dan peranan Suruhanjaya Perlembagaan sehingga terhasilnya Perlembagaan Persekutuan 1957.
6 marks
c
Perlembagaan Persekutuan pernah melalui dua fasa pindaan yang penting iaitu Pindaan 1963 dan Pindaan 1965.
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan perbandingan antara pindaan Perlembagaan 1963 dengan pindaan Perlembagaan 1965.
10 marks
820 marks
Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kesepakatan antara semua pihak akhirnya berjaya membentuk Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.
a
Jelaskan konsep gagasan Malaysia.
4 marks
b
Huraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.
6 marks
c
Baca maklumat dalam petikan di bawah.
> Tidak dinafikan lagi, penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berjaya membentuk sebuah negara yang aman dan bebas dari pengaruh dan anasir luar khususnya komunis. Komunis adalah musuh utama negara sebelum kemerdekaan dan awal kemerdekaan. Bagi mengelakkan pengaruh komunis terus berleluasa, kerajaan Tanah Melayu pada waktu itu melihat penggabungan Sabah dan Sarawak serta Singapura dapat menyelesaikan masalah ini. Walaupun pengaruh Komunis berlangsung dalam tempoh 1948 hingga 1960, saki-baki komunis masih lagi ada dan ini telah memperkuatkan lagi usaha Tunku Abdul Rahman pada waktu itu untuk menubuhkan Malaysia. Setelah Malaysia ditubuhkan, masalah ini telah dapat diatasi sedikit demi sedikit dan ekoran daripada usaha kerajaan, keamanan telah dapat diwujudkan. Hasilnya sehingga ke hari ini, Malaysia telah menjadi antara negara yang bebas dari pengaruh dan anasir asing. Ini merupakan manfaat yang paling berharga yang telah dinikmati oleh generasi baharu Malaysia kerana dapat hidup dengan aman dan damai. Ini berbeza dengan kehidupan nenek moyang mereka zaman dahulu yang sentiasa hidup dalam ketakutan, kerisauan, kebuluran dan menjadi mangsa kekejaman komunis.
>
> (Sumber: https://news.ump.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16-september-1963)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan manfaat yang diperolehi hasil daripada pembentukan Malaysia.
10 marks
920 marks
Pelibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan telah menonjolkan pelibatan rakyat Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.
a
Jelaskan pelibatan rakyat Malaysia dalam krisis kemanusiaan di Palestin.
6 marks
b
Terangkan sumbangan Malaysia melalui pelibatan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) dan bentuk bantuan yang disalurkan oleh Malaysia kepada rakyat Acheh dan Sri Lanka.
6 marks
c
Pelibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga sekarang sering mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Pada pandangan anda, mengapakah negara kita menjadi rujukan, contoh dan teladan kepada negara lain di dunia dalam menangani isu global?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open