Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing.
a(i)
Jelaskan faktor berlakunya revolusi tersebut.
2 marks
a(ii)
Bagaimanakah peperangan tersebut tercetus?
2 marks
b
Nyatakan kesan daripada peristiwa di 1(a)(ii).
2 marks
c
Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa revolusi yang berlaku di Barat?
4 marks
210 marks
Pada tahun 1951, Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British mengumumkan penubuhan Sistem Ahli.
a
Nyatakan ciri-ciri Sistem Ahli.
3 marks
b
Sistem Ahli merupakan proses penting ke arah kemerdekaan.
Bincangkan.
3 marks
c
Sekiranya anda merupakan pemimpin tempatan, apakah cadangan anda untuk mengukuhkan Sistem Ahli sebagai persediaan ke arah berkerajaan sendiri?
4 marks
310 marks
Undang-undang berikut yang menjadi asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
Rajah: **Perlembagaan Persekutuan** ← (1) Undang-undang Negeri Melayu, (2) Undang-undang Inggeris
a
Nyatakan ciri-ciri undang-undang Negeri Melayu.
2 marks
b
Terangkan undang-undang Inggeris tersebut.
4 marks
c
Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mempertahankan perlembagaan negara kita?
4 marks
410 marks
Pemisahan Singapura daripada Malaysia berlaku pada 9 Ogos 1965.
a
Jelaskan faktor politik yang membawa kepada pemisahan Singapura.
3 marks
b
Galurkan kronologi pemisahan Singapura daripada Malaysia.
3 marks
c
> "Bagi saya ia adalah detik kesedihan kerana sepanjang hidup saya... Saya percaya pada penggabungan dan perpaduan kedua-dua wilayah ini. Anda tahu, ia adalah penduduk yang dihubungkan oleh geografi, ekonomi dan hubungan persaudaraan."
>
> (Sumber: Sidang media di Broadcasting House Singapore, Isnin 9 Ogos 1965)
Berdasarkan gambar di atas, ramalkan keadaan Malaysia sekiranya pemisahan daripada Singapura tidak berlaku.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
a
Terangkan faktor penyerahan tersebut.
6 marks
b
Mengapakah tindakan ini ditentang oleh penduduk tempatan?
6 marks
c
Sajak berikut merupakan nukilan Rosli Dhoby.
> **Panggilan Mu Yang Suchi**
> Oleh Lidros
>
> Wahai Pemuda harapan bangsa
> Segeralah bangun membuatkan jasa
> Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
> Kahaluan kemajuan aman sentosa
>
> Wahai pemuda berchita suchi
> Kenal-kan Sarawak Negara kita yang Asli
> Meskipun bagaimana anchaman akan terjadi
> Hendaklah sahidup samati
> Mengibarkan bendera menggambarkan hati
> Menunjukkan rupa bangsa dan Negri
> Mengenalkan hak ditanahayer sendiri
>
> Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
> Insaplah pada perjuangan bangsa
> Lambang bangat ditakdzir Allah
> Bangsa dan tanahayer tetap Merdeka
>
> Rosli Dhoby menulis sajak berjudul "Panggilan Mu yang Suchi" dengan nama pena Lidros.
>
> (Sumber: Nordi Achie, 2018. Rosli Dhoby dan Rukun 13. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.)
Jelaskan seruan beliau kepada golongan pemuda.
8 marks
620 marks
Gambar berikut berkaitan dengan Pemasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
a
Apakah maksud kemerdekaan?
4 marks
b
Kemerdekaan yang diperoleh memberi kesan terhadap negara kita dari segi politik.
Huraikan.
8 marks
c
Petikan berikut berkaitan dengan kemerdekaan.
> Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun.
>
> (Sumber: www.pmo.gov.my, Teks Ucapan Hari Merdeka 2018)
Ulaskan petikan di atas.
8 marks
720 marks
Pembentukan sistem Persekutuan di negara kita merupakan penerusan tradisi sejarah yang bermula pada tahun 1896 hingga tahun 1963.
a
Jelaskan sejarah pembentukan Konfederasi Negeri Sembilan 1895.
4 marks
b
Terangkan latar belakang sistem Persekutuan di negara kita.
8 marks
c
Sistem Persekutuan berjaya mewujudkan pentadbiran yang kukuh dan stabil di negara kita.
Buktikan.
8 marks
820 marks
Sukan bukan sahaja sebagai aktiviti yang menyihatkan badan malah bernilai komersial serta boleh mengharumkan nama sesebuah negara.
a
Mengapakah kemajuan dalam bidang sukan penting dalam pembangunan negara?
4 marks
b
Jelaskan usaha kerajaan untuk meningkatkan perpaduan rakyat melalui sukan.
8 marks
c
Petikan berikut berkaitan usaha kerajaan memajukan bidang sukan.
> 21 APRIL, NILAI: Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang menyifatkan Velodrom Nasional Nilai di Negeri Sembilan adalah antara velodrom terbaik dunia.
>
> "Saya amat gembira menguji trek velodrom ini meskipun masih belum siap sepenuhnya. Keadaan di bahagian selekoh amat memuaskan dan hampir menyamai keadaan di Velodrom Hong Kong. Sepanjang pengalaman saya bergelar pelumba trek profesional, saya melihat ini adalah antara velodrom terbaik di dunia," katanya.
>
> (Sumber: http://isn.gov.my)
Cadangkan usaha lain yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan atlet sukan bertaraf dunia.
8 marks
920 marks
Peta berikut menunjukkan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
a
Huraikan secara ringkas sejarah penubuhan ASEAN.
4 marks
b
Pelibatan Malaysia dalam negara serantau membolehkan negara kita menjadi anggota ASEAN yang memberi manfaat dalam ekonomi dan politik.
Buktikan.
8 marks
c
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan peranan Malaysia sebagai hab pendidikan dunia.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open