> Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) melalui Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari iaitu selepas Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1945.
> (Sumber: www.bharian.com.my, 8 Ogos 2018)
a
Nyatakan tindakan Bintang Tiga semasa berkuasa di Tanah Melayu.
2 marks
b
Bagaimanakah masyarakat bertindak balas terhadap tindakan Bintang Tiga di 1(a)?
4 marks
c
> Semangat cintai negara harus ada dalam jiwa rakyat Malaysia.
> (Sumber: www.utusanborneo.com.my, 20 Ogos 2017)
Beri ulasan anda.
4 marks
210 marks
Gambar berikut merupakan anggota kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas Pilihan Raya Umum 1955.
a
Namakan **dua** tokoh pemimpin tempatan yang terlibat dalam kabinet tersebut.
2 marks
b
Jelaskan peranan kabinet tersebut.
4 marks
c
Amalan perkongsian kuasa dalam masyarakat berbilang kaum penting kepada keharmonian negara.
Beri pandangan anda.
4 marks
310 marks
a
Jelaskan maksud kedaulatan.
2 marks
b
Jelaskan ciri-ciri negara yang berdaulat.
4 marks
c
Teliti pernyataan berikut.
> Mana-mana negara mampu membebaskan diri daripada penjajahan atau mempertahankan kemerdekaannya jika negara tersebut kuat memelihara identiti dan jati dirinya.
> (Sumber: https://isma.org.my)
Ulaskan pernyataan tersebut.
4 marks
410 marks
Maklumat berikut merujuk kepada Peristiwa 13 Mei 1969.
> Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dasyat di negara ini pada 13 Mei 1969 perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
> (Sumber: www.sinarharian.com)
a
Mengapakah peristiwa tersebut berlaku?
2 marks
b
Jelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk mengatasi peristiwa 13 Mei 1969.
4 marks
c
Teliti poster berikut.
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut.
4 marks
Bahagian BChoose 3 of 5Chosen 0/3
520 marks
Dasar imperialisme Barat mencetuskan gerakan nasionalisme di negara kita.
a
Jelaskan maksud nasionalisme.
4 marks
Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme daripada aspek berikut:
b(i)
Akhbar
4 marks
b(ii)
Karya kreatif
4 marks
c
Infografik berikut berkaitan etika penggunaan media komunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Pada pandangan anda, mengapakah etika tersebut perlu dipatuhi?
8 marks
620 marks
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
a
Jelaskan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
b
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
6 marks
c
Teliti pernyataan berikut.
> Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi asas kepada penubuhan negara bangsa Malaysia pada hari ini.
Buktikan pernyataan tersebut.
8 marks
720 marks
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara bersekutu.
a
Jelaskan latar belakang pembentukan sistem Persekutuan di Malaysia.
6 marks
b
Maklumat berikut berkaitan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Pembangunan tanah
- Penyediaan perumahan rakyat
Terangkan kerjasama tersebut.
6 marks
c
> Rakyat dan pemimpin harus berganding bahu memajukan negara.
> (Sumber: www.bharian.com, 12 November 2020)
Beri ulasan anda berdasarkan pernyataan tersebut.
8 marks
820 marks
Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan saluran terbaik untuk menyatupadukan rakyat dan menyediakan tenaga kerja mahir.
Jelaskan cadangan jawatankuasa berikut:
a(i)
Laporan Rahman Talib
4 marks
a(ii)
Kajian Aminuddin Baki
4 marks
a(iii)
Laporan Jawatankuasa Kabinet
4 marks
b
Teliti maklumat dalam petikan berikut.
> KUALA LUMPUR – Bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam negara perlu diperkasakan dengan penglibatan serta kerjasama daripada sektor awam dan swasta secara lebih aktif.
>
> Kerjasama itu bukan sahaja dapat menaik taraf institusi pendidikan TVET, malah berupaya menyediakan peluang lebih besar kepada pelajar meningkatkan keupayaan dalam bidang baharu. Selain itu, pelajar boleh mengikuti kursus-kursus baharu seperti kenderaan elektrik (EV) dan dron yang mempunyai keboleh pasaran tinggi.
>
> Dengan kerjasama erat itu juga pemain industri utama negara dapat terus mengurus latihan TVET seterusnya menyediakan pelajar terlatih memasuki alam pekerjaan dengan pendapatan munasabah. Ia dapat menyelesaikan permasalahan mengenai latihan tidak sepadan, tidak diperluaskan dan tidak memuaskan membabitkan graduan. Tanpa tenaga mahir kompeten, pembangunan sektor TVET kemungkinan boleh tergugat.
> (Sumber diubahsuai: www.sinarharian.com, 5 Mac 2024)
Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.
8 marks
920 marks
Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.
a
Jelaskan faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
6 marks
b
Terangkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN.
6 marks
c
Petikan berikut berkaitan kerangka dasar luar Malaysia.
> Kerangka dasar luar Malaysia menumpukan kepada beberapa keutamaan iaitu menggiatkan semula hubungan Malaysia di dalam ekonomi global dengan menekankan kepada kewujudan kerjasama erat dengan negara lain di platform antarabangsa. Selain itu, membangunkan ekonomi digital yang merupakan satu daripada pemacu utama Malaysia untuk pertumbuhan ekonomi.
>
> Keutamaan seterusnya menggalakkan falsafah hidup bersama dalam budaya damai dan kepelbagaian jika disertai dengan rasa hormat akan menjadi alat paling berkesan untuk menuju ke arah pemulihan global yang berjaya.
>
> Kerangka dasar ini akan menjadi satu dokumen yang holistik seterusnya menyediakan laluan untuk Malaysia muncul lebih utuh dan berdaya tahan di arena antarabangsa.
> (Sumber diubahsuai: www.sinarharian.com)
Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan kepada negara sekiranya berjaya dilaksanakan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open