> Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak pada 1922 telah berjaya melahirkan ramai nasionalis di negara kita.
a
Bagaimanakah institusi tersebut berperanan dalam melahirkan semangat kesedaran bangsa?
3 marks
b
Senarai berikut merupakan persatuan yang memperjuangkan nasionalisme orang Melayu.
- KESATUAN MELAYU SINGAPURA
- PERSAUDARAAN SAHABAT PENA
- KESATUAN MELAYU MUDA
Jelaskan perjuangan salah **satu** persatuan tersebut.
3 marks
c
Petikan akhbar berikut berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
> “…sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan. Semangat muhibah terhasil apabila rakyat yang berasal dari etnik dan agama yang berbeza saling menghormati antara satu sama lain, sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum”.
>
> (Diubahsuai daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduan-kaum-di-malaysia-perlu-terus-utuh, 9 September 2019)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan.
4 marks
210 marks
Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union telah membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
a
Nyatakan ***dua*** cadangan Jawatankuasa Kerja bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2 marks
b
Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
4 marks
c
Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
4 marks
310 marks
Pernyataan berikut berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara kita.
> **PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN**
> Bahagian IV
> PERSEKUTUAN
> Bab 1—Ketua Utama Negara
>
> Perkara 32: Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
>
> (Sumber: Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2019. Perlembagaan Persekutuan. Petaling Jaya: International Law Book Services)
a
Nyatakan kedudukan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
3 marks
b
Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa yang luas dalam pemerintahan negara meliputi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Jelaskan bidang kuasa baginda dalam **bidang perundangan**.
3 marks
c
Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan telah diamalkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini.
Mengapakah sistem tersebut perlu dikekalkan?
4 marks
410 marks
Pernyataan berikut berkaitan dengan tragedi hubungan antara kaum pada 13 Mei 1969.
> Buat pertama kalinya selepas kemerdekaan dinikmati, konflik perkauman antara kaum Melayu dan bukan Melayu meletus sehingga ke tahap serang-menyerang dan bunuh-membunuh dan situasi ini amat membimbangkan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia serta negara Britain selaku penjajah yang memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.
>
> (Sumber: Nor Azlah Sham dan Rashidah. 2017. Tragedi 13 Mei 1969: Satu Laporan Bersumberkan Rekod Foreign and Commonwealth Office. Jurnal IJGC. Vol. 2(6), 139-154.)
a
Mengapakah konflik perkauman berlaku pada 13 Mei 1969?
2 marks
b
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah pemerintah Malaysia mengatasi konflik perkauman di negara kita?
4 marks
c
Konflik perkauman merencatkan pembangunan sesebuah negara.
Berikan ulasan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Sistem Ahli merupakan cadangan Dato' Onn Jaafar untuk menyelesaikan masalah kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan British pada tahun 1951.
a
Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.
4 marks
b
Pelaksanaan Sistem Ahli memberi kebaikan kepada penduduk tempatan. Berikan penjelasan anda.
8 marks
c
Sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai oleh Sistem Ahli dalam membentuk negara dan bangsa Malaysia sehingga kini.
8 marks
620 marks
Kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid dan memulakan tugasnya pada akhir bulan Jun 1956.
a
Terangkan tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
4 marks
b
Huraikan langkah-langkah penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
8 marks
c
Baca maklumat dalam petikan berikut.
> MUTAKHIR ini, isu berkaitan kontrak sosial terus diungkit dan menjadi polemik dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Siri polemik itu jika tidak ditangani mampu mengundang ketegangan kaum dan menggugat keselamatan negara.
>
> Sumber daripada Majlis Profesor Negara menyatakan konsep kontrak sosial itu merujuk kepada persetujuan bersama yang tercapai dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India pada 1956. Persetujuan dan kesepakatan itu berlaku ketika Suruhanjaya Reid sedang mengumpulkan pandangan pelbagai pihak yang tinggal di negeri-negeri Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai kemerdekaan pada 1957.
>
> Melalui kontrak sosial itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing. Di samping hak mereka yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini.
>
> (Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/52989/KOLUMNIS/Faham-dan-hayati-kontrak-sosial)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya kontrak sosial tersebut dipersoalkan.
8 marks
720 marks
Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan.
**Ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan** → (1) Ciri Tradisional; (2) Ciri Moden
a
Kesultanan atau pemerintahan beraja merupakan salah satu ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan.
6 marks
b
Huraikan ciri moden yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
6 marks
c
Perlembagaan merupakan elemen penting dan perlu dipertahankan. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita sebagai rakyat tidak mempertahankannya. Beri penjelasan anda.
8 marks
820 marks
Maklumat berikut merujuk Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
> **Bahasa Rasmi**
>
> Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
>
> (Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia))
a
Nyatakan usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
6 marks
b
Gambar berikut menunjukkan iklan yang menggunakan bahasa Melayu yang salah.
Mengapakah generasi kini kurang menggunakan bahasa Melayu dengan betul?
6 marks
c
Bagaimanakah pantun berikut dapat menggambarkan pengamalan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
> Yang merah itu saga
> Yang kurik itu kendi
> Yang indah itu bahasa
> Yang molek itu budi
8 marks
920 marks
Kebijaksanaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu global telah meningkatkan imej negara di persada dunia.
a
Jelaskan isu global kontemporari yang dihadapi oleh Malaysia.
6 marks
b
Huraikan usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam menjayakan misi kemanusiaan berikut:
- Palestin
- Tsunami di Acheh dan Sri Lanka
6 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open